Anda di halaman 1dari 6

SULIT 1103/2

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah untuk
menangani jenayah seksual kanak-kanak dan punca-punca jenayah seksual. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jenayah seksual yang membabitkan kanak-kanak di bawah 18 tahun dan pedofilia semakin
meruncing dan membimbangkan. Jika penderaan seksual terhadap kanak-kanak ini berlaku, mangsa
akan trauma sepanjang hayat mereka. Jika trauma yang dihadapi mangsa tidak ditangani dengan sebaik-
baiknya seperti diberi kaunseling dan rawatan psikiatri, mangsa boleh mengalami kemurungan, tekanan
selepas trauma, gelisah, takut, gangguan tidur, hilang selera makan, paranoid, sukar untuk mempercayai
orang lain dan pelbagai simptom lain. Oleh itu, mereka perlu dilindungi daripada segala bentuk
kekerasan, penderaan dan keganasan.

Kempen kesedaran awam harus ditekankan bagi mendidik orang tentang penderaan seksual
kanak-kanak dan pedofilia. Selain itu, usaha daripada pertubuhan sukarela dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) untuk mengadakan kempen dan ceramah kesedaran tentang isu ini perlu dilakukan.
Sementara itu, pihak berkuasa seperti polis harus turut sama melaksanakan tanggungjawab
membanteras jenayah seksual. Sesetengah orang tidak melaporkan atau menyembunyikan penderaan
seksual kanak-kanak kerana bimbang tentang stigma masyarakat, terutamanya jika pendera ialah ahli
keluarga. Polis boleh memberikan kerjasama dengan memberikan pendedahan khusus berhubung
dengan pencegahan jenayah seksual kanak-kanak kepada ibu bapa dan penjaga dari segi keadaan
psikologi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual serta cara untuk mengendalikan emosi
mangsa.

Ibu bapa pula perlu memberikan pendedahan kepada anak dengan menerangkan jenayah seksual
kanak-kanak supaya mereka tidak mudah menjadi mangsa. Ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak
supaya berhati-hati apabila tubuh badan disentuh oleh orang dewasa sama ada dikenali oleh mereka
ataupun tidak. Ibu bapa juga harus memberikan pendidikan agama dan moral kepada anak tentang
perbuatan seksual terlarang termasuk sumbang mahram. Dalam pada itu, anak juga perlu diingatkan
agar tidak mudah menurut pelawaan orang yang baru dikenali untuk makan, minum bersiar-siar atau
mengikut ke bilik atau rumah mereka. Selain itu, ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan teknologi
digital dan Internet supaya dapat membuat pemantauan yang lebih berkesan terhadap aktiviti anak di
alam maya. Ibu bapa juga wajib menetapkan waktu penggunaan Internet oleh anak di rumah dan faham
akan cara mereka berkomunikasi dengan orang luar kerana mereka mungkin berkomunikasi dengan
pedofilia.

Guru di sekolah juga harus peka terhadap perubahan sikap dan tingkah laku murid untuk
mengesan tanda penderaan fizikal, emosi dan seksual. Peranan guru penting untuk memperkasa dan
mendidik kanak-kanak tentang isu ini. Pada masa ini, sekolah di Malaysia tidak mempunyai guru
kaunseling yang cukup kerana hanya seorang guru kaunseling ditugaskan di setiap sekolah. Oleh itu,
guru lain seharusnya mempersiapkan diri dengan pengetahuan supaya bersedia untuk memberikan
sokongan kepada murid yang memerlukan bantuan, termasuk mangsa penderaan seksual.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana


Pedofilia Tidak Mengenali Mangsa ,
“ Dewan Siswa, Jun 2017)

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
1

1103/2 © PanitiaBMSMKTPDPHN SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 2 (a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

i) Berikan maksud stigma masyarakat. [2 markah]

ii) Dalam petikan, pengarang menjelaskan bahawa pelbagai simptom akan dialami oleh mangsa
jenayah seksual jika trauma yang dihadapi mangsa tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.
Nyatakan simptom-simptom tersebut. [3 markah]

iii) Banyak kes jenayah seksual lewat atau tidak dilaporkan.


Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab kelewatan atau tiada laporan dibuat apabila anak-anak
menjadi mangsa jenayah seksual? [4 markah]

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Azam, tanah ini sesuai untuk ternakan kerana jauh dari kawasan perumahan. Tetapi ada
masalah yang lain. Kau tengok jalan masuk ke reban ini. Jalan itu tidak berturap dan becak pada
musim hujan. Pernah lori tersangkut di dalam selut. Aku sudah menulis surat memohon jalan itu
dinaikkan taraf. Aku sudah berusaha ke sana ke mari untuk menemui orang yang berpengaruh, tetapi
jawapannya tiada peruntukan menurap jalan itu buat masa ini. Aku dicaci maki oleh orang kampung
kerana kemasukan lori-lori itu memburukkan lagi keadaan jalan.”

Azam menggeleng-geleng, “Bagaimanakah hasil jualan ayam?”

Hakim terus menjawab, “Mujur juga ada hasilnya. Tetapi hidupku dikelilingi hutang. Aku
berhutang dengan bank. Aku berhutang dengan syarikat Syarikat RAJA. Mereka menghantar anak-
anak ayam, mereka menghantar dedak, menghantar ubat-ubatan. Semua itu akan dipotong daripada
hasil jualanku, Kau tengok ni (Hakim menunjukkan salah satu penyata yang dikeluarkan oleh
syarikat RAJA). Nilai jualan dari rebanku ini ialah RM85 000.00. Tetap akhirnya hanya RM13
000.00 sahaja yang masuk ke kantungku. RM72 000.00 adalah untuk RAJA kerana membayar harga
anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan. Dari RM13 000.00 itulah aku membayar hutang
bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam, membayar bil elektrik dan air yang cukup tinggi dan
segala kos penyelenggaraan yang lain.”

Azam terus memerhati penyata dari syarikat RAJA, dari halaman ke halaman. Hakim
berjalan mundar-mandir. Lama juga mereka tenggelam dalam pemikiran masing-masing. Hanya
angin petang yang sesekali datang menyapa.

(Dipetik daripada cerpen ‘KaduK, Ayam dan RAJA’


oleh Zurinah Hassan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

i) Berdasarkan petikan di atas, pelbagai masalah yang dihadapi oleh Hakim.


Kemukakan masalah-masalah tersebut. [2 markah ]

ii) Andaikan anda menghadapi masalah dalam perniagaan yang anda ceburi.
2

1103/2 © PanitiaBMSMKTPDPHN SULIT


SULIT 1103/2
Nyatakan tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk mengatasi masalah dalam perniagaan anda
itu. [3 markah]

iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain
daripada keseleruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional


Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama
orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak,
segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan.
Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini
menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil
tuan?”
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada
disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun
Perak, katanya, “ Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah
baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan
pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang
Dipertuan di dalam negeri dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada
fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau
satu negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh
bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan bersungguh-sungguh hatinya; kurang-
kurang ia berlawanan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.”

Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang
Dipertuan. Maka bagainda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.”

Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah
baginda kepada Tun Perak, “ Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak
diam di negeri.”

