Anda di halaman 1dari 7

MODUL TEKNIK

PENGAJARAN BAHASA
MALAYSIA / KOMSAS

DISEDIAKAN OLEH
CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN ABDULLAH
SMK Sacred Haert, Sibu

PENASIHAT
ENCIK SEPAWI MAHDI
Penolong Pengarah Bahasa
Unit Bahasa Malaysia
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak

MEMANUSIAKAN MANUSIA
MELALUI BAHASA
TEKNIK-TEKNIK YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM
PRNGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA /
KOMSAS DI SEKOLAH

1.

Teater Pembaca
Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan
kelas
Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja
Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita itu
seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka.
Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen dan prosa klasik.

2.

Teater Bercerita
Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.
Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam
cerita tersebut.
Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

3.

Persidangan Meja Bulat


Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.
Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan seorang
pencatat.
Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru.
Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan
dijalankan.
Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan.
Masa perbincangan 15 20 minit.
Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangan dijalankan.
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

4.

Monodrama
Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid)
Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.
Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan
dan tindakan watak dalam sesuatu karya.
1

Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan
individu lain.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

5.

Balang Kaca
Seorang murid berlakon sebagai watak utama.
Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak utama.
Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.
Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik muka,
gerak tubuh dan sebagainya.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

6.

Kerusi Panas
Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak.
Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.
Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak berkenaan.
Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang sedang
dilakonkannya.
Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan Grafik
(LPG) yang disediakan.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

7.

Stesen
Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen.
Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.
Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

8.

Peta Minda
Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta minda.
Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendiri membina peta
minda itu.
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

9.

Improvisasi
Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi
sebenar.
Dijalankan dalam kumpulan antara 2 5 orang murid.
Mereka diberi masa 10 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

10.

Mestamu
Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.
Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu itu
dengan sajak atau puisi yang dipelajari.
Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan seloka.
2

11.

Dekon
Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud
sajak/puisi
Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
Teknik ini sesuai untuk sajak.

12.

Adaptasi
Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan sesuatu genre. Misalnya,
menulis pantun atau syair berdasarkan cerpen; menulis skrip drama berdasarkan
sajak atau menulis sajak berdasarkan novel.
Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

13.

Puisidra
Puisi yang didramakan atau dilakonkan
Seorang pelajar mendeklamasikan puisi.
Sekumpulan pelajar yang lain akan melakonkannya
Pergerakan pelakon hendaklah selaras dengan ungkapan puisi yang dibacakan.

14.

Improvisasi Lakon Kaku (Muzium Lilin)


Aktiviti yang memerlukan aksi kaku bagi menggambarkan sesuatu peristiwa.
Pelajar diminta berbincang tentang satu gambaran yang paling sesuai bagi
menjelaskan peristiwa dalam babak yang dibaca
Pelajar diminta memilih seorang ketua kumpulan untuk memberikan penjelasan
tentang senario yang dipilih.
Semasa pembentangan, pelajar diminta melakonkan aksi kaku bagi menggambarkan
senario tersebut.
Semasa menjelaskan tentang senario tersebut, ketua kumpulan perlu menerangkan
peranan setiap ahli kumpulannya dan mengapakah mereka kelihatan seperti yang
digambarkan.
Ketika penerangan ini, setiap pelakon mesti membekukan dirinya seperti patung lilin
di muzium, sehinggalah ketua kumpulan selesai menjelaskan senario tersebut.

15.

Teknik Soal Jawab


Boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan
Guru boleh mengemukakan soalan berbentuk ayat tanya terbuka mengikut aras
kepada pelajar.
Pelajar akan memberikan jawapan yang berupa pendapat atau pandangan mengenai
sesuatu peristiwa, latar, nilai, plot yang terdapat dalam sesebuah cerita.
Teknik ini boleh digunakan untuk mengajar semua genre.

16.

Teknik Kad Imbasan


Sangat sesuai untuk mengajar gaya bahasa.
3

Guru boleh membuat kad imbasan lebih awal.


Penggunaan kad imbasan boleh memudahkan pelajar memahami bahan komsas
yang diajar.
Pengajaran guru juga akan menjadi lebih mudah.
Teknik ini boleh digunakan untuk mengajar semua genre

17.

Teknik Berdialog
Pelajar diminta untuk memahami isi keseluruhan sesebuah prosa.
Dengan bantuan guru, pelajar akan membina dialog atau perbualan berdasarkan
prosa yang dibaca.
Teknik ini dapat tahap pencapaian mengingati fakta dan guru dapat mencungkil bakat
terpendam dalam kalangan pelajar.
Teknik ini juga dapat melatih pelajar memperbaiki intonasi dan sebutan semasa
mereka berbual dengan rakan.
Teknik ini boleh digunakan untuk semua genre.

18.

Teknik Bayangan Minda


Teknik ini digunakan untuk memberikan gambaran dan pemahaman pelajar berkaitan
dengan prosa yang dibaca.
Guru meminta pelajar membayangkan situasi yang bermain dalam minda dan emosi
seseorang watak.
Pelajar juga boleh membayangkan kehidupan seseorang watak sama ada miskin
atau kaya dan juga pekerjaan mereka.
Cara ini dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar dan setiap peristiwa
yang dibayangkan di minda mereka boleh dijadikan panduan dalam menjalani
kehidupan.
Teknik ini boleh digunakan untuk semua genre.

19.

