Anda di halaman 1dari 7

SIMPTOM KECELARUAN PERSONALITI

A. Simptom-Simptom atau Gejala-Gejala bagi Kecelaruan Personaliti Antisosial.

Terdapat pelbagai simptom yang berlaku terhadap indivu atau pesakit disebabkan oleh
kecelaruan personaliti anti sosial ini seperti tidak mempunyai rasa bersalah atau risau
jika melakukan kesalahan seperti menggangu orang lain, merosakkan harta benda
awam dan sebagainya.

Selain itu individu yang mengalami kecelaruan ini, akan melakukan sesuatu perkara
tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Mereka yang berpesonaliti antisosial akan bertingkah laku impulsif dan tidak mampu
menghadapi kegagalan. Mereka merasakan setiap perkara yang mereka lakukan tidak
akan mengalami kegagalan.

Mereka yang mengalami kecelaruan antisosial juga sering memanipulasi orang lain.
Selalunya mereka yang mempunyai personaliti antisosial mempunyai kebolehan
interpersonal yang baik seperti menarik, pandai mengambil hati dan mampu
menyakinkan orang lain untuk menurut apa yang mereka kehendaki. Ramai juga penipu
yang mempunyai personaliti antisosial, sehingga tanpa berfikir panjang mangsa boleh
menyerahkan kesemua wang atau barang kemas kepadanya.

Mengikut Cleckly (1976) dan McCocd(1964), penghidap penyakit antisosial cepat bosan
dengan sesuatu atau keadaan namun mereka mempunyai perasaan yang kuat untuk
mencari sesuatu yang baru. Mereka boleh membuat tanggapan pertama dengan baik.
Seseorang pesakit anti sosial dengan tanpa kesedaran suka menakutkan atau
merosakkan orang lain bagi memenuhi perasaannya. Mereka pandai menpengaruhi
orang lain supaya memikirkan bahawa mereka adalah orang normal walhal mereka
mempunyai pemikiran yang tidak matang, pendirian yang goyah, dan tidak
menghiraukan kesenangan dan kepentingan orang lain.
B. Simptom Kepada Kecelaruan Pinggiran

Mereka yang mempunyai kecelaruan ini dicirikan oleh dorongan impulsif dan tidak
boleh diramal. Mereka memiliki peribadi yang tidak stabil, cepat marah, hampir sentiasa
mahu bersama dengan orang lain, tidak mempunyai identiti yang jelas, dan berasa
sunyi. Mereka sering terlibat dalam tingkah laku dalam tingkah laku menghancurkan diri
sendiri seperti memandu dengan bebahaya, mengambil dadah, seksual yang beisiko
dan ganas.

Daripada segi kognitif meeka inimengalami ganguan identiti. Penghuraian tentang diri
mereka kabur dan mengelirukan. Mereka sering menderita perubahan identiti,
menganggap dunia ini bahaya dan ganas. Mereka berasa diri mereka berada dalam
keadaan lemah dan tidak berupaya.

C. Simptom Kepada Kecelaruan Personaliti Histrionik

Mereka yang mempunyai kecelaruan ini cenderung mencari rangsangan dan


keseronokan dalam hidup mereka. Mereka memberi fokus pada tingkah laku dan wajah
mereka dengan tujuan untuk menarik dan mengekalkan minat orang lain pada dirinya.

Mereka kelihatan menarik, ceria dan mempunyai ciri-ciri seorang ekstrovert yang
berusaha menjadi pusat tumpuan dan perhatian orang lain. Apabila tidak dapat
perhatian mereka berasa tidak dilayan dengan adil dan berasa marah.

Daripada segi sosial mereka hanya ingin mendapatkan pengesahan dan penerimaan
ataupun pujian daripada rakan dan keluarga.

D. Simptom Kepada Personaliti Narkisistik

Mereka yang mempunyai kecelaruan ini sentiasa berusaha mendapatkan kuasa dan
kekayaan, tidak bertolak ansur pada kegagalan, berusaha bersungguh-sunguh
mengekalkan kekayaan dan kuasanya. Mereka mempunyai perasaan senstif apabila
dikritik, cepat marah, cepat bimbang, panik dan murung.
Mereka suka berfantasi tentang kekayaan, kuasa kecantikan , cinta dan kehebatan
yang tidak terbatas.

Mereka ini juga sering memilih dalam hubungan sosial kerana mereka yang mengalami
kecelaruan ini hanya bersahabat dengan orang yang boleh menguntungkan mereka
sahaja.

FAKTOR KECELARUAN PERSONALITI

A .FAKTOR BAKA/GENETIK
Faktor genetik merujuk kepada faktor baka. Secara umumnya baka ibu bapa akan
mempengaruhi personaliti anak-anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan,
keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya.

