Anda di halaman 1dari 34

TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

1.1 KEHADIRAN LEWAT KE SEKOLAH

 Kehadiran selepas pukul 7.45 pagi adalah di kira sebagai hadir lewat sekolah.
 Murid yang lewat boleh di kenakan tindakan disiplin. (Pek. Ikt. Bil. 6/95)
 Murid-murid yang lewat dan di tahan oleh pengawas yang menjalankan tugas dengan
arahan pengetua di bawah (Education Ordinance 1957) Peraturan-Peraturan Murid
(Disiplin Sekolah) 1959 hendaklah membuat bayaran lewat ke sekolah sebanyak RM0.50
untuk kos tanda nama “lewat sekolah” sebagaimana yang dipersetujui dalam Mesyuarat
HEM bil 4/ Tahun 2018.
 Murid yang lewat juga akan diberikan slip lewat oleh pengawas.
 Murid yang lewat tidak boleh terus mengikuti pembelajaran ketika itu.
 Murid perlulah mendapatkan tandatangan pengakuan lewat dari guru matapelajaran
ketika sesi itu di dalam kelas masing-masing.
 Murid tersebut juga mestilah mendapatkan tandatangan dari pihak Pentadbir.
 Slip kedatangan lewat tersebut mestilah di serahkan kepada Guru Tingkatan masing-
masing atau mentornya sebelum mengikuti sesi pembelajaran.
 Guru tingkatan perlulah mengumpulkan dan menyerahkan slip lewat kepada unit
kaunseling.
 Nama murid yang lewat akan di rekodkan di dalam buku catatan lewat untuk tindakan
Unit HEM.

1.2 BILANGAN HARI LEWAT KE SEKOLAH YANG LAYAK DI KENAKAN HUKUMAN

1.2.1 Perkiraan Kesalahan BERAT adalah seperti berikut:

a) lewat sekolah melebihi 21 kali

1.2.2 Kesalahan SEDERHANA adalah seperti berikut:

a) lewat sekolah melebihi 14 kali.

1.2.3 Kesalahan RINGAN pula adalah seperti berikut:

a) Lewat sekolah melebihi 7 kali

1.3 HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN

BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN


Tindakan pengetua :
1. *Kesalahan Berat -Rotan di punggung dengan dilapik pakaian
dengan menggunakan rotan ringan (maksima
1 kali sebatan)
-Diberi surat amaran 3
-Pengakuan bertulis dari murid dan ibu bapa
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

-Rujuk kepada guru kaunseling


-Mengikuti program sentuhan rohani
-Kerja amal
-Digantung sekolah
Jika murid berterusan lewat
berturut-turut atau berselang seli ( atas
keputusan lembaga disiplin sekolah)

2. **Kesalahan Sederhana -Rotan di tapak tangan dengan menggunakan


rotan ringan (maksima 2 kali sebatan)
-Diberi surat amaran 2
-Rujuk kepada guru kaunseling
-Mengikuti program sentuhan rohani
-Kerja amal

3. ***Kesalahan Ringan -Diberi surat Amaran untuk makluman


ibubapa
-Mengikuti program sentuhan rohani
-Kerja amal

Rujukan :

- Pek. Ikt. Bil. 6/95)

- Pek. Ikt. Bil 9/75, school (general) regulation, 1951

- (Education Ordinance 1957) Peraturan-Peraturan Murid (Disiplin Sekolah) 1959

- Mesyuarat HEM bil 4/ Tahun 2018.

Pengawas bertugas harian :

1.
2.
3.
4.

Guru untuk di hubunggi ;

1.

2.
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

1.1 ETIKA PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH DAN KEKEMASAN DIRI

Ialah pakaian sekolah yang lengkap sebagaimana yang termaktub di dalam buku peraturan
Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pekeliling (Pek. Ikt. Bil. 8/85)

1.2 BUTIRAN KEKEMASAN DIRI


 Pakaian waktu sekolah
 Pakaian waktu pendidikan jasmani
 Pakaian Hari Kokurikulum
 Lencana sekolah
 Tag nama
 Tali leher
 Tali pinggang
 Cermin mata
 Kasut dan sarung kaki
 Perhiasan dan bahan solek
 Misai dan janggut
 Rambut
 Kuku

1.3 BILANGAN KESALAHAN YANG LAYAK DI KENAKAN HUKUMAN

1.3.1 Perkiraan Kesalahan BERAT adalah seperti berikut:

a) Melakukan mana-mana kesalahan sederhana melebihi 9 kali

1.3.2 Kesalahan SEDERHANA adalah seperti berikut:

a) Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 6 kali.

1.3.3 Kesalahan RINGAN pula adalah seperti berikut:

a) Melakukan kesalahan melebihi 3 kali.

1.4 HUKUMAN YANG BOLEH DI KENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN

BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN


Tindakan Pengetua :
1. *Kesalahan Berat 1. Rotan di punggung dengan
dilapik pakaian dengan
menggunakan rotan ringan
(maksima 1 kali sebatan)
2. Surat pemberitahuan
kepada ibubapa, amaran,
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

rotan, nasihat
3. Panggil ibu bapa.
4. Kerja amal

2. **Kesalahan Sederhana -Rotan di tapak tangan dengan


menggunakan rotan ringan
(maksima 2 kali sebatan)
-Diberi amaran
- Rujuk kepada guru kaunseling
-Kerja amal
-Panggil ibu bapa
-Perjanjian bertulis murid dan
ibu bapa

3. ***Kesalahan Ringan -Diberi amaran


-Rotan di tapak tangan dengan
KodMO1/MO2/M03/M04/MO5/M07/M08/M09 menggunakan rotan ringan
(maksima 1 kali sebatan)
-kerja amal
-Denda
-Panggil ibu bapa
-Barang perhiasan dirampas

Rujukan :

 Pek. Ikt. Bil. 1/96


 Pek. Ikt. Bil. 2/76
 Pek. Ikt. Bil.2/72
 Pek. Ikt. Bil.2/96
 Pek. Ikt. Bil. 3/71
 Pek. Ikt. Bil.4/76
 Pek. Ikt. Bil. 8/85
 Pek. Ikt. Bil.9/75

Pengawas bertugas harian :

1.

