Anda di halaman 1dari 8

SEMINAR BAHASA MELAYU PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012

Cikgu Sazali bin Ibrahim Penolong Kanan Pentadbiran SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan.
BAHAGIAN A (i) : 1. RINGKASAN

Fasilitator:

Mengenal pasti tugasan soalan

Dalam soalan ringkasan, tugasan soalan ialah selepas perkataan tentang sehingga ayat itu berakhir. Lihat soalan contoh di bawah: Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menangani masalah remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. 2. Patuhi had perkataan

Calon jangan sekali-kali melebihi had tersebut kerana perkataan yang melebihi had perkataan TIDAK dinilai oleh pemeriksa. Soalan PMR 2011: Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menangani masalah remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Zaman remaja merupakan perubahan masa ke alam dewasa. Kebanyakan remaja berjaya melalui zaman peralihan itu tanpa masalah. Namun begitu, ada juga remaja yang kurang bernasib baik dan terjebak dalam gejala yang kurang sihat. Keadaan ini diburukkan lagi lantaran sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya dan kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak. Remaja yang bermasalah dapat dikesan dengan mengenal pasti kelainan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka seperti perubahan emosi daripada periang kepada pendiam atau cepat marah. Ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja mereka untuk memahami masalah yang dihadapi. Dengan ini, anak-anak mempunyai ruang untuk bercerita tentang masalah mereka. Selain itu, ibu bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong kebebasan anak-anak mereka. Jika tindakan ini dilakukan, anak-anak remaja akan berasa diri mereka tidak dihargai. Remaja yang mula menunjukkan tanda-tanda perubahan seperti tidak dapat tidur, kurang selera makan, tidak bertenaga, kurang fokus dan suka menyendiri merupakan remaja yang bermasalah. Untuk mengatasi konflik ini, anak remaja hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi yang betul oleh ibu bapa mereka. Di sekolah pula, remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang sepatutnya oleh guru. Hal ini sekurangkurangnya dapat meredakan tekanan yang dihadapi mereka. Pada masa yang sama, rakan sebaya boleh membawa pengaruh kurang baik seperti merokok dan melepak. Oleh itu, remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai. Hal ini demikian kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dan mereka seharusnya boleh membantu rakan mereka yang bermasalah. Di samping itu, di hospital kerajaan atau swasta terdapat banyak pakar psikiatri yang mampu membantu remaja untuk mengatasi masalah mereka. Oleh itu, ahli keluarga boleh membawa remaja yang bermasalah berjumpa dengan pakar psikiatri. Remaja sendiri juga seharusnya bijak dalam menangani masalah mereka. Mereka perlulah berusaha mengawal tekanan untuk mengelakkan emosi negatif melalui pelbagai teknik. Contoh teknik yang boleh digunakan ialah teknik relaksasi dan teknik pernafasan. Dalam pada itu, masyarakat berperanan dalam memastikan remaja menjadi insan yang berguna dengan membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang yang membawa kebaikan kepada remaja. Remaja seharusnya menjadi modal insan yang cemerlang dengan memanfaatkan usia remaja sebaik mungkin demi masa depan yang lebih bermakna.

