Anda di halaman 1dari 42

1

HASIL PEMELAJARAN

• Pelajar dapat:

> merumuskan maksud morfologi


> membandingkan morfologi dengan leksikografi,
etimologi, dan sintaksis
> mengenal pasti cara mengenal morfem
> menghuraikan morfem dan jenisnya
> membedakan kata dengan morfem

2
MORFOLOGI

 Morfologi berasal daripada bahasa Greek, iaitu :

morf = bentuk
logos = ilmu

 Ilmu yang mengkaji soal yang berhubung dengan :

- selok belok bentuk kata


- kemungkinan adanya perubahan golongan kata
( fungsi gramatik )
- kemungkinan perubahan makna kata akibat daripada
perubahan bentuk kata ( fungsi semantik )

3
MORFOLOGI DAN LEKSIKOLOGI

Morfologi Leksikologi
( morphology) ( lexicology )

Mengkaji struktur, bentuk dan Mengkaji dan menganalisis kosa kata


golongan serta makna dan evolusinya.
kata dan makna yang wujud akibat
peristiwa gramatis.
Contoh :
Contoh :
Runcing : berhujung tajam
Runcing (KA) Keruncingan : perihal runcing
Keruncingan (KN) Meruncingi : meraut
Meruncingi (KKT) Meruncingkan : membuat jadi runcing
Meruncingkan (KKT)

4
Contoh lain

Bermasak : yang sudah masak


Bermasak-masak : sedang memasak lauk-pauk
Bermasakan / bermasak-masakkan : sedang masak ( buah-buahan )
Memasak / mempermasakkan : mengolah makanan supaya masak
Memasak-masak : membuat pelabagai kuih
Masak-memasak : hal / urusan memasak makanan
Memasakkan : memasak untuk orang lain atau
menjadi masak
Masakan : apa-apa yang dimasak
Pemasak : orang yang memasak
Pemasakan : hal memasak
Semasak : selama masa yang perlu

5
MORFOLOGI DAN ETIMOLOGI

MORFOLOGI ETIMILOGI

Menyelidik peristiwa / kejadian Mengkaji / menyelidik asal usul


umum yang dapat dikatakan sesuatu kata secara khusus.
sebagai sistem bahasa.

Contoh : Contoh :

melupakan-dilupakan kena-berkenan
melupai-dilupai lupa-alpa
memberi-diberi lekuk-keluk
memberi-diberikan cilik-kecil
kata-mengatakan saya-sahaya
nyata-menyatakan psikologi
wisma

6
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

MORFOLOGI SINTAKSIS

Mengkaji morfem dan kata Mengkaji frasa, klausa, ayat


dan wacana.
Contoh :
Aminah akan mengadakan Contoh :
Perjalanan jauh. Aminah akan mengadakan
perjalanan jauh.
Aminah : satu morfem
akan : satu morfem Aminah : subjek
mengadakan : tiga morfem akan mengadakan : predikat
meN- perjalanan jauh : frasa objek
ada
kan Hubungan kata tidak dengan
perjalanan : dua morfem
per….an adil
jalan mampu
jauh : satu morfem serasi
cukup
unsur ke…an dengan
tidak adil, tidak mampu, tidak serasi…

7
MORFOLOGI

FOKUS KAJIAN

STRUKTUR KATA
Susunan bunyi ujaran / tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna

BENTUK KATA
Rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau terbitan daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan

PENGGOLONGAN KATA
Penjenisan kata berasaskan persamaan bentuk / rupa dan fungsi /
Peranan dengan anggota lain dalam golongan yang sama

8
MORFEM

 Unit tatabahasa / bentuk yang paling kecil

 Bentuk yang bermakna leksikal atau fungsian

 Tiada bentuk lain sebagai unsurnya

ditendang

di + tendang ialah morfem kerana tiada lagi bentuk lain yang


lebih kecil daripada bentuk di dan tendang

9
ALOMORF

baja membaja

tadbir mentadbir

meN + asas mengasas

langgar melanggar

had mengehad

 meN ialah morfem. Apabila meN ini hadir dengan bentuk


lain ( morfem bebas), maka perubahan bentuk terjadi akibat
kehadiran fonem awal yang dilekatinya.