2.

3.

4.
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

Guru untuk di hubunggi ;

1.

2.
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

1.1 HAL BERKAITAN KELAS,PEPERIKSAAN,TINGKAH LAKU DAN HARTA BENDA

A) DI KELAS

 Murid-murid mestilah berada di dalam kelas yang ditetapkan pada setiap masa.

 Membawa buku teks / latihan dan lain-lain keperluan sebagai murid

 Gunakan kad kebenaran keluar kelas jika ada urusan penting/ ke tandas pada waktu
belajar.

 Murid tidak dibenarkan makan/ minum di dalam kelas/ berada di dalam kelas sewaktu
rehat.

 Ketua tingkatan hendaklah memastikan buku kawalan di jaga dengan baik.

 Pelajar yang tidak berada di dalam kelas boleh di anggap ponteng dan tindakan disiplin
akan kenakan di bawah peruntukan KP(BS)8458/12/(17) Borang OM 9.2.77

 PONTENG SEKOLAH boleh di ertikan sebagai (termasuk murid yang berada di sekolah
tetapi tidak melapor kepada guru tingkatan dan masuk ke kelas)

 Semua murid hendaklah mematuhi arahan guru samada ketika pembelajaran mahupun
ketika peperiksaan di jalankan

 Tidak menganggu suasana pembelajaran di dalam kelas

B) DI LUAR KELAS

 Berada di tempat yang di benarkan sahaja

 Patuh kepada peraturan sekolah

 Menjaga kebersihan

 Menjaga keselamatan

 Menjaga ketenteraman kawasan sekolah

 Mengelakkan tingkah laku yang di anggap serius oleh pihak sekolah

1.2 BILANGAN KESALAHAN YANG LAYAK DI KENAKAN HUKUMAN

1.2.1 Perkiraan Kesalahan BERAT adalah seperti berikut:

a) Melakukan mana-mana kesalahan sederhana melebihi 9 kali.


TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

1.2.2 Kesalahan SEDERHANA adalah seperti berikut:

a) Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 6 kali.

1.2.3 Kesalahan RINGAN pula adalah seperti berikut:

b) Melakukan kesalahan melebihi 3 kali.

1.3 HUKUMAN YANG BOLEH DI KENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN

BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN


Tindakan Pengetua :
1. *Kesalahan Berat
1. Rotan di punggung dengan
dilapik pakaian dengan
menggunakan rotan ringan
(maksima 1 kali sebatan)
2. Surat pemberitahuan
kepada ibubapa, amaran,
rotan, nasihat
3. Panggil ibu bapa.
4. Kerja amal
5. Digantung sekolah
Jika murid ponteng kelas
berturut-turut atau
berselang seli ( atas
keputusan lembaga disiplin
sekolah)

2. **Kesalahan Sederhana 1. Rotan di tapak tangan


dengan menggunakan rotan
ringan (maksima 2 kali
sebatan)
2. Diberi amaran
3. Rujuk kepada guru
kaunseling
4. Kerja amal
5. Panggil ibu bapa
6. Perjanjian bertulis murid
dan ibu bapa

3. ***Kesalahan Ringan 1. Diberi amaran


2. kerja amal
KodMO1/MO2/M03/M04/MO5/M07/M08/M09 3. Denda
4. Panggil ibu bapa
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

Sumber :

Pek. Ikt. Bil. 3/71,2/72, 4/76

Pek. Ikt. Bil 2/76

KP(BS)8458/12/(17)

Borang OM 9.2.77

Peraturan Am sekolah 1951

Pek. Ikt. Bil 9/75 school (general) regulation, 1951

Pengawas bertugas harian :

1.

2.

3.

4.

Guru untuk di hubunggi ;


TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

10. PERATURAN SEKOLAH: TINGKAHLAKU DI DALAM BILIK DARJAH

10.1 Pelajar hendaklah sentiasa menjaga tatatertib dan tingkahlaku semasa berada di bilik darjah bagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Semua pelajar perlu menghayati nilai-nilai
agama atau nilai-nilai murni dalam kehidupan seharia bagi menjamin kejayaan dan kesejahteraan hidup.

10.2 Pelajar mestilah menepati masa semasa di bilik darjah. Pelajar perlu melatih diri untuk menepati
masa dengan jujur dan mengagihkan masa untuk keperluan diri tanpa melanggar mana-mana peraturan
hidup.

10.3 Apabila guru/ pelawat masuk ke kelas, ketua tingkatan/ penolongnya hendaklah memberi arahan
supaya semua pelajar bangun untuk memberi ucap selamat/ sebagainya pada guru/ pelawat dan
perkara yang sama juga apabila guru/ pelawat keluar dari kelas.

10.4 Pelajar mestilah berada di dalam kelas yang ditetapkan pada setiap masa melainkan setelah
diarahkan ke tempat lain oleh guru. Gunakan kad kebenaran keluar kelas jika ada urusan penting/ ke
tandas pada waktu belajar.

10.5 Pelajar tidak dibenarkan keluar/ masuk kelas sesuka hati tanpa kebenaran guru/ semasa ketiadaan
guru.

10.6 Pelajar-pelajar mestilah sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.
Pelajar-pelajar dilarang membuat bising mengganggu pengajaran guru di dalam kelas. Sekiranya pelajar
kurang sihat, sila laporkan kepada guru/ guru bertugas mingguan. Jika pelajar terpaksa dirujuk/ dibawa
ke hospital untuk rawatan, guru bertugas akan menghubungi ibu bapa/ penjaga pelajar. Jika penjaga/
ibu bapa tidak dapat dihubungi, guru bertugas/ pengganti akan terus menghantar pelajar yang terlibat
ke hospital mengikut prosedur yang ditetapkan.

