Anda di halaman 1dari 32

NAMA SEKOLAH

LENCANA
SEKOLAH

BUKU PERATURAN SEKOLAH

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


PROFIL MURID

NAMA : _________________________________________________________

NO KP / SIJIL LAHIR: __________________________________________________

NO PENDAFTARAN SEKOLAH : ________________________________________

NAMA IBU BAPA/ PENJAGA : __________________________________________

ALAMAT : ___________________________________________________________

_____________________________________________________________________

NO TELEFON : (R) : __________________________

(HP) : __________________________

TAHUN TINGKATAN NAMA GURU TINGKATAN

Catatan : Buku peraturan ini hendaklah dibawa pada setiap hari persekolahan. Meninggalkannya/
menghilangkannya / merosakkanya dan menconteng buku peraturan ini adalah menjadi satu
kesalahan.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


PUNCA KUASA
BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975
Disiplin di Sekolah
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-Murid

Para 4.
Peraturan-peraturan Sekolah, ( School Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid : Tindakan oleh
tiap-tiap Sekolah – Lampiran C

Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara


bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah
mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru
dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian
murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas
Sekolah/ketua-ketua murid ( School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab
mereka. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga
hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah
dalam memelihara tatatertib.

4.1 : ”........Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui
peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai satu senarai perkara-
perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam lampiran C. Guru
Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan
sekolah masing-masing

Para 6.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik
kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid
supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa
ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu
keputusan yang baik.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


KATA ALU-ALUAN

(Sekolah masing-masing)

LATAR BELAKANG SEKOLAH

(Sekolah masing-masing)

PROFIL SEKOLAH

(Sekolah masing-masing)

PELAN SEKOLAH

(Sekolah masing-masing)

LENCANA SEKOLAH

COGANKATA SEKOLAH

BENDERA SEKOLAH

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


ISI KANDUNGAN

Kata-kata Aluan
Latar Belakang Sekolah
Profil Sekolah
Pelan Sekolah
Lencana Sekolah
Cogankata Sekolah
Bendera Sekolah
Rukunegara
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Misi Sekolah
Visi Sekolah
Lagu Negaraku
Lagu Bangsa Johor
Ikrar Pelajar
Lagu Sekolah
Disiplin
A Definisi Disiplin
B Matlamat Disiplin
C Prinsip-prinsip Asas Disiplin
Etika Pelajar
ATanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri
B Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga
C Tanggungjawab pelajar terhadap rakan
D Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah
E Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat
F Tanggungjawab pelajar terhadap agama
G Tanggungjawab pelajar terhadap negara
Penguatkuasa Peraturan
Kuasa Menghukum

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH


1. Pakaian
2. Rambut
3. Perhimpunan
4. Kebersihan
5. Kawasan sekolah

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


6. Sakit
7. Kawasan yang dilarang
8. Kebersihan
Sampah
Kantin
Bilik Darjah
Tandas
9. Keselamatan
Beratur
Waktu Balik
Makmal
Bilik-bilik Khas
10. Pelawat
11. Tidak hadir ke sekolah dan Kelas
12. Ketua Murid dan Pengawas
13. Waktu Sembahyang
14. Waktu Rehat
15. Latihan Kebakaran dan Kecemasan
16. Bayaran Yuran Tambahan
17. Kerosakan Harta Benda Sekolah
18. Kegiatan Luar Bilik Darjah (Aktiviti kokurikulum)

RUKUNEGARA

Maka kami, rakyat Malaysia


Berikrar akan menumpukan
Seluruh tenaga dan usaha kami
Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan di atas prinsip-prinsip berikut :

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insane
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan Negara.

MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH

LAGU NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahgia tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

LAGU BANGSA JOHOR

Allah peliharakan Sultan


Anugerahkannya segala kehormatan
Sihat dan ria kekal dan makmur
Luaskan kuasa menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan bersatu hati Allah berkati Johor
Allah selamatkan sultan

IKRAR PELAJAR

BAHAWA KAMI, pelajar-pelajar SMK …………………………… berikrar akan


mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip Rukunegara
sepanjang masa.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih
tua daripada kami.

Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan


yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan
diri, keluarga, bangsa, agama dan Negara.

