Anda di halaman 1dari 10

SMK Taman Indah

SMK TAMAN INDAH


73000 TAMPIN
N.SEMBILAN DARUL KHUSUS

OPERASI
DATANG LEWAT KE
SEKOLAH

NAMA AGENSI : SMK TAMAN INDAH


KOD SEKOLAH : NEA 5057
NO. TELEFON : 06-4414479
N0. FAKS : 06 -4413502
E-MAIL : smktamanindah@gmail.com
BLOG : http://myhemsmti.blogspot.com

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi;
manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang
menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang…..
“HIDUP YANG BERGUNA IALAH HIDUP YANG KETIKA PETANG MEMBAWA
SULUH KERANA MALAM YANG AKAN SAMPAI”
- Fathiyah Abu Bakar

1.0 PENGENALAN

Program ini bertujuan untuk membendung gejala datang lewat daripada terus berleluasa. Gejala
datang lewat merupakan salah satu fokus utama yang berkaitan dengan salah laku murid di
sekolah kerana kekerapannya yang semakin meningkat. Jika tidak dibanteras, masalah ini akan
membawa kesan negatif kepada murid, keluarga dan sekolah.

2.0 MATLAMAT

Program ini perlu diberi penekanan supaya masalah datang lewat dapat diatasi di samping
menghindari pelbagai masalah disiplin yang lain. Program ini juga dirancang untuk membentuk
budaya cemerlang dan menjana prestasi murid yang gemilang dalam bidang sahsiah, akademik
dan kokurikulum.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membanteras gejala datang lewat ke sekolah.
3.2 Menyedarkan murid supaya mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan walaupun di
mana-mana sahaja mereka berada.
3.3 Menyemai sikap menghargai masa dalam kalangan murid.
3.4 Membentuk budaya sekolah yang cemerlang dan melahirkan murid yang berdisiplin.

4.0 DEFINISI

Datang lewat boleh ditakrifkan sebagai tiba ke sekolah selepas waktu yang ditetapkan oleh
pengurusan sekolah.

5.0 SASARAN

Semua murid sekolah berkenaan.

6.0 SUMBER TENAGA

Guru-guru, pengawas, ibu bapa / penjaga, pemimpin masyarakat, Polis, pasukan RELA,
orang awam.

7.0 IMPLIKASI

Masalah murid datang lewat ke sekolah akan menimbulkan gejala negatif lain kepada murid.
Murid akan hilang sikap bertanggungjawab, suka berbohong, berdolakdalik dan yang lebih buruk
lagi, murid akan bersikap menentang. Murid sebegini akan ketinggalan dalam bidang akademik
dan mungkin boleh menjerumuskan mereka ke dalam kegiatan negatif yang lebih buruk. Hal ini
akan menjejaskan pencapaian sekolah
dalam semua bidang.

SKP 2017 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 1


8.0 JENIS-JENIS DATANG LEWAT KE SEKOLAH

8.1 Datang lewat yang dirancang.


8.2 Datang lewat yang tidak dirancang.

9.0 ANTARA FAKTOR YANG DIKENAL PASTI MENJADI PUNCA MURID DATANG
LEWAT KE SEKOLAH

9.1 Bangun lewat.


9.2 Kesesakan lalu lintas.
9.3 Kediaman di luar zon penempatan sekolah.
9.4 Sikap murid tidak menghargai masa.
9.5 Sikap ibu bapa / penjaga yang tidak prihatin terhadap ketetapan masa murid hadir ke
sekolah.
9.6 Sikap guru yang sambil lewa tentang kes datang lewat.
9.7 Kurang penguatkuasaan tentang peraturan datang lewat.
9.8 Jadual perjalanan bas sekolah yang mengambil murid-murid dari banyak kawasan
perumahan dan menghantar mereka ke sekolah yang berlainan.
9.9 Pengaruh rakan sebaya atau rakan tua.

10.0 STRATEGI PELAKSANAAN

10.1 Membentuk Jawatankuasa Khas untuk Operasi Datang Lewat Ke Sekolah (Rujuk
Lampiran Awas 5.3).
10.2 Membentuk Pelan Tindakan murid datang lewat ke sekolah.
10.3 Mengedarkan Surat Pemberitahuan Program Operasi Datang Lewat ke Sekolah
kepada ibu bapa/penjaga sekolah.
10.4 Memberikan taklimat mengenai program kepada semua guru. Menjelaskan
Pelan Tindakan yang dirancang dan didokumentasikan.
10.5 Memberikan taklimat mengenai program kepada semua murid semasa perhimpunan.
10.6 Memberikan taklimat mengenai program kepada Ahli Jawatankuasa PIBG.
10.7 Menghantar senarai nama pelajar yang kerap datang lewat kepada Guru Disiplin/Guru
Bimbingan dan Kaunseling - Rekod Harian dan Rekod Bulanan (Borang Awas 5.1,
Borang Awas 5.2 dan Borang Awas 5.3 ).
10.8 Melaksanakan Pelan Tindakan jika murid datang lewat ke sekolah.