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’


Dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysis

(i) Apakah reaksi Tun Perak setelah mendengar pertanyaan Seri Amerta?. [ 2 markah ]

(ii) Nyatakan alasan-alasan yang diberikan oleh Tun Perak apabila Seri Amerta mempersoal tentang
kehadiran isteri dan anak-anak dalam pasukan orang Kelang. [ 3 markah ]

(iii) Sultan Muzaffar Syah menjadikan Tun Perak sebagai bentara dan diminta menetap di Melaka
kerana berkenan dengan kebijaksanaan Tun Perak.
Pada pendapat anda, selain kebijaksanaan, apakah ciri-ciri yang harus dimiliki oleh seorang
panglima? [ 3
markah ]

Soalan 2 (d) – Puisi

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

1103/2 © PanitiaBMSMKTPDPHN SULIT


SULIT 1103/2
Kudup Perang

Sementara dia bergelar panglima Andai namamu Jebat, kita masih tidak
laskar perang; yang terus-menerus menggelarnya sebagai pengkhianat
membajakan kezaliman – sering kerana kita masih menangisi
mengudupkan putik dendam peta keadilan yang tersirat – nun, karam
kita masih perlu berterima kasih di lautan kesumat
kepada jari-jemari takdir sedang warga memanggilnya keramat.
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari Perang pun melecurkan lidah muslihat
sempat juga menadah sejambak puisi bercabang lalu bertemu bayu palsu;
untuk sehari lagi; sambil bertanya; bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
siapakah pahlawan yang asli? mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
Memang kita tidak sempat menjenguk teramat lara kita menjahit semula
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus perca-perca bahagia – seperti perawan
ringkik kuda, gemerincing yang dibungkamkan cinta pertama.
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak Sehingga senja tiba,
di daerah angkara – perciknya kita masih bertengkar
menumbuhkan kelopak rahsia tentang siapa
dalam keliru, tertanya-tanya kita pahlawan sebenarnya.
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih


tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta (Sajak Kudup Perang,
melekatlah selumbar sengsara Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa
di tiang maruah kota. danPustaka)

i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan dua sebab penyajak tidak mahu menyanjung Hang Tuah
sebagai pendekar paling gagah. [ 2 markah ]

ii) Seorang pemimpin perlu memiliki sifat adil dan saksama.


Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri lain yang perlu ada pada seseorang pemimpin?
[ 3 markah ]

iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam rangkap kelima sajak tersebut. [ 4 markah ]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan.

1103/2 © PanitiaBMSMKTPDPHN SULIT


SULIT 1103/2
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i) desas-desus
ii) lekak-lekuk
iii) gilang -gemilang
iv) simpang-siur
v) pindah-randah
vi) licin-licau [ 6 markah]

(b) Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal..

(i) Zaidi yang berkelulusan tinggi tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
(ii) Hasil kerja tangan Mak Limah halus dan kemas.
(iii) Adakah Aiman hendak pilih jurusan perniagaan atau perakaunan?
[ 6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Negeri Pahang mampu memaju bidang eko-pelancongan kerana kaya dengan sumber alam
semula jadi yang indah.
(ii) Terdapat pihak yang tidak bertanggung jawab sering bermuat naik maklumat palsu di media
sosial.
(iii) Azura menambahkan mesin-mesin di kilang batiknya untuk meningkat prodaktiviti.
[ 6 markah ]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Balai rawatan itu dibuka di setiap hari kecuali hari Jumaat sahaja
(ii) Pengemis itu berpakaian koyak-koyak itu tidur di atas pokok dalam keadaan kesejukan.
(iii) Wajah Amira nampak lebih tulus dan licin setelah menggunakan produk daripada Korea
Selatan.
[ 6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud ayat tersebut
(i) Kita perlu menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

(ii) Kita hendaklah menurut adat dan aturan di tempat yang kita diami.
5

1103/2 © PanitiaBMSMKTPDPHN SULIT


SULIT 1103/2
(iii) Kita harus berani bersusah dahulu supaya mendapat kesenangan kelak.

Soalan 4: Novel
(15 markah)

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib


(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vi) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(vii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Jelaskan dua peristiwa yang dapat dijadikan teladan dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[ 7 markah ]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu konflik dan cara penyelesaian bagi
setiap novel tersebut. [ 8 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 © PanitiaBMSMKTPDPHN SULIT

Anda mungkin juga menyukai