LAGU SEKOLAH

DISIPLIN

A. DEFINISI DISIPLIN

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun


1979 mentakrifkan disiplin sebagai :

“…..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang


sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin
juga bermakna kesanggupam sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan
cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan
mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang
lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai
semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada
menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”

B. MATLAMAT DISIPLIN

Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu sebahai manusia yang dapat
memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap
individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia
yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin
diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai
kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut
:

 keadilan dan layanan sama rata


 pertimbangan minat dan keperluan pelajar
 kebebasan – tertakluk kepada undang-undang
 amalan menghormati seseorang individu
 perhubungan sihat sesame manusia untuk kehidupan berharmonis
 perpaduan masyarakat dan Negara

ETIKA PELAJAR
A. Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri
B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga
C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan
D. Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah
E. Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat
F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama
G. Tanggungjawab pelajar terhadap negara

A.Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri

1. Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental.


2. Bersopan santun, jujur dan amanah.
3. Menghargai masa dan menepati masa
4. Berjimat cermat
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Sabar dan bertolak ansur
7. Menghormati hak asasi orang lain
8. Berani dan cekal hati
9. Bersikap dedikasi
10. Bersifat berdikari
11. Bersifat rajin dan berusaha

B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga

1. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa


2. Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga
3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya
seorang yang bermoral
4. Menjaga nama baik sekolah

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan

1. Menghormati rakan
2. Tolong menolong antara rakan

D.Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah


1. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah
2. Menghormati guru-guru
3. Belajar dengan bersungguh-sungguh
4. Menaikkan imej sekolah
5. Memupuk nilai-nilai moran yang tinggi
6. Bekerjasama di antara satu sama lain
7. Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah
E. Tanggungjawab pelajar terhadap Masyarakat

1. Tolong menolong dan bekerjasama


2. Menghormati orang-orang yang ebih tua
3. Boleh bertolak ansur
4. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Rasa kesefahaman dan sabar
7. Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan
8. Bersifat kasihan terhadap sesame manusia dan bukan manusia

F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama


1. Taat kepada perintah Allah (Tuhan)
2. Mempertahankan kesucian agama
3. Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari

G.Tanggungjawab pelajar terhadap Negara


1. Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara
2. Mematuhi undang-undang
3. Mengamalkan konsep Rukunegara
4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam
5. Menjaga dan menaikkan imej negara

PENGUATKUASA PERATURAN
Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-
peraturan sekolah.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


KUASA MENGHUKUM

Pengetua, Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru Disiplin dan guru-guru
yang diberi kuasa oleh pengetua.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH
PANDUAN PERATURAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH


UNTUK MURID-MURID

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975

1. PAKAIAN

Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di


sekolah.
Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.

1.1 PAKAIAN SERAGAM BAGI PELAJAR LELAKI


1.1.1Baju
(a) Baju lengan pendek berwarna putih sahaja.
(b) Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit. Ukuran baju
hendaklah sesuai dengan bentuk badan.
(c) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar
sekolah.
(d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.

1.1.2. Seluar
(a) Semua pelajar lelaki berseluar panjang berwarna hijau tua (dark olive).
(b) Pergelangan kaki seluar panjang mestilah antara 20cm-23cm ukuran lintang.
(c) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau
sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan.
(d) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak
dibenarkan.

1.1.3 Kasut dan stoking


(a) Semua pelajar berkasut kanvas putih / kasut yang bertali hendaklah sentiasa
diikat.
(b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan.
(c) Kasut plastik atau kasut kulit berwarna putih tidak dibenarkan.
(d) Stoking putih tanpa jalur sahaja dibenarkan.

1.1.4 Lencana dan Tanda Nama


(a) Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama
sepanjang masa.
(b) Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian luar poket atau di dada

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


sebelah kiri baju.
(c) Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera.
1.1.5 Tali Pinggang
(a) Tali pinggang yang dibenarkanialah yang berukuran 3cm berwarna gelap
atau hijau yang dperbuat daripada kain kanvas.
(b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, berhias dan
beraneka corak.
(c) Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan sama sekali.

1.1.6 Tali leher


(a) Tali leher dipakai oleh pelajar biasa pada setiap hari persekolahan kecuali
hari Jumaat
dan hari-hari lain yang diarahkan.