10,7 Pelajar dilarang berkelakuan tidak sopan/ biadab seperti memaki guru/ mengeluarkan kata kesat
dan lucah/ mencarut kepada guru/ meninggikan suara apabila ditegur/ ditanya guru/ meletakkan kaki di
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

atas meja/ apa-apa jua perbuatan/ tingkahlaku yang mencemarkan semasa guru di dalam kelas/ semasa
ketiadaan guru.

10.8 Pelajar dilarang mengganggu pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Pelajar yang
mempermain-mainkan/ mempersendakan guru akan diambil tindakan ke tahap pembuangan sekolah.
SENTIASA HORMATI GURU.

10.9 Pelajar dikehendaki meminta kebenaran sebelum menggunakan/meminjam hak orang lain dan
uruskan benda/ barang-barang yang digunakan/ dipinjam dengan cara yang sopan.

10.10 Pelajar dilarang menjatuhkan maruah guru/ pelajar lain di dalam kelas kerana kesilapan yang
dilakukan. Amalkan nilai-nilai saling memahami dan bertolak ansur untuk mengelakkan peselisihan
faham/ permusuhan/ pergaduhan.

10.11 Pelajar digalakkan bertanya guru jika tidak jelas tentang perkara yang di ajar. Baca terlebih dahulu
pelajaran yang akan di ajar bagi memudahkan pemahaman pelajar.

10.12 Apabila pelajar ingin menyoal/ menjawab soalan, berikan isyarat mengangkat tangan kanan dan
berdiri ketika menyoal / mejawab soalan apabila di arahkan.

10.13 Pelajar tidak dibenarkan makan/ minum di dalam kelas/ berada di dalam kelas sewaktu rehat/
pada hari –hari yang di umumkan cuti umum/ cuti sekolah kecuali dengan kebenaran guru/ pihak
pentadbir sekolah.

10.14 Ketua tingkatan dikehendaki menulis jumlah kehadiran pelajar di dalam kelas serta nama-nama
pelajar yang tidak hadir dalam Buku Pengurusan Kelas. Ketua tingkatan hendaklah melaporkan pelajar
yang ponteng kelas kepada guru tingkatan/ guru mata pelajaran pada hari berkenaan untuk direkodkan
dengan jelas ke dalam buku/ diari kelas/ buku kehadiran pelajar waktu belajar bagi di ambil tindakan
susulan. Ketua tingkatan / pelajar-pelajar lain tidak dibenarkan mengisi/ menulis / menandatangani bagi
pihak guru tingkatan/ guru mata pelajaran segala butiran di dalam buku/ diari kelas pelajar-pelajar
ponteng.
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

10,15 Ketua tingkatan/ penolongnya hendaklah mencari guru yang sepatutnya masuk ke kelas sekiranya
guru berkenaan tidak dapat ditemui, sila berjumpa dengan GPK/ GPK Petang untuk mendapatkan
maklumat/ tindakan seterusnya.

10,16 Semua pelajar bertanggungjawab menentukan kebersihan bilik darjah. Ketua AJK Kebersihan dan
Kecerian Kelas hendaklah memastikan semua pelajar menjalankan tugas dan memberikan kerjasama
untuk kebaikan bersama.

10.17 Setiap bilik darjah hendaklah memaparkan jadual waktu, jadual tugasan harian membersihkan
kelas, carta organisasi kelas, dokumen-dokumen dan maklumat tambahan sekolah serta hiasan yang
sesuai.

10.18 Maklumat-maklumat di dalam jadual tugasan pelajar mestilah mengandungi tugas menyapu
lantai, mengelap tingkap, membersihkan papan hijau, mengeluarkan sampah dari meja dan menyusun
kerusi meja serta menghias kelas.

10,19 Pelajar-pelajar sesi pagi yang bertugas hendaklah membersihkan kelas 5 minit sebelum balik
dengan arahan guru tingkatan/ guru mata pelajaran. Pelajar sesi petang hendaklah membersihkan kelas
pada waktu yang sesuai / 5 minit sebelum balik dengan arahan guru tingkatan/ guru mata pelajaran.

10.20 Bilik-bilik darjah hendaklah dibersihkan dan kerusi meja disusun dengan kemas dan teratur.
Sampah-sampah di dalam kelas hendaklah di buang di dalam tong sampah semasa membersihkan kelas.

10.21 Ketua tingkatan / ketua AJK kebersihan kelas hendaklah melaporkan kepada guru tingkatan
mana- mana pelajar yang tidak menjalankan tugas yang di arahkan/ memberi kerjasama melakukan
tugasan yang di beri.

10.22 Mana-mana pelajar yang tidak menjalankan/ memberi kerjasama menjalankan tugas dan tidak
berdisiplin hendaklah di rekodkan dan di ambil tindakan.
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

11. PERATURAN SEKOLAH: ISTIADAT PERHIMPUNAN SEKOLAH

11.1 Semasa perhimpunan, pelajar-pelajar di kehendaki beratur mengikut aturan kelas di tempat yang
diarahkan oleh Pengetua/GPK Petang.

11.2 Semua pelajar WAJIB hadir. Pelajar yang tidak hadir ke perhimpunan akan di ambil tindakan kecuali
dengan kebenaran guru.

11.3 Perhimpunan sekolah adalah satu istiadat. Semua pelajar WAJIB menghormati istiadat ini dengan
berdiri tegak/ sebagainya mengikut yang di arahkan secara tertib.

11.4 Semua pelajar dikehendaki menyanyikan lagu kebangsaan, lagu negeri, lagu sekolah dan
melafazkan ikrar pelajar secara berdiri tegak , tenang dan bersemangat.

