Anda di halaman 1dari 19

Proses Pembentukan Kata Dalam

Bahasa Melayu adalah Hasil daripada


bentuk kata berikut:
a) Bentuk kata tunggal
b) Bentuk kata terbitan
c) Bentuk kata ganda
d) Bentuk kata majmuk
a) Bentuk Kata Tunggal
Kata tunggal ialah kata-kata dalam bahasa
Melayu yang tidak menerima sebarang
imbuhan ataupun penggandaan. Boleh
dibahagikan seperti yang berikut:
 Kata tunggal satu suku kata
Cth: yu, cat, stor, skru, skrip.
 Kata tunggal dua suku kata
Cth: aku, adik, asli.
 Kata tunggal 3 suku kata
Cth: cuaca, usia, mengkuang.

 Kata tunggal 4 suku kata


Cth: mesyuarat, keluarga, sementara

 Kata tunggal 5 suku kata


Cth: Cenderawasih, kosmopolitan

 Kata tunggal dengan 6 suku kata


Cth: Maharajalela
 Selain kata-kata tunggal tersebut, kata
akronim juga tergolong ke dalam jenis
kata tunggal.
 Kata akronim boleh terbentuk dengan
empat cara, iaitu:
1. Akronim yang terbentuk daripada gabungan
huruf awal beberapa perkataan dan
kebanyakannya terdiri daripada nama khas.
Akronim yang terbentuk akan dieja dengan
menggunakan huruf besar keseluruhannya.
Contohnya,
ADUN = Ahli Dewan Undangan Negeri.
ABIM = Angkatan Belia Islam Malaysia.
IKIM= Institut Kefahaman Islam Malaysia.
2. Terhasil daripada cantuman huruf dan
suku kata sejumlah perkataan
berdasarkan sebutan yang sedap, tanpa
urutan tertentu. Akronim jenis ini juga
membntuk nama khas dan ejaannya
bermula dengan huruf besar.
Contohnya;
 MARA – Majlis Amanah Rakyat
 Intan – Institut Tadbir Awam Negara
3. Dibentuk melalui percantuman suku
kata awal sejumlah perkataan. Jikalau
yang terbentuk itu nama khas, ejaannya
bermula dengan huruf besar,sementara
jika yang terbentuk itu ialah nama am,
ejaannya bermula dengan huruf kecil.
Contohnya;
 Bernama – Berita Nasional Malaysia
 pawagam – panggung wayang gambar
 cerpen – cerita pendek
4. Dibentuk melalui cantuman bahagian
awal (huruf atau suku kata
pertama) dengan bahagian lain (suku
kata akhir atau keseluruhan) perkataan
yang mengikutinya, Contohnya:
 jentolak – jentera tolak
 debunga – debu bunga
 asbut – asap kabut
 Walau bagaimanapun, dalam Tatabahasa
Dewan (2003) menyatakan pembentukan
akronim melalui 3 cara sahaja, iaitu:
1. Huruf awal rangkai kata yang disingkatkan,
keseluruhannya ditulis dengan huruf besar.
Contoh- ABIM.
2. Gabungan huruf awal dan atau suku kata,
ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya.
Contoh- tabika.
3. Gabungan huruf awal dan atau suku kata
itu menjadi kata nama khas, kata itu ditulis
bermula dengan huruf besar. Contoh –
Bernama.
● Namun, cara pembentukan akronim, sebagai satu proses
pemendekan dan penggabungan untuk membentuk kata.

● Lazimnya kata akronim itu terbentuk untuk kata nama


khas dan pembentukannya agak longgar, tidak
berdasarkan prinsip yang jelas.

● Boleh dibentuk dengan apa cara sekalipun mengikut


kesesuaian penciptanya.

● Proses ini boleh menimbulkan kekacauan bahasa


sekiranya tiada sekatan hingga menyukarkan
/mengelirukan orang awam.

● Oleh itu, proses pembentukan ini tidak digalakkan


sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk
membentuk perkataan baru atau kata istilah dalam
bahasa Melayu.
b) Bentuk Kata Terbitan
Kata terbitan ialah keadaan penggabungan
imbuhan pada kata dasar untuk membentuk satu
kata baru yang membawa makna yang
berasingan daripada kata dasarnya.
Penambahan unit-unit bahasa tertentu pada
bentuk-bentuk lain yang menyebabkan
perubahan makna nahunya.
Imbuhan ialah satu bentuk morfem yang tidak
boleh berdiri sendiri dalam ayat dan harus
digabungkan dengan kata dasar.
 Berdasarkan kedudukannya pada kata
dasar, imbuhan dapat dibahagikan
seperti yang berikut:
1. Awalan
2. Akhiran
3. Apitan
4. Sisipan
Akan dibincangkan dalam bab
5b(1),5b(2),5b(3),5b(4) .
Hukum;

a) Sebagai Ǿ iaitu me- atau pe- sebelum kata dasar yang bermula dengan m,
n, ny, ng, r, l, w, y
 PERATURAN PTKS
 MeN + pukul = memukul
 MeN + tari = menari
 MeN + kayuh = mengayuh
 MeN + sapu = menyapu
b) Sebagai m, iaitu mem- dan pem-, di hadapan b,
f, p, v (pinjam),
bl, br, pl, pr (pinjam- konsonan rangkap)
 Bentuk kekecualian : pelopor, pelawa, percaya, punyai, peduli


c) sebagai n, iaitu men- dan pen- di hadapan d, c, j,
sy, z,
t, s (kata pinjaman)
Kekecualian – ternak, tertawa
d) sebagai ng, iaitu meng- dan peng- di hadapan g,
gh, kh, h, a, e, I,o, u ,
k, kl,kr (pinjaman)
Kekecualian – kaji
Bentuk kata ganda
- Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui
proses mengulangi kata dasar.
- Proses pengulangan ini sama ada melibatkan
seluruh kata dasar yang disebut penggandaan
penuh, atau melibatkan sebahagian kata dasar
sahaja yang disebut penggandaan separa.
- Selain itu kata dasar juga boleh digandakan
secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi
tertentu.
Bentuk Kata Majmuk
Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui
proses yang merangkaikan dua kata dasar atau
lebih yang membawa makna tetentu.
Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja
terpisah serta tidak boleh menerima sebarang
penyisipan unsur lain.
Kenal pasti bentuk setiap perkataan
a) Morfologi ialah bidang kajian tatabahasa yang
mengkaji struktur perkataan dari segi bentuk, proses dan
penggolongannya.
b)Bagi tiap-tiap perkataan berikut, bina kata terbitan
melalui proses pengimbuhan.
c) Sesi pembentangan kertas kerja bagi persidangan ini
akan bermula sebentar sahaja lagi.
d) Selepas menyedut tiga butir telur yang baru dicuri
oleh Arnab, Tedung menyusur lagi ke paya untuk
mengintip gerak-geri Kura.
e) Perdana Menteri akan mewakili Malaysia ke
Persidangan Ketua-ketua negara Komanwel yang akan
diadakan pada bulan hadapan.
Latihan imbuhan MeN-, PeN-
Salin Tafsir
Terjemah Gali
Cuci Ikut
Kritik Ternak
Bom Nanti
Kagum Rayu
Lari Urus
Tadbir

Anda mungkin juga menyukai