Anda di halaman 1dari 16

ASAS KERJAYA DAN

MEMAHAMI DIRI MURID


KONSEP MEMBINA GAYA HIDUP
LOGIK PERSENDIRIAN DAN GAYA HIDUP
INDIVIDU
Menurut Alder (1870-1937), logik persendirian
bermaksud idea dan kepercayaan yang diperolehi
seseorang individu melalui proses apersepsi secara
subjektif daripada pengalaman dahulu.
Individu membina gaya hidup yang unik daripada
interpretasi apersepsi ini dan menggambarkannya
dalam personaliti dan tingkah laku diri sendiri.
Ini bermakna individu bertindak berdasarkan apa
yang mereka percaya dalam proses apersepsi ke atas
pengalaman dahulu.
Individu membentuk konsep kendiri dan konsep
terhadap kehidupan yang dapat memberikan panduan
atau pola gaya hidup mereka masing-masing.
Gaya hidup individu pula dibentuk oleh kanak-kanak
ketika umur 5 tahun.
Beliau berpendapat gaya hidup ini merupakan strategi
yang mana setiap individu mengatur dan
menggunakannya untuk menangani perasaan
inferioriti.
Strategi individu boleh berbentuk kesenian atau
intelektual, menguasai atau membuli orang, berpura-
pura sakit sebagai senjata mendapat perhatian dan
kasih sayang, dan sebagainya.
Perkembangan personaliti adalah dipengaruhi oleh
kedudukan individu dalam sesebuah keluarga dan
cara-cara asuhan kanak-kanak oleh ibu bapa mereka.
Faktor-faktor yang membentuk konsep kendiri negatif
ialah penyakit dan kecacatan fizikal, terbiar,
kekurangan kasih sayang dan manja yang keterlaluan
semasa peringkat kanak-kanak.
INFERIORITI KOMPLEKS DENGAN GAYA
HIDUP INDIVIDU
Inferioriti kompleks dihuraikan oleh Adler untuk
menganalisis sekumpulan idea dan perasaan yang
timbul sebagai respons individu berdasarkan
kekurangannya.
Istilah ini digunakan untuk mewakili perasaan yang
tidak berharga termasuk kekurangannya yang
membawa akibat kehilangan penghargaan kendiri
atau bertingkah laku agresif.
Menurut Alder, individu yang mengurungkan diri
dalam rumah tanpa hubungan di luar akan mengalami
inferioriti kompleks akibat kekurangan minat
terhadap seks dan hubungan sosial.
Individu yang mengalami kekurangan ini, termasuk
keadaan miskin, akan berusaha memotivasi diri untuk
mendapat penghargaan kendiri atau superioriti
sebagai pampasan untuk kekurangannya.
Jika usaha ini gagal, individu itu akan mengalami
inferioriti kompleks.
MINAT DAN NILAI SOSIAL DENGAN GAYA
HIDUP INDIVIDU
Minat sosial yang mengandungi nilai altruisme adalah
subur dan dipupuk dalam keluarga.
Kanak-kanak yang tidak mempunyai minat sosial
akan menghadapi penyinggaran sosial dan
mempunyai masalah emosi, termasuk kesedihan.
Ramai orang yang meminta perkhidmatan kaunseling
terdiri individu yang kerap kali terasa kesepian,
kesinggaran dan kesunyian.
Kesihatan mental diukur dengan kuantiti nilai sosial
yang dipunyai oleh seseorang individu.
Ciri-ciri kesihatan mental ialah kerjasama dengan
orang lain sebagai ahli komuniti, keyakinan
berinteraksi dengan kumpulan atau mana-mana
situasi sosial, dan berupaya memberi sumbangan
kepada komuniti yang dirinya berinteraksi, termasuk
nilai keberanian.
Berdasarkan istilah Alder, keberanian merangkumi
maksud aktiviti dan minat sosial.
Individu yang mempunyai minat sosial biasanya
digalakkan bertindak dengan kepentingan sosial.
Maka, mereka mempunyai kehormatan dan
keyakinan kendiri kerana tindakannya adalah
berlandaskan kepentingan sosial dan bukan
kepentingan diri sendiri.
Individu yang mempunyai kesihatan mental dan
kepentingan sosial akan mengkonsepsikan diri sebagai
kedudukan sosial yang samarata dan sedia memberi
sumbangan yang bermakna kepada keluarga,
komuniti, masyarakat dan negara.
Individu yang memperolehi nilai dan kepentingan
sosial didapati :
Melayan orang lain sebagai kedudukan sosial yang
samarata.
Merasa sama kedudukan dengan orang lain.
Berorientasi kepada kerja.
Bertingkah laku megikut norma (common sense) dan
atas permintaan keadaan.
Memperolehi perasaan sebagai ahli masyarakat dan
integrasi dirinya dalam interaksi sosial.
TUGASAN HIDUP DAN GAYA INDIVIDU
Menurut Alder, terdapat tiga tugasan hidup yang
utama dalam seseorang individu :
Kerjaya
Persahabatan
Kasih sayang
Tugasan hidup boleh dicapai dengan adanya
kehidupan sosial dan sahabat-sahabat, kerjaya, dan
membina rumahtangga dan melahirkan zuriat.
Apabila menghadapi inferioriti kompleks, gangguan
psikologikal mereka akan timbul.
Ini akan menghindar perkembangan nilai sosial dan
seterusnya menggerakkan usaha bertujuan mencapai
superioriti individu.
Tindakan individu ini akan menjadi halangan
menunaikan tugasan hidup secara sempurna.
Apabila matlamat superioriti individu ditentukan
secara tak realistik dan sukar dicapai, maka
mekanisme helah bela diri akan digunakan untuk
memberi sebab kegagalannya.
Sebab-sebab ini adalah dimanifestasikan di bawah
tanda-tanda neurotik dalam tingkah laku individu
iaitu logik persendirian individu.
Misalnya, seorang murid yang berkeyakinan dirinya
murid terbaik mungkin mengalami migrain apabila
mendapati pencapaian akademiknya sebenarnya
tidaklah seperti yang difikirkan.
Psikotiks melepaskan diri daripada kehidupan sosial
yang logikal dan masukkan dirinya dalam dunia
halusinasi dan delusi yang sesuai dengan logik
persendirian mereka.
Neurotiks dan psikotiks dimotivasikan oleh
kepentingan diri masing-masing.
Psikopath menolak secara terbuka amalan yang
diterima umum.
Mereka bukan sahaja mengutamakan kepentingan
diri tetapi juga tidak mempunyai hati nurani.
Kesimpulannya, apabila individu tidak berupaya
menyempurnakan tugasan hidup, dia akan menjadi
neurotik.
Individu itu akan menggunakan helah bela diri untuk
menjaga air muka mereka.
Punca masalah asas ialah perasaan inferioriti (rendah
diri) yang diwarisi semasa peringkat kanak-kanak,
sama ada telah dimanja, dikritik atau diketepikan.
Sekian, terima kasih…