Anda di halaman 1dari 6

TATABAHASA DEWAN ASMAH HAJI OMAR, ABDULLAH

HASSAN DAN ASRAF


Penjenisan Menurut Nik Safiah Karim dalam Manakala Asmah Hj Omar, kata ganda
Penggandaan terbahagi kepada sembilan bentuk
Tatabahasa Dewan, terdapat tiga jenis
penggandaan iaitu:
penggandaan iaitu:
a) Penggandaan seluruh kata
i) Penggandaan penuh
b) Penggandaan kata dasar
ii) Penggandaan separa c) Penggandaan suku kata pertama
d) Penggandaan berima
iii) Penggandaan berentak
e) Penggandaan menyaling
f) Penggandaan suku kata akhir
g) Penggandaan dengan bentuk ke-an
h)Penggandaan dengan sisipan
i) Penggandaan dengan ber-

Jadi, contoh-contoh kata ganda penuh yang diberikan oleh Nik Safiah Karim lebih terperinci dan pelbagai
daripada contoh-contoh kata ganda seluruh kata Asmah Haji Omar.

Penggandaan Penuh: Penggandaan Seluruh Kata

a.Penggandaan penuh kata tunggal a. Kata nama-rumah-rumah,orang-orang,


Cth:baju-baju,rumah-rumah, binatang-binatang
buku-buku,ayat-ayat,budak- b.Kata kerja- putus,putus, buat-buat,
budak,makan-makan, main-main, tolak-tolak,
tadika- tadika, guru-guru. makan-makan
b.Penggandaan penuh kata berimbuhan c.Kata sifat- baik-baik, tajam-tajam,

a.dengan awalan sukar-sukar, tinggi-tinggi,putih-putih.

pemimpin-pemimpin,ketua-ketua, d.Adverba- dulu-dulu,dekat-dekat,

pekedai-pekedai,pelatih-pelatih. hampir-hampir, nyaris-nyaris.


b. dengan akhiran
amalan-amalan,jualan-jualan,
dapatan-dapatan, ajaran-ajaran.
c.dengan apitan
persatuan-persatuan,
kementerian-kementerian,
permainan-permainan,
pertandingan-pertandingan.
Tatabahasa Dewan Asmah Haji Omar

Penggandaan Separa Kata Tunggal Penggandaan Suku kata Pertama

Contoh: patah - pepatah Contoh: laki – lalaki – lelaki

pohon - pepohon lelipan – lilipan – lelipan

bola - bebola kura – kukura – kekura

tikus - tetikus

siku - sesiku

Nik Safiah Karim telah menamakan penggandaan separa berimbuhan-kata kerja meN-ialah kata ganda
yang menggandakan kata dasar yang boleh merupakan kata terbitan. Tetapi berbeza dengan Asmah
Haji Omar, beliau menyifatkan sebagai penggandaan menyaling. Ini adalah kerana unsur yang diulang
itu ditandai oleh awalan me- ,dan kebanyakan frasa yang terbentuk darinya merupakan frasa kerja
menyaling.

Tatabahasa Dewan Asmah Haji Omar

Penggandaan Separa Penggandaan Menyaling

Berimbuhan-Kata Kerja meN- Contoh kata kerja: baca-membaca,

Contoh: a. melompat-lompat, meronta-ronta tari-menari, tulis-menulis

meraung-raung. Contoh akhiran i :cinta-mencintai,

b. cari-mencari, ronta-meronta, Kasih-mengasihi, tutup-menutupi,

tolong-menolong. kata-mengatai.

Contoh kata dasar: sebelah-menyebelahi,

Seberang-menyeberang.
Menurut Asmah Haji Omar dalam buku Nahu Melayu Mutakhir, penggandaan kata dasar – kata sifat
yang melibatkan penggandaan kata dasar berawalan se- sahaja. Berbeza dengan Nik Safiah Karim dalam
buku Tatabahasa Dewan, beliau menamakan kata ganda ini sebagai penggandaan separa berimbuhan
dengan awalan -se (kata adjektif). Kedua-dua jenis kata ganda ini adalah serupa, apa yang
membezakannya hanyalah nama yang diberikan oleh penulis.

Tatabahasa Dewan Asmah Haji Omar

Penggandaan Separa Penggandaan Kata Dasar- Kata Sifat

Contoh: sepandai-pandai, sebaik-baik, Contoh : sepandai-pandai,

setinggi-tinggi setinggi-tinggi

Nik Safiah Karim Asmah Haji Omar

Penggandaan Berentak- Pengulangan Konsonan Penggandaan Berima

Kata nama- batu-batan, suku-sakat Kata nama- gunung-ganang,

gunung-ganang bukit-bukau, serba-serbi

Kata Kerja- dolak-dalik, huyung-hayang, Kata Kerja-mandi-manda, bolak-balik

mundar-mandir. Kata Sifat-bengkang-bengkok,

Kata Adjektif-gelap-gelita, kontang-kanting, kacau-bilau,gopoh-gapah,

kucar-kacir, calar-balar. karut-marut

Adverba- serta-merta
Di dalam buku Linguistik Am (2007), Abdullah Hassan turut menyatakan proses penerbitan kata boleh
berlaku melalui penggandaan manakala Nik Safiah menyebutnya sebagai bentuk kata ganda. Walaupun
istilah berbeza tetapi ia membawa maksud yang sama. Pada pendapat Abdullah Hassan, penggandaan
ialah proses menerbitkan perkataan dengan menggandakan kata dasar. Abdullah Hassan menyenaraikan
empat jenis penggandaan menurut cara kata dasar digandakan iaitu:

i)        Gandaan penuh.

ii)      Gandaan separa.

iii)    Gandaan rentak

iv)    Gandaan bebas.