1.1.7 Barang Kemas / Perhiasan


a) Pelajar-pelajar DILARANG memakai apa jua barang perhiasan sepanjang
berada di sekolah.

1.1.8 Pakaian kebangsaan


a) Pelajar-pelajar lelaki dikehendaki memakai pakaian kebangsaan pada hari
jumaat.
b) Baju melayu mestilah berwarna putih dan seluar puth dengan samping
berwarna biru muda.
c) Baju hendaklah sentiasa berbutang penuh.
d) Songkok berwarna hitam tanpa hiasan hendaklah dipakai bersama-sama
pakaian kebangsaan.

1.2 PAKAIAN SERAGAM PELAJAR PEREMPUAN BERAGAMA ISLAM

1.2.1. Baju kurung


a) Semua pelajar perempuan beragama Islam berbaju kurung putih teluk
belanga yang labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru
muda.
b) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan.
Pelajar perempuan juga diwajibkan memakai anak baju.
c) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung
tetapi tidak mencecah lantai danwajib memakai kain dalam.

1.2.2 Mini telekung


a) Setiap pelajar Islam diwajibkan memakai mini telekung berwarna putih
tanpa berenda, bersulam atau berfesyen.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


b) Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian bawah tudung.
c) Labuhnya hendaklah melebihi paras dada. Kain janganlah terlalu nipis.
(d) Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai bersama mini
telekung.
1.2.3 Kasut dan stoking
a) Sama seperti 1.1.3

1.2.4 Lencana dan tanda nama


a) Sama seperti 1.1.4

1.1.5Barang kemas / perhiasan


a) Pelajar-pelajar perempuan DILARANG memakai barang-barang kemas,
alat-alat solek dan lain-lain perhiasan.

1.3 PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN BUKAN BERAGAMA ISLAM


1.3.1 Baju lengan pendek dan pinafore biru muda yang labuhnya di bawah
lutut.
1.3.2 Lain-lain pemakaian sama seperti pada 1.2.3 dan1.2.4 dan 1.2.5

1.4 PAKAIAN PENGAWAS


1.4.1 Baju lengan panjang berwarna biru muda dan seluar berwarna biru
tua bagi lelaki.
1.4.2 Baju kurung berwarna biru muda dan kain sarung bersusun berwarna
biru tua dan mini telekung berwarna biru tua bagi pengawas
perempuan beragama Islam.
1.4.3 Baju lengan panjang berwarna biru muda dan skirt labuh bawah paras
lutut bagi pengawas perempuan bukan beragama islam.
1.4.4 Baju melayu putih dan samping sekolah bagi pengawas lelaki pada
hari jumaat.
1.4.5 Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam dan berstokin hitam.
1.4.6 Lencana pengawas dan tali leher serta tanda nama hendaklah sentiasa
dipakai setiap waktu di sekolah atau pada bila-bila masa pengawas itu
berada di sekolah.
1.4.7 Segala perubahan pakaian pengawas adalah tertakluk kepada
persetujuan pihak pentadbiran sekolah dan ianya difikirkan sesuai.

1.5. BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASA


Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju
T sekolah berseluar sekolah dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah untuk
mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar.

1.5.1 Kelas / Aktiviti Tambahan

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


a) Pakaian sekolah atau baju t sekolah dan seluar slack atau trek.

1.5.2 Pendidikan Jasmani


a) Lelaki – Baju T putih berlambang sekolah dan seluar trek biru tua.
b) Perempuan – Baju T lengan panjang berlambang sekolah dan seluar trek
biru tua serta mini telekung putih.

1.5.3 Latihan Sukan / Permainan


a) Lelaki – Baju T mengikut warna rumah dan seluar trek biru.
b) Perempuan – Baju T lengan panjang mengikut warna rumah dan seluar
trek biru tua serta mini telekung putih

1.5.4 Badan beruniform / persatuan / kelab


Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan
oleh guru penasihat masing-masing.