SKP 2017 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 2


11.0 PROSES KERJA : PENGENDALIAN KES PELAJAR DATANG LEWAT KE
SEKOLAH

Tindakan Guru Bertugas dan Pengawas :


1. Mencatatkan nama, masa dan tarikh pelajar datang lewat ke sekolah ke dalam Buku
Rekod Murid Datang Lewat.
2. Menyerahkan nama-nama murid yang datang lewat 3 kali atau lebih kepada Guru
Disiplin.
3. Siasatan dilakukan oleh Guru Disiplin. Sekiranya alasan yang diberikan munasabah
( lewat yang tidak dirancang), murid akan dihantar kepada Guru Bimbingan dan
Kaunseling.
4. Sekiranya alasan yang diberikan tidak munasabah (lewat yang dirancang), murid akan
dibawa ke bilik disiplin untuk diambil tindakan mengikut tatacara seperti yang
berikut :

Bil. Hari Lewat Tatacara Tindakan Tindakan


- Diberi amaran secara lisan Guru Bertugas
1- 2 Kali
- Direkodkan ke dalam buku rekod datang lewat Pengawas
- Diberi amaran secara lisan Guru Disiplin
3 kali - Dirotan 1 kali
- Direkodkan ke dalam sistem data SSDM
- Dirujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling: Guru Bimbingan &
- Hubungi ibu bapa / Penjaga kaunseling
Kes Berulang
- Mengikuti program lapor dan pantau Guru Disiplin
- Akur janji pelajar dan ibu bapa/ penjaga PK HEM

CATATAN : Sekiranya kes terus berulang selepas akur janji bersama ibu
bapa, murid perlu dimasukkan semula ke dalam program
lapor dan pantau hingga sikap berubah.

12.0 RUMUSAN

Operasi murid datang lewat ke sekolah dapat membantu pihak sekolah meningkatkan tahap
disiplin di sekolah dan seterusnya dapat membentuk budaya yang cemerlang serta meningkatkan
prestasi pelajar dalam aspek sahsiah, akademik dan kokurikulum.

SKP 2017 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 3


Lampiran AWAS 5.1

CARTA ALIR OPERASI DATANG LEWAT KE SEKOLAH

SIASATAN
TINDAKAN
REKOD

KALI PERTAMA DAN AMARAN DAN


KEDUA KERJA-KERJA
AMAL

KALI ROTAN SEKALI DAN


KETIGA REKOD DALAM SSDM

KES KES
BERULANG SELESAI

RUJUK :GURU HUBUNGI


DISIPLIN , GURU IBU BAPA
BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

PROGRAM
L APOR DAN PANTAU

AKUR JANJI PELAJAR


DAN IBU BAPA

KES
SELESAI

PERINGATAN : KES RINGAN YANG BERLAKU 3 KALI TELAH DIKATEGORIKAN SEBAGAI KES
SEDERHANA DAN SEKIRANYA BERULANG BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI
KES BERAT. SEKIRANYA KES TERUS BERLAKU – RUJUKAN KES AKAN
BERPINDAH KEPADA KATEGORI KES BERAT.

SKP 2017 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 4


Lampiran AWAS 5.2

SENARAI SEMAK OPERASI PONTENG KELAS

TANDAKAN CATATAN
BIL ITEM
(/) (TARIKH DLL)

Pekeliling Panduan Mengatasi Masalah Pelajar


1
Datang Lewat Ke Sekolah

Surat Panggilan Ibu bapa/ Penjaga Pelajar Ke


2 Sekolah untuk perbincangan mengenai pelajar
datang lewat ke sekolah

3 Tatacara Pengambilan Kehadiran Ke Sekolah

4 Surat –Surat Amaran Salah laku

5 Surat Janji Temu Kaunseling

SKP 2017 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 5


Lampiran AWAS 5.3

JAWATANKUASA KHAS MENANGANI PELAJAR DATANG LEWAT KE SEKOLAH

Pengerusi : Pengetua

Timbalan Pengerusi I : Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi I : Penolong Kanan 1

Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Guru Bimbingan dan Kaunseling

Penyelaras : Ketua Guru Disiplin

Ahli Jawatankuasa : 1. Guru Bertugas Mingguan.

2. Guru Disiplin.

3. Guru Pengawas.

4. Pengawas – Skuad Khas.

5. Guru Tingkatan.

6. Pengawal Keselamatan Sekolah.

SKP 2017 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 6


Borang AWAS 5.1

OPERASI DATANG LEWAT KE SEKOLAH PROGRAM LAPOR DAN PANTAU

Nama murid :
Tingkatan :
Bulan :
T/TANGAN
TARIKH HARI MASA CATATAN KAUNSELOR
PELAJAR KAUNSELOR

Ulasan Guru Bimbingan dan Kaunseling :

Disediakan oleh:

........................................................ Tarikh : ................................

( Nama Guru B & K )

Disahkan :

....................................................... Tarikh : .................................


(Pengetua / PK HEM)

SKP 2017 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 7


Borang AWAS 5.2
REKOD HARIAN
SENARAI PELAJAR DATANG LEWAT KE SEKOLAH

TINGKATAN :
TARIKH :

BIL NAMA MURID LEWAT JANTINA BANGSA CATATAN

Pengesahan :

SMK T1 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 8


Borang AWAS 5.3

REKOD BULANAN
SENARAI PELAJAR DATANG LEWAT KE SEKOLAH

TINGKATAN :
BULAN :

KEKERAPAN TARIKH
BIL NAMA MURID LEWAT JANTINA BANGSA
LEWAT LEWAT

Pengesahan :

SMK T1 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN” Page 9

Anda mungkin juga menyukai