Teknik Penghasilan Karangan


Pelajar diminta menulis karangan berdasarkan prosa yang dibaca.
Pelajar juga boleh diminta untuk menulis ringkasan prosa.
Pelajar juga boleh diarahkan untuk menulis rencana berkaitan dengan prosa yang
dibaca.
Teknik ini membolehkan guru mengesan bakat penulisan kreatif yang terdapat dalam
diri pelajar.

20.

Teknik Membuat Projek


Teknik ini boleh digunakan untuk mengajar nilai dan pengajaran yang terdapat dalam
prosa yang dibaca.
Pelajar diminta mengumpulkan maklumat berkaitan dengan sesuatu topik yang
berkaitan dengan prosa yang dibaca.
Maklumat yang dikumpul boleh dijadikan buku skrap.
Kemudian, pelajar diminta untuk membentangkan projek mereka.
Teknik ini boleh mendidik pelajar supaya berani dan yakin bercakap atau berucap di
hadapan rakan-rakan mereka.

21.

Dekon
4

Gabungan dua perkataan iaitu deklamasi dan lakon


Diperkenalkan oleh Sasterawan Negara A Samad Said
Pelajar akan mendeklamasikan puisi dan melakonkan puisi tersebut.
Teknik ini sesuai digunakan untuk genre puisi dan prosa.

22.

Pantomim
sandiwara/drama yang hanya memakai laku jasmani saja, tanpa memakai ucapan
kata-kata (dialog).
ekspresi gerak-gerik tubuh untuk menunjukkan emosi yang dialami pemain.
Pencerita menjadi latar cerita sementara pelakon akan melakonkan aksi
menggunakan gerak-geri dan mimik muka.

23.

Persembahan Boneka/topeng
Pelajar akan membuat persembahan menggunakan topeng yang dibentuk khusus.
Topeng yang digunakan hendaklah sesuai dengan watak dalam puisi yang hendak
dideklamasikan.
Persembahan ini menarik jika dilakukan dengan betul sesuai dengan sajak yang
hendak diajar.

24.

Tetamu Dalam Aksi


Seorang tetamu yang sebenar akan dijemput hadir ke dalam kelas
Contohnya, jika kita mengajar sajak Anak Laut, seorang nelayan tua yang betulbetul akan dijemput ke dalam kelas.
Tetamu tersebut akan menceritakan pengalaman dan kisah hidupnya sebagai
nelayan.
Tetamu tersebut juga akan menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh pelajar
kepadanya.
Aktiviti ini akan membantu pelajar supaya lebih memahami keadaan dan situasi yang
dialami oleh watak yang dibaca dalam teks KOMSAS tersebut.

25.

Drama Kreatif atau Permainan Drama


Aktiviti ini memerlukan guru atau pelajar membina satu permainan yang menarik
berdasarkan teks drama yang dipelajari oleh mereka.
Permainan yang dihasilkan akan membantu pelajar-pelajar lain supaya boleh
memahami teks drama yang dibaca.
Dengan ini, mereka akan menjadi lebih kreatif dan dapat menggunakan kemahiran
mereka sendiri untuk menjadikan pembelajaran KOMSAS lebih menyeronokkan.
Pelajar akan menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Penglibatan pelajar dalam aktiviti dapat ditingkatkan.

26.

Pemaduan Seni
Aktiviti ini memerlukan pemaduan KOMSAS yang dibaca atau diajar dengan pelbagai
cabang seni yang lain.
Dalam sesuatu waktu berkemungkinan sebanyak 2 atau 3 aktiviti seni akan
disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS.
Sebagai contohnya, aktiviti nyanyian dan deklamasi serta pantomim
5

27.

Perbicaraan di Mahkamah
Teknik ini lebih sesuai digunakan bagi situasi yang berbentuk perbicaraan dan
memerlukan pengadilan.
Sebagai contohnya, jika kita hendak mengajar cerpen Sebutir Pasir di Kaki kita
boleh mengadili Fuad atau Datuk Sukar untuk dibicarakan di mahkamah.
Semasa perbicaraan situasi dalam mahkamah hendaklah diwujudkan.
Mesti ada peguam pembela dan hakim serta saksi
Pihak yang bersalah dan menang hendaklah ditentukan.

28.

Tangga Cerita
Teknik ini memerlukan pelajar menyusun jalan cerita seperti tangga sebuah rumah.
Setiap gigi tangga menunjukkan beberapa peristiwa penting yang terdapat dalam
cerita tersebut.
Ini akan membantu pelajar supaya lebih memahami jalan cerita yang hendak
disampaikan.

29.

Sumbang Saran
Pelajar diminta mengemukakan pendapat dan buah fikiran mengenai sesuatu
peristiwa yang terdapat dalam cerita KOMSAS yang dibaca.
Mereka boleh memberikan cadangan, komen dan mencadangkan kesudahan
sesebuah cerita yang dibaca.
Guru pula akan menjadi fasilitator yang membantu membetulkan setiap pendapat
yang dikemukakan.

30.

Wawancara atau temuramah


Pelajar boleh diminta membuat wawancara atau temuramah mengenai teks
KOMSAS yang mereka baca.
Mereka mungkin menjadi seseorang watak penting dalam sesebuah cerita dan
diwawancara oleh seorang wartawan.
Teknik ini sesuai untuk watak Pak Ismawan di dalam cerpen tragedi.

Anda mungkin juga menyukai