2.0 RAMBUT

2.1 RAMBUT PELAJAR LELAKI

2.1.1 Rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang
dinipiskan,tidak mencecah dahi, telinga dan tengkuk
Rambut mestilah sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan berbelah tengah.
(Rujuk gambar rajah)
2.1. 3 Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai

2.2 RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN

2.2.1 Rambut pelajar perempuan dibenarkan hingga ke paras bahu.


2.2.2 Rambut yang melepasi paras bahu hendaklah diikat supaya sentiasa kemas
2.2.3 Hanya reben berwarna putih dan hitam sahaja dibenarkan.
2.2.4 Pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut,
menyapu gel,menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen
mengikut tafsiran sekolah.

3.0 PERHIMPUNAN

Perhimpunan rasmi siding pagi akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu mulai
jam 7.30 pagi.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


Perhimpunan harian pula diadakan pada hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat
mulai 7.15 pagi.
Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan.
Para pelajar dilarang berbual semasa perhimpunan.
Semua murid dikehendaki menyanyi lagu patriotic dengan penuh semangat

4.0 KEBERSIHAN DIRI

4.1 Semua pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri.


4.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan.
4.3 Pelajar tidak dibenarkan bersolek.

5.0 KAWASAN SEKOLAH

5.1 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH

5.1.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebaran waktu


kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Pelajar yang
dibenarkan mesti memakai “PAS KELUAR”.

5.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan


meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak
dan mendapat kebenaran guru.

5.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan
tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, pelajar-pelajar
tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan,
membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting.

5.1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu
umpamanya ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua tingkatan
bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.

5.1.5 Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu


hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan.

5.1.6 Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar
berkenaan hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru tingkatan
dengan mengisi borang khas. Surat kebenaran tersebut hendaklah
diserahkan kepada guru atau pelajar yang bertugas.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


5.1.7 Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu,
pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari pengetua, penolong
kanan atau penyelia petang dengan mengisi borang khas. Satu salinan
hendaklah kepada guru tingkatan dan satu salinan hendaklah disimpan oleh
pelajar.

6.0 SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT


6.1 Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru
Bertugas, Pengawas atau Ketua Tingkatan.
6.2 Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah
sehingga sembuh.
6.3 Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau
mendapat
rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah
6.4 Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat
kebenaran dari pihak sekolah.
6.5 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital
kerajaan jika sakit kuat.

7.0 KAWASAN YANG DILARANG


Tempat letak kenderaan guru
Kawasan tangki septik
Bilik Guru
Bilik Peperiksaan
Kawasan Tangki Air

8.0 KEBERSIHAN

Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996 dan SPI Bil. 6/1997

8.1 Tong Sampah


8.1.1 Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di
sekolah.
8.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan
membuang sampah sahaja.
8.1.3 Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa
sampah dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul.

8.2 Kantin Sekolah


8.2.1 Semua pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari
kawasan kantin sekolah.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


8.2.2 Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan
membasuh tangan sahaja.
8.2.3 Pelajar dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke
dalam sinki atau parit di sekeliling kantin.
8.2.4 Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke
dalam tempat-tempat yang disediakan setelah selesai
digunakan.

8.3 Bilik Darjah


8.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih,
kemas dan teratur.
8.3.2 Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah
dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan.
8.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan
memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta
kawasan laluan koridor.
8.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang
dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu
dibayar gantirugi.

8.4 Tandas
8.4.1 Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas digunakan.
8.4.2 Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.
8.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk
tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang
disediakan.

9.0 KESELAMATAN

Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002

9.1. Beratur
9.1.1 Semua pelajar mesti beratur di tapak perhimpunan sebelum
permulaan kelas.
9.1.2 Pelajar dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel,
pusat sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain.
9.1.3 Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila
bergerak ke mana-mana tempat.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


9.2. Waktu balik
9.2.1 Lima minit sebelum loceng terakhir, pelajar mestilah
mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup
suis lampu serta kipas jika digunakan.
9.2.2 Apabila loceng dibunyikan, pelajar boleh keluar kelas dengan
teratur. Pelajar hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan
dan berjalan apabila diarahkan.
9.2.3 Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang
mengawal laluan.
9.2.4 Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah
menunggu di tempat menunggu bas sebelum menaiki
kenderaan.
9.2.5 Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki
kenderaan.
9.2.6 Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas
bahu jalan dan tidak secara beriringan.

