Anda di halaman 1dari 2

SOP (Standard of Prosedure) Murid Cedera & Sakit

Mendapat aduan daripada murid/guru:


1. MENGENAL PASTI
Guru bertugas memastikan/ mengenal pasti murid sakit / tanda-tanda sakit.
Guru bertugas memberi tahap kesakitan pelajar mengikut skala. ( 1-10, 1 tidak sakit- 10
paling sakit)
Isi borang sakit

2. LAPORAN
Sekiranya murid sakit / muntah / pengsan guru bertugas mengenal pasti tahap kesakitan
murid sama ada diletakkan di bilik sakit jika perlu atau menghubungi ibu bapa jika
keadaan memerlukan untuk pelajar dibawa pulang ke rumah atau hospital.
Jika perlu dibawa ke hospital/klinik, guru bertugas mingguan/guru kelas perlu
menghubungi dan meminta izin ibu bapa murid dahulu jika keadaan kritikal.

3. TELEFON PENJAGA
Mohon bantuan guru tingkatan/guru bertugas mingguan/guru disiplin untuk menghubungi
ibu bapa / penjaga jika perlu.

4. BANTUAN GURU
Memaklumkan guru mata pelajaran jika pelajar sakit itu diletakkan di bilik sakit.

5. RAWATAN & REHAT


Jika kesakitan pada skala yang tidak membimbangkan murid boleh diarahkan berehat di
bilik sakit sahaja.

6. FIRST AID
Bawa Murid ke bilik sakit.
Berikan rawatan di bahagian luaran sahaja seperti luka dan sakit perut. Dilarang sama
sekali memberi ubat untuk dimakan.

7. PANTAUAN
Memohon bantuan guru bertugas yang berkelapangan untuk sentiasa memantau keadaan
murid yang sakit atau cedera di bilik sakit.

8. KEBENARAN BALIK
Guru bertugas, guru tingkatan, guru mata pelajaran mengetahui sama ada murid akan
rehat di bilik sakit, atau murid akan pulang ke rumah bersama penjaga.
Jika pulang ke rumah, isi borang kebenaran pulang ke rumah dan ditandatangani oleh
pentadbir.

9. KEMBALI KE KELAS.
Sekiranya keadaan pelajar sudah sihat dan waktu persekolahan masih ada, pelajar
boleh diarahkan untuk kembali ke kelas meneruskan pdp seperti biasa.

Anda mungkin juga menyukai