Anda di halaman 1dari 7

3) Menjelaskan dan menghuraikan proses pembentukan kata Bahasa Melayu termasuk kata nama, kata kerja, kata adjektif

dan pembentukan kata baharu. PEMBENTUKAN KATA Bahasa Melayu mempunyai pelbagai cara untuk membentuk perkataan. Perkataan itu dibentuk melalui proses yang berikut : 2) Kata Kerja a) Pengimbuhan Perkataan yang terhasil melalui proses pengimbuhan dinamakan kata tertian, iaitu kata yang terbit daripada proses pengimbuhan kepada kata dasar. Perkataan yang terhasil melalui proses ini mungkin akan berubah kelasnya atau masih kekal dalam kelas kata yang asal tetapi fungsinya berubah. Terdapat empat bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu iaitu : Imbuhan awalan Imbuhan akhiran Imbuhan apitan Imbuhan sisipan Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan Akronim

Imbuhan Awalan Kata Kerja i. Awalan MeN-Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif samaada transitif atau tidak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya iaitu me-, mem-, dan meng-. Bentuk-bentuk varian ini berlaku seperti yang berikut : a) men- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, r, l, w dan y. Contoh : masak memasak Contoh ayat : Ibu sedang memasak di dapur. b) men- menjadi mem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf dan perkataan pinjaman yang ermula dengan huruf f, p, dan v dan gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. Contoh : Bantu membantu Contoh ayat : Adik membantu ayah memasuh kereta. c) men- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula

dengan huruf d, c, j, sy, dan z serta perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s fdan perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang juga bermula dengan huruf t dan s. Contoh : cuci mencuci Contoh ayat : Nenek mencuci pakaiannya dengan menggunakan mesin basuh. d) men- menjadi meng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g, gh, kh, dan h (bunyi konsonan) dan a, e, i, o, dan u (bunyi vokal). Contoh : hantar menghantar Contoh ayat : Pak Mat menghantar anaknya ke sekolah dengan kereta. ii. Awalan beRAwala beR- juga mementuk kata kerja. Perkataan yang menerima awalan ini menjadi kata kerja yang bersifat tak transitif samaada yang memerlukan pelengkap atau tidak memerlukan pelengkap. - Jenis kata kerja tak transitif berawalan beR Tak transitif berpelengkap Contoh : beransur baik Contoh ayat : Datuk sudah beransur baik. Tak transitif tanpa pelengkap Contoh : bernyanyi Contoh ayat : Siti Nurhaliza sedang bernyanyi di atas pentas. iii. Awalan teRPada dasarnya terdapat satu bentuk awalan teR-, iaitu teR- yang digabungkan dengan semua kata dasar. Contoh : ikat terikat Jalin terjalin Pakai terpakai - Jenis kata kerja berawalan teR Kata kerja transitif - Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek atau penyambut. Contoh : nampak ternampak Contoh ayat : Kami ternampak seekor ular dalam longkang itu. Kata Kerja tak transitif - Kata kerja tak tarnsitif dengan awalan teR- ialah kata kerja yang tidak memerlukan ojek atau penyambut sesudahnya, tetapi oleh diikuti oleh unsur keterangan. Contoh : diam terdiam

Contoh ayat : Adik terdiam apaila dimarahi oleh ayah. iv. Awalan diAwalan di- ialah awalan yang digabungkan dengna kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Contoh : tulis ditulis Contoh ayat : Novel itu ditulis oleh Aisya Fateha. Awalan mempeRAwalan mempeR- juga walan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk iaitu memper-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan meN- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif. Contoh : memper- + alat = memperalat Contoh ayat : Majikan itu memperalat pekerjanya. Awalan dipeRAwalan dipeR- ialah awalan yang membentuk kata kerja pasif yang wujud dalam satu bentuk. Contoh : diper- + isteri = diperisteri

v.

vi.

Imbuhan Akhiran Kata Kerja Terdapat hanya dua akhiran yang mementuk kerja dalam bahasa Melayu iaitu : i. Akhiran kan Akhiran kan membentuk kata kerja transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Contoh : beli belikan Contoh ayat : Belikan saya sepasang baju kurung. Akhiran i Akhiran i mementuk kata kerja tarnsitif, dan wujud dengan awalan meNatau Di-. Contoh : duduk duduki Contoh ayat : Rumah banglo itu kami duduki selama dua tahun.

ii.

Imbuhan Apitan Kata Kerja Apitan ialah unsure imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir pada awal dan akhir perkataan secara serentak. Contoh : meN--kan (menidurkan) Contoh ayat : Ibu sedang menidurkan adik. Contoh Contoh ayat : beR--kan (bertilamkan) : Pengemis itu tidur bertilamkan rumput.

Imbuhan Sisipan Kata Kerja Dalam bahasa Melayu tidak ada sisipan yang dapat membentuk kata kerja. Namun demikian, bentuk perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan. Contoh Contoh ayat : sisipan -elGeletar menggeletar : Tubuh orang tua itu menggeletar kerana dibasahi hujan lebat.

b) Pemajmukan - Kata juga terhasil melalui proses pemajmukan. Kata yang terhasil daripada proses ini terdiri daripada deretan dua atau lebih perkataan yang membawa makna tertentu. Kata majmuk pada dasarnya dieja secara terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah dianggap mantap. Contoh Contoh ayat c) : kenal pasti : Perompak itu sudah dikenal pasti oleh pihak polis.

