Anda di halaman 1dari 8

AYAT PEMGIMBUHAN

Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat dan harus di imbuhkan
pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar.

Perkataan bahasa Melayu berkembang oleh imbuhan, seperti awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Antara imbuhan ini, awalan, akhiran dan apitan sangat aktif digunakan dalam pembinaan kata terutama
pembentukan istilah. Penggunaan imbuhan memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu kerana
imbuhalah salah satu penyumbang yang memudahkan pembentukan istilah. 1

Jenis Imbuhan

1. Imbuhan Awalan, merupakan imbuhan yang berada di awal kata dasar.

a. Awalan beR- (be-, bel-, ber-)


Penggunaannya adalah untuk membentuk kata kerja tidak transitif daripada kata-kata lain.

Contoh : berbual, bertumbuk, belajar, berenang

b. Awalan di-
Penggunaannya adalah untuk membentuk kata kerja pasif, iaitu perbuatan itu dilakukan oleh
orang ke tiga.

Contoh : diasah, dimakan, dibuat, ditumbuk

c. Awalan ke-
Penggunaannya adalah untuk membentuk kata nama terbitan.

Contoh : ketua, kekasih, kedua, kelima

d. Awalan meN- (me-, mem-, men-, meng-, menge-)


Penggunaannya adalah untuk membentuk kata kerja transitif.

Contoh : membunuh, mengembang, membatu, mengaum, melukis, mendarat

e. Awalan peN- (pe-, pem-, pen-, pel-, peng-, penge-)


Penggunaannya adalah untuk membentuk kata nama daripada kata kerja ataupun daripada kata
adjektif.

Contoh : pencuri, pemalas, penidur, penggali, pembakar, perosak, pemanis

f. Awalan se-

1
Alipudin Omarkandi, 2012, Bahasa Melayu Bahasa Kita, Jilid 3, Dewan Bahasa dan Pustaka, MS 43
Penggunaannya ialah untuk membentuk kata sendi, kata hubung, kata bilangan dan juga
penjodoh bilangan.

Contoh :

i. Satu sebuah, sebiji, seekor


ii. Sama sebangsa, setaraf, sepadan
iii. Sama-sama senegeri, sekampung
iv. Seluruh sekeluarga, sedunia
v. Sama dengan seberat, secantik, sepandai
vi. Masa/waktu sebelum, sesudah, setelah

g. Awalan teR- (ter-, te-)


Penggunaannya adalah untuk membentuk kata kerja tak transitif, kata adjektif, kata kera pasif
dan juga kata sendi.

Contoh : terpijak, terbuang, tertanam, terbayar

2. Imbuhan Akhiran, merupakan imbuhan berada di akhir kata dasar.

a. Akhiran i-
Penggunaannya adalah untuk membentuk kata kerja transitif.

Contoh : akhiri, baiki, dekati, masuki

b. Akhiran -kan
Penggunaannya adalah untuk membentuk kata kerja transitif.

Contoh : kecilkan, matikan, kilatkan, tuangkan

3. Imbuhan Apitan.

a. Apitan beR-.-an
Penggunaannya adalah untuk membentuk kata kerja tidak transitif.

Contoh : berkibaran, berterbangan, berlarutan, berhampiran, bergelut-gelutan

b. Apitan beR-.-kan
Penggunaannya adalah untuk membentuk kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap.
Contoh : berpandukan, bersuamikan, beristerikan, berbesankan
c. Apitan ke-.-an
Pengunaannya adalah untuk membentuk kata terbitan.

Contoh : kementerian, kedutaan, kemajuan, keputusan

d. Apitan meN-.-i (me--i, mem--i, men--i, meng--i, menge--i)


Penggunaannya adalah untuk membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif.

Contoh : membanjiri, menghadiahi, menghargai, menzalimi, mengubati, menguliti

e. Apitan meN-.-kan (me--kan, mem--kan, men--kan, meng--kan, menge--kan)


Penggunaannya adalah untuk membentuk kata kerja transitif

Contoh : mengemaskan, membersihkan, mengaturkan, membelikan, merelakan, menjadikan

f. Apitan peN-.-an (pe--an, pem--an, pen--an, peng--an, penge--an, pel--an)


Penggunaannya adalah untuk membentuk kata nama terbitan.

