Anda di halaman 1dari 18

2/15/2014

1
KUIZ KULIAH 1
Sila jawab semua soalan
dalam masa 10-15 minit
1. Berikan takrif umum morfologi.
2. Bezakan antara morfem bebas dan morfem
terikat. Berikan contoh yang sesuai.
3. Jelaskan maksud morfem kosong dan bentuk
fleksi.
4. Berikan 5 contoh imbuhan awalan Sanskrit.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan proses
pengimbuhan? Nyatakan jenis-jenis imbuhan
bahasa Melayu.
KULIAH 2
1. Proses Pembentukan Kata (Kata Majmuk
dan Kata Ganda)- sambungan
2. Golongan Kata Bahasa Melayu
(KATA NAMA)
a. Kata Majmuk
Definisi:
Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.
Dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit
(tidak boleh menerima sebarang penyisipan kata).
Contoh: rumah sakit terbentuk daripada dua kata
dasar iaitu rumah dan sakit dan bentuk ini
membawa makna tertentu.
Apakah bezanya dengan orang sakit?
Kebanyakan kata majmuk terdiri daripada dua
kata dasar seperti kerani kanan, olahraga,
namun ada juga kata majmuk yang terdiri
daripada tiga atau empat kata dasar seperti
alat padang dengar, kereta api ekspres
malam.
Kata majmuk mempunyai persamaan dengan
frasa sama ada dari segi bentuk atau
pengejaan.
Sebagai contoh, papan hitam boleh bertaraf
kata majmuk dan boleh juga dikatakan frasa.
Jenis-jenis kata majmuk
4 Jenis:
KM rangkaian bebas
KM istilah khusus
KM kiasan/ simpulan bahasa
KM yang telah mantap
2/15/2014
2
KATA MAJMUK
Simpulan bahasa Istilah khusus Rangkai kata bebas
Contoh:
tengah hari, terima
kasih, kapal
terbang, guru
besar, Menteri
Besar, Setiausaha
Politik
Contoh:
garis pusat, atur
cara, lut sinar, mata
pelajaran, kertas
kerja, pita suara,
reka bentuk,
medan magnet
Contoh:
tumbuk rusuk,
gulung tikar, anak
emas, kaki bangku,
ringan tulang,
makan angin, buruk
siku
KM yang telah mantap
Bentuk yang telah mantap sebagai satu
perkataan yang utuh, walaupun terdiri
daripada dua kata dasar.
Ada 15 perkataan.
setiausaha; pesuruhjaya; antarabangsa; beritahu;
suruhanjaya; jawatankuasa; sukarela;
warganegara; bumiputera; tanggungjawab;
tandatangan; kerjasama; kakitangan; olahraga;
matahari.
Binaan kata majmuk
Kata majmuk boleh dibentuk daripada bentuk
kata seperti berikut:
1 Kata tunggal dengan kata
tunggal
rumah pangsa, hati batu, putih
mata, kenal pasti
2 Kata tunggal dengan kata
terbitan
surat pekeliling, batu loncatan,
buruh binaan
3 Kata terbitan dengan kata
terbitan
Penyiasat persendirian,
pengawal peribadi, penyata
kewangan
Penggolongan kata majmuk
Golongan kata majmuk Contoh
Kata nama majmuk guru besar, balai raya, tepian
gelanggang, cakar ayam, Menteri Besar,
persuratkhabaran, kebolehpercayaan
Kata kerja majmuk hapus kira, lipat ganda, terima kasih,
gulung tikar, bersatu padu, mereka
bentuk, menandatangani
Kata adjektif majmuk Merah jambu, terang hati, kuning
langsat, muda remaja, panas terik
Kata tugas majmuk Bagaimana, barangkali, kadangkala,
walhal, daripada, apabila
Penggandaan Kata Majmuk
1. Melibatkan penggandaan unsur pertama kata
sahaja.
Contohnya:
alat-alat tulis; gambar-gambar rajah;
Menteri-menteri Besar, dll.
2. Melibatkan keseluruhan unsur (bagi KM yang
telah mantap). Contohnya:
setiausaha-setiausaha; tandatangan-
tandatangan, dll.
Pengimbuhan kata majmuk
a. KM yang menerima imbuhan awalan atau
akhiran, dieja terpisah. Contohnya:
campur aduk bercampur aduk
daya serap daya serapan
b. KM yang menerima imbuhan apitan, dieja
bercantum. Contohnya:
campur aduk mencampuradukkan
satu padu menyatupadukan
2/15/2014
3
2. Kata Ganda
Perkataan yang mengalami proses
pengulangan pada kata dasar.
Ada 4 jenis, iaitu:
Kata ganda penuh
Kata ganda separa
Kata ganda berentak
Kata ganda semu
BENTUK KATA GANDA
SEMU BERENTAK SEPARA PENUH
Kata
tunggal
Kata
berimbuhan
Kata
berimbuhan
Kata
tunggal
Pengulangan
bersisipan
Pengulangan
bebas
Pengulangan
konsonan
Pengulangan
vokal
i. Kata Ganda Penuh
Mengalami ulangan secara keseluruhan.
Boleh terdiri daripada kata dasar, contohnya:
Rumah-rumah; buku-buku

