Anda di halaman 1dari 20

Penghargaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah


S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapat juga kami menyiapkan tugasan yang
telah diberikan ini walaupun semasa tugasan ini dijalankan pelbagai halangan dan
masalah terpaksa dihadapi dan diselesaikan. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga kepada En Kamarudin Bin Tahir selaku pensyarah
BML 3053: Morfologi Bahasa Melayu kerana membantu dan memberi tunjuk ajar kepada
kami semasa proses menyiapkan tugasan ini. Bantuan beliau amat kami hargai walaupun
beliau sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah. Beliau yang tidak lokek ilmu
sentiasa memberi pandangan kepada para pelajarnya agar dapat menyelesaikan tugasan
ini dengan berjaya.
Terima kasih sekali lagi kami ucapkan. Ucapan terima kasih juga kami ucapkan
kepada keluarga dan rakan-rakan guru sekolah yang banyak memberi sokongan dan
mendoakan kejayaan kami. Tidak lupa juga terima kasih kami ucapkan kepada temanteman sekuliah yang banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam membantu, memberi tunjuk ajar, dan semangat kepada kami semasa menyiapkan
tugasan ini. Kerjasama dari teman-teman amat kami hargai kerana tanpa sokongan dan
komitmen daripada teman-teman mungkin merumitkan lagi proses menyiapkan tugasan
ini.
Akhir kata dari kami, semoga penulisan kami ini dapat memuaskan hati semua pihak.
Justeru itu, kami juga berharap agar hasil tugasan yang kami lakukan ini dapat dijadikan
panduan ilmiah buat semua. Jika ada salah silap dan terkasar bahasa, kami ingin
menyusun sepuluh jari tanda memohon seribu kemaafan kerana yang baik itu datangnya
dari Allah SWT dan yang lemah dan lalai itu datangnya dari diri kami sendiri.

Pengenalan
Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal perkataan, iaitu
kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan
bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru,
Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang
tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.
Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang
menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama
ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. Pemajmukan dan
penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.
(Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood,
Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 43.)
Tuntasnya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk
dan golongan kata dalam bahasa melayu.

Tugasan 3 (Berkumpulan)
Proses morfologi dalam bahasa Melayu terdiri daripada pengimbuhan, penggandaan,
pemajmukan, dan pengakroniman.
a. Huraikan jenis-jenis kata ganda dengan memberikan contoh yang sesuai.
Jenis-jenis Kata Ganda
Kata Ganda ialah satu proses pengulangan perkataan. Kata ganda ialah kata yang
terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses
pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu
dalam perkataan tersebut. Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.

Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :


(a) Gandaan Seluruh Kata
(b) Gandaan Separa / Separuh
(c) Gandaan Berirama
(d) Gandaan Menyaling

Gandaan Seluruh
Kata Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan. Kata ganda
seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata ganda seluruh mesti diberi
tanda sempang (-). Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata
kerja, dan kata keterangan.
Contoh:
alat-alat
awal-awal
benar-benar
besar-besar
budak-budak
cacing-cacing
cepat-cepat
kereta-kereta
lazat-lazat,dan lain-lain.

Gandaan kata nama


buku-buku

Gandaan Kata kerja


baring-baring pandang-

Gandaan Adjektif /sifat


manis-manis

lembu-lembu

pandang jalan-jalan

besar-besar

murid-murid

usik-usik

awal-awal

kawan-kawan

bulat-bulat

Kata Ganda Semu

Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan
seluruhnya dan diberi tanda sempang.
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus. Kata ganda semu terdiri daripada kata
nama.
Contoh:
kuda-kuda
kupu-kupu
kura-kura
labah-labah
layang-layang
oleh-oleh
onde-onde dan lain-lain.

Kata Ganda Separa


Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berirama. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata
nama.
Contoh Kata Ganda Separa:
bebawang
bebenang
bebudak
cecair

dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
Jejarum
jejentik
kekabu
kekisi
kekunci
kekuda
lelaki
lelangit
lelayang
pepejal

Kata Ganda Bersajak/Berima


Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau
penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.

persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.


penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan
sebagainya.
Persamaan Bunyi di
Pangkal
batu-batan
beli-belah
bengkang-bengkok
corat-coret
degap-degup
dentam-dentum
desas-desus
gembar-gembur
gerak-geri

Persamaan Bunyi di Hujung


anak-pinak
calar-balar
cerai-berai
comot-momot
gotong-royong
karut-marut
kaya-raya
kuih-muih
pindah-randah

Penyesuaian Bunyi
Seluruhnya
bolak-balik
compang-camping
dolak-dalik
gopoh-gapah
gunung-ganang
haru-biru
huru-hara
huyung-hayang
kacau-bilau

Gandaan Berirama
Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada
perkataan asal. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh :
lauk-pauk
batu-bata
saudara-mara
bukit-bukau
kacau-bilau
tunggang-langgang
tanah-tanih
semak-samun

bengkang-bengkok
gelap-gelita

Gandaan Menyaling
Gandaan Menyaling dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata
berimbuhan. Perkataan keduanya ditambah me ( N ).
Contoh :
tahu-menahu
tolong-menolong
jahit-menjahit
tarik-menarik
kejar-mengejar
sulam-menyulam
tawar-menawar
kata-mengata
sepak-menyepak
karang-mengarang
tari-menari
tangis-menangis
rampas-merampas
b. Dalam kalangan murid anda terdapat mereka yang sering membuat
kesilapan dari segi penggunaan kata ganda berimbuhan. Senaraikan kesilapan-

kesilapan itu. Bagaimanakah anda mengatasi masalah murid-murid ini?

Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah dengan imbuhan, sama ada
yang berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan.
Kata ganda berimbuhan ini diberi tanda sempang (-).
Contoh:
Awalan

tercari-cari, berjam-jam, ketujuh-tujuh,


melambai-lambai, tersipu-sipu, tertanyatanya
buah-buahan, gali-galian, ulam-ulaman,

Akhiran

sayur-sayuran, biji-bijian, mati-matian,


kenang-kenangan
bersalam-salaman, bercakar-cakaran,

Apitan

keanak-anakan, kebiru-biruan, sekecilkecilnya


awan-kemawan, tikam-menikam, tilik-

Sisipan

menilik, tulis-menulis, usik-mengusik, ukirmengukir

Kata ganda berimbuhan terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:

A. Kata Ganda Berimbuhan (kata nama)


Contoh:
anak-anakan

orang-orangan

buah-buahan

rumah-rumahan

daun-daunan

tumbuh-tumbuhan

B. Kata Ganti Berimbuhan (kata adjektif)


Contoh:
mudah-mudahan

hidup-hidupan

mati-matian

masam-masaman

manis-manisan

besar-besaran

C. Kata ganda berimbuhan (kata kerja)


Contoh:
umpat-umpatan

tumbuk-menumbuk

tuduh-menuduh

caci-mencaci

keji-mengeji

ukur-mengukur

D. Kata ganda berimbuhan (kata keterangan)


Contoh:
sebaiknya

sesungguhnya

seboleh-bolehnya

seharusnya

sedapat-dapatnya

selewat-lewatnya

10

Contoh penggunaan kata ganda berimbuhan dalam ayat:


1. Abu berangan-angan hendak menjadi seorang juruterbang.
2. Pak Haji Ali bercadang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya itu
secara besar-besaran.
3. Ah Keong bermati-matian tidak mahu mengakui kesilapannya itu.
4. Sikap bantu-membantu perlu diamalkan dalam masyarakat.
5. Seelok-eloknya kita merancang perbelanjaan pada setiap bulan, kata Aida
kepada Ruby.

11

Murid-murid sering melakukan kesilapan semasa menggunakan kata ganda


berimbuhan. Antara kesilapan yang sering dilakukan adalah seperti berikut:

Apabila kata ganda berimbuhan yang digunakan dalam ayat telah sedia menyatakan
makna berulang-ulang, maka kata berkali-kali atau berulang-ulang tidak boleh
digunakan selepas kata ganda berimbuhan itu.
Contoh:
1.

a) Adik melambai-lambaikan tangannya berkali-kali sebelum dia menaiki


pesawat itu. (X)
b)

Adik melambai-lambaikan tangannya sebelum dia menaiki pesawat


itu. ()

Sekiranya kata ganda berimbuhan yang digunakan dalam ayat sudah menyatakan
maksud menyaling, maka kata saling tidak perlu lagi.
Contoh:
1. a) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling
potong-memotong. (X)
b) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu potong-memotong. ()
c) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling -memotong. ()

12

Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan


penggunaan kata ganda seperti yang berikut:-

1.

Kesalahan meletakkan tanda sempang ( - ) bagi kata ganda separa.


Contoh:
a) Ke-kisi tingkap itu masih kukuh. (X)
b) Kekisi tingkap itu masih kukuh. ()

2.

Kesalahan mengulangi/menggandakan frasa nama setara untuk menunjukkan


makna jamak.
Contoh:
a) Periuk-periuk belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. (X)
b) Periuk-belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. ()

3.

Kesalahan menggandakan kata nama dalam ayat apabila kata adjektifnya telah
digandakan.
Contoh:
a) Baju-baju itu besar-besar belaka. (X)
b) Baju itu besar-besar belaka. ()

13

4.

Kesalahan menyertakan kata saling kepada kata ganda menyaling dalam


ayat.
Contoh:
a) Mereka saling caci-mencaci. (X)
b) Mereka caci-mencaci. ()

5.

Kesalahan menyertakan kata penguat kepada kata ganda berima untuk


menyatakan maksud darjah tertinggi.
Contoh:
1.

a) Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan sangat


kusut-masai. (X)

b) Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan


kusut-masai. ()
2.

a) Sayur itu kelihatan sungguh segar-bugar. (X)

b) Sayur itu kelihatan segar-bugar. ()

6.