10
 Makna morfem ini tetap, walaupun bentuknya berubah,
iaitu melakukan pekerjaan seperti makna kata dasar.

 Oleh itu, bentuk me, men, mem, meng dan menge


merupakan anggota meN. Anggota morfem seperti ini
disebut alomorf, dan setiap unsur itu disebut morf.

 Alomorf ( allomorph ) ialah kelainan yang tidak distingtif


yang merupakan anggota daripada satu morfem.

 Distingtif ialah sifat pembeda ciri sesuatu unit linguistik


yang membedakan satu unit linguistik dengan unit
linguistik yang lain.

11
CARA MENGENAL MORFEM

 Morfem dapat dikenali melalui prinsip tertentu

 Salah satu prinsip yang popular ialah analisis konstituen


terdekat, analisis unsur langsung atau IC ( Immediate
Constituent ), iaitu :

Unsur yang secara langsung dapat


membentuk suatu bentuk yang lebih besar

12
 Caranya, mencari bentuk yang satu tingkat lebih kecil
daripadabentuk yang dianalisis, berasaskan penggunaannya
oleh penutur jati bahasa itu.

 Misalnya bentuk kepanasan. Berasaskan paradigma, kita dapat


tentukan bahawa bentuk dasarnya ialah panas. Jika kita
gunakan kaedah mencari, mungkin kita memperoleh bentuk
satu tingkat lebih kecil, iaitu kepanas atau panasan.

 Oleh sebab bentuk ini tidak digunakan oleh penutur jati bahasa
Melayu, maka bentuk ini sewajarnya ditolak. Bentuk yang lebih
wajar ialah panas.

13
 Cara pembentukannya dapat digambarkan seperti berikut :

ke panas an

kepanasan

 Bentuk kepanasan mengandung dua morfem, iaitu ke….an


dan panas

men jalan kan

menjalankan

14
JENIS MORFEM

Morfem Bebas

Morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu kata, dan mempunyai
makna yang tersendiri, serta berfungsi dalam ujaran. Bentuk ini tidak
memerlukan kata lain. Contoh :
ikan, meja, baju, kertas, manusia, jalan

Morfem Terikat

Morfem yang tidak boleh berdiri sendiri sebagai kata, dan hanya wujud
sebagai imbuhan yang digabungkan dengan morfem lain untuk
membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :

ber + jalan = berjalan


tulis + kan = tuliskan
ke + tulang + an = ketulangan

15
Morfem Dasar

Morfem berfungsi sebagai dasar untuk membentuk morfem yang lebih


besar, iaitu kata terbitan. Contoh:
ber + buru = berburu
buru ialah morfem dasar untuk kata berburu

ke + adil + an = keadilan
adil ialah morfem dasar untuk kata keadilan
Morfem Kecuali
Morfem yang kehadirannya tidak menjejaskan morfem dasar yang
dilekatinya. Contoh:

mem + berangkat + kan


berangkat + kan
berangkat
Morfem mem dan kan ialah morfem kecuali

16
Morfem Wajib

Morfem yang perlu dilekatkan morfem lain untuk membolehkannya


berfungsi dalam ujaran. Contoh :

juang daya juang


berjuang
memperjuangkan
perjuangan

temu temu duga


janji temu
temu janji
bertemu
menemukan
menemui

kesejukan kesejuk
sejukan

ke dan an tidak berfungsi jika salah satunya tiada

17
Morfem Tidak Wajib

Morfem yang tanpa kehadirannya, morfem lain masih boleh berfungsi


dalam ujaran. Contoh :

di dimakan

Morfem Tertutup
Morfem yang tidak menerima morfem lain untuk membentuk kata yang
berfungsi dalam ujaran. Contoh :

yang
dan
bahawa
berkepemimpinan
berkesudahan

18
Morfem Terbuka

Morfem yang masih memungkinkan morfem lain untuk melekat pada


morfem itu, dan dapat menerbitkan makna lain. Contoh :
kesudahan > berkesudahan
pemimpin > kepemimpinan
banyak > kebanyakan
bersih > kebersihan
indah > keindahan
> memperindah
Morfem Unik

Morfem yang kehadirannya terhad pada morfem tertentu sahaja. Contoh :


kering kontang
pucat lesi
merah menjahang
hitam legam

Kontang, lesi, menjahang dan legam tidak dapat digabungkan dengan


unsur lain.
19
Morfem Intonasi

Pola intonasi yang membedakan pelbagai jenis ujaran. Contohnya


intonasi menaik dalam ayat tanya tanpa kata tanya. Contoh :
Sudah bertunang ?
Anda hendak makan ?