11.5 Semasa pengetua/ guru-guru berucap/ bercakap, pelajar-pelajar hendaklah memberi tumpuan
sepenuhnya dan di larang bercakap/ sebagainya yang boleh mengganggu /mencemar perhimpunan
tersebut.

11.6 Selepas selesai perhimpunan, pelajar-pelajar hendaklah berjalan mengikut barisan ke kelas masing-
masing dalam keadaan tertib.

11.7 Perhimpunan Rasmi Sekolah diadakan pada setiap hari Ahad/tertakluk kepada arahan pengetua/
Jabatan Pendidikan dari semasa ke semasa.

12. PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN SEMASA REHAT DAN PERATURAN MEMBELI MAKANAN/
MINUMAN :
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

DI KANTIN SEKOLAH

Pelajar hanya di benarkan berada di kantin sekolah pada waktu rehat sahaja/ mana-mana tempat yang
menjual/ menyediakan makanan/ minuman di kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran guru.

Pelajar dilarang keluar dari kawasan sekolah untuk membeli makanan / sebagainya pada waktu rehat
kecuali dengan kebenaran guru.Membawa makanan yang dibeli di luar sekolah adalah dilarang.

Pelajar dilarang membawa keluar/ merosakkan peralatan kantin.

Pinggan mangkuk/ segala peralatan yang telah digunakan hendaklah diletakkan ke dalam bekas yang di
sediakan.

Kertas/ plastik pembungkus makanan/ minuman/ apa-apa jua sampah hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.

Pelajar dilarang membawa makanan/ minuman/ sebagainya keluar dari kawasan kantin/ koperasi untuk
di bawa ke tempat lain.

Semua pelajar hendaklah beratur ketika membeli makanan/ minuman/ sebagainya di kantin dan jangan
membuat bising/ kekacauan yang boleh mengganggu.

Pengawas yang bertugas hendaklah menguatkuasakan semua peraturan dengan adil, cekap dan
bijaksana. Catatkan nama-nama pelajar yang ingkar.

Pengawas di benarkan rehat 10 minit lebih awal agar dapat segera menjalankan tugas yang ditetapkan
pada waktu rehat.

emua pelajar hendaklah berbaris dengan senyap dan tertib diluar kelas/ bilik-bilik khas apabila loceng
tamat waktu rehat dibunyikan. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan masuk ke kelas apabila dibenarkan
berbuat demikian oleh guru/ pengawas yang bertugas menjaga kelas.

egala peraturan yang dinyatakan di atas adalah berkuatkuasa juga ke atas semua/ bilik yang di
umumkan sebagai tempat/ bilik menjual / menyediakan makanan/ sebagainya di kawasan sekolah.

elajar perlu peka dengan bau dan rasa makanan yang dibeli supaya tidak makan makanan yang boleh
mengakibatkan keracunan makanan.

13. PERATURAN SEKOLAH: PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS DI SEKOLAH.


TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

(a) Makmal Sains

(b) Bengkel/ Makmal kemahiran hidup

(c) Perpustakaan/ Pusat sumber sekolah

(d) Bilik tayang

(e) Makmal ICT/ Komputer

(f) Bilik Pendidikan Seni

(g) Stor sukan

(h) Dewan

(i) Surau

(j) Lain-lain

13.1 Semua pelajar adalah tertakluk kepada segala peraturan-peraturan penggunaan bilik-bilik/ tempat-
tempat khas yang dinyatakan di atas yang ditulis/ ditampal/ dipamerkan/ sebagainya di bilik-bilik/
tempat-tempat khas/ apa-apa jua yang disebut sebagai peraturan penggunaan oleh guru/kakitangan
yang bertanggungjawab menjaga bilik-bilik/ tempat-tempat khas tersebut.
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

13.2 Pelajar-pelajar yang melanggar/ mengingkari segala peraturan seperti yang dinyatakan di anggap
telah melanggar dan mengingkari peraturan sekolah dan boleh diambil tindakan.

14. PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN MENJALANKAN KELAS PENDIDIKAN JASMANI

14.1 Pakaian/ kelengkapan (seperti yang dinyatakan dalam 4.5.6 Pakaian Ahli Kelab Sukan dan
Permainan/ Pendidikan Jasmani).

14.2 Pelajar-pelajar hendaklah bergerak di dalam barisan berdua-dua pergi/ balik ke tempat yang
diarahkan oleh guru ketika kelas Pendidikan Jasmani dilakukan.

14.3 Barang-barang berharga/ yang boleh mendatangkan kecederaan seperti beg duit, jam tangan, kunci
/ sebagainya hendaklah dibungkus kemas, dilabelkan dengan nama pelajar dan diserahkan kepada guru
pendidikan jasmani untuk di masukkan ke dalam bekas khas dan dikembalikan oleh guru selepas tamat
kelas pendidikan jasmani.

14.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan singgah dimana-mana tempat lain kecuali untuk menukar pakaian
dalam masa 5 minit ( bagi pelajar perempuan). Pelajar-pelajar hanya di benarkan menukar pakaian di
bilik-bilik tertentu sahaja seperti tandas lelaki dan tandas perempuan/ mana-mana yang bersesuaian
mengikut budi bicara guru.

14.5 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal/ menggunakan alatan-alatan


semasa kelas pendidikan jasmani tanpa kebenaran /pengawasan guru pendidikan jasmani / guru ganti.

14.6 Pelajar-pelajar dikehendaki menggunakan peralatan pendidikan jasmani denga cermat dan
berhati-hati dan dipulangkan/ dikumpulkan untuk disemak sebelum setelah selesai kelas pendidikan
jasmani.
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

14.7 Pelajar yang menghidap penyakit-penyakit berbahaya yang boleh mengancam keselamatan nyawa
pelajar tersebut/ masalah kardiovaskular hendaklah memberitahu guru pendidikan jasmani secara lisan/
bertulis dengan mengemukan dokumen-dokumen yang berkaitan/ surat pengesahan ibu bapa/ penjaga
yang dia akui.