9.3. Makmal
9.3.1 Pelajar dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran /
kehadiran guru berkenaan.
9.3.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah
dikhaskan.
9.3.3 Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan
alat-alat yang terdapat di bilik makmal tanpa kebenaran atau
arahan guru berkenaan.
9.3.4 Pelajar dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari
makmal.
9.3.5 Pelajar dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan
guru berkenaan.
9.3.6 Pelajar dilarang menyalakan penunu Bunsen dengan sebarang
kertas.
9.3.7 Barang-barang seperti mancis, kertas turas atau bahan-bahan
pepejal yang telah digunakan jangan dibuang di merata-rata
tempat.

9.4. Bilik-bilik khas


9.4.1 Pelajar dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti
bengkel KH, pusat sumber, bilik tayang dan makmal komputer
tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan.
9.4.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah
dikhaskan.
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH
9.4.3 Pelajar dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan
dan alatan yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran
atau arahan guru.
9.4.4 Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar hendaklah
mengikut arahan guru berkenaan.

10.0 PELAWAT

10.1 Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada
waktu rehat.
Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan
pelajar.

10.2 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa


dengan pelajar tanpa memberi sebarang penjelasan.

10.3 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan
berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah
mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.

10.4 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan.

11.0 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS

11.1 Pelajar yang tidak hadir mestilah memberi surat doktor atau surat ibu
bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa
pelajar itu tidak hadir.

11.2 Surat amaran pertama dihantar kepada ibu bapa sekiranya pelajar
tidak hadir pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak hadir ke
sekolah secara berturut-turut atau hari kesepuluh sekiranya
ketidakhadiran adalah secara berturut-turut.

11.2 Surat amaran kedua hendaklah dihantar kepada ibubapa penjaga


sekiranya pelajar tidak hadir TUJUH hari berturut-turut atau
sebanyak 20 hari secara tidak berturut-turut.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


11.3 Surat amaran terakhir secara berdaftar hendaklah dihantar kepada
ibu bapa penjaga sekiranya tiada komunikasi selepas tujuh hari
daripada surat amaran kedua dihantar bagi pelajar yang tidak hadir
secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran
secara tidak berturut-turut.

11.4 Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu surat amaran
terakhir dihantar bagi ketidakhadiran secara berturut-turut atau 20
hari bagi ketidakhadiran secara tidak berturut-turut. (Pek. K (BS)
8548/ 12 (17))

11.5 Pelajar tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau keluar dari
kawasan sekolah dalam waktu belajar kecuali dengan kebenaran
khas dari Pengetua, Penolong kanan atau Penyelia Petang. Kebenaran
bertulis hendaklah diperolehi.

12.0 KETUA MURID DAN PENGAWAS

12.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh


Pengetua dengan kerjasama guru-guru.
12.2 Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat,
Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas Tingkatan
Atas.
12.3 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan
tetapi Pengetua dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu
dari Badan Pengawas sekiranya perlu.
12.5 Pengetua ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu.
12.6 Sifat-sifat Kelayakan

Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah


mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik
yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah.
Lain-lain kelayakan :
- bertanggungjawab dengan sepenuhnya
- berwibawa dan bekerjasama
- rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
- jujur dan berakal
- menepati masa

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


12.7 Tugas-tugas pengawas

(a) Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk


mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa rehat
dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.

(b) Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama sekali di
perpustakaan, makmal sains, bilik Pendidikan Jasmani, bilik alat pandang dengar
dan bilik Ekonomi Rumahtangga supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga
menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah.

(c) Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa


perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua pengawas
akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali
kurang bertanggungjawab akan diberi amaran.

(d) Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi


bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar.
Mereka hendaklah menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar
peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti
dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin.

13.0 WAKTU SEMBAHYANG

Waktu sembahyang zohor dan asar bagi sesi petang adalah mengikut sekolah
masing-masing

14.0 WAKTU REHAT

Waktu rehat adalah mengikut kesesuaian jadual waktu sekolah masing-masing

15.0 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

(a) Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas
dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat)

(b) Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari
dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


(c) Di tempat berkumpul itu, guru-guru tingkatan hendaklah berada bersama
barisan pelajar-pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan
setiap pelajar di dalam kelasnya berada di situ.