Kesalahan menyertakan kata bilangan kepada kata ganda berima yang kata
dasarnya terdiri daripada kata nama.
Contoh:
1.

a) Semua kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (X)


b) Kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. ()

14

Untuk mengatasi masalah berkaitan dengan penggunaan kata ganda, murid-murid


boleh diberi latihan bangi mengukuhkan lagi kefahaman murid berkaitan dengan kata
ganda.

LATIHAN

KATA GANDA
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam tempat kosong
dalam ayat-ayat di bawah.

01. Pada setiap pagi, banyak kenderaan yang _______________ di hadapan sekolah itu.
A. mundar-mandir

C. ulang-alik

B. lalu-lalang

D. bolak-balik

02. Fuad meminta pekerja kedai basikal itu menggantikan

_______________

basikalnya yang bengkok.


A. reroda

C. jejari

B. kekisi

D. rerantai

03. Pak Samad memacakkan ________________ di sawah padinya untuk untuk


menakutkan burung-burung.
A. patung-patung

C. anai-anai

B. orang-orang

D. anak-anak

15

04. Nenek Fatima sedang menyapu _______________ kering yang bertaburan di


halaman rumahnya.
A. sesampah

C. dedaun

B. dedahan

D. reranting

05. Pintu depan kereta Azmi _________________ kerana tergesek pada dinding.
A. calar-balar

C. corat-coret

B. licin-licau

D. kelak-keluk

06. Sayur-sayuran yang dijual di pasar malam itu semuanya _______________ belaka.
A. sedap-sedap

C. segar-segar

B. hijau-hijau

D. cantik-cantik

07. ____________________ itu telah menangkap dua orang remaja yang cuba
membakar sekolah.
A. Labah-labah

C. Jemput-jemput

B. Mata-mata

D. Samar-samar

08. Hujan __________________ menyebabkan kami tidak dapat datang ke rumah


Hasimah.
A. tebal-tebal
B. nipis-nipis

C. ringan-ringan
D. renyai-renyai

16

09. Pak Kadir telah menglangsaikan semua _______________ nya di kedai Ah Kau.
A. barang-barang

C. harta-harta

B. hutang-piutang

D. duit-duit

10. Datuk dan nenek gembira melihat _____________________ mereka yang comel itu.
A. saudara-mara

C. anak-anak

B. sahabat-sahabat

D. cucu-cicit

11. Menteri Pendidikan akan melawat __________________ rendah yang terdapat di


daerah Papar pada minggu hadapan.
A.

rumah-rumah

B.

sekolah-sekolah

C. bangunan-bangunan
D. hotel-hotel

12. Encik Amir suka membawa akan-anaknya___________________ di kawasan


taman bunga.
A. meronda-ronda

C. bersiar-siar

B. merayau-rayau

D. berlari-lari

17

Isikan tempat kosong dengan kata ganda yang paling sesuai.

lelaki
kuih-muih

1)

awal-awal
panas-panas

ikan-ikan
selok-belok

gelap-gelita
kekuda

tembak-menembak
jejentik

Air yang bertakung boleh menggalakkan pembiakan


_________________________.

2)

__________________ pagi lagi Puan Salmi sudah pergi ke tempat kerja.

3)

Budak __________________ itu ialah anak kepada seorang hartawan di


Pulau Pinang.

4)

Gerai Mak Jah terkenal kerana menjual ___________________ yang


sedap.

5)

Kejadian ___________________ yang berlaku di Jalan Semarak itu


melibatkan anggota polis dan lima orang perompak.

6)

____________________ yang ditangkap oleh nelayan itu akan dijual di


pasar.

7)

Suasana di pekan itu ______________________ apabila bekalan eletrik


terputus.

8)

Pak Cik Azli sedang sibuk megetam sekeping papan di atas sebuah
_________________.

UJI MINDA

18

Isi ruang yang diberi dengan kata ganda separa dan kata ganda seluruh berdasarkan kata
dasar yang diberi.
KATA GANDA

KATA GANDA

KATA GANDA SEPARA

SELURUH
1. bola

bola-bola

bebola

2. daun
3. kuda
4. laki
5. siku
6. rama
7. jari
8. pohon
9. benang
10. patung
11. langit
12. layang
13. tupai
14. kisi
15. jentik
16. gendang
17. labu
18. labi
19. pijat
20. labah

19

Rujukan

Siti Hajar Abd Aziz( 2010). Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua. Oxford Fajar.
Dr Ali Mahmood et.al (2012). Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu.OUM.
Raminah Hj Sabran et.al (1984) . Kajian Bahasa.Fajar Bakti Sdn Bhd.
Nik Safiah Karim et.al ( 2008).Tatabahasa Dewan Edisi ketiga. DBP.

20

Anda mungkin juga menyukai