Anda di halaman 1dari 26

PROSES

PEMBENTUKAN
KATA/ MORFOLOGI
PROSES MORFOLOGI vs
BENTUK KATA

PROSES BENTUK
MORFOLOGI KATA
pengakronim
Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan
an Tunggal Terbitan Majmuk ganda
KONSEP/DEFINISI PROSES MORFOLOGI
• Cara kata-kata dibentuk @ proses yang dilalui oleh sesuatu
kata dalam pewujudannya (Asmah, 2009).
• Proses yang dilakukan pada kata dasar untuk menghasilkan
bentuk terbitan (Ahmad Khair Mohd. Nor, Raminah Hj. Sabran,
Nawi Ismail, & Ton Ibrahim, 2012).
Menimbulkan
kata selapis

Menggunakan
penambahan
Menimbulkan
akronim

Menggunakan Menggunakan penggabungan


penggandaan kata yang setara
pengakroniman

pengimbuhan

penggandaan

pemajmukan
Pengimbuhan

Pemajmukan Penggandaan
1 ) PEMBENTUKAN AWALAN
● Dalam bahasa Melayu pembentukan kata awalan boleh
dibahagikan kepada 2 iaitu
a) awalan kata nama
b) awalan kata kerja
● Awalan yang membentuk kata nama dalam bahasa
Melayu
1. PeN-
2. Ke-
3. Juru
4. Maha
5. Tata
6. Pra akan diterangkan dalam Pembentukan
7. SubPerkataan Baharu
8. Supra
9. Eka
10. Dwi
Awalan Kata Nama peN-
• Awalan peN- terdiri daripada empat bentuk
awalan, iaitu pe-, pen-, pem-, dan peng-, pel-
• Perbezaan bentuk-bentuk awalan ini
bergantung kepada dua faktor:
1. Faktor fonologi, iaitu jenis huruf pertama
pada kata dasar yang akan bercantum
dengan awalan itu.
2. Faktor perkembangan dan perancangan
bahasa, menghasilkan bentuk-bentuk yang
tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi
bahasa Melayu.
• Menjadi pe-, apabila diimbuhkan pada kata
dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n,
ny, ng, l, r dan w.
Contohnya,
• peN + malas = pemalas
• Kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p,
t, k, dan s, huruf awal akan berubah menjadi
bunyi sengau/nasal yang sama dengan alat
artikulasinya dengan huruf tersebut.
• Contohnya,
• p bunyi sengau yang sama ialah m.
• t bunyi sengau yang sama ialah n.
• k bunyi sengau yang sama ialah ng.
• s bunyi sengau yang sama ialah ny.
• Contoh, pukul = pemukul
• Namun, jika sawah, ternak?
• Menjadi pem- apabila ia diimbuhkan pada
kata dasar yang bermula dengan huruf b,
dan kata dasar pinjaman yang bermula
dengan huruf seperti, b, f, p, dan v.
• Contohnya;
• peN + bakhil = pembakhil
• peN + veto = pemveto
• peN + fitnah = pemfitnah
• peN + proses = pemproses
• Menjadi pen- apabila ia diimbuhkan pada
kata dasar yang bermula dengan huruf
d,c,j,sy,z, dan kata dasar pinjaman yang
bermula dengan huruf-huruf t dan s.
• peN + duduk = penduduk
• peN + taqwa = pentaqwa
• peN + stabil = penstabil
• Menjadi peng- apabila ia diimbuhkan pada
kata dasar yang bermula dengan huruf-
huruf g,kh,h dan bunyi-bunyi vokal a,e, i, o,
u dan beberapa bentuk kata dasar yang
berasal daripada perkataan pinjaman k.
Contohnya;
• peN + galak = penggalak
• peN + kritik = pengkritik
• peN + urus = pengurus
• Peng- akan menjadi penge- apabila
diimbuhkan pada kata dasar yang terdiri
daripada satu suku kata sahaja.
• Contohnya
• Pam = pengepam
• Bom = pengebom
• Menjadi pel- apabila bergabung dengan
kata dasar ajar untuk menandakan makna
orang yang menerima kerja mengajar atau
orang yang melakukan kerja belajar.
Aspek Makna Awalan Pen-
1. Penanda makna orang yang melakukan
sesuatu, contohnya: pengarang, pengarah,
penuai.
2. Penanda orang yang menjawat tugas,
contohnya: penghulu, pengerusi.
3. Penanda orang yang suka akan sesuatu,
contohnya: penidur, peminum, pemakan
4. Penanda orang atau benda yang memiliki sifat
kata dasar tersebut, contohnya: penyabar,
penawar, pelebar,
5. Penanda makna alat untuk melakukan
sesuatu, contohnya: penggali,pembajak.
6. Penanda makna ukuran hasil daripada
melakukan sesuatu, contohnya: pemeluk,
pemanah,
7. Penanda abstrak, contohnya: penunjuk,
pendapat,
Awalan pe-

• Awalan pe- ialah imbuhan yang


digandingkan pada kata dasar tanpa
melibatkan apa-apa perubahan pada
bunyi awal kata dasar tersebut.
• Awalan ini wujud akibat perkembangan
bahasa yang menimbulkan perbezaan
makna antara kata terbitan berawalan pe-
dengan kata terbitan berawalan peN-.
Contohnya,
• Ada perbezaan antara peN- dan pe-,
walaupun sesetengah kata terbitan dari
kedua-dua imbuhan ini mempunyai bentuk
yang sama.
• Misalnya
• Penyara dan pesara
• Penyara – orang yang menyara
• Pesara – orang yang bersara
• pe + tinju = petinju
• (peN + tinju) = peninju
• pe + sakit = pesakit
• (peN + sakit) = penyakit
• Peninjunya diangkat ke atas tinggi-tinggi
• Ia bangga benar seperti petinju yang
menang di gelanggang.
Aspek makna awalan pe-
1. Penanda makna orang atau benda yang
mengalami perbuatan kata dasar atau
keadaan. Contohnya; pesuruh,
petugas, petaruh.
2. Penanda makna orang yang melakukan
kerja yang terkandung dalam maksud
kata dasar; pekebun, pekedai, petani.
Awalan peR-
• Awalan peR- tidak terlalu produktif
berbanding dengan imbuhan lain.
• Imbuhan ini bergabung dengan kata dasar
jenis kata kerja dan kata nama tanpa
melibatkan apa-apa perubahan bunyi
pada kata tersebut.
• Contohnya; pertapa, perasap.
Aspek Makna Awalan Per-
1. Penanda makna alat atau tempat.
Contohnya perasap, perbara.
2. Penanda makna orang yang melakukan
kerja.(orang yang ber-)
Contohnya, perburu, pertapa.
Awalan Kata Nama ke-
• Awalan ke- tidak produktif.
• Hanya bergabung dengan beberapa
perkataan sahaja seperti kata dasar
berikut:
• tua
• kasih
• hendak
• kanda
• rawang
Awalan juru-
• Awalan juru- berfungsi sebagai kata nama.
• Juru- mendukung penanda makna ahli
atau orang yang terlibat secara langsung
dengan maksud pekerjaan kata dasar dan
boleh bergabung dengan kata dasar
daripada golongan kata nama, kata kerja
dan kata akar.
● Contohnya,
● Juru- + kata nama
• Juruwang
• Jurubahasa
● Juru- + kata kerja
• Jurujual,
• Juruterbang
• Jurunikah
● Juru- + kata akar
• Jurutera
• Jurumudi

Anda mungkin juga menyukai