Contoh : penyatuan, penukaran, pelabuhan, penginapan

g. Apitan peR--an
Pengunaannya adalah untuk membentuk kata nama terbitan.

Contoh : perumahan, permusuhan, perkampungan, pertubuhan

h. Apitan mempeR--kan
Penggunaannya adalah untuk membentuk kata kerja transitif

Contoh : mempertemukan, memperisterikan, memperhambakan

4. Imbuhan Sisipan

a. Sisipan el-, -em-, -er-


Penggunaannya adalah untuk membentuk kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Contoh :
-el- : gelanggang, selenggara, telapak
-em- : gemuruh, kemuning, semerbak
-er- : gerigi, serabut, seruling
KATA GANDA

Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengandaan atau proses pengulangan kata pada
dasarnya, sama ada pengulangan penuh, pengulangan sebahagian atau separa, atau pengulangan
berentak (Abdullah, 1997). Hamper semua kata ganda menggunakan tanda sempang yang tidak boleh
digugurkan kerana penggugurannya salah menurut sistem ejaan bahasa Melayu.

Kata ganda dalam bahasa Melayu ada tiga jenis (Karim, 1993) iaitu :

1. Penggandaan penuh

Penggandaan atau pengulangan seluruh kata dasar, sama ada kata dasar itu berimbuhan atau tidak,
dinamakan penggandaan penuh. Sebagai contoh :

a. Penggandaan kata tidak berimbuhan

Mufrad Kata ganda


pokok pokok-pokok
putih putih-putih
kata kata-kata

Biasanya penggandaan kata membawa maksud banyak jumlahnya atau perbuatan berulang. Seperti
ayat dibawah ini:

i. Kata-kata orang itu sangat bernas.


ii. Pokok-pokok mangga dan rambutannya berbuah.

Terdapat juga kata dasar yang bentuknya berganda, seperti :

a. Kura-kura : sejenis binatang reptilia


b. Anai-anai : sejenis semut yang berwarna putih
c. Rama-rama : sejenis seranggan yang bersayap lebar
d. Kanak-kanak : budak lelaki atau perempuan

Penggunaan penggandaan kata diatas tidak membawa pengertian jamak atau banyak seperti di dalam
contoh dibawah :

i. Kakak membeli dua ekor kura-kura untuk dipelihara.


ii. Anai-anai telah memakan hampir keseluruhan pintu kayu itu.

Terdapat juga kata ganda yang berbeza pengertiannya daripada kata dasarnya, contohnya :

Kata Dasar Makna Kata Ganda Makna


Sedikit Tidak banyak Sedikit-sedikit Sedikit demi sedikit
Siapa Kata untuk menanyakan Siapa-siapa Siapa orang-orang/
orang yang mana siapa pun
Apa Kata untuk menanyakan Apa-apa Segala sesuatu ; apa
nama sesuatu sahaja
Jangan Tidak boleh Jangan-jangan Entah-entah

Seterusnya, kata ganda ini tergolong dalam kata dasar dan tidak terbit daripada kata tunggal (kata
dasar) kerana jauh perbezaan maknyanya, iaitu :

Kata Ganda Makna Kata tunggal (Kata Makna


dasar)
Agar-agar Sejenis kuih agar Supaya
Guna-guna Jampi untuk memikat guna Faedah ; manfaat
hati seseorang

Kata majmuk yang ditulis atau dieja sebagai satu perkataan digandakan keseluruhan unsurnya, seperti :

Kata dasar Kata ganda


setiausaha Setiausaha-setiausaha
tandatangan Tandatangan-tandatangan

Walau bagaimanapun, kata majmuk yang ditulis atau dieja sebagai dua oerkataan atau lebih digandakan
unsur pertamanya sahaja, seperti :