Boleh terdiri daripada kata berimbuhan,
contohnya:
Pelajar-pelajar; ajaran-ajaran; kementerian-
kementerian.
ii. Kata Ganda Separa
Terbentuk melalui penggandaan sebahagian
kata dasar sahaja.
Boleh berasal dari kata dasar tunggal dan
pengulangan berlaku pada suku kata pertama
sahaja disertai pelemahan vokal suku kata
tersebut kepada vokal e pepet. Contoh:
laki-laki lalaki lelaki
jari-jari jajari jejari
langit-langit lalangit lelangit
Bagi kata ganda yang berasal dari kata
berimbuhan, penggandaan berlaku hanya
pada kata dasar dan tidak melibatkan
imbuhannya.
Berlaku hanya pada golongan kata kerja dan
adjektif sahaja.
Gandaan boleh berlaku di hadapan atau di
belakang kata dasar.
Di belakangkata dasar Di hadapan kata dasar
berlari-lari
sepandai-pandai
cinta-mencintai
kejar-mengejar
iii. Kata Ganda Berentak
Kata ganda yang mengalami pengulangan kata
dasar mengikut rentak bunyi tertentu.
Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi
tertentu diulang atau diubah.
Berdasarkan pengulangan bunyi ini, terbentuk 4
jenis kata ganda berentak:
Pengulangan vokal
Pengulangan konsonan
Pengulangan bebas
Pengulangan bersisipan

2/15/2014
4
Pengulangan vokal. Contoh:
sayur-mayur
calar-balar
saki-baki
hina-dina
cerai-berai
Pengulangan konsonan. Contoh:
mundar-mandir
tanah-tanih
kayu-kayan
bolak balik
gunung-ganang
Pengulangan rentak bebas. Contoh:
kusut-masai
ipar-duai
rempah-ratus
Lintang-pukang
Lemah-longlai
Pengulangan bersisipan. Contoh:
tali tali-temali
jari jari-jemari
gilang gilang-gemilang

PENGGOLONGAN KATA
Hasil pembelajaran:
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. mengetahui cara-cara menggolongkan perkataan
2. mengenal pasti jenis perkataan berdasarkan ciri-
cirinya
3. menyenaraikan perkataan berdasarkan
golongannya.
Pengenalan
Penggolongan kata merupakan proses
menjeniskan dan mengelompokkan kata
berdasarkan kriteria tertentu.
Antara kriteria yang digunakan untuk
menggolongkan perkataan ialah:
i. ciri-ciri persamaan yang dimiliki oleh kategori kata
tersebut,
ii. makna kata,
iii. keserupaan bentuk,
iv. taburan kata, dan
v. fungsi kata dalam ayat.
Ciri persamaan ini dikenali juga sebagai ciri morfologi
iaitu perkataan yang sama dimasukkan dalam golongan
yang sama.

Misalnya, salah satu ciri kata nama ialah kata itu boleh
disertai dengan kata bilangan atau tanpa penjodoh
bilangan di depannya; dan semua bentuk kata yang
menerima awalan peN- akan tergolong dalam kata
nama.

Demikian juga, perkataan yang menerima awalan meN-
tergolong dalam kata kerja.

