Anda di halaman 1dari 12

SULIT 1103/2

NAMA :..................................................................................... TINGKATAN :................

1103/2
BAHASA MELAYU
Kertas 2
2 jam 30 minit

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023

TINGKATAN 5

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan


Bahagian C.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
2
SULIT 1103/2

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA


[35 markah]

1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata adjektif terbitan
awalan. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif terbitan awalan
tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Makanan tradisional Melayu bukan sahaja tersohor pada namanya, malah mempunyai keunikan
dari segi perkakas memasak, cara memasak dan penggunaan bahan dalam penghasilan sesuatu
resipi. Jika keunikan ini berjaya diketengahkan dengan cara terbaik, pasti berupaya menarik
pengunjung atau pelancong untuk merasai sendiri pelbagai cita rasa yang ditawarkan oleh
masyarakat setempat dan menjadi kenangan terindah buat mereka. Tambahan lagi, keaslian dan
keunikan makanan tradisional mestilah terus dijaga seiring dengan aset warisan lain agar tidak
lenyap ditelan zaman. Produk pelancongan makanan merupakan elemen terpenting kerana
menjadi salah satu alternatif untuk mengekalkan makanan warisan tradisional supaya hidangan
terhebat ini akan dapat dinikmati oleh generasi pada masa akan datang.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Budaya Malaysia sebagai Produk Pelancongan”,
Oleh Nur Izzatul Husna Mohd Rusoff,
Dewan Budaya, Bil.07/2023.
[8 markah]

2 Baca petikan di bawah, kemudian kemudian kenal pasti ayat dan tulis subjek dan predikat
yang lengkap bagi tiga ayat yang bergaris seperti yang berikut. Anda perlu menulis
jawapan mengikut contoh seperti di bawah ini.

Subjek : Masyarakat
Predikat : seharusnya perlu lebih prihatin dalam menghargai jasa wira negara

Masyarakat seharusnya perlu lebih prihatin dalam menghargai jasa wira negara. (1) Kita
tidak akan terus kekal selamat dan aman seperti hari ini tanpa mereka. Tidak dapat
dinafikan bahawa walaupun negara ini berhadapan dengan pelbagai cabaran sejak dijajah,
namun (2) keamanan yang dikecapi jauh lebih baik dan stabil berbanding dengan negara
lain. Bermula dari zaman penjajahan British, Jepun, Komunis sehinggalah kepada ancaman
pengganas, (3) pasukan keselamatan negara terus menjalankan tugas mereka dengan penuh
tanggungjawab agar rakyat dan negara sentiasa kekal selamat, aman dan stabil.

Dipetik dan diubah suai daripada


“ESSCOM Mempertahankan Kedaulatan Negara”,
Oleh Mohamad Ikhwan Mohamad Ridzuan,
Dewan Siswa, bil 7/2023.
[6 markah]
[Lihat halaman sebelah]
1103/2 SULIT
3
SULIT 1103/2

3 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal
pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.

Bahan 1

[5 markah]

Bahan 2

Tekanan atau stress merujuk satu daripada masalah kesihatan mental. Tekanan
merupakan satu keadaan normal yang sering berlaku di dalam kehidupan manusia. Tekanan
ialah cara tubuh bertindakbalas dalam mendepani cabaran atau kesukaran dan menyediakan
diri untuk menghadapinya dengan tenaga dan kekuatan diri. Tekanan boleh mendorong
seseorang melakukan tindakkan yang positif dan negatif. Sekiranya tekanan berlaku secara
lebihan untuk usia masa yang lama, tekanan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Tekanan
perlulah ditangani dengan bijak bahawa kehidupan menjadi lebih tenang.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Minda Positif, Amalkan Gaya Hidup Sihat”,
Oleh Hanis Mastura Yahya,
Dewan Siswa, bil.11/2021

[6 markah]

[Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
4
SULIT 1103/2

4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud dan bentuk asalnya.

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-
sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan
Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli
Yang Dipertuan.

Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan,


dalam Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[4 markah]

5 Baca petikan di bawah dengan telitinya. Berikan 3 peribahasa yang sesuai dengan situasi di
bawah

Puan Azizah telah berhenti kerja sebagai jurutera semata-mata ingin menjaga dan
mendidik anak-anaknya sendiri. Beliau mahu mendidik anak-anaknya menjadi orang yang
berakhlak dan berjaya sejak kecil lagi. Kini keempat-empat orang anaknya berjaya mengikut
jejaknya sebagai jurutera yang berjaya serta memiliki syarikat sendiri. Anak-anak beliau amat
mengenang jasa ibu bapa dengan memberikan wang saku bulanan dan menjaga mereka apabila
sudah tua. Puan Azizah bersyukur kerana pengorbanannya tidak sia-sia.

[6 markah]

[Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
SULIT 5 1103/2

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[35 markah]

6 Baca semua bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Pendidikan sejarah berperanan sebagai alat penting bagi memupuk perpaduan pelbagai
kaum dan membina masyarakat pasca merdeka yang bersatu padu. Slogan negara bangsa
merupakan usaha menjadikan diri sebagai rakyat yang berkongsi negara dan impian yang sama
dalam mendukung agenda perpaduan serta membolehkan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan
agama hidup bersama-sama dalam suasana harmoni. Pada masa yang sama konsep negara
bangsa juga mengekalkan identiti dan ciri bangsa masing-masing.

