Anda di halaman 1dari 9

SULIT 1103/2

SKEMA JAWAPAN BM SPM KERTAS 2 PERCUBAAN 2019

Markah penuh : 110 markah


Soalan 1: Rumusan

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah


(b) bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

Nota:
(i) Panduan mengira perkataan:
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
- nama khas
- perkataan berganda / berulang
- penggunaan kata sendi ’di’ dan ’ke’
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya
tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Isi Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi tersurat 4 6 8 10 12 16

(iii) Isi tersirat 12 10 8 6 4

(iv) Penutup / 2
Kesimpulan

Jumlah markah 20
Soalan 1 : Rumusan

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT


SULIT 1103/2

Pendahuluan :
Rumusan membincangkan mudarat/ keburukan/ akibat berkongsi maklumat di media sosial dan
cara-cara mengatasinya.

Isi- Isi Tersirat:


S1 - dapat mengundang masalah terutama berkaitan keselamatan. [2m]
S2 - menarik perhatian orang ramai untuk memanipulasikan maklumat tersebut dengan niat yang
tidak baik. [2m]
S3 - dapat mengundang kejadian jenayah seperti pecah rumah, rompakan dan penculikan. [2m]
S4 - berisiko terlibat dengan penipuan yang bersifat psikologi [2m]
S5 - mendedahkan individu kepada risiko kecurian maklumat pengguna oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab. [2m]
S6 - mendedahkan mereka kepada kegiatan jenayah siber. [2m]
S7 - maruah boleh tercemar. [2m]

Isi-Isi Tersirat:
T1 - sentiasa sederhana dan jangan terlalu ghairah berkongsi maklumat peribadi dengan semua
orang terutama di media sosial yang terbuka [2m]
T2 - menggunakan media sosial secara berhemah. [2m]
T3 - perlu sentiasa peka dengan perkara yang berlaku terhadap rakan sosial [2m]
T4 - perlu berhati-hati dalam memilih dan menerima kenalan yang ditemui dalam rangkaian sosial.
[2m]

Kesimpulan :
Kesimpulannya, perkembangan teknologi komunikasi terkini yang semakin canggih amat
memerlukan sikap berhati-hati dan kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna teknologi
tersebut (1m) agar tidak memudaratkan diri sendiri (1m)

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam
jadual berikut:

Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian

18 – 20 9 – 10  Kesinambungan isi baik.


Baik 15 - 17 7–9  Struktur ayat / tatabahasa baik
 Kosa kata luas
 Tanda bacaan / ejaan betul

12 – 14 6–7  Kesinambungan isi masih baik


8 – 11 4–6  Struktur ayat / tatabahasa masih
Sederhana memuaskan.
 Kosa kata masih memuaskan
 Tanda bacaan / ejaan juga memuaskan

Lemah 1-7 1–4  Pada keseluruhannya dalam serba


kekurangan / tidak memuaskan
Soalan 2: Pemahaman
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 2 (a) : 9 markah


Soalan 2 (b) : 9 markah
Soalan 2 (c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)


1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%)
daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman


1. Soalan 2 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat 2
gramatis
- Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup 1
- Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 3
gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis
- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 4
gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan.ayat gramatis 0

Jawapan Soalan 2 (a) – Petikan drama


i) - Maksud memanipulasikan maklumat ialah menggunakan makluman/ butir-
butir untuk berbuat sesuatu yang tidak baik.

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT


SULIT 1103/2

[ maksimum 2 markah]

ii) Tujuan individu menggunakan media sosial:


- Sebagai tempat orang ramai meluahkan perasaan [1m]
- Untuk berkongsi maklumat [1m]
- Memuat naik gambar peribadi [1m]
[ maksimum 3 markah]

iii) Pada pendapat saya, kesan-kesan penggunaan media sosial secara berlebihan dalam
kalangan remaja:
...akan menimbulkan masalah ketagihan [1m]
...remaja yang taksub akan media sosial akan menghadapi masalah komunikasi yang
membimbangkan [1m]
...akan melahirkan masyarakat yang antisosial [1m]

[maksimum 4 markah]

Jawapan Soalan 2(b) – Pemahaman Cerpen

i) - menjaga bahasa
[1m]
- Agama [1m]
- Maruah [1m]
[ maksimum 2 markah]
[isi cukup : 2 isi ]

ii) Cara membalas jasa ibu bapa;


- Menjaga mereka pada waktu susah dan senang [1m]
- membanggakan mereka dengan keputusan yang cemerlang [1m]
- menggembirakan mereka [1m]
[ maksimum 3 markah]
[isi cukup : 2 isi ]

iii) Nilai kemanusiaan berdasarkan petikan cerpen;

- Ketaatan. Bukti : ‘Saya’ tangguhkan berkali-kali hasrat untuk menjengah


wajah kota. [1m]
- Patriotik. Bukti : Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara
bahasa ibunda dan agama. [1m]

Nilai kemanusiaan berdasarkan keseluruhan cerpen:


- Amanah. Bukti : ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan
buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar. [1m]

