Anda di halaman 1dari 30

BMMB 3023

KATA TERBITAN AWALAN


DAN AKHIRAN
NAMA PENSYARAH : PUAN HAJAH NOR AZIAH BINTI ABDUL AZIZ
AHLI KUMPULAN :
MOHAMAD ALIF BIN SALIM
MUHAMMAD ARIF SYAHMI BIN MAT SIDEK
LOW JING HUEI
KOR YI NENG
Kata
Terbitan
Awalan

Awalan Kata Awalan Kata


Nama Kerja
Awalan Kata Nama
Awalan-awalan yang membentuk kata nama dalam bahasa
Melayu ialah :

• peN-
• pe-
• peR-
• ke-
• juru-
Awalan peN-
• Terdiri daripada empat bentuk awalan iaitu pe-, pem-, pen-, dan
peng-.

• Perbezaan bentuk awalan ini bergantung kepada dua faktor iaitu


faktor fonologi dan faktor perkembangan dan perancangan bahasa.
peN- menjadi pe-
peN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan
huruf m, n, ny, ng, r, l, dan w.

Contohnya seperti :

• masak - pemasak
• nyanyi - penyanyi
• wangi - pewangi
• layan- pelayan
• ragut - peragut
huruf p, t, k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh
dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat
yang sama daerah artikulasinya dengan bunyi pertama dalam kata
dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, ny bagi s.

Contohnya :

• pukul - pemukul
• tahan - penahan
• karang - pengarang
• selam - penyelam
peN- menjadi pem -

peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula
dengan huruf b dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf b,
f, dan v serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.

Contohnya :
• baca - pembaca
• beri - pemberi
• bilas - pembilas
peN- menjadi pen-
peN- menjadi pen- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan
huruf d, c, j, sy, dan z dan perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula
huruf t dan s.

Contohnya :
dapat - pendapat
datang - pendatang
jodoh -penjodoh
stabil - penstabil
peN- menjadi peng-
peN- menjadi peng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula
dengan huruf-huruf g dan h (bunyi konsonan) dan a, e, i ,o, dan u (bunyi
vokal).

Contohnya :
• atur - pengatur
• elak - pengelak
• ikut - pengikut
• hubung - penghubung
peng- hadir dengan perkataan pinjaman serta beberapa bentuk
kecualian yang kata dasarnya bermula dengan huruf k.

Contohnya :

• kabul - pengkabul
• kategori - pengkategori
• kritik - pengkritik
• khianat - pengkhianat
Awalan pe-
Awalan pe- ialah imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tanpa melibatkan
apa-apa perubahan pada bunyi awal kata dasar tersebut.

Contohnya :

• guam - peguam
• tani - petani
• labur - pelabur
• kedai -pekedai
Awalan peR-
Awalan per- boleh bergabung dengan kata dasar daripada jenis kata
nama dan kata kerja tanpa melibatkan apa-apa perubahan bunyi pada
awal kata dasar.

Contohnya :
• bara - perbara
• tapa - pertapa
• buru - perburu
• bara - perbara
Awalan juru-
juru- mendukung penanda makna ahli atau orang terlibat secara lansung
dengan maksud pekerjaan dalam kata dasar dan boleh bergabung dengan
kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja dan akar.

Contohnya :
juru + kata nama
• juruwang
• jurubahasa
juru + kata kerja
• jurukira
• juruselam
• jurujual
• juruterbang

juru + akar kata


• jurutera
• jurumudi
AWALAN KATA KERJA
Awalan meN-
• Awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak
transitif.
• Mempunyai empat varian yang bergantung dengan huruf pertama
pada kata dasar contohnya:
• me-
• mem-
• men-
• meng-
• meN- menjadi me apabila bergabung dengan huruf m, n, ny, ng, r, l, w,
dan y.
• Cotohnya:
• masak - memasak
• nanti - menanti
• nyala- menyala
• nganga - menganga
• rayu - merayu
• lawan - melawan
• wangi - mewangi
• yakin - meyakinkan
• meN- menjadi me apabila bergabung dengan huruf p, t, k, dan s.
Huruf pertama kata dasar berubah contohnya:
• p menjadi m
• t menjadi n
• k menjadi ng
• s menjadi ny

• pukul - memukul
• tari - menari
• karang - mengarang
• salin - menyalin
• meN- menjadi mem apabila bergabung dengan huruf b, f, p, dan v.
• Contohnya:
• beri - memberi
• veto - memveto
• fitnah - memfitnah
• pamer - mempamer
• meN- menjadi men apabila bergabung dengan huruf d, c, j, sy, dan z
serta perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s.
• Contohnya:
• deru - menderu
• cari - mencari
• jemur - menjemur
• syarat - mensyaratkan
• ziarah - menziarah

• tabligh - mentabligh
• sintesis - mensintesis
• meN- menjadi meng apabila bergabung dengan huruf g, gh, kh, h
(konsonan) dan a, e, i, o, u (vokal).
• gali - menggali
• ghaib - mengghaibkan
• khusus - mengkhususkan
• hantar - menghantar
• ambil - mengambil
• elak - mengelak
• ikut - mengikut
• olah - mengolah
• ulang - mengulang
• Awalan meng- menjadi menge- apabila bergabung dengan perkataan
yang mempuyai satu suku kata.
• cat - mengecat
• bom - mengebom
• pos - mengepos
• tin - mengetin
• lap - mengelap
• kod - mengekod
Kecuali:
• stor - menstor
• brek - membrek
• klip - mengklip
Awalan beR-
• Awalan beR- iaitu ber boleh digabungkan dengan semua kata dasar.
• Contohnya:
• angkat - berangkat
• ikut - berikut
• anak - beranak
• telur - bertelur
• dayung - berdayung
• Apabila ber- bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan
huruf r, dua r yang bergabung menjadi satu.
• Contohnya:
• ber + rasa = berasa
• ber + renang = berenang
• ber + raja = beraja
Awalan teR-
• Awalan teR- iaitu ter- juga boleh digabungkan dengan semua kata
dasar.
• Contohnya:
• ikat - terikat
• ambil - terambil
• jalin - terjalin
• makan - termakan
• pakai - terpakai
• Apabila ter- bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf
r, dua r yang bergabung menjadi satu.
• Contohnya:
• rasa - terasa
• rendam - terendam
• rancang - terancang
Awalan di-
• Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk
membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri
daripada pelaku orang ketiga.
• Awalan di- sebagai pembentuk kata kerja pasif.
• sapu - disapu
• tulis - ditulis
• pukul - dipukul
• ambil - diambil
• baca - dibaca
• Kata kerja pasif yang berawalan di- mempunyai bentuk aktif yang
menerima awalan meN-.
• Contohnya:
• menulis - ditulis
• memanjat - dipanjat
• menarik - ditarik
• menghukum - dihukum
Awalan mempeR-
• Awalan mempeR- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud
hanya dalam satu bentuk iaitu memper-.
• Bentuk ini juga biasa dirujuk sebagai hanya awalan per-.
• Dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan meN- kecuali
dalam ayat perintah.
• memper + tinggi = mempertinggi
• memper + cepat = mempercepat
• memper + alat = memperalat
Awalan dipeR-
• Awalan dipeR- ialah awalan yang membentuk kata kerja pasif yang
wujud dalam satu bentuk iaitu diper-.
• Contohnya:
• isteri - diperisteri
• besar - diperbesar
• tinggi - dipertinggi

Anda mungkin juga menyukai