14.8 Pelajar-pelajar di nasihatkan mengikut arahan/mendengar/ memahami/ memberi tumpuan/


mematuhi segala arahan / tunjuk cara yang diberikan oleh guru ketika menjalankan aktiviti pendidikan
jasmani untuk menjamin keselamatan pelajar dan mengelakkan kecederaan.

15. PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN MEMBAWA DAN MELETAKKAN KENDERAAN DI KAWASAN


SEKOLAH

15.1 Basikal hendaklah sentiasa berkunci ketika diletakkan di tempat yang telah ditetapkan. Pihak
sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerosakan/ kecurian kenderaan pelajar di luar/ di
dalam kawasan sekolah.

15.2 Pelajar tidak dibenarkan menunggang/ memandu kenderaan di dalam kawasan sekolah pada bila-
bila masa. Pelajar hendaklah menyorong basikal mereka apabila memasuki kawasan sekolah. Pelajar
yang membawa kereta/motosikal tidak dibenarkan memasuki atau meletakkan kereta tersebut di dalam
kawasan sekolah.

15.3 Pelajar-pelajar yang membawa kenderaan bermotor ke sekolah diwajibkan mempunyai lesen
memandu yang sah dan dinasihatkan tidak melanggar sebarang undang-undang jalan raya.Pihak sekolah
tidak akan bartanggungjawab jika pelajar didapati bersalah melanggar undang-undang jalan raya semasa
pihak polis/ jabatan Pengangkutan Jalan mengadakan peperiksaan mengeju di kawasan sekolah.

15.4 Pelajar dilarang menggunakan/meminjam kenderaan pelajar lain.


TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

15.5 Kendaraan tidak boleh diletakkan di tempat yang boleh menghalang lalu lintas di kawasan
sekolah/kawasan hadapan pintu pagar sekolah.

Jenis-Jenis Salahlaku Dan Tindakan-Tindakan Yang Boleh Dikenakan (Mata Demerit Juga Akan Diberi
Berpandukan Kepada Sistem Merit-Demerit)

Bil Tema Kesalahan/ Pekililing rujukan Tindakan sekolah


perlakuan

1. Tingkahlaku Salahguna dadah Pek. Iktisas Bil. 1. Melaporkan kepada Pengarah


jenayah 7/75 Pendidikan.

2. Menghubungi pegawai kebajikan


masyarakat.

3. Merujuk kepada doktor – melalui


pegawai kebajikan masyarakat untuk
pengesanan.

4. Rawatan doktor.

5. Pemulihan dan tindakan ekoran


oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Tindakan Guru Besar.

1. Nasihat/amaran – Surat panggilan


kepada ibubapa.

2. Melaporkan kepada polis

3. Pengakuan bertulis murid dan


ibubapa.

4. Gantung sekolah

2. Mengedar dadah 1. Rujuk kepada Pendaftar Sekolah-


Sekolah (Pengarah Pendidikan)
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

2. Melaporkan kepada polis

3. Memanggil ibubapa

3. Mencuri Pek. Iktisas Bil. Murid boleh digantung persekolahan


9/75 atau dibuang sekolah.

Tindakan Guru Besar:

1. Memulangkan balik barang yang


dicuri atau mengikut nilai.

2. Meminta maaf pada empunya


barang dengan disaksi oleh Pengetua.

3. Amaran

4. Hukuman rotan

5. Pengakuan bertulis murid dan


ibubapa untuk berkelakuan baik.

6. Memanggil ibubapa

4. Memeras ugut Pek. Iktisas Bil. 1. Memulang balik barang


9/75 diambil/nilainya.

2. Diberi amaran keras – akhir.

3. Hukuman rotan/gantung sekolah

4. Akaun bertulis ibubapa dan murid.

5. Memanggil ibubapa

6. Hukuman kerja amal

Jika melibatkan senjata.

7. Penggantungan sekolah

8. Laporan kepada polis.


TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

5. Berjudi -sda- 1. Nasihat

2. amaran keras

3. Hukuman rotan.

4. Pengakuan bertulis murid dan


ibubapa.

5. Kerja amal

6. Digantung persekolahan

7. Laporan kepada polis

6. Memukul, -sda- 1. Hukuman rotan


bergaduh dan
mencedera 2. Dipaksa berdamai dan meminta
maaf.

3. Digantung persekolahan.

4. Kerja amal

5. Memanggil ibubapa

6. Pengakuan bertulis

7. Membawa senjata -sda- 1. Senjata dirampas


dan berniat jahat
2. Memanggil ibubapa

3. Hukuman rotan.

4. Digantung persekolahan.

5. Amaran dan dilaporkan kepada


polis.

8. Merosak harta -sda- 1. Membayar ganti rugi.


benda
2. Hukuman rotan

3. Panggil ibubapa

5. Digantung persekolahan.

6. Pengakuan bertulis.
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

9. Ahli kumpulan -sda- Rujuk kepada Pek. Iktisas 9/75


haram

- ibubapa dihubungi
Fitnah
-sda- - kaunseling

- amaran/ digantung sekolah

10. Tingkahlaku Membaca, -sda- 1. Dirampas dan disimpan dengan


lucah menunjuk dan berlakri sebagai bukti.
menyebar bahan-
bahan dan gambar 2. Rotan dan rujuk kepada guru
kaunseling
lucah.
3. Kerja amal

11. Mengintai murid- -sda- 1. Rotan dan rujuk kepada guru


murid perempuan kaunseling

2. Kerja amal

12. Menulis surat cinta -sda- 1. Amaran dan nasihat

2. Rujuk kepada guru bimbingan

3. Kerja amal

13. Bercumbu/berdua- -sda- 1. Amaran dan nasihat


duan dan bercinta
dalam kawasan 2. Gantung persekolahan
sekolah 3. Panggil ibubapa

