Anda di halaman 1dari 33

PROSES

PEMBENTUKAN KATA
kelas 9
PENGIMBUHAN

PENGGANDAAN

PEMAJEMUKAN
Proses Pengimbuhan
Proses pengimbuhan ialah proses yang
menggabungkan imbuhan pada kata
dasar untuk membentuk kata terbitan.
Terdapat empat jenis imbuhan yaitu
Awalan
Akhiran
Apitan
Sisipan

Kata Dasar + Imbuhan-imbuhan

Kata Terbitan daripada pelbagai golongan kata,


= iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.
Kata Terbitan Berawalan
• Awalan Kata Nama
Imbuhan Contoh Imbuhan Contoh
pe- pelari juru- juruukur
pem- pembawa maha- mahasiswa
pen- pendatang tata- tatacara
peng- penggali pra- prasejarah
penge- pengebom sub- subsistem
pel- pelajar supra- supranasional
per- perasap eka- ekawarna
pe- pesara dwi- dwifungsi
ke- ketua
• Awalan kata kerja
Imbuhan Contoh Imbuhan Contoh
me- melawan ber- berjalan
mem- membawa be- beraja
men- mendaki bel- belajar
meng- mengajar ter- terjebak
menge- mengecat di- diatur
memper- memperisteri diper- dipercepat

• Awalan Kata Adjektif


Imbuhan Contoh
ter- terbesar
te- teringan
se- secantik
Kata Terbitan Berakhiran
• Akhiran Kata Nama
Imbuhan Contoh Imbuhan Contoh
-an pakaian -isme nasionalisme
-wan sasterawan -in hadirin
-man budiman -at muslimat
-wati seniwati -ah ustazah

• Akhiran Kata Kerja


Imbuhan Contoh
-kan buatkan
-i turuti
Kata Terbitan Berapitan
• Apitan Kata benda
Imbuhan Contoh Imbuhan Contoh
pe-…-an penyiaran penge-…-an pengehadan
pem-…-an pembinaan per-…-an persalinan
pen-…-an pentakrifan pel-…-an pelajaran
peng-…-an pengairan ke-…-an kelainan
• Apitan Kata Kerja
Imbuhan Contoh Imbuhan Contoh
me-…-kan memainkan men-…-i mencurigai
men-…-kan mendermakan mem-…-i membohongi
mem-…-kan membaikkan meng-...-i menganggotai
meng-…-kan mengkhayalkan di-…-i didekati
menge-…-kan mengepinkan diper-…-kan dipermudahkan
ber-…-kan beralaskan diper-…-i diperingati
ber-…-an berlanjutan memper-…-kan memperjuangkan

di-…-kan dibiarkan memper-…-i mempercayai


me-…-i melalui ke-…-an kehujanan

• Apitan Kata Adjektif


Imbuhan Contoh
ke-…-an keinggerisan
Kata Terbitan Bersisipan
• Sisipan kata benda
Sisipan Contoh
-el- Kelengkeng, telunjuk, kelabut
-er- Keruping, seruling, serabut

• Sisipan kata kerja


Sisipan Contoh
-el- jelajah, gelegak
• Sisipan kata adjektif
Sisipan Contoh
-el- kelebak, selerak, gelembung
-er- gerodak, ker(e)lip
-em- gemilang, semerbak, gemerlap
-in- sinambung
Proses Penggandaan
Ada tiga bentuk kata iaitu;
i. kata gandaan seluruh / penuh
ii. kata gandaan separa
iii. kata gandaan berentak.
Penggandaan Penuh
- Gandaan seluruh ialah proses menggandakan
seluruh kata dasar sama ada kata dasar tersebut
berimbuhan ataupun tidak berimbuhan.
- Berlaku pada semua golongan kata, sama ada kata
kerja, kata nama, kata adjektif atau kata tugas.
- Contoh:
Kata Dasar Contoh
meja meja-meja
pemimpin pemimpin-pemimpin
amalan amalan-amalan
persatuan persatuan-persatuan
Penggandaan Sebagian
- Sebahagian dari kata dasar digandakan sama
ada di depan atau di belakang kata dasar.
- bisa berupa kata tunggal atau kata terbitan.
i. Penggandaan sebagian kata dasar.
contoh:
laki -> lelaki
pohon -> pepohon
gelang -> gegelang
tikus -> tetikus
siku -> sesiku
ii. Penggandaan sebagian Kata Berimbuhan
Penggandaan kata dasar terbitan tidak melibatkan
pengulangan imbuhan sebaliknya hanya kata dasar
tanpa imbuhan saja yang akan diulang. Ia melibatkan
golongan kata adjektif dan kata kerja saja. Kata dasar
bisa terletak di bahagian depan atau belakang.
Contoh:
ber- : berlari-lari
meN- : mencari-cari, cari-mencari
se- : sepandai-pandai
-an : kenang-kenangan
-kan : risik-risikkan
ber-…-an : bersalam-salaman
ke-…-an : kekuning-kuningan
Penggandaan Berentak
- Dasar kata digandakan mengikut rentak bunyi
tertentu dalam kata dasar.
- Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi
tertentu diulang atau mengalami perubahan.
- Ada tiga jenis pengulangan bunyi iaitu;
i. pengulangan vokal
ii. pengulangan konsonan
iii. pengulangan bebas.
Pengulangan vokal
Ciri-ciri vokal yang sama pada kata dasar akan
diulang dalam kata yang kedua.
Misalnya vokal ui, au, ua, ia.