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT


SULIT 1103/2

- Kegigihan. Bukti : Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani
meneroka hutna untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal. [1m]

[ maksimum 4 markah]
[isi cukup : 2 isi ]

Jawapan Soalan 2(c) - Prosa Tradisional

i) Maksud senantiasa beringgit


- Sentiasa berbalah [1m]
[ maksimum 2 markah]

ii) Sultan Muzaffar Syah berdukacita melihat perlakuan Paduka Raja dan Seri nara
Diraja :
- Paduka Raja dan Seri Nara Diraja tidak sehaluan [1m]
- Bimbang nasib negeri yang akan binasa sekiranya kedua-dua orang pembesar
tidak mempunyai kata sepakat. [1m]
[ maksimum 3 markah]
[isi cukup : 2 isi ]
iii) aktiviti yang dapat mengukuhkan semangat bersatu padu dalam kalangan
masyarakat:
- menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong [1m]
- bekerjasama dalam melakukan pekerjaan [1m]

[ maksimum 3 markah]
[isi cukup : 2 isi ]

Jawapan Soalan 2(d) - Puisi

i) Harapan penyajak :
- Berharap Tuhan mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat akan
perintah-Nya. [1m]
- Berharap agar dirinya sedar bahawa dunia ini hanya bersifat sementara [1m]
[ maksimum 2 markah]

ii) Setiap manusia perlu menginsafi kesalahan yang dilakukan kerana/supaya


- Tidak melakukan dosa lagi dan terlibat dengan maksiat [1m]
- Manusia merupakan insan yang lemah dan sering melakukan kesilapan dan
perlu diberi peluang bertaubat. [1m]
- Kerana allah maha Pengampun walau sebesar mana kesalahan manusia
lakukan. [1m]
-
[ maksimum 3 markah]
[isi cukup : 2 isi ]

iii) Persoalan :
- Keinsafan atas dosa-dosa lalu yang menghantui kehidupannya. [1m]
- Keikhlasan dalam memohon keampunan kepada Tuhan. [1m]

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT


SULIT 1103/2

- Berserah dan memohon kemapunan hanyalah kepada Allah yang Maha esa.
[1m]
- Dunia hanya bersifat sementara. [1m]
[ maksimum 4 markah]
[isi cukup : 2 isi ]

Soalan 3
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada
Soalan 3(a) : 6 markah
Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markah
Soalan 3(e) : 6 markah
Perhatian bagi soalan 3(a)
1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul
2. Tolak 1/2 markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada
keseluruhan soalan.
3. Perkataan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak 1/2 markah bagi
setiap ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai
satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Jika tidak jelas, tolak 1/2 markah bagi setiap ayat.
10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan, berikan 0 markah

Jawapan 3(a)
i) Video tentang rusuhan Geng 24 mula tular di laman sosial ketika ini.
ii) Marcapada, kita sering diuar-uarkan dengan gejala sosial dalam kalangan remaja yang
telah menjadi polemik yang hangat diperkatakan tidak kira di kedai-kedai kopi mahupun
di Dewan Parlimen.
iii) Kini telefon pintar jenama OPPO melancarkan fungsi swafoto terbaru dengan teknik
dwikamera yang diadaptasi berdasarkan dua warna penting.
iv) Tindakan Geng 24 menjadi kritikan para netizen di laman sosial kerana menimbulkan
huru-hara.
v) Laman sesawang Bahasa Melayu SPM banyak memberikan panduan kepada pelajar
berkaitan dengan mata pelajaran berkenaan.
vi) Dunia siber ketika ini memerlukan setiap individu bersaing sesama sendiri untuk
mencapai sesuatu matlamat.
[Maksimum : 6 markah]
Jawapan 3(b)
i. Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan.

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT


SULIT 1103/2

Pembinaan lebuh raya menjimatkan masa.


ii. Golongan remaja hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
Glongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
iii. Barangan buatan Malaysia bermutu. 
Barangan buatan Malaysia dapat bersaing dengan barang luar negara.
[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(c)
i. marwah – maruah
menghindari – menghindarkan
ii. samada – sama ada
mempastikan – memastikan
iii. bergotong royong – bergotong-royong
memperlebarkan – memperlebar [Maksimum : 6 markah]
Jawapan 3(d)
Kesalahan Istilah
1. punca - sumber
2. kapal enjin - kapal layar
3. dilancarkan - dilaksanakan

Kesalahan Tatabahasa
1. beribu - beribu-ribu
2. adalah - ialah
3. menukarkan kepada tenaga - menukarkan tenaga

[Maksimum : 6 markah]
Perhatian bagi soalan 3e)
1. Berikan 2 markah bagi setiap peribahasa yang betul
2. Berikan 0 markah jika jawapan calon tidak tepat.
3. Tolak 1/2 markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan
soalan.