4. Buang sekolah
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

14. Ditangkap kerana -sda- Rujuk kepada Pengarah Pendidikan.


berkhalwat dan
didenda di -panggil ibubapa
mahkamah

15. Menggunakan kata- -sda- 1. Hukuman rotan


kata lucah
2. Kerja amal

3. Rujuk kepada guru kaunseling.

16. Menulis dan -sda- 1. hukuman rotan


melukis kata-kata
lucah 2. kerja amal

3. rujuk kepada guru kaunseling

17. Meraba dan/ -sda- 1. Rotan


memeluk murid
perempuan 2. Kerja amal

3. Rujuk kepada guru kaunseling

4. Panggil ibubapa

5. Gantung persekolahan

6. Laporan kepada polis

18. Menganggu murid -sda- 1. Rotan


perempuan
2. Kerja amal

3. Rujuk kepada guru kaunseling

19. Pelacuran/Zina/ 1.Panggil ibubapa


hamil/homo/
lesbian/kahwin/ 2.Rujuk kepada Pengarah Pendidikan
nikah gantung

20. Tingkahlaku Sengaja mengotori Pek. Iktisas Bil. 1. Kelas tahanan


anti sosial sekolah atau kelas 9/75
2. Hukuman rotan
School (Gen. Reg.
3. Bayar gantirugi
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

1951 4. Kerja amal

5.

21. Sengaja menganggu Pek. Iktisas Bil. 1. Hukuman rotan


ketenteraman 9/75
sekolah/kelas 2. Kerja amal

3. Rujuk kepada guru kaunseling

22. Bergaduh dengan 1. Panggil ibubapa


murid lain
2. Rotan

3. Nasihat dan amaran

4. Diarah berdamai dan minta maaf

5. Digantung sekolah

23. Berkelakuan biadab -sda- 1. Hukuman rotan


dan angkuh
2. Rujuk kepada guru kaunseling

3. Amaran dan nasihat

4. Kerja amal

5. Panggil ibu bapa

6. Digantung sekolah

24. Conteng Pek. Ikt. 9/75 1. kelas tahanan


menconteng
2. hukuman rotan

3. bayar ganti rugi

25. Benci dan tidak -sda 1. diberi nasihat


menghormati
peraturan sekolah 2. rotan
dan undang- 3. kerja amal
undang negara
4. Panggil ibu bapa

5. Digantung sekolah
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

6. dilapor kepada polis

26. Makan dalam kelas -sda- 1. nasihat

2. membersihkan kelas

27. Tidak menghormati -sda- 1. nasihat


NegaraKu, lagu
Negeri 2. rotan

3. amaran

4. Digantung sekolah

28. Ponteng -sda- 1. amaran


perhimpunan/
majlis rasmi 2. nasihat

3. kerja amal

4. hukuman rotan

5. Panggil ibu bapa

29. Sengaja membuat -sda- 1. nasihat/amaran


sesuatu yang boleh
memalukan sekolah 2. hukuman rotan

3. kerja amal

4. digantung sekolah

30. Tingkahlaku PONTENG KP(BS)8458/12/(17) 1. Surat pemberitahuan kepada


tidak jujur SEKOLAH ibubapa, amaran, rotan, nasihat
(termasuk murid Borang OM 9.2.77
yang berada di 2. Panggil ibu bapa.
sekolah 3. Kerja amal
tetapi tidak
melapor kepada 4. digantung sekolah
guru tingkatan dan
5. Jika murid ponteng sekolah 31 hari
masuk ke kelas)
berturut-turut, Sijil Berhenti Sekolah
akan dikeluarkan

6. Jika murid ponteng sekolah 60


hari secara selang seli, Sijil Berhenti
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

Sekolah akan dikeluarkan

31. Ponteng -sda- 1. nasihat


kelas(meninggalkan
satu sesi 2. kerja amal
penggajaran dan 3. hukuman rotan
tidak kembali)
4. digantung sekolah

5. panggil ibubapa

6.

32. Keluar dari kelas -sda- 1. diberi amaran


tanpa kebenaran
daripada guru 2. kerja amal

3. kaunseling

4. hukuman rotan

33. Meniru dalam -sda- 1. markah peperiksaan dibatalkan


peperiksaan
2. nasihat

3. kerja amal

4. hukuman rotan

5. memaklumkan kepada ibu bapa

34. Membohong -sda- 1. nasihat

2. rujuk kepada guru kaunseling

3. amaran keras

4. hukuman rotan untuk kesalahan


seterusnya

35. Tingkahlaku Berkelakuan dan Per. Ikt. Bil 9/75 1. memohon maaf
tidak sopan berbahasa kasar,
memaki dan 2. nasihat
mencarut 3. hukuman rotan
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

guru/murid 4. amaran

5. kerja amal

6. kaunseling

7. panggil ibu bapa

36. Tidak -sda- 1. amaran


menghormati/
memcabar arahan 2. hukuman rotan
pengawas 3. kaunseling

37. Tingkahlaku Tidak berpakaian Pek. Ikt. Bil. 1. teguran/amaran


tabiat kemas (tidak masuk 3/71,2/72, 4/76.
(Habitual) baju ke seluar, 2. hukuman rotan
tidak pakai kasut, 3. kerja amal
tidak menggunakan
tanda nama, 4. panggil ibu bapa
memakai subang,
gelang, rantai)