(d) Guru tingkatan hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Pengetua


jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu
dengan segera.

(e) Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk
mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.

(f) Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat
berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah
ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru tingkatan dan
berada bersama-sama rakan-rakan setingkatannya.

16.0 BAYARAN TAMBAHAN

Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh sekolah.

17.0 KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH

Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda


sekolah semasa berada di sekolah seperti :

(a)Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng


(b) Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng
(c) Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik
(d) Tandas hendaklah diguna dengan betul
(e) Cermin tingkap jangan dipecahkan
(f) Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak
membazir
(g) Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, ERT dan Sains hendaklah
digunakan dengan baik.

18.0 KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM)

18.1 Setiap pelajar diwajibkan menyertai :


a) satu pasukan berunifom

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


b) satu persatuan/kelab atau lebih
c) satu kegiatan sukan /permainan atau lebih.

Seseorang pelajar dibenarkan memegang sebanyak-banyaknya 2 jawatan tertinggi


sahaja untuk kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai.

Pelajar –pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar
sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah.

Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada pengetua


sekiranya seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam
kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain
yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.

Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram


atau kongsi gelap.

19.0 KATEGORI KESALAHAN

KESALAHAN RINGAN
1. Menyimpan misai, janggut dan jambang.
2. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan
tertentu.
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
4. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari
sekolah tanpa kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Pengetua, atau Guru-guru
Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada
ketika itu.
6. Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa
kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah
tanpa kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran
Pengetua atau wakilnya.
9. Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak
mematuhi peraturan makmal/bilik khas/bengkel.
10. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.
11. Makan dan minum di dalam bilik darjah.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


12. Melakukan pembaziran air atau elektrik.
13. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian
sekolah dengan kemas.
14. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa
buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-
lain)
15. Lewat ke sekolah.
16. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
17. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.
18. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
19. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.
20. Tidak membuat tugasan yang diarahkan.
21. Mengganggu kawan.
22. Mengganggu guru.
23. Lewat masuk kelas.
24. Mengotorkan kelas.
25. Tidak duduk setempat.
26. Berada dalam kawasan larangan.
27. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa
kebenaran.
28. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin..
29. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.
30. Membuang sampah merata-rata.
31. Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.
32. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran.
33. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa
kebenaran pihak sekolah.
34. Memakai cermin mata berfesyen.
35. Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah .
36. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Pengetua.
37. Membawa telefon bimbit dan MP3.

KESALAHAN SEDERHANA

1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.


2. Menyalahgunaan / menggunakan peralatann/sumber bekalan elektrik
sekolah tanpa kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan
kebangsaan.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


7. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna.
8. Menconteng pada harga benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan
memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga.
10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

KESALAHAN BERAT

1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga


2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan
dadah.
3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau
sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan.
4. Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan tembakau.
5. Menyebabkan / melakukan pergadakan atau kekerasan.
6. Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru /
pengawas / murid.
7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.
9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
10. Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana,
majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru / murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki / perempuan.
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.
22. Membawa atau menggukanan bahan letupan.
23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan
lucah.
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau
merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan
multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.
27. Menganjur atau membebitkan diri dalam acara kebudayaan yang
bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
28. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa
kebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan Kementerian Pelajaran.
29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau
berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sessi
persekolahan.
30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang
menjalankan tugas.
31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran
Pengetua atau wakilnya.
32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Kesalahan-kesalakan lain yang difikirkan trmasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah .

Jenis-jenis salah laku yang berlaku di sekolah adalah banyak dan pelbagai.
Menurut buku panduan Bagu Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah,
(DPM, 1982) salah laku ini dapat dibahagikan kepada 5 kumplan yang besar iaitu:

1. TINGKAH LAKU JENAYAH

a) Mendera dan mencederakan.


b) Bertindak ganas dan mencederakan.
c) Memeras ugut.
d) Bergaduh.
e) Mencuri.
f) Menipu atau memperdayakan.
g) Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar.
h) Menyalahgunakan dadah.
i) Khalwat.
j) Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara.
k) Menyertai kumpulan kongsi gelap.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


2. TINGKAHLAKU LUCAH
a) Mencarut.
b) Berdua-duaan.
c) Becumbu-cumbuan.
d) Melihat / membaca bahan lucah.
e) Melukis / menujlis bahan lucah.
f) Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.
g) Besubahat dalam perbuatan sumbang.
h) Berpakaian tidak senonoh.

3. TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL

a) Tidak mahu bergaul.


b) Merosakkan hartabenda individu / sekolah.
c) Membuat bising.
d) Menjerit-jerit tidak tentu pasal.
e) Mengganggu orang lain.
f) Menulis dan menconteng bangunan.
g) Membuang sampah merata-rata.
h) Mendendam / hasat dengki / cemburu.
i) Memaki hamun.
j) Sombong , bongkak dan biadap.

4. TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR.

a) Meniru dalam ujian dan peperiksaan.


b) Meniru tandatangan orang lain.
c) Bercakap bohong.
d) Mengubah markah yang dicatat oleh guru.
e) Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.
f) Menganiaya sesame rakan.
g) Tidak amanah.
h) Mengampu.
i) Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.
j) Mengambil barang orang lain tanpa izin.
k) Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.
l) Berdolak-dalik.
m) Membuat kerja tanpa keikhlisan diri.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


4. TINGKAHLAKU TIDAK SOPAN

a) Berbahasa kasar.
b) Tidak menghormati guru.
c) Menghisap rokok.
d) Berambut panjang.
e) Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
f) Lalai dan cuai terhadap pelajaran.
g) Mempermain / memperlekehkan guru.
h) Selalu lewat.
i) Suka bertengkar.
j) Pakaian tidak sesuai.

Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas

1. Pakaian Seragam :
- SPI Bil. 12/1978
- SPI Bil. 14/1976
- SPI Bil. 3/1983
- SPI Bil. 8/1985
- SPI Bil. 3/1992
- SPI Bil. 6/1993
- SPI Bil. 2/1993
- SPI Bil. 9/1975

2. Kesihatan Murid :
- SPI Bil. 2/1982
- SPI Bil. 6/1998

3. Perhimpunan Sekolah :
- SPI Bil. 4/1984

4. Keselamatan :
- SPI Bil. 8/1988
- SPI Bil. 8/1999
- SPI Bil. 7/2000

5. Kesihatan :

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


- SPI Bil. 4/1989
- SPI Bil. 1/1996

6. Ponteng :
- SPI Bil. 6/1995

7. Sekolah Selamat :
- SPI Bil. 4/2002

8. Kuasa Merotan :
- SPI Bil. 7/2003

9. Disiplin/Peraturan Sekolah :
- SPI Bil. 9/1975

10. Garis Panduan Pakej Bayaran Tambahan :


- SPI Bil. 13/2007

11. Larangan Membawa Telefon Bimbit :


- SPI Bil. 1/2006

12. Potongan Rambut Murid :


- SPI Bil. 2/1976

13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok :


- SPI Bil. 4/1997

14. Peraturan Tatatertib :


- SPI Bil. 8/1968
- SPI Bil. 6/1968
- SPI Bil. 11/1972
- SPI Bil. 9/1975

15. Penyalahgunaan Dadah :


- SPI Bil. 7/1975

16. Kempen Anti Merokok :


- SPI Bil. 1/1983

17. Mengenakan Hukuman Biasa :


- SPI Bil. 8/1983

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH


18. Perhimpunan Sekolah :
- SPI Bil. 4/1984

19. Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah :


- SPI Bil. 7/1986

PENGAKUAN SETIA PELAJAR

Bahawasanya saya …………………………………….........................................murid


SMK ………………………… telah membaca dan memahami segala peraturan
sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah
dan bersedia menerima tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya
melanggar peraturan-peraturan tersebut.

Tandatangan murid,

________________________
( )

PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA

Bahawasanya saya ……………………………………ibu bapa / penjaga murid yang


bernama…………………………….................................................... yang belajar di
SMK ……………………............................telah membaca dan memahami segala
peraturan sekolah ini. Saya sedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk
menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi peraturan-peraturan tersebut.

Tandatangan ibu bapa / penjaga

________________________
( )

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

Anda mungkin juga menyukai