I. Menurut Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang adalah berkaitann rapat


dengan bentuk tubuh badannya. Beliau telah menggolongkan bentuk badan
manusia kepada tiga kategori, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf, yang
berkaitan dengan ciri-ciri personaliti. Jadual dibawah menerangkan serba
ringkas berkenaan dengan perkaitan antara bentuk tubuh badan manusia
dengan ciri-ciri personaliti yang berkenaan.
II. Selain daripada bentuk badan, keadaan fizikal, khasnya penyakit seperti
lelah(asma), kencing manis dan sebagainya, yang kebanyakkannya
disebabkan oleh faktor genetik, pula mempengaruhi kecelaruan personaliti
seseorang. Seseorang kanak-kanak yang kerapkali jatuh sakit dan tidak
dapat menyertai segala aktiviti sosial dan lambat laun akan membantutkan
perkembangan sosialnya. Hal ini akan mempengaruhi personalitinya.
Kebiasaannya individu ini mempunyai personaliti introvert dan bersifat
pendiam serta pemalu.
III. Sebagaimana yang diketahui umum, kecerdasan seseorang adalah
berkait rapat dengan baka ibu bapa. Oleh sebab itu, baka memainkan
peranan yang penting dalam pembentukan dan perkembangan personaliti
seseorang. Misalnya, individu yang mempunyai darjah kecerdasan yang
tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi
bicara, berpewatakan bijaksana dan bersifat berani. Disamping itu,
kadangkala pelajar yang terlalu cerdas juga mengalami masalah penyesuaian
sosial. Ini adalah kerana kanak-kanak seperti itu mungkin berasa bongkak
dan dengan itu boleh menjadikannya tidak popular.

IV. Disamping itu emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi personaliti
seseorang. Seseorang individu yang mewarisi emosi yang tidak stabil akan
menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah. Manakala seseorang
individu yang mempunyai emosi yang lebih stabil serta dapat mengawal
perasaan kekecewaan merupakan seorang individu yang lebih popular serta
suka dihampiri oleh kanak-kanak yang lain.

B. FAKTOR PERSEKITARAN

Persekitaran memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi


personaliti seseorang individu. Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan
dan perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah,
rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya.

I. KELUARGA

Sesungguhnya pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang bermula


dalam keluarga. Bermula dengan keadaan ataupun suasana didalam rumah
tersebut. Suasana yang mesra dan harmonis boleh menggalakkan
perkembangan personaliti yang sihat. Perhubungan ibu bapa yang baik akan
menjamin suasana rumah yang tenteram yang amat diperlukan untuk
perkembangan personaliti seseorang individu tersebut.
Selain daripada itu, pemakanan juga mempengaruhi didalam
perkembangan personaliti seseorang itu. Makanan yang seimbang yang
disediakan adalah penting perkembangan secara menyeluruh bermula dari
peringkat kanak-kanak lagi. Tanpa makanan yang seimbang, mungkin akan
membantutkan perkembangan seseorang individu tersebut dan akan mengangu
didalam perkembangan personaliti seseorang itu.

Disamping itu, taraf sosioekonomi keluarga juga memainkan peranan


didalam pembentukan dan perkembangan personaliti. Kedudukan kewangan
sesebuah keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh
disediakan untuk anak-anaknya. Dengan adanya segala kemudahan yang
disediakan ini akan dapat memberikan pendedahan yang luas. Seseorang
individu yang memperoleh pencapaian akademik yang baik serta boleh bermain
pelbagai permainan dan alat muzik memang mempunyai aras keyakinan yang
tinggi berbanding dengan individu yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah.

i. KEBUDAYAAN

Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yeng berbeza.
Penekanan terhadap satu-satu nilai didalam sesebuah kebudayaan tertentu akan
mempengaruhi perkembangan personaliti. Didalam kebanyakan kebudayaan,
banyak ditekankan mengenai nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati,
bertoleransi, tolong-menolong dan banyak lagi nilai-nilai murni yang ditekankan.
Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan seperti ini tentu akan menjadi
seorang yang penuh kesopanan dan akan menonjolkan personaliti yang
seimbang.

ii. RAKAN SEBAYA

Rakan sebaya juga adalah merupakan salah satu faktor yang terpenting didalam
mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Ini kerana setiap rakan
sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga adalah orang kedua
terpenting selepas keluarga. Oleh sebab itulah kebanyakkan tindak tanduknya
dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Samaada nilai ataupun sikap yang
dibawa itu adalah yang positif ataupun yang negatif.

iii. MEDIA MASSA

Pada zaman yang moden membangun ini, media massa adalah merupakan
medium perhubungan yang terpenting didalam kehidupan seharian. Maka tidak
hairan jika media massa juga memainkan peranan yang penting didalam
membentuk perkembangan personaliti seseorang. Oleh sebab itu, pendedahan
kepada media massa yang sihat adalah penting untuk menjamin perkembangan
personaliti yang sihat. Jika sentiasa didedahkan kepada tayangan video atau
filem yang berunsurkan keganasan, kezaliman dan sebagainya, maka mereka
akan bertendensi untuk berkelakuan yang lebih agresif.

Rujukan

Ab. Alim Abdul Rahim (1994) ‘Pengantar Psikologi Bilazim’ Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Azizi Yahaya & Jamaluludin Ramli (2007) ‘Psikologi Abnormal’ Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor Darul Ta’zim.

Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub (2006) ’Psikologi Personaliti’ Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Bootzin, R. R., Bower, G. H., (1991). Psychology Today, An Introduction (7th ed.).
New York : McGraw-Hill.
Kagan, J. Lang, C.(1986). Psychology and Education. New York

Skinner, C. E.(1970). Educational Psychology, Prentice Hall of India, New Delhi.

Mok, S. S., (2001). Psikologi Pendidikan, Untuk Kursus Diploma Perguruan


Semester 1 (2nd ed.). Kuala Lumpur : Percetakan Sentosa.

Ee, A. M., (2001). Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan (3rd ed.).


Selangor : Fajar Bakti.

Nazurah Ngah.(2006,Spetember).Mak Su tak jemu ajar orang dewasa mengaji.


Retrieved September 14,2006, from

Anda mungkin juga menyukai