Usaha ini dapat merealisasikan hasrat rakyat yang komited dalam memahami falsafah
kesederhanaan dan penerimaan masyarakat majmuk. Oleh itu, rakyat hendaklah sentiasa
menghormati perbezaan kepelbagaian agama sebagai asas perpaduan kaum. Selain itu, perlu
membuang sikap perkauman dan ketaasuban agama kerana ianya sama sekali tidak boleh
diterima dalam negara berbilang bangsa. Kerajaan perlu mengambil lebih banyak usaha untuk
membendung isu perkauman daripada tidak dapat dikawal pada masa depan. Antaranya,
memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional atau Akta Perhubungan Kaum.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Rencana Perpaduan’
oleh Lim Kok Weng,
Utusan Malaysia, 29 Ogos 2020

Bahan 2

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa, bahasa, budaya dan agama. Sejak
merdeka, kita telah hidup bersama-sama dan bersaudara sebagai rakyat Malaysia. Oleh itu,
perpaduan dalam kalangan rakyat sangat penting dan menjadi kunci kejayaan Malaysia. Sebagai
rakyat Malaysia, kita harus melaksanakan tanggungjawab untuk mempertahankan perpaduan
masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Di samping itu, mengukuhkan keharmonian
kaum dan toleransi beragama pada setiap peringkat.

Sikap perkauman dan apa-apa juga bentuk polarisasi yang lain merupakan halangan
terbesar kepada perpaduan negara. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan
dapat melaksanakan pelbagai dasar dan program pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

[Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
6
SULIT 1103/2

Dengan kata lain, perpaduan kaum menjadi tonggak utama untuk Malaysia mencapai status
negara maju, selain memacu kepesatan pembangunan ekonomi dan membina tamadun yang
gemilang.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Saya Sayang Malaysia’
oleh Samat Buang,
Dewan Siswa Bil. 8, Januari 2020

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata pelbagai dasar.


[2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan cara-cara yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia
untuk memastikan perpaduan dapat dikekalkan.

[3 markah]

(iii) Media berperanan melahirkan rakyat Malaysia yang mengamalkan budaya positif dalam
bermasyarakat seperti hidup bersama-sama, bantu-membantu dan menghormati antara satu
sama lain.

Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan pihak media dalam memupuk amalan tersebut?
[4 markah]

(iv) Jawatankuasa Persatuan Penduduk di tempat tinggal anda kerap kali mengadakan aktiviti
kejiranan, namun orang ramai tidak berminat untuk turut serta dalam aktiviti tersebut. Orang
ramai yang hadir juga sukar memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti yang
dijalankan.

Jika anda merupakan ahli jawatankuasa persatuan penduduk, nyatakan pendekatan-pendekatan


yang dapat dilakukan oleh persatuan anda untuk memastikan orang ramai memberikan
sambutan terhadap setiap aktiviti yang dijalankan.
[4 markah]

[Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
7
SULIT 1103/2

7 Baca bahan-bahan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Pesan Buat Anak-Anakku

Ini pesanan dariku untuk anak-anakku Pesanku buat anak-anakku


aku sebagai ayahmu ingin memberi ingatan tutuplah mahkota sucimu
sebagai pedoman petunjuk dalam hidupmu. lindungilah kecantikan ciptaan Ilahi
kepada puteraku
Pesanku buat anak-anaku auratmu dari atas pusat hingga ke bawah
jangan ditinggal solat bukti taat cinta pada lututmu
Ilahi kepada puteriku
sempurnakan syarat serta rukunnya auratmu seluruh tubuhmu
nantikan hidupmu terpandu tersuluh kecuali dua tapak tangan dan mukamu.
bersegera mengerjakannya
ditinggal sekali-kali tidak Pesan akhir buat anak-anakku
kelak seksa merana hidup di dunia jagalah agamamu usah dicemari
apatah lagi akhirat. tanpa agama insan pasti terumbang-ambing
kerana itulah nikmat indahnya beragama.
Pesanku buat anak-anakku
berpegang teguhlah kalian
dengan kitab suci al-Quran
manual kehidupan sumber rujukan
jua sunnah junjungan dipraktiskan
dambaan insan beriman bertaqwa pada Ilahi. Masshah 2014

[Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
8
SULIT 1103/2

Bahan 2

“Mel, bonda merestui kamu untuk berhijrah ke ibu kota. Tetapi, ingatlah pesan bonda supaya
menjaga dua perkara. Perintah agama jangan sesekali kamu abaikan. Agama itu baju peribadi
bangsa kita. Akidah yang kukuh menjadi akar yang menunjang pohon kebenaran. Islam
merupakan panduan hidup. Peliharalah bahasa ibunda kita kerana itulah sahaja warisan kita yang
tinggal. Bahasa jiwa bangsa. Bangsa yang bijak tidak akan membuang bahasanya walau apa-apa
alasan sekalipun.”
Pesan itu menyuburi hati dan perasaan saya. Pesanan daripada lidah seorang bonda
untuk anakandanya yang akan merantau jauh. Saya yakin mempunyai kekuatan untuk
menghadapi dugaan dan cabaran di tengah ibu kota.

Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata Akidah yang kukuh.
[2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan pesanan-pesanan yang disampaikan
oleh bonda dan ayah.
[3 markah]

(iii) Seseorang perantau hendaklah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu di dada.

Pada pendapat anda, apakah persiapan-persiapan yang perlu dilakukan oleh remaja yang ingin
hidup di perantauan?
[3 markah]

(iv) Anda mengetahui rakan sekelas anda sering mengunjungi pusat hiburan hampir setiap malam.

Sebagai rakan sekelas yang prihatin, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan agar
rakan anda berubah sikap?

[4 markah]

[Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
9
SULIT 1103/2

8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5..

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebenarnya apabila teringat akan Ai Ling, aku akan teringat akan Aiman juga.
Mereka seusia, Cuma Aiman tua sehari sahaja daripada Ai Ling. Melihatkan Ai Ling,
terubat juga rinduku terhadap Aiman. Telatah Ai Ling terus bermain-main di mataku. Anak
bongsu Tauke Lim itu bukan sahaja periang, malah manja.

Kopi O yang telah kubancuh tadi kini kuhirup. Kebelakangan ini payah benar
mataku hendak lelap. Lantaran itu, aku hanya duduk di anjung rumah. Kadang-kadang aku
menandai pelbagai buku latihan anak-anak didikku ataupun aku juga menulis rancangan
pelajaran dalam buku rekod mengajarku. Kadang-kadang aku akan bersembang dengan
Tauke Lim. Kadang-kadang pula aku menulis puisi atau cerpen. Malam yang hening benar-
benar mendamaikan. Ilham adakalanya datang seperti hujan lebat yang turun menyirami
bumi. Namun, adakalanya ilham seperti memerah kain kering.

Dipetik daripada novel


Silir Daksina,
karya Nizar Parman
Kementerian Pendidikan Malaysia hal. 23

Nyatakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh ‘aku’ ketika sukar tidur

[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Tirani, karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa yang
menimbulkan perasaan kagum.
[6 markah]

[Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
SULIT 1103/2
10

BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 Markah]

9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Rakyat Malaysia mempunyai nilai kesedaran sukarela yang tinggi berdasarkan


sumbangan kewangan dan tenaga apabila berlakunya sesuatu bencana alam. Secara realitinya,
aktiviti kesukarelawanan bukan sahaja melepasi sempadan budaya, agama dan masyarakat,
malahan dapat dijadikan sebagai ibadah dalam kehidupan seseorang.

Sebagai sebuah negara yang bergerak ke arah sebuah negara maju, Malaysia amat
menitikberatkan aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam
kalangan belia. Bagi golongan belia, aktiviti kesukarelawanan dapat membantu
mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka. Mereka juga dapat mengakses jaringan
peluang pekerjaan yang wujud di Malaysia. Bukan itu sahaja, aktiviti kesukarelawanan juga
mampu meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri mereka, terutamanya ketika mereka
berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Bahkan mereka juga boleh menimba ilmu
dan kemahiran bekerja dalam sesebuah organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana belia
dapat mengenali keadaan kerja yang berbeza-beza melalui aktiviti kesukarelawanan.

Dalam hal ini, pihak kerajaan memainkan peranan yang sangat penting dalam menanam
semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia bermula akar umbi. Antara usaha yang perlu
diketengahkan ialah Kementerian Pendidikan Malaysia memasukkan sukatan pelajaran tentang
kesukarelawanan dalam kurikulum pelajaran. Melalui pembelajaran dari peringkat awal,
semangat kesukarelawanan akan tertanam dalam jiwa anak bangsa dan akan berpanjangan
sehingga dewasa. Hal ini secara tidak langsung dapat mendidik golongan belia menjadi
warganegara yang prihatin terhadap keperluan masyarakat. Penubuhan Yayasan Sukarelawan
Siswa dalam usaha memupuk dan mempergiat aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan belia
Malaysia merupakan satu usaha yang dipuji. Konklusinya, aktiviti kesukarelawanan di negara
ini mesti disemarakkan oleh pelbagai pihak kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Dipetik dan diubah suai daripada


'Suburkan Semangat Kesukarelawanan dalam Kalangan Belia
oleh Amirah Syazwani Baderol Sham,
Dewan Siswa, Bil.5/2019

[Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
SULIT 11 1103/2

Bahan 2

Bahan 3

SEIKHLAS HATI

Semangat sukarela kita terapkan


Tanpa mengharap sebarang balasan

Hulurkan tangan ringankan beban


Tanda prihatin sesama insan

Rasa syukur kepada Tuhan


Atas segala anugerah kurniaan

INSYIRAH.H
Pasir Mas

[Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT

Anda mungkin juga menyukai