38. Berambut panjang Pek. Ikt. Bil 2/76 1. diberi amaran

2. rambut dipotong

3. hukuman rotan

4. digantung sekolah

39. Tidak menepati Pek. Ikt. Bil 9/75, 1. amaran dan nasihat
masa school (general)
regulation, 1951 2. kaunseling

3. hukuman rotan

4. kerja amal

5. digantung sekolah

panggil ibu bapa

40. Tidak membawa Peraturan Am 1. diberi nasihat/amaran


buku teks/buku sekolah 1951
latihan dan lain-lain 2. kaunseling
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

keperluan muridan 3. hukuman rotan

4. kerja amal

5. panggil ibu bapa

6. digantung sekolah

41. Tidak menyiapkan -sda- 1. amaran/nasihat


kerja kursus,
latihan dan kerja 2. kaunseling
rumah/tugasan 3. hukuman rotan

4. kerja amal

5. panggil ibu bapa

6. digantung sekolah

42. Membuat bising Pek. Ikt. Bil 9/75 1. diberi amaran


dalam kelas
2. kaunseling

3. hukuman rotan

43. Buang sampah Peraturan am sek. 1. diberi amaran/nasihat


merata-rata 1951
2. kaunseling
Pek. Ikt. Bil 9/75
3. diarah membersihkan kawasan

4. kerja amal

5. hukuman rotan

44. Enggan bayar yuran Peraturan Am 1. diberi nasihat


sekolah sekolah 1951
2. ibubapa dihubungi

3. sijil-sijil ditahan

45. Tidak -sda- 1. Membayar nilai buku tersebut


memulangkan/
hilang buku teks 2. Tidak layak diberi buku teks pada
tahun seterusnya
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

46. Merokok Pek. Ikt.Bil 6A/75, 1. hukuman rotan


4/1997
2. nasihat/kaunseling

3. digantung sekolah

4. panggil ibu bapa

5. buang sekolah selepas 5 kali


ditangkap

47. Membawa barang 1. dirampas dan dituntut balik oleh


yang dilarang ke ibu/bapa.
sekolah (rujuk
kepada peraturan 2. dirampas dan disimpan dan diberi
sekolah kad Merit balik pada hujung tahun.
Demerit Kod D5) 3. Dirampas dan dimusnahkan.

48. Membawa/bermain 1. hukuman rotan


mercun di kawasan
sekolah 2. kaunseling

3. digantung sekolah

4. panggil ibu bapa

5. laporan kepada polis

Jenis-Jenis Salahlaku

Kod Salahlaku Jenayah - D1

D1.1 Berjudi
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

D1.2 Mencuri, memecah masuk kawasan larangan sekolah.

D1.3 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pentadbir, murid, kakitangan sekolah,


guru

D1.4 Melawan/mengancam/mencederakan pengawas

D1.5 memeras ugut

D1.6 membuli

D1.7 menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap

D1.8 menyalahgunakan dadah

D1.9 membawa senjata merbahaya

D1.10 mencabul kehormatan

D1.11 mengancam/memukul/mencederkan murid lain

D1.12 menceroboh bilik kelas, bilik khas/kedai kantin/koperasi/pejabat sekolah.

D1.13 mengedar dadah

D1.14 menunjukan perasaan/berpiket/menganggu ketenteraman sekolah

D1.15 bertaruh secara besar-besaran

D1.16 membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah

D1.17 membakar

D1.18 memusnah/merosakkan dokumen rasmi

D1.19 bergaduh

D1.20 membawa/bermain mercun di sekolah

D1.21 minum minuman keras

D1.22 menghidu gam

D1.23 membawa bahan-bahan yang menghayalkan.

Tingkahlaku Lucah/Tidak Senonoh D2

D2.1 Bercumbu-cumbuan
TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

D2.2 Berkhalwat

D2.3 Berdua-duan dalam kelas

D2.4 Membawa bahan lucah ke sekolah.

D2.5 Mengintai murid perempuan/menyentuh murid perempuan dengan niat serong

D2.6 Menggunakan kata-kata dan perkataan lucah

D2.7 Melukis gambar-gambar/ menulis kata-kata lucah

Tingkah Laku Kekemasan Diri

D3.1 Berambut panjang untuk lelaki/feysen rambut keterlaluan/ bertentangan dengan


peraturan sekolah.

D3.2 Berkuku panjang

D3.3 Bermisai dan berjanggut

D3.4 Memakai pakaian seragam yang tidak mengikut peraturan sekolah/ tiada lencana

D3.5 Skirt sekolah atas paras lutut.

D3.6 Baju kurung tidak dikancing.

D3.7 Seluar sekolah berfesyen.

D3.8 Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai.

D3.9 Memakai selipar (tanpa kebenaran pihak sekolah)

D3.10 Memakai pakaian luar sekolah

D3.11 Memakai pakaian berwarna di dalam pakaian seragam sekolah

D3.12 Tidak memakai baju sukan semasa waktu PJ

D3.13 Tidak memasukkan kemeja ke dalam baju sekolah (seluar) `Tuck-In’

D3.14 Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai

Memakai Barang Perhiasan/Menghiaskan Diri.

D4.1 Memakai barang kemas ke sekolah


TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

D4.2 Memakai lebih daripada sepasang subang

D4.3 Lelaki memakai subang.

D4.4 Mewarnakan kuku

D4.5 Mewarnakan rambut

D4.6 Membotakkan kepala

D4.7 Mencabut bulu kening

D4.8 Bersolek

Membawa Barang-Barang Yang Tidak Dibenarkan

D5.1 Membawa semua jenis alatan tajam

D5.2 Pemotong kuku

D5.3 Membawa Radio/Walkman

D5.4 Gambar-gambar tidak sopan.

D5.5 Membawa liquid paper/marker pen

D5.6 Membawa/pakai pakaian luar sekolah

D5.7 Cermin mata hitam/teropong

D5.8 Kosmetik/cermin/minyak wangi

D5.9 Majalah hiburan/komik

D5.10 Pita video DVD/VCD/CD/kaset.

D5.11 Kad poker/barang untuk berjudi.