CSL2012 Bahan Seminar PMR

Skema: 1. Ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja mereka untuk memahami masalah yang dihadapi 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong kebebasan anak-anak mereka 3. Anak remaja hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi yang betul oleh ibu bapa mereka 4. Remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang sepatutnya oleh guru 5. Remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai 6. Ahli keluarga boleh membawa remaja yang bermasalah berjumpa dengan pakar psikiatri 7. Remaja sendiri juga seharusnya bijak dalam menangani masalah mereka. ATAU Remaja perlulah berusaha mengawal tekanan untuk mengelakkan emosi negatif melalui pelbagai teknik 8. Masyarakat berperanan membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang yang membawa kebaikan kepada remaja. CATATAN: SEMUA ISI MESTI ADA SUBJEK TEKNIK MENJAWAB RINGKASAN: 1. 2. Penanda wacana yang mesti digunakan. Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Lagipun, Tambahan pula, Akhir sekali. Prosedur jawapan: i. Ayat 1 : Tugasan soalan + Isi Pertama Contoh: Cara menangani masalah remaja ialah ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja mereka untuk memahami masalah yang dihadapi. ii. Ayat 2 : Penanda Wacana + Isi 2 Contoh: Selain itu, ibu bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong kebebasan anak-anak mereka iii. Ayat 3 : Penanda Wacana + Isi 3 Contoh: Di samping itu, anak remaja hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi yang betul oleh ibu bapa mereka iv. Ayat 4 : Penanda Wacana + Isi 4 Contoh: Seterusnya, remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang sepatutnya oleh guru. v. Ayat 5 : Penanda Wacana + Isi 5 Contoh: Tambahan pula, remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai. Bilang jumlah perkataan. Jika masih di bawah 70 patah perkataan, bina ayat yang ke-6. Contoh: Ayat 1 : 17 Ayat 2 : 10 Ayat 3 : 14 Ayat 4 : 11 Ayat 5 : 9 Jumlah : 61 Masih ada 19 patah perkataan lagi (Teruskan dengan membina ayat ke-6)

CSL2012 Bahan Seminar PMR

vii.

Ayat 6 : Penanda Wacana + Isi 6 Contoh: Akhir sekali, masyarakat berperanan membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang yang membawa kebaikan kepada remaja. 61 + (Ayat 6 14 patah perkataan) = 75 patah perkataan. Rumusan yang lengkap: Cara menangani masalah remaja ialah ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja mereka untuk memahami masalah yang dihadapi. Selain itu, ibu bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong kebebasan anak-anak mereka. Di samping itu, anak remaja hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi yang betul oleh ibu bapa mereka. Seterusnya, remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang sepatutnya oleh guru. Tambahan pula, remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai. Akhir sekali, masyarakat berperanan membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang yang membawa kebaikan kepada remaja. (75 patah perkataan)

BAHAGIAN A (ii)

PEMAHAMAN

SOALAN MAKSUD RANGKAI KATA: 1. Berikan maksud rangkai kata kelainan tingkah laku [ 2 markah] : : perbezaan/perubahan perangai/sikap

Skema: Kelainan Tingkah laku

Perhatian: Jika calon memberikan maksud 1 perkataan sahaja, beri 1 markah. Contoh: perbezaan tingkah laku kelainan perangai Jika calon memberikan maksud rangkai kata, satu daripadanya salah, 0 markah. Contoh: perubahan (betul) personaliti (salah) Calon memberikan maksud tepat mengikut konteks, tetapi ayat tidak lengkap, 1 markah. Contoh: perbezaan perangai (tiada ayat) Calon memberi jawapan dalam bentuk huraian, 0 markah Contoh: perbezaan perangai seseorang remaja Salah ejaan yang boleh menjejaskan maksud, 0 markah. Contoh: perbezaan sikat Sekiranya tidak menjejaskan maksud, diterima. Contoh: tinkah laku Jawapan Contoh: 1. Maksud rangkai kata kelainan tingkah laku ialah perbezaan sikap.

SOALAN ANALISIS PETIKAN:


2. Berdasarkan petikan, berikan dua faktor yang boleh menyebabkan remaja terlibat dalam gejala negatif. [4 markah] PANDUAN: a. Jawapan kepada soalan ini terdapat dalam petikan. b. Jawapan kepada soalan ini juga tidak bertindih dengan isi ringkasan.

