Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 5 : PERIBAHASA

Praktis 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan tiga peribahasa yang sesuai yang
terdapat dalam petikan tersebut.

Namaku Mat Jenin. Aku anak yatim piatu kerana kehilangan ayah dan ibu sejak kecil lagi.
Ayahku terbunuh kerana dibaham harimau sewaktu berburu di hutan. Emakku pula meninggal
dunia semasa melahirkan adikku.

Hidupku ibarat sudah jatuh ditimpa tangga kerana orang yang kusayangi sudah meninggalkanku.

“ Belajarlah rajin- rajin, Mat kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jangan jadi macam
datuk dan arwah ayah kamu sangat miskin dan susah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang”, kata datuk. Segala nasihat datuk akan aku ingati sampai bila-bila dan dijadikan
panduan untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
[ 6 markah]

i. ……………………………………………………………………….

ii. ……………………………………………………………………….

iii. ……………………………………………………………………….
Praktis 2

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian kemudian nyatakan dua peribahasa yang sesuai dan
berikan satu maksud peribahasa yang dinyatakan dalam petikan tersebut.

Kak Long : Wah! Kecil-kecil cili padi.

Adik : Itulah kak long. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.

Kak Long : Ala, masalah kecil sahaja! Bukankah peribahasa ada mengatakan , kalau takut
dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai? “

Adik : Tapi, kita bukannya hendak ke pantai. Taman Negara mana ada laut, mana
ada ombak!”

Kak long : Itu peribahasalah , dik!. Ya, kamulah yang betul!

Adik : Terima kasih kak long kerana memuji.

[ 6 markah]

i. ……………………………………………………………………….

ii. ……………………………………………………………………….

iii. ……………………………………………………………………….
Praktis 3

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan

Roy merupakan atlet yang berbakat dan menjadi orang harapan di sekolahnya. Dia mahu
menjadi pelajar yang berjaya dalam kedua-dua bidang, iaitu sukan dan akademik. Untuk
mencapai cita-cita tersebut, Roy melipatgandakan usaha dalam semua aktiviti sukan dan
pelajarannya. Jadual latihan sukan dan aktiviti kokurikulum mesti seimbang dengan jadual
ulang kaji pelajarannya. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang diumumkan baru-
naru ini, amat mengecewakannya. Roy berazam akan belajar bersungguh-sungguh
sebagaimana yang dijadualkan. Dia tidak mahu membuang masa lagi.

[ 6 markah]

i. ……………………………………………………………………….

ii. ……………………………………………………………………….

iii. ……………………………………………………………………….
Praktis 4

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.

Produk makanan tambahan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat


Malaysia. Memang terdapat lambakan makanan tambahan yang semakin popuar di
pasaran. Tambahan pula, pebagai medium telah digunakan untuk mempromosikan
tersebut termasuk radio, televisyen, dan media sosial. Ada yang mendakwa bahawa
makanan ini lebih baik berbanding dengan ubat. Akibatnya, ada pesakit yang tidak
mahu mengambil ubat. Sebenarnya makanan tambahan tidak boleh menggantikan ubat.
Semasa membeli bahan ini, pengguna perlu berhati-hati. Hal ini dikatakan demikian
kerana banyak makanan tambahan yang tidak diuji secara menyeluruh dari segi
keselamatannya. Penguna jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan makanan
tambahan di pasaran agar tidak menyesal pada kemudian hari.

Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Tingkatan 4


Kementerian Pendidikan Malaysia

[ 6 markah ]

i. ……………………………………………………………………….

ii. ……………………………………………………………………….

Anda mungkin juga menyukai