Morfem Terbahagi

ke + ada + an > keadaan


mem + besar > membesar
mem + besar + kan > membesarkan
mem+ per + besar > memperbesar
pe + pimpin > pemimpin
ke + pe + pimpin + an > kepemimpinan
meng + ubah > mengubah
ubah + kan > mengubahkan
me + tunjuk +kan > menunjukkan

20
Morfem Kosong

Morfem yang berubah fungsi tatabahasa dengan tidak mengubah bentuk.


Contoh :

deer deer = rusa


sheep sheep = kambing biri-biri
saudara saudara

Deer dan sheep tunggal atau jamak sama sahaja. Begitu juga saudara
yang bermaksud tunggal dengan saudara yang bermaksud jamak.

Morfem Tunggal: morfem yang rediri daripada satu morfem. Contoh:

duduk, bangun, makan, minum, jatuh

Morfem Kompleks
Morfem yang terdiri daripada dua morfem atau lebih. Contoh :
temu duga, perjalanan, ketua polis negara

21
IMBUHAN

 Unit/unsur tertentu (morfem terikat) yang ditambah/dilekatkan


pada unsur/bentuk lain, sama ada bentuk dasar atau bentuk akar
kata untuk mewujudkan satu kata lain, yang berfungsi dalam
ujaran, serta mengakibatkan perubahan makna ketatabahasaan
kata baharu yang terhasil itu.

 Jenis imbuhan dapat diasaskan kepada tiga kriteria, iaitu:


posisi, keproduktifan, asal.

 Berasaskan posisi, imbuhan dapat dibahagikan kepada lima,


iaitu : awalan, akhiran, sisipan, apitan, dan gabungan.

22
 Awalan ialah imbuhan yang diletakkan di awal kata akar atau kata dasar
untuk membentuk kata.

ber + tambah > bertambah


ter + senyum > tersenyum
mem + bantu > membantu
pe + laksana > pelaksana
per + sada > persada

 Akhiran ialah imbuhan yang diletakkan di akhir kata akar atau kata dasar
untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :

lari + an > larian


gemar + i > gemari
sejuk + kan > sejukkan
butir + an > butiran
awas + i > awasi
mandi + kan > mandikan

23
 Sisipan ialah imbuhan yang diletakkan di tengah kata akar atau
kata dasar ( morfem dasar yang dimulai konsonan ) untuk
membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
er + gigi > gerigi
em + guruh > gemuruh
el + gegar > gelegar
in + sambung > berkesinambungan

 Apitan ialah imbuhan yang terdiri daripada gabungan serentak


awalan dan akhiran untuk mengiringi kata akar atau kata dasar
( pengimbuhan serentak ) untuk membentuk kata yang berfungsi
dalam ujaran. Contoh :
ke + aib + an > keaiban
pe + laksana + an > pelaksanaan
me + tunjuk + kan > menunjukkan
me + wujud + kan > mewujudkan
ke + silap + an > kesilapan

24
 Gabungan ialah imbuhan yang terdiri daripada dua atau lebih imbuhan
yang tidak perlu hadir serentak untuk membentuk kata yang berfungsi
dalam ujaran. Contoh:
mem + per + lebar > memperlebar
mem + per + indah > memperindah
di + per + luas > diperluas
 Berasaskan keproduktifan, imbuhan dilihat dari sudut produktif dan
nonproduktif. Imbuhan produktif ialah imbuhan yang mempunyai
keupayaan untuk dilekatkan pada morfem lain untuk membentuk kata
yang berfungsi dalam ujaran.

meN me + ledak > meledak, men + ternak > menternak


mem + bawa > membawa, meng + galas > menggalas,
menge + ram > mengeram

di di + jual > dijual, di + guna + kan > digunakan.

an lapis + an > lapisan, suku + an > sukuan.