Penggandaan - Kata kerja juga boleh diterbitkan melalui proses penggandaan iaitu proses yang hanya menggandakan kata dasar tanpa melibatkan sebarang imbuhan. Terdapat tiga jenis penggandaan kata kerja iaitu : i. Penggandaan penuh kata kerja - Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar. Contoh : pusing = pusing-pusing Contoh ayat : Roda tayar basikal itu dipusing-pusing oleh adik. Penggandaan separa kata kerja - Proses yang menggandakan sebahagian daripada kata dasar. Bagi golongan kata kerja.penggandaan separa berlaku pada kata dasar yang berimbuhan, dengan sebahagian daripada kata dasar itu yang digandakan, iaitu bahagian yang bukan berimbuhan. Contoh : lari = berlari-lari Contoh ayat : Ahmad berlari-lari ketika menaiki bukit. Penggandaan berentak kata kerja - Proses yang menggandakan kata dasar berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan tetapi dengan perbezaan dan persamaan bunyi tertentu. Contoh : mandi = mandi-manda Contoh ayat : Ayah telah membawa kami mandi-manda di pantai Kemasik.

ii.

iii.

c) Akronim - Terdapat hanya satu kata kerja akronim dalam bahasa Melayu iaitu berdikari yang diwujudkan daripada singkatan berdiri atas kaki sendiri. Contoh ayat : Kita perlu hidup berdikari sendiri untuk mencapai kejayaan. 4) Pembentukan Kata Baharu Perkataan baharu lazimnya muncul atau dicipta dalam sesuatu bahasa dengan tujuan mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu. Apabila masyarakat itu berkembang, maka banyaklah konsep, benda, proses, keadaan, atau kejadian baharu yang memerlukan perkataan baharu untuk mengungkapkannya. Perkataan baharu timbul dalam sesuatu bahasa melalui dua proses utama iaitu pertama melalui penggunaan popular seperti dalam media massa, penulisan kreatif dan seumpanya. Proses kedua ialah melalui proses perancangan bahasa yang rasmi.

a) Pengimbuhan - Kita dapat membahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan mengikut bahasa asal imbuhan tersebut iaitu : Imbuhan daripada Sanskrit Imbuhan daripada Arab-Parsi Imuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris Imbuhan daripada Sanskrit - Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama terserap ke dalam system bahasa Melayu. Imbuhan daripada Sanskrit terbahagi kepada dua iaitu : Awalan (maha-, tata-, pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-, tri-, panca-) Akhiran (-wan, -man, -wati, -nita) Awalan maha- awalan ini berfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama dan membawa pengertian paling atau tahap terbesar, tertinggi dan teragung. Contoh : maha- + siswa = mahasiswa Contoh ayat : Azmah merupakan mahasiswa daripada Universiti Malaya. Awalan tata- Bentuk awalan ini digunakan khusus untuk menerbitkan kata nama, yang membawa pengertian suatu susunan atau peraturan. Contoh : tata- + susila = tatasusila Contoh ayat : Orang Melayu kaya dengan adat tatasusila.

Awalan praawalan pra- ialah awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Contoh : prasejarah Contoh ayat : Zaman Paleolitik merupakan za,an prasejarah yang terawal. Awalan SwaAwalan swa- digunakan untuk menerbitkan kata nama yang memberi makna sendiri. Contoh : swa- + asta = swasta (berdiri sendiri) Contoh ayat : Syarikat swasta itu mempunyai pekerja seramai dua puluh orang.

Awalan tuna- Awalan ini kurang digunakan dalam bahasa Melayu, tatapi sering terdapat dalam bahasa Indonesia. Awalan tersebut meneritkan kata nama untuk memberi makna tiada atau tidak mempunyai Contoh : tuna- + anggota = tunaanggota (tanpa anggota iaitu cacat) Contoh ayat : Budak itu tunaanggota. Akhiran wan, -man - Penggunaan kedua-dua imbuhan akhiran ini akan menerbitkan kata nama yang membawa pengertian pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas, atau pemilik sesuatu sifat atau keupayaan. Akhiran man digunakan bagi bentuk kata dasar yang erakhir dengan huruf i manakala wan digunakan untuk entuk kata dasr yang berakhir dengan huruf a. Contoh : seni + -man = seniman (pelaku) Contoh : P.Ramlee merupakan seniman Negara yang paling popular. Contoh Contoh : angkasa + -wan = angkasawan (pelaku) : Syeikh Muzaffar merupakan angkasawan pertama Negara.

Imbuhan daripada Arab- Parsi Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu. Sebagai bahasa rasmi agama islam, bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini memudahkan proses asimilasi unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi iaitu :

Awalan bi- Awalan ini bererti tidak dan digunakan untuk menerbitkan bentuk kata adjektif tetapi penggunaannya amat terbatas. Contoh : bi- + adab = biadap (tidak beradab) Contoh ayat : Ali sangat biadap apabila bercakap dengan ibunya.

Akhiran wi - Akhiran wi- digunakan secara terbatas untuk menimbulkan bentuk kata adjektif iaitu mencirikan sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contoh : dunia + -wi = duniawi Contoh ayat : Kita tidak seharusnya mementingkan kepentingan duniawi semata-mata. Imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Yunani- Latin- Inggeris.Tetapi, imbuhan-imbuhan tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu, kecuali beberapa bentuk imbuhan awalan seperti pro-, anti-, mono-, poli-, auto-, dan supra-. Awalan - Awalan pro- digunakan untuk menunjukkan tanda bersetuju, memihak, atau menyebelahi sesuatu pihak. Contoh : proaktif Contoh ayat : Pekerja syarikat itu sentiasa bersikap proaktif kepada majikannya.

Akhiran - Bentuk akhiran wujud dalam perkataan yang dipinjam secara keseluruhan ke dalam bahasa Melayu. Contoh : kritikal Contoh ayat : Pesakit kanser itu berada di tahap kritikal.

Anda mungkin juga menyukai