Contoh Penggunaan
Kuih Kuih- muih
Lauk Lauk- pauk
Suka Suka -duka
Hina Hina- dina
Pengulangan Konsonan
Hanya konsonan saja yang mengalami pengulangan.
Contoh Penggunaan
Gunung Gunung- ganang
Lintang Lintang-pukang
Bukit Bukit- bukau
Mandi Mandi-manda
Penggandaan Berentak Bebas
Tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada
bunyi vokal atau bunyi konsonan.
Contoh Penggunaan
Anak-pinak
Ipar-lamai
Ulang-alik
Simpang-siur
Proses Pemajmukan
• Proses pemajmukan ialah proses yang
merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk
yang terhasil membawa makna yang khusus.

• Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai


satu unit tanpa boleh menerima sebarang
penyisipan di antara kata-kata dasar yang
membentuk kata majmuk tersebut.
• Memandangkan kata majmuk terlalu besar
jumlahnya, kata majmuk dapat dipisahkan
kepada kata majmuk yang berbentuk rangkai
kata bebas, berbentuk istilah khusus dan
mendokong maksud kiasan yang hadir sebagai
simpulan bahasa.
KATA MAJMUK

Kata Nama Kata Adjektif Kata Kerja


Majmuk Majmuk Majmuk
Kata Nama Majmuk
• Kata nama majmuk merupakan kata yang
terhasil danpada proses merangkaikan dua
kata dasar atau lebih tetapi kata dasar awal
mestilah terdiri daripada kata nama manakala
unsur kata dasar yang lain boleh terdiri
daripada kata nama atau kata-kata lain.
PERKARA CONTOH

-jalan raya
Rangkai Kata Bebas -ular sawa
-bilik tidur
-kerusi malas

-mogok umum
Istilah Khusus -deria rasa
-hukum alam
-medan sinaran

-anak emas
Maksud Kiasan -kaki bangku
-buku lima
-hati batu
Kata Kerja Majmuk
• Kata kerja majmuk terdiri daripada dua
morfem bebas atau lebih tetapi unsur kata
dasar awal mestilah terdiri daripada kata kerja
dan unsur kata dasar berikutnya boleh terdiri
daripada kata-kata lain.
• Hanya terdapat satu kata kerja majmuk yang
penggunaannya telah dianggap mantap
sebagai satu perkataan yang utuh, iaitu
beritahu.
Kata Adjektif Majmuk
• Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil
daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau
lebih tetapi kata dasar awal mestilah terdiri daripada
kata adjektif dan kata dasar berikutnya boleh terdiri
daripada kata-kata lain.
• Contoh :
merah putih telur panjang terang hati
jambu tangan
hijau daun biru laut besar kepala ringan
tulang
Bentuk yang telah mantap
antarabangsa kerjasama suruhanjaya
beritahu olahraga tandatangan
bumiputera matahari tanggungjawab
jawatankuasa setiausaha warganegara
kakitangan sukarela pesuruhjaya
• Terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata
majmuk yang tergolong dalam kata tertentu
yang secara lazimnya dieja bercantum,
contohnya:
i. Kata Nama
peribadi dinihari
peribahasa perikemanusiaan

ii. Kata Adjektif


sukacita dukacita

iii. Kata Sendi Nama


kepada daripada
iv. Kata Hubung

v. Kata Tanya
bagaimana kenapa
Pengimbuhan Kata Majmuk
• Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk
menghasilkan kata terbitan. Ejaannya tetap terpisah
apabila menerima imbuhan awalan dan akhiran. Apabila
menerima imbuhan apitan, ejaannya menjadi bercantum.
Contoh:
i. Imbuhan awalan
satu padu -> bersatu padu
temu bual -> ditemu bual
ii. Imbuhan apitan
anak tiri -> dianaktirikan
daya serap -> kedayaserapan
• Bentuk kata majmuk daripada jenis kata nama yang
menerima awalan dan dieja bercantum. Bentuk ini
dianggap telah mantap.
• Contoh:
i. Kerjasama -> bekerjasama
ii. Tanggungjawab -> bertanggungjawab
Penggandaan Kata Majmuk
• Penggandaan kata majmuk terbahagi kepada dua.
• Kata majmuk yang dieja terpisah mengalami
penggandaan pada bahagian awal sahaja dan tidak
pada bahagian akhirnya.
• Bagi kata majmuk yang dieja secara bercantum,
maka seluruh perkataan digandakan, iaitu sama
seperti proses penggandaan bagi perkataan-
perkataan lain.
KATA MAJMUK BETUL SALAH
alat tulis alat-alat tulis alat tulis-tulis /
alat tulis-alat tulis
balai raya balai-balai raya balai raya-raya /
balai raya-balai raya
Menteri Besar Menteri-menteri Besar Menteri besar-besar /
Menteri besar-menteri
besar
Naib Canselor Naib-naib Canselor Naib Canselor-canselor/
Naib Canselor-naib
canselor

Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang


telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.
Contohnya:
i. setiausaha-setiausaha
ii. warganegara-warganegara

Anda mungkin juga menyukai