Penggolongan sedemikian merujuk kepada ciri-ciri
persamaan; dan bukan makna.
2/15/2014
5
Ciri semantik atau makna juga digunakan untuk
menggolongkan perkataan.
Misalnya, kata nama didefinisikan sebagai kata
yang merujuk kepada nama orang atau benda.
Kata kerja pula sebagai kata yang menyatakan
perbuatan atau tindakan, kata sifat sebagai kata
yang menerangkan sifat sesuatu nama atau
perbuatan.
Berdasarkan ciri semantik ini maka dapatlah
digolongkan kata seperti orang, rumah, kereta
sebagai kata nama atau duduk, tidur dan pukul
sebagai kata kerja.
Walau bagaimanapun tidak semua kata dapat
digolongkan menerusi ciri semantik ini.
Selain itu, ciri sintaksis juga membolehkan
penggolongan kata yang lebih tepat.
Ciri sintaksis merujuk kepada fungsi sesuatu
kata itu dalam struktur frasa atau ayat.
Contoh:
a. Bibir gadis itu merah.
b. Bibir gadis itu merah sekali.
Kata merah dalam ayat (a) dapat menjadi
kata adjektif kerana menjadi inti frasa
predikat serta dapat disertai kata penguat
seperti dalam ayat (b)
c. Merah melambangkan keberanian.
d. *Merah sekali melambangkan keberanian.
Sebaliknya, merah dalam ayat (c) di atas
bukanlah kata adjektif tetapi sebagai kata
nama kerana menduduki fungsi subjek ayat,
malah tidak boleh disertai kata penguat
seperti dalam ayat (d).
Golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif
merupakan kata major iaitu kata yang dapat
menjadi inti frasa dalam predikat ayat.

Kata nama, kata kerja dan kata adjektif juga
dirujuk sebagai kata leksikal, iaitu kumpulan kata
yang mempunyai makna yang agak jelas dan
boleh ditentukan.

Selain itu, ketiga-tiga golongan kata ini juga
termasuk dalam kelas terbuka iaitu berpotensi
menambah bilangan kata baharu yang tidak
terhad jumlahnya.
Walau bagaimanapun ada perkataan yang
boleh memasuki lebih daripada satu
golongan.
Misalnya, perkataan dalam dapat menjadi
kata adjektif seperti dalam ayat (e) kerana
menjadi inti frasa predikat dan sebagai kata
tugas dalam ayat (f).
e. Air sungai itu dalam.
f. Nabil ada di dalam bilik.

Kata tugas dikenali juga sebagai kata minor.
Kata minor tidak dapat membina frasa yang
menjadi predikat dalam ayat dasar.
Perkataan yang tergolong dalam kata tugas
mempunyai fungsi tatabahasa tertentu,
misalnya sebagai penghubung, penegas,
penafian, penguat dan sebagainya.
2/15/2014
6
Golongan kata Bahasa Melayu Kata Nama
Golongan kata nama boleh menjadi unsur inti
kepada binaan frasa nama, lazimnya merujuk
kepada orang, tempat atau benda.
Golongan kata nama boleh dibahagikan
kepada:
Kata nama khas
Kata nama am
Kata ganti nama
K
A
T
A

N
A
M
A
KATA NAMA
KHAS
KATA NAMA AM
KATA GANTI
NAMA
K
A
T
A

N
A
M
A

K
H
A
S
TIDAKHIDUP
HIDUP
BUKAN
MANUSIA
MANUSIA
Azizan, Suhaimi,
Sakinah, Ahmad,
Husin, Zakaria
Si Belang, Sang
Lamri, Comot,
SangRangkak
Alor Setar,
Universiti Islam
Antarabangsa,
Beseri Jaya
Kata Nama Khas merujuk nama sesuatu benda yang khusus
dan dieja bermula dengan huruf besar.
Kata nama khas
Kata nama khas mendukung makna rujukan
khusus kepada sesuatu nama manusia, haiwan,
benda, perbadanan atau institusi, undang-
undang, bangsa, pangkat, dan sebagainya.
Kata nama khas boleh digolongkan ke dalam dua
jenis iaitu kata nama khas hidup dan kata nama
khas tak hidup.
Kata nama khas hidup terbahagi dua iaitu kata
nama khas hidup manusia dan kata nama khas
hidup bukan manusia.
Contoh:
i. Sufian ialah wakil Malaysia dalam pertandingan
itu.
ii. Jalur Gemilang sangat sesuai sebagai lambang
negara kita.
iii. Sang Kancil nama binatang yang cerdik dalam
Sastera Melayu Lama.
iv. Malaikat Mikail ada dalam ajaran agama Islam.
v. Asal pokok Hevea brasiliensis dari Brazil.
vi. Adik saya berkawan dengan seorang murid
Melanau.
2/15/2014
7
K
A
T
A