25
 Imbuhan nonproduktif ialah imbuhan yang tidak berkeupayaan untuk
dilekatkan pada morfem lain. Contoh :
el + tunjuk > telunjuk, em + gilang > gemilang, er + gigi > gerigi

 Berdasarkan asalnya, imbuhan dapat dibahagikan kepada dua, iaitu


imbuhan asli dan imbuhan pinjaman.

 Imbuhan asli ( jati ) ialah imbuhan yang berasal daripada bahasa ibunda
penutur. Contoh dalam bahasa Melayu ialah :

ber + rantai > berantai


me + nanti > menanti
ter + cinta > tercinta
per + tapa > pertapa
pe + laris > pelaris
di + sunting > disunting
hangat + kan > hangatkan
akhir + i > akhiri
ed + gebuk > gedebuk
ke + gelap + an > kegelapan

26
 Imbuhan asing ialah imbuhan yang belum berupaya keluar daripada
lingkungan bahasa imbuhan itu. Contoh :

hadir + in > hadirin, hadir + at > hadirat, muslim + in > muslimin,


muslim + at > muslimat, ustaz + ah > ustazah

 Imbuhan serapan ialah imbuhan yang berasal daripada bahasa lain


( yang bukan bahasa penutur ) tetapi imbuhan ini sudah dianggap sebati
dengan bahasa penutur, iaitu imbuhan ini sudah berupaya keluar daripada
lingkungan bahasa asal.

budaya + wan > budayawan


seni + man > seniman
karya + wan > karyawan
seni + wati > seniwati
harta + wan > hartawan
derma + wan > dermawan

27
KATA

 Kata mempunyai ciri yang berikut:

 Satuan bebas yang paling kecil


 Dua satuan bebas, iaitu satuan fonologi dan satuan gramatis
 Mempunyai makna lengkap
 Dapat berdiri sendiri dalam ayat

 Satuan fonologi bermaksud kata terdiri daripada satu atau beberapa


suku kata, dan suku kata itu sendiri terdiri daripada satu atau beberapa
fonem yang wujud sebagai unsur atau konstituen dalam ayat. Contoh :

ber + ma + lam > 3 suku kata


ber > 3 fonem /b/, /e/, /r/
ma > 2 fonem /m/, /a/
lam > 3 fonem /i/, /a/, /m/
bermalam > 8 fonem

28
 Satuan gramatis bermaksud kata terdiri daripada satu atau beberapa
morfem yang wujud sebagai unsur atau konstituen dalam ayat. Contoh :
bermalam > 2 morfem
ber + malam
kemalaman > 2 morfem
ke…an + malam
berkepemimpinan > 4 morfem
ber, ke….an, pe + pimpin

 Satuan fonologi dan satuan gramatis ini menunjukkan bahawa definisi


kata berdasarkan kriteria :

- makna
- fonologi ( tanda sebagai gabungan arbitrari antara representasi
fonologi yang utuh dan distingtif dengan makna )
- fungsi sebagai unsur minimum yang bebas

29
 Pokok kata bermaksud satuan yang tidak dapat berdiri dalam ujaran
biasa, dan secara gramatis tidak bersifat bebas.

 Satuan ini tidak termasuk dalam golongan imbuhan kerana satuan ini
mempunyai sifat tersendiri, dan dapat dijadikan bentuk dasar. Contoh :

temu > bertemu


juang > pejuang, berjuang
tawa > ketawa
ambil > ambilan, mengambil
main > bermain, mainan
jabat > jabatan, pejabat
baca > membaca, bacaan
sandar > penyandar, bersandar
alir > aliran

30
 Berikut ialah contoh kata satuan bebas :

kertas, baju, mentah, nasi, jagung, kenegaraan, warganegara,

tanggungjawab, tamadun, ketidakadilan, kebahagiaan, kesedihan,

kesepakatan, berdarmawisata, sabun, dirgahayu, kesinambungan,

toksid, abstrak, tekal, lestari, matra, citra, matahari, bulan,bintang,

dewa, raja, menteri, sultan, sabut, indah, cantik, menawan, buku,

almari, berkelah, menghadap, bertanya, pintu, belakang, hadapan,

pagar, rumah, batu, anjung, bumbung, tangga, kereta api, alat


tulis…

31
 Berikut ialah contoh kata yang bukan satuan bebas, tetapi bersifat satuan
bebas. Oleh itu, dianggap satuan bebas :

dari, daripada, sangat, amat, paling, nian, begitu, kepada, kerana


oleh, sebagainya, juga, sungguhpun, sekalipun, namun, pada, paling,
walau, bagaimana, dapat, boleh, ialah, adalah, maka, al-kisah, memang,
biar, jika, jikalau