CSL2012 Bahan Seminar PMR

Sila rujuk petikan: (Perenggan 1) Zaman remaja merupakan perubahan masa ke alam dewasa. Kebanyakan remaja berjaya melalui zaman peralihan itu tanpa masalah. Namun begitu, ada juga remaja yang kurang bernasib baik dan terjebak dalam gejala yang kurang sihat. Keadaan ini diburukkan lagi lantaran sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya dan kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak. Skema: (i) sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya (ii) kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak Jawapan Contoh: Faktor yang boleh menyebabkan remaja terlibat dalam gejala negatif ialah sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya. Selain itu, ibu bapa kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak

SOALAN KBKK:
3. Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti berfaedah yang dapat dilakukan oleh remaja untuk mengisi masa lapang mereka? [4 markah] 2 markah 2 markah 0 markah

Skema: Beriadah Membaca Bermain permainan video Jawapan Contoh:

Pada pendapat saya, aktiviti berfaedah yang dapat dilakukan oleh remaja untuk mengisi masa lapang remaja ialah beriadah bersama keluarga. Selain itu, remaja juga boleh mengisi masa lapang dengan membaca.

KARANGAN BAHAGIAN B (BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN)


Lihat gambar di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang kepentingan mengamalkan perpaduan kaum di Malaysia. Panjang huraian hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Isi 1 Isi 2 Isi 3 Tugasan Tema Kata kunci : : : Mewujudkan masyarakat harmoni Meningkatkan keamanan negara Menarik kedatangan pelancong : : : kepentingan mengamalkan perpaduan kaum di Malaysia perpaduan kaum kepentingan (alternatif : kebaikan/manfaat/faedah)

PENDAHULUAN Akhir-akhir ini/Pada masa ini/Belakangan ini/Mutakhir/Mayapada/Marcapada isu berkaitan dengan.....................(sebutkan tema) dalam kalangan pelajar/remaja/masyarakat/belia saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Ayat 2 : Persoalannya, apakah...( salin selepas perkataan tentang dalam soalan) TUGASAN dan berakhir dengan tanda soal (?) Belakangan ini, isu berkaitan dengan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat saban waktu diwarawarakan dalam media arus perdana di negara kita. Persoalannya, apakah kepentingan mengamalkan perpaduan kaum di Malaysia? Ayat 1: TEMA Kait dengan semasa Tema Sasaran Prioriti

CSL2012 Bahan Seminar PMR

ISI PERTAMA Ayat Topik GAPO Ayat Huraian BAKPO ISI KEDUA

Rumus Ayat 1 Rumus Ayat 2

Pada pandangan saya, KATA KUNCI + ialah ISI 1 Pada pandangan saya, kepentingannya ialah mewujudkan masyarakat harmoni. Hal ini dikatakan demikian kerana + Isi + Contoh + Impak Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Malaysia seperti Melayu, Cina dan India harmoni dapat hidup bersama walaupun berlainan bangsa dan agama. Selain itu + ISI + Contoh + Impak Selain itu, meningkatkan keamanan negara seperti semua kaum saling menghormati dan bersatu padu antara satu sama lain dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara ini. Kata kunci + yang berikutnya ialah + Isi 3 Faedah yang berikutnya ialah menarik kedatangan pelancong.. Pasifkan Isi + impak Kedatangan pelancong dapat ditingkatkan apabila pelancong domestik dan antarabangsa berasa selamat dan selesa semasa berkunjung ke negara kita. Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani + Tema + Harapan Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan perpaduan kaum supaya kehidupan rakyat lebih sejahtera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

Rumus Ayat Topik + Huraian GAPO + BAKPO ISI KETIGA Ayat Topik GAPO Ayat Huraian BAKPO KESIMPULAN Rumus Saranan + Harapan Ayat 1 Rumus Ayat 1 Rumus Ayat 2 Ayat 1