D5.12 Tanda-tanda/lencana/label berunsur politik

D5.13 Membawa telefon bimbit ke sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah.

Tingkah Laku Tidak Mementingkan Masa.

D6.1 Berkeliaran/merayau di kawasan sekolah semasa waktu pengajaran


TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

D6.2 Datang lewat ke sekolah

D6.3 Ponteng perhimpunan

D6.4 Lewat ke perhimpunan dan majlis yang diwajibkan sekolah.

D6.5 Makan di kantin di luar waktu rehat.

D6.6 Lewat masuk ke kelas.

D6.7 Keluar-masuk kelas semasa sesi P & P berjalan.

D6.8 Bermain dalam bilik darjah atau kaki lima

D6.9 Keluar kelas tanpa kebenaran.

D6.10 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

D6.11 Berada di kawasan larangan tanpa kebenaran.

D6.12 Masuk ke kawasan sekolah pada hujung minggu/cuti sekolah tanpa kebenaran.

D6.13 Berada dalam tandas lebih 10 minit semasa P & P.

D6.14 Berada di kantin di luar kawasan sekolah waktu persekolahan.

D6.15 Tidak menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dalam jadual bertugas

Tingkahlaku Kurang Sopan Dan Biadab

D7.1 Berkelakuan kasar terhadap guru.

D7.2 Berkelakuan kasar terhadap pengawas.

D7.3 Berkelakuan kasar terhadap rakan

D7.4 Memasuki kawasan larangan/kebun/kuarters pekerja sekolah dan lain-lain.

D7.5 Berbahasa kesat/kasar.

D7.6 Mengedar/menyimpan rokok.

D7.7 Menghisap rokok

D7.8 Menganggu proses pengajaran pembelajaran

D7.9 Tidak menghormati/ membantah arahan guru.


TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

D7.10 Tidak menghormati/ membantah arahan pengawas.

D7.11 Simpan/edar minuman keras/ sebarang minuman yang memabukkan.

D7.12 Membunyikan kereta kuat-kuat di kawasan sekolah.

D7.13 Tidak menghormati lagu kebangsaan/negeri.

D7.14 Menyimpan pemetik api/ mancis.

D7.15 Melanggar peraturan lalu lintas.

D7.16 Meletakkan kenderaan di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran.

D7.17 Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkankan nama baik sekolah.

D7.18 Tidak mematuhi peraturan persatuan dan kelab di sekolah

D7.19 Membuat bising dalam kelas ketika guru tidak ada

D7.20 Mengejek seseorang dengan menyebut nama bapa atau emak dengan tujuan menghina

D7.21 Menggunakan/menjawab telefon dalam kelas semasa guru mengajar

Tingkahlaku Memusnah

D8.1 Merosak harta benda sekolah

D8.2 Merosak harta benda Pengetua dan guru-guru

D8.3 Merosakkan harta benda kantin/kedai koperasi/ stor SPBT

D8.4 Membazir air dan eletrik

D8.5 Menyalahgunakan peralatan eletrik

D8.6 Mengotorkan bangunan/kawasan sekolah.

D8.7 Mengotorkan kelas.

D8.8 Conteng dinding/papan notis/papan hitam/sudut mata muridan.

D8.9 Menconteng buku teks/buku latihan.

D8.10 Conteng /tulis perkataan gambar lucah/kesat di atas buku teks/buku latihan/ buku rekod
akademik.

D8.11 Merosak harta murid lain.


TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

Tingkahlaku Tidak Jujur/Menipu.

D9.1 Menghasut rakan untuk bergaduh.

D9.2 Menyebarkan maklumat/ berita yang boleh menyebabkan pergaduhan.

D9.3 Menjalankan urusniaga yang tidak dibenarkan.

D9.4 Tidak memberi surat dari sekolah kepada ibu bapa.

D9.5 Tidak membawa ibu bapa jumpa pihak sekolah seperti yang diarah

D9.6 Penipuan melibatkan wang

D9.7 Menipu melibatkan kepercayaan/pecah amanah.

D9.8 Memalsukan keterangan/ rekod rasmi.

D9.9 Tidak memberi salam/ tidak berdiri semasa guru masuk/ keluar kelas

D9.10 Semua tingkahlaku yang dianggap serius oleh sekolah.

Tingkah Laku Melanggar Peraturan Peperiksaan

D10.1 Bercakap semasa peperiksaan

D10.2 Membawa telefon bimbit ke bilis peperiksaan.

D10.3 Keluar awal dari bilik peperiksaan tanpa kebenaran

D10.4 Mencoteng kertas soalan/jawapan peperiksaan

D10.5 Menulis/mencoteng percatan/ gambar lucah/ kesat di atas kertas soalan/ jawapan
peperiksaan/ kad laboran.

D10.6 Meniru semasa ujian/ peperiksaan

D10.7 Lambat masuk ke kelas semasa peperiksaan.

Tingkalaku Ponteng.

D11.1 Ponteng kelas (Termasuk kelas di luar sidang).

D11.2 Ponteng sekolah


TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN SMK SERI PANTAI BAGI TAHUN 2019

D11.3 Ponteng perhimpunan/majlis sekolah

D11.4 Ponteng aktiviti kokurikulum

D11.5 Ponteng Ujian bulanan

D11.6 Ponteng peperiksaan

D11.7 Ponteng kelas tambahan

D11.8 Ponteng kerja pembersihan

Tingkahlaku Memcemar Alam Sekitar

D12.1 Membuang sampah merata-rata.

D12.2 Tidak kerja membersih kelas dan kawasan sekolah.

D12.3 Tidak mematuhi peraturan pihak kecerian sekolah.

D12.4 Membuang air besar dan kencing dan berkencing di kawasan yang tidak ditetapkan oleh pihak
sekolah.

D12.5 Lain-lain perkara yang ditentukan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.

Anda mungkin juga menyukai