Anda di halaman 1dari 5

Huraikan punca-punca remaja lari dari rumah.

Kemelut remaja lari dari rumah telah menjadi satu isu yang sering diperkatakan. Keadaan ini jelas terpapar menerusi siaran media massa yang menjadi isu ini berita utama mereka. Pelbagai pihak memberikan teori atau pandangan mereka mengenai kemunculan kemelut ini dalam masyarakat kita. Punca yang paling ketara ialah tekanan ibu bapa. Remaja yang lari dari rumah sering menggunakan alasan tekanan ibu bapa sebagai penyebab utama mereka melakukan perbuatan terkutuk ini. Tekanan ib bapa ini dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa untuk memahami keperluan peribadi remaja yang begitu mendesak kini. Ibu bapa sering menyalahkan anak atau tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya kepada remaja. Jadi, kegagalan ibu bapa memainkan peranan mereka menjadi pendorong utama remaja melarikan diri. Selain itu, remaja lari dari rumah dikatakan berkait rapat dengan pengaruh rakan sebaya. Nasihat yang diberikan oeh rakan sebaya tidak matang dan rasional apabila remaja meluahkan masalah mereka. Keadaan ini berlaku kerana rakan sebaya itu sendiri belum cukup matang dan berpengalaman dalam menangani arus kehidupan yang penuh cabaran ini. Sesungguhnya, rakan sebaya yang memberikan nasihat yang tidak baik akan membawa remaja itu mengambil tindakan untuk melarikan diri. Remaja lari dari rumah juga dianggap akibat unsur barat yang dipaparkan menerusi media massa terutama media elektronik. Remaja yang suka meniru akan melakukan perkara yang mereka tonton di televisyen tanpa sebarang keraguan lagi. Remaja tidak mampu membezakan lakonan dan realiti kehidupan yang jauh berbeza. Oleh itu, media massa menjadi faktor yang berupaya menimbulkan keinginan remaja untuk lari dari rumah mereka. Kemelut ini turut dikaitkan dengan sahsiah remaja itu sendiri. Ramai remaja yang tidak mempunyai sikap yang tabah dan positif apabila menghadapi sesuatu kemelut yang melanda diri mereka. Remaja begitu mudah terasa atau berasa sensitif apabila ditegur oleh ibu bapa sehingga sanggup melarikan diri. Jelaslah, keadaan ini membuktikan bahawa masalah ini turut ditentukan oleh sikap remaja zaman ini yang harus lebih kukuh dan tabah. Kesimpulannya, gejala remaj lari dari rumah ini memang harus ditangani dengan segera demi masa depan remaja kita yang semakin malap ditelan arus kemodenan dunia. Semua pihak terutama masyarakat harus memainan peranan tersendiri dalam menangani kemelut ini. Mungkin kita semua harus menyalahkan diri masing-masing sebelum kita menyalahkan remaja dalam hal ini.

BAHAGIAN D : PEMAHAMAN NOVEL Panduan Menjawab Soalan Novel. Markah isi 6 markah dan markah bahasa 4. Jawapan berdasarkan novel-novel yang dipelajari. Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis. Jangan lupa tulis nama novel ketika mula menulis jawapan. Isi harus disertakan dengan contoh. Sebaik-baiknya satu perenggan satu isi. BAHAGIAN D ( KOMSAS ) 10 MARKAH. 1. Jumlah isi- 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah. 2. Perenggan- 3 perenggan. 3. Setiap isi wajib/mesti disertai dengan huraian atau contoh. PENTING !!!!! Tanpa contoh tiada markah. 4. Permarkahan- Isi ( 6 markah ) - Bahasa ( 4 markah ). Topik penting dalam Komsas 1. Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ) 2. Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ). 3. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji. ( 10 markah ). Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak sampingan dengan memberikan contoh yang sesuai. ( 10 markah ). 4. Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ). 5. Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang anda ketahui dan huraikan dengan memberi contoh yang sesuai ( 10 markah ). 6. Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda kaji (10 markah ). 7. Huraikan citra wanita yang dapat dilihat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ). 8. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan contoh yang sesuai ( 10 markah ) 9. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan latar dan huraikan jenis latar yang anda ketahui ( 10 markah ). 10. Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkahlangkah menjaga kesihatan berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda tidak boleh melebihi 120 patah perkataan. PENJAGAAN KESIHATAN

Latihan: Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. 1. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalakan projek penternakan ikan tawar. 2. Beberapa orang pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebuh raya itu. 3. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung. 4. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati. 5. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA. 6. Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu, kata kerani itu kepada saya. 7. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu. 8. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.. 9. Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah. 10. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan.

Jawapan Latihan Ayat Aktif dan Ayat Pasif 1. Pinjaman bank dibuat oleh Enik Sofiah untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar. 2. Semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja. 3. Hukuman penjara sepanjang hayat telah dijatuhkan oleh hakim terhadap peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung. 4. Ketua sindiket itu telah dijatuhi oleh hakim hukuman gantung sampai mati 5. Kini hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA. 6. Temu duga itu perlu segera saudara hadiri jika hendak mendapat pekerjaan itu, kata keranai itu kepada saya. 7. Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima. 8. Ayah telah dimasakkan oleh ibu kari kepala ikan. / Ayah telah dimasakkan kari kepala ikan oleh emak 9. Lauk ikan telah saya masak untuk ayah. 10. Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun disambut oleh kami sekeluarga di luar dewan.

Anda mungkin juga menyukai