Karangan Contoh: Belakangan ini, isu berkaitan dengan perpaduan kaum saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Persoalannya, apakah kepentingan mengamalkan perpaduan kaum di Malaysia? Pada pandangan saya, kepentingannya ialah mewujudkan masyarakat harmoni. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Malaysia seperti Melayu, Cina dan India dapat hidup bersama walaupun berlainan bangsa dan agama. Selain itu, meningkatkan keamanan negara seperti semua kaum saling menghormati dan bersatu padu antara satu sama lain dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara ini. Faedah yang berikutnya ialah meningkatkan kedatangan pelancong. Kedatangan pelancong dapat ditingkatkan apabila pelancong domestik dan antarabangsa berasa selamat dan selesa semasa berkunjung ke negara kita. Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan perpaduan kaum demi kesejahteraan masyarakat kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! (120 patah perkataan) Latihan: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Panjangnya ulasan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 : : : Bergotong-royong Amalan ziarah-menziarahi Rumah Terbuka

CSL2012 Bahan Seminar PMR

KARANGAN RESPONS TERBUKA BAHAGIAN C


Bahasa kebangsaan merupakan wahana perpaduan yang penting ke arah pembinaan sebuah negara bangsa yang harmonis. Bincangkan cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan Isi 1 Isi 2 Isi 3 Isu Tugasan Tema Kata kunci : : : Kempen Cintai Bahasa Kita Aktiviti Kebahasaan Penerbitan Bahan Bacaan : : : : bahasa kebangsaan merupakan wahana perpaduan yang penting ke arah pembinaan sebuah negara bangsa yang harmonis. cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan bahasa kebangsaan cara-cara (alternatif : langkah-langkah/usaha-usaha/strategi/kaedah)

PENDAHULUAN
Rumus TEMA Ayat 1 ISU Rumus Ayat 2 Peribahasa/Pepatah/Ungkapan ............................................ begitu signifikan untuk menggambarkan peri pentingnya/betapa seriusnya ......(TEMA)...... dalam kalangan masyarakat di negara kita masa kini. Ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa begitu signifikan untuk menggambarkan peri pentingnya bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat di negara kita masa kini. Tambahan pula, + Isu Tambahan pula, bahasa kebangsaan merupakan wahana perpaduan yang penting ke arah pembinaan sebuah negara bangsa yang harmonis. Persoalannya, apakah...( salin selepas perkataan tentang dalam soalan) dan berakhir dengan tanda soal (?)

TUGASAN

Ayat 3

ISI PERTAMA
Rumus Ayat Topik GAPO Ayat 1 Ayat Huraian BAKPO Rumus Ayat 2 Pada pendapat saya/Pada hemat saya/Pada pandangan saya, + (KATA KUNCI tanpa gandaan) + yang paling utama/efektif/dominan + ialah + (ISI PERTAMA YANG TELAH DITRANSFORMASI MENJADI KKAT) Pada hemat saya, cara yang paling efektif ialah mengadakan Kempen Cintai Bahasa Kita. Hal ini dikatakan demikian kerana + Pasifkan Isi + pelaku + impak Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai lambang jati diri rakyat Malaysia selaras dengan citra Bahasa Jiwa Bangsa. Contohnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema Contohnya, kempen yang diadakan seperti Kempen Penggunaan Bahasa Baku, Kempen Pengucapan Bertatasusila, Kempen Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Dalam Iklan dan sebagainya yang menjurus kepada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Tegasnya, + isi pertama + tugasan Tegasnya, kempen Cintai Bahasa Kita merupakan strategi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita.