 Berikut ialah contoh dua satuan bebas :

jatuh hati, masuk hantu, rampas kuasa, tumbuk rusuk, luar musim,
racun serangga, luar negara, rumah sakit, rumah putih

32
BENTUK KATA

 Dari segi bentuknya, kata dapat dibahagikan kepada empat iaitu:


 kata dasar
 kata berimbuhan
 kata berulang
 kata majmuk

 Kata dasar ialah kata akar yang menjadi dasar kepada sesuatu kata. Kata
dasar mungkin berupa :

kata,
pokok kata,
frasa,
kata + kata
kata + pokok kata,
pokok kata + pokok kata

33
 Contoh bentuk kata dasar :

Bentuk akar / Bentuk dasar


dasar
pakai pakaian berpakaian
sudah kesudahan berkesudahan
oleh peroleh pemerolehan
tua ketua pengetua
ke tepi mengetepikan
anak tiri dianaktirikan

34
 Kata berimbuhan ialah kata yang mengalami perubahan
bentuk akibat kehadiran imbuhan pada awal, tengah, atau
akhir sama ada secara gabungan atau apitan. Contoh :

me + tarik > menarik


el + getar > geletar
masak + kan > masakkan
ke + asli + an > keaslian
Masak + an > masakan

35
AKAR pertapaan

daratan
KATA TUNGGAL
pengeposan
DASAR
YANG
MENERI keberkesanan
MA TERBITAN keberuntungan
IMBUHA
N berdaya serap
MAJMUK keibubapaan

ketidaksempurnaan
RANGKAI KATA ketidakmampuan

36
KATA GANDA

 Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang diulang
atau digandakan sebahagian atau seluruhnya

 Berdasarkan ini, kata ganda dapat dibahagikan kepada empat jenis,


iaitu :

 Kata ganda seluruh ( pengulangan dwilingga ). Contoh :

pohon-pohon
kuda-kuda
kejadian-kejadian
kegiatan-kegiatan
fikiran-fikiran
mata-mata
rama-rama

37
 Kata ganda separa ( pengulangan dwipurwa ) Contoh :

tangga tetangga
tamu tetamu
luhur leluhur
tirah tetirah

 Kata ganda berirama. Contoh :

gerak-gerik
sayur-mayur
batu-batan
lauk-pauk

38
Kata ganda berimbuhan ( pengulangan dwilingga
berimbuhan ).

Contoh :

bermanja-manja
tarik-menarik
tali-temali
melihat-lihat

39
MORFOFONEMIK

• Kajian tentang peristiwa perubahan fonem akibat pertemuan morfem


dengan morfem yang menghasilkan kata, dan kata dengan kata yang
menghasilkan frasa.

• Morfofonemik dapat dibahagikan kepada dua, iaitu :

 morfofonemik kata
 morfofonemik frasa

• Morfofonemik kata ialah perubahan fonem akibat pertemuan morfem


yang mewujudkan kata. Contoh :

me + tari = menari
me + tulis = menulis
me + sayang = menyayang
me + suci = menyuci

40
• Morfofonemik frasa ialah perubahan fonem akibat satu
kata yang diikuti kata lain yang mewujudkan frasa.

•Contoh :

putito = telur
mohutodu = busuk
putitaa mohutodu = telur busuk

41
KESIMPULAN

• Morfologi ialah ilmu yang mengkaji soal yang ada hubungannya


dengan selok belok bentuk kata, fungsi gramatik dan fungsi semantik.
• Morfologi berbeda dengan leksikografi, etimologi dan sintaksis.
• Morfem dapat dikenal pasti menerusi ciri tertentu.
• Antara jenis morfem ialah morfem bebas, terikat, dasar, wajib, tidak
wajib, terbuka, intonasi, dan kosong.
• Imbuhan terbahagi empat, iaitu awalan, sisipan, akhiran dan apitan.
• Dari segi bentuk, kata terdiri daripada kata dasar, kata berimbuhan,
berulang dan majmuk.

42

Anda mungkin juga menyukai