N
A
M
A

A
M
Hidup
Tidak
Hidup
Bukan
Manusia
Manusia
Konkrit
Abstrak
Bukan
Institusi
Institusi
ayam,
pokok,
burung
ayah,
jururawat,
petani
rumah,
padang,
bandar
Tak
berbilang
Berbilang
rancangan,
pendapat,
senyuman
universiti,
mahkamah
sekolah
kemesraan,
roh,
ketibaan
Kata nama am hidup
Kata nama am hidup merujuk benda-benda yang
hidup iaitu sama ada manusia atau bukan
manusia.
Contoh kata nama am hidup manusia:
i. Ketua jabatan kami dari Kota Belud Sabah.
ii. Askar yang mendapat pingat itu sungguh berani.
iii. Semua murid itu dari sebuah sekolah di Pasir Pekan.
iv. Anaknya doktor pakar di Hospital Serdang, Selangor.
v. Puan Fatimah guru Sekolah Kebangsaan Sri Petaling.
Contoh kata nama am hidup bukan manusia:
i. Kanggaru itu dari Australia.
ii. Bulu burung merak sungguh cantik.
iii. Harimau binatang yang sangat ganas.
iv. Dia bermimpi bertemu dengan jin malam tadi.
v. Pengail itu memancing seekor ikan yang besar.
vi. Pokok yang ditebang itu dari kawasan hutan
simpan.
Kata nama am tak hidup
Kata nama am tak hidup merujuk benda-benda yang
tak hidup, iaitu sama ada berbentuk institusi atau
bukan institusi.
Kata nama am hidup institusi merujuk perbadanan,
organisasi dan pertubuhan.
Contoh:
i. Kepada pertubuhan itu saya terhutang budi.
ii. Arahan itu daripada ibu pejabat Polis Diraja Malaysia.
iii. Dermawan itu menyumbangkan wang kepada
kementerian tersebut.
iv. Keputusan sekolah kami bukan yang terbaik dalam
peperiksaan tahun ini.
Kata nama am tak hidup bukan institusi,
contohnya:
i. Roket itu meluncur ke angkasa lepas.
ii. Pergerakan kapal terbang itu amat laju.
iii. Sebuah komputer riba berada di atas mejanya.
iv. Mimpi yang indah itu masih segar dalam
ingatannya.
v. Dia terus ke dalam bangunan pejabat apabila
sahaja sampai.
K
A
T
A

G
A
N
T
I

N
A
M
A
KGN TUNJUK
KGN Diri
KGND Orang
KGND Tanya
apa, siapa, mana
itu, ini
Pertama:
saya, aku, beta, patik
kami, kita
Kedua:
saudara, kamu,
awak, engkau, anda
Ketiga:
ia, dia, beliau,
mereka, -nya
2/15/2014
8
Kata ganti nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi
pengganti kepada kata nama.

Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua
kumpulan kecil iaitu kata ganti nama tunjuk dan
kata ganti nama diri.
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang
menjadi pengganti kepada kata nama am dan
mendukung maksud menunjukkan benda atau
perkara yang dirujuk.
Kata ganti nama tunjuk terdiri daripada dua
golongan kecil iaitu kata ganti nama tunjuk umum
dan kata ganti nama tunjuk tempat.
Kata ganti nama tunjuk umum menunjukkan
benda atau perkara yang umum dan terdiri
daripada perkataan.
Contoh:
i. Ini rumah saya.
ii. Buku yang baru saya beli ini.
iii. Itu makmal komputer sekolah kami.
iv. Itu bangunan Hospital Sultanah Bahiyah.
Kata ganti nama tunjuk tempat terdiri
daripada tiga perkataan, iaitu sini, situ, sana,
Contoh:
i. Tempat kami berteduh sini.
ii. Pondok telefon awam situ.
iii. Sini tempat menunggu teksi.
iv. Sana ialah medan letak kereta awam.
v. Situ kawasan murid berkumpul pada hari Isnin.
Kata ganti nama diri menjadi pengganti
kepada benda atau orang.
Kata ganti nama diri terdiri daripada dua jenis,
iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti
nama diri orang.
Kata ganti nama diri tanya terdiri daripada tiga
bentuk, iaitu apa, mana, siapa.
Contoh:
i. Benda itu apa?
ii. Sekolah kamu mana?
iii. Siapakah nama bapanya?
2/15/2014
9
siapa bagi menanyakan orang.
apa bagi menanyakan benda, binatang,
keterangan tentang sesuatu atau perkara
mana untuk menanyakan semua benda, hal
dan orang
Kata ganti nama orang ialah perkataan yang
merujuk diri orang tertentu, iaitu orang
pertama, orang kedua dan orang ketiga.
Kata ganti nama tak tentu
Kata ganti nama tak tentu merujuk kepada
kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau
seseorang secara tidak tentu.
Kata ganti nama jenis ini wujud daripada kata
tanya yang diulang.
Kata tanya yang digandakan itu berubah fungsi
daripada ciri pertanyaan kepada pernyataan.
Contohnya:
Siapa-siapa atau sesiapa digunakan untuk
menggantikan orang yang tidak tentu.
1. Siapa-siapa yang berhajat boleh menderma.
2. Saya tidak menyebelahi sesiapa/siapa-siapa.