Jawapan 3(e) Peribahasa

i. Muhammad Nawar sentiasa tekun menelaah dan belajar dengan bersungguh-sungguh


supaya cita-citanya untuk menjadi seorang doctor tercapai kerana dia tahu kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
ii. Kita hendaklah mengamalkan sikap saling membantu dan bekerjasama pada setiap
masa bak kata pepatah bukit sama didaki, lurah sama dituruni demi merealisasikan
impian yang dihajati.
iii. Asyraf tidak menghadapi masalah dengan penduduk tempatan ketika menetap di
Belanda kerana baginya di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
[Maksimum : 6 markah]

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 4

[Markah penuh 15 markah]

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4

(a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.


ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.
iii) Beri 2 markah untuk 1 isi – contoh peristiwa menarik dan kepentingan kepada
pembaca.
iv) Markah bagi 2 isi - maksimum 4 markah.
v) Markah bahasa maksimum 3 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih daripada
markah isi.
vi) Markah bahasa diberi seperti berikut:

Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah

vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
viii) Calon tidak menjawab 0 markah.
[Maksimum: 7 markah]

(b) i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.


ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.
iii) Jawapan mesti menyatakan persamaan persoalan dan contoh berdasarkan dua
novel yang dipelajari.
iv) Aspek Pemarkahan: Berikan 1 markah untuk satu pengajaran.
- Berikan 2 markah untuk contoh / huraian yang lengkap / jelas
- Berikan 1 markah untuk contoh / huraian yang tidak lengkap / jelas
- Maksimum markah setiap isi = 3 markah
v) Huraian tanpa menyatakan contoh dalam novel, 0 markah
vi) Markah isi maksimum, 6 markah
vii) Markah bahasa maksimum, 2 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih
daripada markah isi
viii) Markah bahasa diberi seperti berikut:

Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah

ix) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
x) Calon tidak menjawab, 0 markah
[Maksimum: 8 markah]

Jawapan
4. a) Huraikan dua peristiwa menarik dan kepentingannya kepada pembaca.
[7 markah]

Di Sebalik Dinara

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT


SULIT 1103/2

 Peristiwa tentang rahsia ibu bapa Farisha terbongkar – Marylin/Medina ialah ibu Farisha
manakala Karl ialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk
kepentingan kajiannya di Soft Lab. Peristiwa ini menarik kerana akhirnya Marylin/Medina
dan Karl mengaku bahawa Farisha ialah anak mereka – kepentingan peristiwa ini ialah kita
haruslah jujur dalam setiap tindakan supaya tidak memudaratkan hubungan sesame insan.
 Peristiwa Shida, rakan baik Farisha menjadi physical backup kepada Farisha sekiranya apa-
apa berlaku kepada Farisha – Peristiwa ini menarik kerana secara secara langsung Shida
yang tidak tahu apa-apa turut terlibat dalam permasalahan Dinara – kepentingan peristiwa
ini ialah kita perlu usul periksa sesuatu hal sebelum campur tangan supaya diri tidak
ditimpa kesusahan

Silir Daksina

 Peristiwa Haiqal menari zapin dengan See Hwa bagi menggantikan Lazim yang
kemalangan sewaktu pulang dari tempat kerja – Peristiwa ini menarik kerana seorang
gadis yang bukan berbangsa Melayu dapat menari tarian tradisional Melayu dengan baik
sekali. See Hwa juga merupakan pengerusi kelab tarian tradisional di sekolahnya –
kepentingan peristiwa ini ialah seseorang pelajar perlu mempunyai rasa cinta dan bangga
terhadap budaya warisan bangsa walaupun berbeza etnik.
 Peristiwa kunjungan Haiqal ke bilik bacaan di balai raya – Peristiwa ini menarik kerana
seorang anak, iaitu Haiqal tidak pernah bertemu bapanya semasa hayatnya dapat melihat
pelbagai khazanah dan warisan yang ditinggalkan oleh bapanya, iaitu Abdullah bin Kayan
di situ. Haiqal dapat menatap gambar-gambar bapanya yang dipamerkan di situ. Selain
itu, buku-buku dan karyayang ditulis oleh bapanya juga ada di situ. Haiqal berasa sangat
kagum akan kehebatan bapanya, Abdullah bin Kayan – kepentingan peristiwa ini ialah
hasil penulisan yang dibukukan boleh menjadi sumber rujukan yang penting yang
mencerminkan pemikiran penulisnya.
[Maksimum: 7

4. b) Huraikan persamaan persoalan yang terdapat dalam setiap novel.

i) Persoalan kasih sayang ibu terhadap anaknya


Novel Di Sebalik Dinara
Marylin/Medina berasa susah hati apabila anaknya, Farisha diculik oleh Amin dan Farid.
Apabila penculik membawa Farisha untuk bertemu dengannya, Marylin/Medina
mendekati Farisha dan menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya itu.

Novel Silir Daksina


Umi tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti arwah bapanya kerana berpendapat
bahawa kehidupan seorang penulis adalah seperti hidup dengan bayang-bayang.

[Maksimum: 8 markah]

1103/2 © gurusumberBMSPMppddaro SULIT

Anda mungkin juga menyukai