Mufrad Kata ganda


Jalan raya Jalan-jalan raya
Anak yatim Anak-anak yatim

b. Penggandaan kata berimbuhan

Kata dasar Kata ganda


kebun Pekebun-pekebun
usaha Perusahaan-perusahaan

Pada biasanya kata yang berimbuhan digandakan menggunakan tanda sempang dan membawa maksud
jamak. Terdapat penggandaan kata dasar yang berimbuhan ke..-..an yang membawa maksud sifat.
Sebagai contoh :

Kata Dasar Kata Ganda Makna


hitam kehitam-hitaman agak hitam
emas keemas-emasan seperti emas keadaannya

2. Penggandaan separa

Penggandaan separa hanya melibatkan sebahagian kata dasar, seperti :


a. Penggandaan suku kata pertama yang melibatkan vokalnya menjadi e. Penggandaan ini tidak
menggunakan tanda sempang. Contoh :

Kata dasar Pengambilan suku Perubahan vokal Kata ganda separa Makna
pertama
Bola Bo- Be- Bebola Sesuatu yang
bentuknya seperti
bola
Daun Da- De- Dedaun Pelbagai jenis
daun

b. Bagi penggandaan separa ubtuk kata kerja, kata dasarnya digandakan. Berikut adalah contoh :

i. Penggandaan kata dasar di hadapan

Kata Dasar Kata Ganda Makna


Tolong Tolong-bertolong Saling menolong
Hormat Hormat-menghormati Saling menghormati

ii. Penggandaan kata dasar di belakang

Kata Dasar Kata Ganda


Tanya Tertanya-tanya
Puji Memuji-muji

c. Penggandaan separa kata nama dibina oleh kata dasar yang diulang, seperti :

i. Penggandaan kata dasar di hadapan

Kata dasar Kata ganda Makna


Orang Orang-orangan Patung
Kerang Kerang-kerangan Pelbagai jenis kerang

ii. Penggandaan kata dasar di belakang

Kata dasar Kata ganda Makna


Juta Berjuta-juta Beberapa juta
Ratus Beratus-ratus Beberapa ratus
d. Penggandaan separa kata sifat dibina oleh kata dasar yang diulang adalah seperti berikut :

i. Penggandaan kata dasar di hadapan


Kata dasar Kata ganda Makna
Besar Besar-besaran Secara hebat
Hebat Hebat-hebatan Terlalu meriah

ii. Penggandaan kata dasar di belakang

Kata dasar Kata ganda Makna


Pandai Sepandai-pandai Betapapun pandai
Kecil Sekecil-kecil Betapapun kecil

e. Penggandaan separa kata keterangan dibina oleh kata dasar yang diulang seperti :

Kata dasar Kata ganda Makna


Akan Seakan-akan Seolah-olah
Kadang Terkadang-kadang Kadangkala

f. Penggandaan separa yang ada pengulanfan kata dasarnya menerima sisipan el- dan em-,
seperti berikut :

Kata dasar Kata ganda makna


Awan Awan-gemawan Pelbagai rupa awan
Jari Jari-jemari Jari-jari tangan

3. Penggandaan berentak

Penggandaan berentak merupakan satu proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi
tertentu dalam kata dasar itu (Karim, 1993). Dalam penggandaan berentak, ada terdapat keharmonian
bunyi yang dikeluarkan oleh bunyi vocal atau bunyi konsonan, yang merupakan hasil daripada
pengulangan atau pengubahannya.

Ciri yang terdapat pada penggandaan berentak ialah salah satu kata tidak dapat berdiri sendirinya dan
tidak mempunyai erti atau makna.

Penggandaan berentak ada tiga jenis, iaitu :

i. Penggandaan berentak bunyi vocal sama

Contoh :

Kuih-muih, Cerai-berai

ii. Penggandaan berentak bunyi konsonan sama.

Contoh : gunung-ganang, huyung-hayang

iii. Penggandaan berentak bunyi vocal dan bunyi konsonan tidak sama. Ia juga dinamakan
sebagai penggandaan berentak bebas.
Contoh : saudara-mara, ulang-alik

Anda mungkin juga menyukai