Anda di halaman 1dari 29

MORFOLOGI SEBAGAI

SATU KOMPONEN
TATABAHASA
FUNGSI TATABAHASA
MEMISAHKAN BENTUK YANG GRAMATIS
DENGAN YANG TIDAK GRAMATIS
O -Sesuatu bahasa mempunyai sistem dan ciri bahasa tersendiri
O -Panduan dan peraturan tatabahasa adalah untuk membentuk
perkara yang betul dan mengelakkan penggunaan bahasa yang
salah
O -Penggunaan bahasa yang salah dan tidak gramatis
mencerminkan bahasa yang bertaraf rendah.
O -Satu daripada faktor yang menyumbang kepada
kegramatisan tatabahasa ialah bidang morfologi dan sintaksis.
MENGHURAIKAN AYAT YANG SEMPURNA
O Pemerian ayat yang melengkapi segala aspek dalam
linguistik yakni dari segi fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis
dan semantik.
O Penting kerana tatabahasa tidak boleh dianggap remeh dan
diubah secara arbitrari (kesamaran).
O Contoh, peraturan berbahasa yang betul dan cekap
menggambarkan ketinggian sesuatu bahasa dari segi tatabahasa
kerana tatabahasa amat berkait dengan fonetik, fonologi dan
morfologi, sintaksis serta semantik.
TATATINGKAT UNIT BAHASA / TATABAHASA
Bahasa

Tatabahasa
wacana

ayat ayat

klausa klausa

frasa frasa

kata kata

morfem morfem
• Unit bahasa yang terkecil mempunyai makna atau fungsi tatabahasa.
Morfem

• Morfem atau gabungan morfem yang dianggap unit terkecil yang dapat berdiri sendiri
Kata sebagai satu ayat atau ujaran.

• Kumpulan perkataan yang membentuk unit ayat.


Frasa

• Kumpulan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi
Klausa bahagian ayat.

• Satu perkataan atau serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa
Ayat maksud tertentu. Mempunyai intonasi sebagai syarat pembinaannya .

• Bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada deretan kata atau kalimat, sama
Wacana ada dalam bentuk lisan atau tulisan, yang dijadikan bahan analisis linguistik.
O KONSEP MORFOLOGI: bidang ilmu bahasa
yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata
O Struktur kata – bentuk bunyi ujaran atau lambang
(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
O Bentuk kata – unit tatabahasa sama ada bentuk
tunggal atau hasil daripada proses penggandaan,
pemajmukan dan pengimbuhan.
O Golongan kata – menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk/fungsi dengan
anggota lain dalam golongan yang sama.
Pendapat Beberapa Ahli Bahasa
Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam (1985)
O Satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji
tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya

Nik Safiah Karim (1996)


O Satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan,
struktur kata dan penggolongan kata.

Abdullah Hassan (2006)


O Satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan
PENDEKATAN DALAM
ANALISIS PERKATAAN
O Terdapat 4 pendekatan boleh digunakan untuk menganalisis
perkataan
1. Analisis distribusi
2. Analisis konstituen terdekat
3. Analisis rangkaian unsur
4. Analisis proses unsur
Analisis Distribusi
O Analisis penggantian konstituen tertentu bagi sesuatu perkataan
tertentu (yang diterbitkan) dengan suatu konstituen lain.
O Contoh:
Kerja
- berkerja
- pekerjaan
- mengerjakan
- dikerjakan
Analisis Konstituen Terdekat
O Juga dikenali dengan nama analisis bawahan langsung, analisis
unsur langsung atau analisis bawahan terdekat.
O Teknik penganalisisan konstituen yang membina satuan
perkataan
O Setiap satuan perkataan, diandaikan mengandungi dua
konstituen asas pembinaannya. Contohnya
pe kerja

O Satuan bahasa yang mengandung beberapa unsur akan


menimbulkan masalah. Contohnya
pe kerja an pe kerja an
Analisis Rangkaian Unsur
O Teknik menganalisis perkataan berdasarkan rangkaian unsur-
unsur yang terlibat.
O Setiap satuan perkataan dibentuk daripada unsur lain.
O Contoh:

tercinta - imbuhan awalan + kata dasar


(ter) + (cinta)
percintaan - imbuhan apitan + kata dasar
(per…an) + (cinta)
Analisis proses unsur
O Teknik menganalisis perkataan berdasarkan proses
pembentukan unsur-unsur tertentu.
O Setiap satuan perkataan merupakan hasil daripada proses
pembentukan unsur-unsur tertentu.
1. gadis-gadis - penggandaan kata dasar
2. alat tulis - pemajmukan kata dasar
3. pengembangan - daripada kata kerja
mengembangkan (menjadikan besar)
4. perkembangan- daripada kata kerja
berkembang
atau memperkembang
(menjadikan lebih
berkembang)
KONSEP-KONSEP
PENTING DALAM
MORFOLOGI
KONSEP PENTING
O Alomorf
O Morf
O Morfem
O Kata
ALOMORF
O Alomorf ( allomorph ) ialah kelainan yang tidak distingtif yang
merupakan anggota daripada satu morfem.
O Dalam erti kata lain, alomorf ialah istilah linguistik untuk
variasi bentuk suatu morfem kerana pengaruh lingkungan yang
dimasukinya.
O Variasi ini terjadi pada perubahan bunyi (fonologis) tanpa
perubahan makna.
O Contoh alomorf
1. morfem beR- (alomorf = ber-, be-, dan bel-)
2. morfem meN- (alomorf = me-, mem-, men-, meng-, dan
meny-)
O Menurut Asmah (2009), alomorf ialah varian morfem.
O Bagi morfem bebas, morfem dengan alomorfnya sama (disebut
sebagai alomorf dasar). Contohnya, jalan boleh dirujuk
sebagai morfem dan juga alomorf. Hal ini kerana, jalan
mewakili morfem dan juga alomorfnya.
O Namun begitu, bagi sesetengah morfem terikat, alomorfnya
terbahagi kepada beberapa jenis.
O Contohnya morfem terikat di- adalah sama dengan alomorfnya
iaitu di-.
O Terdapat juga morfem terikat yang mempunyai banyak
alomorf. Contohnya morfem terikat beR- boleh diwakili oleh
alomorf ber-, be-, dan bel-.
O Jika sesuatu morfem mempunyai banyak alomorf, satu
daripada alomorf akan dipilih untuk melambangkan morfem
tersebut (misalnya daripada alomorf ber-, be-, dan bel-,
alomorf beR- diangkat menjadi morfem terikat). Alomorf yang
terpilih sebagai lambang morfem disebut sebagai alomorf
dasar.
MORF
O Pewujudan morfem dari segi fonologi atau ejaan yang
penyebarannya belum belum ditentukan lagi.
O Morfem tertentu boleh diwakili oleh pelbagai morf dalam
pelbagai persekitaran.
O Contoh:
O Morfem - meN
O Alomorf - /me-/, /mem-/ , /men-/ , /meng-/ ,
/menge-/  dan /meny-/ 
O Morf - setiap satu dari alomorf itu sendiri
(misalnya me- atau meng-)
MORFEM
O Unit tatabahasa yang terkecil yang mendokong makna dan
menjalankan fungsi nahu.
O Contoh, bertelur, berkarya, bertemu
O Imbuhan ber- menerangkan maksud melakukan sesuatu
perbuatan bagi si pelaku itu sendiri.
O Itulah sebenarnya tugas nahu
O Morfem terbahagi kepada dua,
1. Morfem bebas
O Morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu kata atau ayat minimum.
Morfem juga dipanggil kata tanpa imbuhan.
O Contohnya seperti budak, dewasa, kapal dll.

2. Morfem terikat
O Bentuk morfem yang memerlukan bantuan daripada morfem lain,
khususnya morfem bebas untuk berdiri sendiri sebagai kata.
O Contoh
O Awalan : di-…, ter-…, ke-…, dll.
O Sisipan : -el-, -em-, -in-, -er-,
O Apitan : ke-…-an, me-…-kan, dll.
O Akhiran : …-an, …-i, …-kan.
O Morfem terikat terbahagi kepada tiga
1. Morfem terikat satuan
O Ialah morfem yang utuh dan tidak boleh dipisah-
pisahkan. Seperti ter-, me-, di-, dll.
2. Morfem terikat terbahagi
O Morfem yang boleh dipisah-pisahkan atau
dibahagikan oleh tersisipnya kata dasar di
antaranya. Contohnya, ke-…-an, per-…-an, dll.
3. Morfem terikat kompleks
O Gabungan dua atau lebih morfem terikat dalam
sesuatu kata dan gabungan berlaku pada awalan
sahaja.
morfofonem
O Perubahan yang berlaku dalam penggabungan
morfem.
O Ciri bunyi yang hadir apabila imbuhan
digabungkan dengan kata dasar.
O N dan R
KATA
O Satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi
makna, yang terdiri daripada satu gabungan
beberapa bentuk bunyi bahasa
O Kata akar
O Kata dasar
O Kata tunggal
O Kata terbitan
O Kata majmuk
O Kata ganda
O Frasa (tidak adil, ambil alih)
Latihan
O Kenal pasti jumlah morfem yang terdapat dalam perkataan di
bawah:
mempertanggungjawabkan berkesinambungan
pawagam penyalahgunaan
kegemilangan menganaktirikan
kedayaserapan bergemerlapan
kebolebacaan mencampuradukkan
gunung-ganang bermati-matian
berpaling tadah fotosintesis
telekomunikasi hiruk-pikuk
cenderamata diperindahkan
menjelajah perhilitan
Proses morfologi
O Pengimbuhan
O Penggandaan
O Pemajmukan
O Pengakroniman

Anda mungkin juga menyukai