Gandaan Penuh.

Gandaan penuh boleh dilakukan pada kata akar dan kata terbitan daripada golongan kata nama, kata
kerja dan kata adjektif.

i)        Kata Nama (membawa maksud banyak dan menyerupai). Contohnya:

-          meja- meja ( banyak meja).

-          Orang- orang (banyak orang atau lembaga orang bagi menakutkan burung di sawah)

ii)      Kata Kerja (membawa maksud perbuatan dilakukan berulang atau tidak serius). Contohnya:

-          Makan- makan (makan berterusan)

-          Main- main (main berterusan, tidak serius melakukan sesuatu)

iii)    Kata Adjektif ( membawa maksud sifat yang menyeluruh). Contohnya:

-          Putih- putih (putih belaka)

iv)    Kata Adverba (menerangkan bila dan jangka masa sesuatu perbuatan atau perihal keadaan
berlaku). Contohnya:

-          Sampai- sampai (sebaik sahaja sampai)

v)      Kata Terbitan (menghasilkan perkataan kompleks). Contohnya:


-          Pemain- pemain (ramai pemain)

Gandaan Separa

Penggandaan separa adalah kelainan bentuk penggandaan penuh yang berlaku kepada kata nama
tunggal. Seluruh kata tunggal boleh digandakan atau hanya suku kata pertama digandakan. Bunyi vokal
dalam suku kata yang digandakan itu berubah menjadi e pepet. Kata ganda separa membawa maksud
yang sama dengan kata ganda penuh. Contohnya:

i)        Kata Nama – laki            laki- laki         lelaki (jantan, ramai laki- laki)

ii)      Kata Kerja – tulis          tulis- tulis         tetulis ( menulis berkali- kali)

iii)    Kata Adjektif – sedap          sedap- sedap        sesedap (sedap belaka)

iv)    Kata Adverba – laju         laju- laju          lelaju (dengan laju)

Gandaan Rentak

Ada beberapa kata nama yang boleh menerima penggandaan rentak sama ada rentak suku kata atau
berentak bunyi. Fungsi gramatis penggandaan rentak ialah menunjukkan banyak yang beraneka.
Perubahan suku kata atau bunyi vokal memberi tambahan aneka kepada pengertian banyak yang sudah
ada pada kata ganda tersebut. Terdapat tiga jenis penggandaan rentak iaitu :

i)        Rentak suku kata awal – bukit          bukit- bukau

ii)      Rentak suku kata akhir – lauk          lauk- pauk

iii)    Rentak bunyi vokal – suku           suku – sakat

Gandaan Bebas

Bentuk gandaan bebas mengandungi bentuk bebas. Bentuk kata dasar itu ada tetapi gandaannya hanya
wujud dalam bentuk penggandaan sahaja. Fungsi gramatisnya juga menunjukkan banyak. Bilangan
penggandaan begini tidak banyak. Contohnya  ialah:

- ipar        ipar- duai (ramai ipar)

            Rangkap kata berbeza daripada kata ganda. Dalam gandaan, ada kata dasar yang digandakan.
Dalam rangkap kata, kedua- dua perkataan itu adalah perkataan lain sama sekali. Sebagai contoh cerdik
pandai ialah rangkap kata. Bentuk perkataan pandai  bukanlah pengganda kepada cerdik.
Sebaliknya pandai  ialah pasangan rangkap kepada cerdik.  Oleh sebab itu, rangkap kata bukanlah kata
bebas.
Menurut Asraf Haji Abdul Wahab (1982) terdapat tiga jenis penggandaan iaitu:

i) Penggandaan penuh

ii) Penggandaan separa

iii) Penggandaan berentak

Penggandaan penuh

kata tunggal - meja-meja, rumah-rumah, ayat-ayat, kata-kata

kata berimbuhan- kekasih-kekasih, amalan-amalan, persatuan-persatuan

Penggandaan separa

-Proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja

Kata nama - Daun-Dadaun-Dedaun

- Jari-Jejari

- Labu-lelabu

Kata Kerja - Lari=berlari-lari

- Risik=dirisik-risik

- Cari=mencari-cari

Kata adjektif - pandai=sepandai-pandai

- baik=sebaik-baik

Penggandaan berentak

-Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau
diubah

Penggandaan berentak pengulangan vokal = Sayur-mayur, Lauk-Pauk, Kuih-Muih

Penggandaan berentak pengulangan konsonan = Batu-batan, Kayu-kayan, Sukut-sakat, Gunung-ganang

Penggandaan berentak pengulangan bebas = Anak-pinak, Sedu-sedan, Cucu-cicit,

Anda mungkin juga menyukai