Mana-mana digunakan untuk menggantikan nama
tempat atau nama benda yang tidak tentu.
3. Saya tidak pergi ke mana-mana petang ini.
4. Pilihlah mana-mana yang berkenan.

Apa-apa digunakan untuk mengganti nama benda
atau hal yang tidak tentu.
5. Di dalam almari itu tidak ada apa-apa.
6. Bapa tidak berkata apa-apa.
Pembentukan Kata Nama
Terbahagi kepada 4 bentuk:
i. Kata nama tunggal
ii. Kata nama terbitan
iii. Kata nama majmuk
iv. Kata nama ganda

I. Kata Nama Tunggal:
Terdiri daripada satu morfem bebas sahaja.
Boleh menjadi inti kepada frasa nama.
Kata akronim juga tergolong sebagai kata tunggal.

2/15/2014
10
Nama am: pak, kita, buluh, desa, minggu, dia,
adik, lautan, roh, kedamaian, perpisahan.
Nama khas: Mastura, Selasa, Perodua, Banting,
Jalur Gemilang, Allahyarham, Tun.
Akronim:
UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris (cantuman
huruf awal perkataan)
Proton- Perusahaan Otomobil Nasional (cantuman
sesedap sebutan)
Cerpen cerita pendek (cantuman suku kata awal
perkataan)
Purata pukul rata (cantuman suku kata awal
perkataan pertama dengan perkataan lain yang
mengikutinya)
II. Kata Nama Terbitan
Terhasil daripada proses pengimbuhan dengan
empat jenis imbuhan.
Ada 5 jenis kata dasar yang menerima
imbuhan, iaitu:
a. Kata akar bentuk morfem terikat yang bukan
imbuhan:
tapa pertapaan
tawa tertawa
mudi kemudi
lantar pelantar
b. Kata tunggal- perkataan yang dibentuk oleh
morfem bebas.
laut lautan
syor mengesyorkan

c. Kata terbitan perkataan yang terhasil
melalui proses pengimbuhan
berangkat keberangkatan
berkesan keberkesanan
d. Kata majmuk dibentuk oleh dua morfem
bebas atau lebih
daya serap daya serapan
satu padu bersatu padu
e. Rangkaian kata binaan sintaksis yang terdiri
daripada sekurang-kurangnya dua perkataan
tidak adil ketidakadilan
tidak sempurna ketidaksempurnaan
Proses pembentukan kata nama
terbitan
Awalan peN-
peN- menjadi pe- apabila bergabung dengan
kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf
m, n, ny, ng, r, l, w. Contoh:

pe +masak pemasak
pe +naik penaik
pe +nyanyi penyanyi
pe +ngiau pengiau
pe +ragut peragut
pe +layan pelayan
pe +wangi pewangi
pe- apabila bertemu dengan huruf-huruf p, t,
k, s akan berlaku perubahan. Huruf pertama
dalam kata dasar akan luluh dan digantikan
dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada
tempat yang sama daerah artikulasinya.
pe +pukul pemukul
pe +tahan penahan
pe +karang pengarang
pe +selam penyelam
2/15/2014
11
peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan
kata dasar yang bermula dengan b dan kata
pinjaman yang bermula dengan b, f,v serta
gugus konsonan yang bermula dengan b, p.
peN- +baca pembaca
peN- +boikot pemboikot
peN- +veto pemveto
peN- +fatwa pemfatwa
peN- +brek pembrek
peN- +blok pemblok
peN- +proses pemproses
peN- menjadi pen- apabila bertemu dengan
kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j,
sy, z dan kata pinjaman yang bermula dengan
huruf t, s.
peN +dapat pendapat
peN +curi pencuri
peN +jaja penjaja
peN +syarah pensyarah
peN +ziarah penziarah
peN +tafsir pentafsir
peN +stabil penstabil
peN- menjadi peng- apabila bergabung
dengan kata dasar yang bermula dengan huruf
g, kh, h, a, e, i, o, u, dan kata pinjaman
bermula huruf k
peN +gali penggali
peN +khianat pengkhianat
peN +hubung penghubung
peN +angkat pengangkat
peN +elak pengelak
peN +ikat pengikat
peN +olah pengolah
peN +ukur pengukur
peN +kritik pengkritik
peng- menjadi penge- apabila bergabung
dengan kata dasar yang bereka suku kata,
contoh:
peng +cat pengecat
peng +syor pengesyor
peng +tin pengetin
peng +bom pengebom
peng +tut pengetut
peng +pam pengepam
peng +lap pengelap
peng +had pengehad
Awalan juru-
Kata awalan juru- boleh bergabung dengan
kata nama, kata kerja dan kata akar
Kata nama Kata kerja Kata akar
juru+wang juru+kira juru+tera
juru+bahasa juru+jual juru+mudi
juru+selam
Akhiran Kata Nama
- Aspek makna akhiran -an
Ada sekurang-kurangnya 9 makna apabila
akhiran an bergabung dengan kata-kata
dasar tertentu.
1. Bermaksud kerja /perkara / hasil melakukan
sesuatu. Contoh:
Kata nama:
kritik +an kritikan (hasil mengkritik)
Kata kerja:
tulis +an tulisan (hasil menulis)
2/15/2014
12
2. Bermaksud kawasan / bidang yang luas.
Kata nama:
laut +an lautan
ruang +an ruangan
Kata adjektif:
lapang +an lapangan
datar +an dataran
Kata arah (tugas):
luar +an luaran
pinggir +an pinggiran
3. Bermaksud banyak.
Kata nama:
parut +an parutan
rangkai +an rangkaian
4. Bermaksud alat.
Kata kerja:
salur +an saluran
kukur +an kukuran
5. Bermaksud orang atau haiwan yang menjadi penderita.
Kata kerja:
suruh +an suruhan (orang yang disuruh)
tawan +an tawanan
sembelih +an sembelihan
6. Bermaksud perkara / benda yang menjadi penderita.
Kata kerja:
hampar +an hamparan
makan +an makanan
pakai +an pakaian
7. Bermaksud mempunyai sifat seperti kata dasar.
Kata adjektif:
manis +an manisan (mempunyai sifat manis)
kilau +an kilauan
bulat +an bulatan
8. Bermaksud tempat melakukan sesuatu.
Kata kerja:
kurung +an kurungan (tempat utk mengurung)
gantung +an gantungan
buai +an buaian
9. Membawa makna ukuran atau kiraan.
Kata nama:
hari +an harian (kiraan berdasarkan hari)
batu +an batuan
minggu +an mingguan
Kata bilangan:
satu +an satuan (kiraan berdasarkan angka)
ribu +an ribuan
juta +an jutaan

Apitan Kata Nama
peN--an menjadi pe--an apabila bergabung dengan
huruf-huruf m, n, ng, ny, r, l, w. tanpa perubahan huruf
awal perkataan.
mandi pemandian
nanti penantian
nganga pengangaan
nyala penyalaan
rusuh perusuhan
lari pelarian
waris pewarisan
2/15/2014
13
1. Apabila apitan peN--an bertemu dengan
huruf-huruf p, t, k, s huruf awal akan berubah
kepada m, n, ng, ny. Contoh:

pulau pemulauan
tipu penipuan
kurang pengurangan
siar penyiaran
2. peN--an menjadi pem--an apabila
bergabung dengan huruf b, kata pinjaman b,
f,v dan gugus konsonan yang bermula dengan
huruf p dan b.
baca pembacaan
bajak pembajakan
Kata pinjaman:
boikot pemboikotan
veto pemvetoan
fatwa pemfatwaan
proses pemprosesan
3. peN--an akan menjadi pen--an apabila
bergabung dengan huruf-huruf d, c, j, sy, z
dan kata pinjaman yang bermula dengan
huruf t, s.
dapat pendapatan
cuci pencucian
jajah penjajahan
syarikat pensyarikatan
zalim penzaliman
terjemah penterjemahan
takrif pentakrifan
stabil penstabilan
4. peN--an menjadi peng--an apabila
bergabung dengan huruf-huruf g, kh, h, huruf
vokal dan kata pinjaman bermula huruf k.
gali penggalian
khianat pengkhianatan
hasut penghasutan
angkat pengangkatan
elok pengelokan
intip pengintipan
olah pengolahan
ubat pengubatan
kritik pengkritikan
5. peN--an bervariasi dengan pel--an.
Contoh:
ajar pelajaran
Ada beberapa perkataan yang tidak terbit melalui gabungan
peN--an, tetapi dengan imbuhan pe--an. Contoh:

peN--an +perang
pe--an +perang

peN--an +periksa
pe--an +periksa
Aspek makna apitan peN--an
Apabila imbuhan apitan peN--an bergabung
dengan kata nama, kata kerja, kata adjektif,
kata bilangan, FN, FK dan FSN akan membawa
makna proses mengerjakan sesuatu.
2/15/2014
14
peN--an +KN
bekal pembekalan
peN--an +KK
bayar pembayaran
peN--an +KA
besar pembesaran
peN--an +kata biangan
satu penyatuan
peN--an +FSN
ke muka pengemukaan
peN--an +FK
tolak imbang penolakimbangan
peN--an +FN
bakul sampah pembakulsampahan
Bentuk apitan peR--an
Boleh bergabung dengan semua kata dasar, kecuali
yang bermula dengan huruf r kerana akan berlaku
proses peleburan.
aku - perakuan kubur - perkuburan
bekal - perbekalan langgar - perlanggaran
catur - percaturan mandi - permandian
dagang - perdagangan nanah - pernanahan
elok - perelokan pindah - perpindahan
filem - perfileman rebut - perebutan
gunung - pergunungan surat - persuratan
henti - perhentian tindih - pertindihan
imbang - perimbangan undang - perundangan
jalan - perjalanan zina - perzinaan
Perbezaan penggunaan peN--an
dengan peR--an
Sering menjadi kekeliruan tentang kata nama
terbitan yang mengandungi imbuhan peN--an
dan peR--an.
Cara mudah untuk membezakan kedua-duanya
ialah dengan melihat bentuk kata kerjanya.
Kata nama terbitan apitan peR--an berasal dari
kata kerja berwalan beR, manakala kata nama
yang menggunakan apitan peN--an berasal dari
kata kerja berimbuhan meN--i/kan.
Terdapat juga bentuk yang boleh menerima kedua-
dua imbuhan dan memberi makna yang berlainan.
Contoh:
Perpisahan berasal dari kk berpisah
Pemisahan berasal dari kk memisahkan
Persekolahan berasal dari kk bersekolah
Penyekolahan berasal dari kk menyekolahkan
Persambungan berasal dari kk bersambung
Penyambungan berasal dari kk menyambungkan
Perkahwinan berasal dari kk berkahwin
Pengahwinan berasal dari kk mengahwinkan
Pertukaran berasal dari kk bertukar
Penukaran berasal dari kk menukarkan
Apitan ke--an
Apitan ke--an dibentuk dengan
mengimbuhkan awalan ke- dan akhiran an
pada kata dasar.
Apitan ke--an hanya ada satu bentuk sahaja.
Contoh:
ke--an +hadir kehadiran
ke--an +putus keputusan
ke--an +bangsa kebangsaan
Dari segi fungsi, apitan ke--an berfungsi
membentuk kata nama.
Apitan ke--an boleh menerima kata dasar
daripada golongan kata nama, kata kerja, kata
adjektif dan kata tugas. Contoh:
ke--an +raja (KN) kerajaan
ke--an +lahir (KK) kelahiran
ke--an +besar (KA) kebesaran
ke--an +satu (KT) kesatuan
2/15/2014
15
Apitan ke--an juga boleh menerima kata
dasar daripada kata terbitan yang berawalan
ber- atau ter-. Contohnya:
ke--an +berangkat keberangkatan
ke--an +berhasil keberhasilan
ke--an +terbuka keterbukaan
ke--an +terlibat keterlibatan
Sisipan kata nama
Sisipan merupakan imbuhan yang diimbuhkan
ke dalam bentuk kata dasar selepas konsonan
pertama kata dasar tersebut.
Ada 3 bentuk sisipan kata nama, iaitu el-, -er-
dan em-.
Sisipan el-, contoh:
patuk pelatuk
tunjuk telunjuk
kangkang kelangkang

Sisipan er-, contoh:
sabut serabut
suling seruling
gigi gerigi

Sisipan em-, contoh:
tali temali
kuncup kemuncup
kuning kemuning
III. Kata Nama Majmuk
Terhasil daripada proses merangkaikan dua
kata dasar atau lebih yang membawa makna
tertentu.
Terbahagi kepada 4 jenis:
a. Kata majmuk rangkai kata bebas
guru besar tengah hari
balai raya susu pekat manis
Menteri Besar Raja Permaisuri
Setiausaha Sulit Profesor Diraja

b. Kata majmuk istilah khusus dalam bidang ilmiah
deria rasa medan sinaran
meter alir analisis teks

c. Kata majmuk mendokong makna kiasan / simpulan
bahasa
cakar ayam anak emas
lipas kudung manis mulut

d. Bentuk yang telah mantap kata yang
penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai
satu perkataan utuh, walaupun terdiri daripada dua
kata dasar