Ayat Contoh LAGU MANA

Rumus Ayat 3

Ayat Penegas YO LO KO NI

Rumus Ayat 4

CSL2012 Bahan Seminar PMR

ISI KEDUA Ayat Topik GAPO Ayat Huraian BAKPO Ayat Contoh LAGU MANA Ayat Penegas YO LO KO NI ISI KETIGA Ayat Topik GAPO Ayat Huraian BAKPO Ayat Contoh LAGU MANA Ayat Penegas YO LO KO NI KESIMPULAN Rumus Saranan + Harapan Seruan Ayat 1 Rumus Ayat 2 Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani + Tema + Harapan Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan supaya bahasa ini dapat diperkasakan di negara kita. Seruan (hafal dan ubah suai) Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah ditagih kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama! Rumus Ayat 1 Rumus Ayat 2 Rumus Ayat 3 Rumus Ayat 4 Selain itu, + Isi Kedua yang telah ditransformasikan + Tugasan Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga merupakan langkah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana + Pasifkan Isi + pelaku + impak Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Misalnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema Misalnya, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan seperti Pertandingan Debat, Pesta Pantun, Pementasan Teater, Deklamasi Puisi dan sebagainya mampu memperkasakan aspek keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar. Memang tidak dapat dinafikan + tugasan + isi kedua Memang tidak dapat dinafikan, langkah memartabatkan bahasa kebangsaan menjadi lebih berkesan dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan di sekolah-sekolah.

Rumus Ayat 1 Rumus Ayat 2 Rumus Ayat 3 Rumus Ayat 4

Tugasan + yang berikutnya ialah + Isi 3 Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan. Hal ini bermaksud + Pasifkan Isi + pelaku + impak Hal ini bermaksud, bahan bacaan yang diterbitkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan dapat mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai wahana untuk menyampaikan maklumat dan hiburan. Tamsilannya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema Tamsilannya, bahan bacaan yang diterbitkan seperti majalah, surat khabar, bahan pandang dengar dan sebagainya berupaya menarik minat masyarakat untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan harian mereka. Saya optimis + isi 3 + tugasan Saya optimis, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa kebangsaan di pasaran merupakan usaha murni untuk memartabatkan bahasa ini di negara kita.

CSL2012 Bahan Seminar PMR

BAHAGIAN D PEMAHAMAN NOVEL 10 MARKAH Jawapan berdasarkan novel-novel yang dipelajari Calon perlu menguasai ketiga-tiga novel Jawapan menggunakan ayat yang gramatis Tuliskan nama novel yang menjadi pilihan jawapan Markah Isi ialah 6 markah Markah Bahasa ialah 4 markah Fakta yang dikemukakan mesti disertakan contoh Tidak boleh menjawab dalam bentuk point

Contoh Soalan 1: Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir, huraikan perwatakan watak utama. Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir. Watak utama novel ini ialah Zahiran. Zahiran merupakan seorang anak muda yang mencintai alam sekitarnya. Contohnya, perkenalannya dengan Pak Tua telah memberikan kesedaran kepadanya tentang penting alam sekitar kepada kehidupan manusia. Seterusnya Zahiran juga seorang pelajar yang bertanggungjawab. Misalnya, dia dan kawan-kawannya iaitu Kadir dan Osman bertanggungjawab untuk membantu sekolahnya dalam pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar. Zahiran juga digambarkan sebagai seorang pelajar yang bijak. Buktinya, dia bijak menguasai nama-nama saintifik pelbagai jenis pokok hasil daripada pengetahuan yang diperolehnya daripada Pak Tua. Contoh Soalan 2: Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir. Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir. Pengajaran yang terdapat dalam novel Lestari Bukit Menghijau ialah kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, penduduk kampung Alor Rambai bekerjasama dan bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran kampung dan rumah Pak Hamid daripada pembiakan nyamuk. Selain itu, kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Misalnya, Pak Tua mencadangkan kepada penduduk kampung untuk membantu Pak Hamid yang menderita akibat penyakit untut. Mereka bersetuju untuk mengutip derma dan seterusnya menubuhkan tabung yang dinamakan Tabung Pak Hamid bagi membantu merawat penyakit Pak Hamid. Seterusnya, kita mestilah cekal apabila menghadapi halangan dan rintangan dalam hidup. Buktinya, Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya. Beliau juga cekal dalam usahanya menanam pokok bintangor yang mempunyai banyak khasiat dalam bidang perubatan. (SETIAP AYAT MESTI ADA ISI DAN HURAIAN/CONTOH) Sekian, salam hormat. CSL2012 Bahan Seminar PMR 8

Anda mungkin juga menyukai