IV. Kata Nama Ganda
Kata nama boleh mengalami proses
penggandaan untuk melahirkan makna-makna
tertentu.
Semua bentuk kata nama (kata nama tunggal,
kata nama majmuk, kata nama terbitan) boleh
digandakan.
Ada 4 jenis penggandaan:
Penggandaan penuh
Penggandaan separa
Penggandaan berentak
Penggandaan semu
2/15/2014
16
i. Penggandaan penuh
Penggandaan penuh melibatkan seluruh kata
dasar nama diulang tanpa sebarang
perubahan bentuk serta diberikan tanda
sempang.
Kata dasar yang digandakan boleh terdiri
daripada kesemua jenis bentuk kata.
a) Penggandaan kata nama tunggal. Contoh:
rumah rumah-rumah
debunga debunga-debunga
menteri menteri-menteri
b) Penggandaan kata nama terbitan. Contoh:
pelatih pelatih-pelatih
tanaman tanaman-tanaman
perusahaan perusahaan-perusahaan
c) Penggandaan kata nama majmuk. Contoh:
kapal terbang kapal-kapal terbang
mata pelajaran mata-mata pelajaran
bumiputera bumiputera-bumiputera
setiausaha setiausaha-setiausaha
ii. Penggandaan semu
Penggandaan semu kata nama ialah bentuk
kata ganda seperti kata ganda penuh, tetapi
apabila kata dasarnya dipisahkan dengan kata
ulang, kata dasar itu tidak memberikan
sesuatu makna khusus. Contohnya:
labi labi-labi
kanak kanak-kanak
labah labah-labah
kisi kisi-kisi
iii. Penggandaan separa
Penggandaan separa kata nama melibatkan
pengulangan kata pertama pada kata dasar.
Bunyi-bunyi vokal pada suku kata pertama
perkataan berubah menjadi vokal e pepet.
Contoh:
Laki lalaki lelaki
Jentik jenjentik jejentik
Siku sisiku sesiku
Pohon popohon pepohon
iv. Penggandaan berentak
Ialah proses menggandakan kata dasar
mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata
dasar.
Seluruh kata dasar digandakan manakala
bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
Terdapat tida jenis penggandaan berentak
kata nama, iaitu:
2/15/2014
17
a) Penggandaan berentak pengulangan vokal:
saki saki-baki
karut karut-marut
kuih kuih-muih
b) Penggandaan berentak pengulangan konsonan:
asal asal-usul
tanah tanah-tanih
gunung gunung-ganang
Penggandaan berentak bebas. Contoh:
Rumput rumput-rumpai
Anak anak-pinak
Semak semak-samun
Latihan
Berikan penjodoh bilangan yang sesuai bagi kata
nama tunggal berikut:
i. __________ bintang
ii. __________ permata
iii. Sepuluh __________ kedai
iv. Sebelas __________ sate
v. __________ benang
vi. __________ jala
vii. __________ petai
viii. Tiga __________ kelapa

1. Takrif umum morfologi:
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur,
bentuk dan penggolongan kata.

2. Perbezaan antara morfem bebas dan terikat serta
contoh:
Morfem bebas ialah morfem yang mempunyai makna
dan dapat berdiri sendiri. Contohnya: sekolah.
Morfem terikat ialah morfem yang tidak mempunyai
makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu.
Boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya
makna ayat. Contohnya: imbuhan ber

2/15/2014
18
3a. Morfem kosong:
Morfem yang berubah fungsi tatabahasa
dengan tidak mengubah bentuk.
Contoh :
sheep (dlm BI) bermaksud kambing biri-biri, sama
ada tunggal atau jamak.
Gejala morfem kosong tidak wujud dalam Bahasa
Melayu.

3b. Bentuk fleksi
Imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar
untuk menentukan atau melahirkan sesuatu
makna nahu.
Contoh:
book =buku (tunggal), books =buku (jamak)
look =lihat (biasa), looked =lihat (telah
berlaku.
Gejala seperti ini juga tiada dalam B. Melayu.
4. 5 Contoh imbuhan Sanskrit.

5. Maksud proses pengimbuhan dan jenis-jenis
imbuhan BM
Proses yang menggandingkan imbuhan pada
kata dasar untuk membentuk kata terbitan.
Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan,
akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-
imbuhan ini, apabila digandingkan dengan
kata dasar membentuk kata terbitan daripada
pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata
kerja, dan kata adjektif.

Anda mungkin juga menyukai