Anda di halaman 1dari 11

BBE 2072 PSIKOLOGI REMAJA

PERKEMBANGAN PERSONALITI
PENGENALAN Personaliti adalah sesuatu yang kompleks iaitu bersifat positif atau negatif. Amnya personaliti seseorang individu boleh dikenali mengikut : i. Cara Pergaulan ii. Temubual yang dilakukan iii. Gaya percakapan

DEFINISI PERSONALITI Bahasa Berasal daripada perkataan Latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka John B. Watson i. Personaliti sebagai keseluruhan dan jumlah aktiviti yang boleh ditemui melalui pemerhatian sebenar tingkah laku yang meliputi jangka masa yang panjang untuk memperoleh maklumat yang boleh dipercayai ii. Menekankan tingkah laku overt atau yang dapat dilihat. Manakala proses dalaman tidak memainkan peranan dalam perkembangan-perkembangan sahsiah Gordon Allport Penyusunan psikofizikal yang dinamik di dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaian dengan alam sekeliling Sigmund Freud i. Personaliti adalah hasil daripada integrasi struktur-struktur dalaman seperti id, ego dan superego ii. Keperluan manusia bukan setakat makan dan minum sahaja tetapi meliputi keperluan yang lebih luas seperti inginkan kasih sayang, keselamatan dan juga seks Cattell Personaliti adalah sesuatu yang membolehkan ramalan tentang apa yang akan dibuat oleh individu dalam sesuatu situasi tertentu. Personaliti adalah berkaitan dengan keseluruhan tingkah laku individu sama ada overt atau covert Eysenck

Personaliti adalah suatu organisasi watak, perangai intelek peribadi yang stabil dan menentukan penyesuaian individu yang unik dengan persekitaran. Beliau juga memberikan definisi personaliti sebagai keseluruhan pola-pola tingkah laku sesuatu organisma
TEORI PERSONALITI

TEORI HUMANISTIK

TEORI PEMBELAJARAN

TEORI PSIKOANALISIS

TEORI PERSONALITI

PERSONALITI MATANG

TEORI TRAIT

JENIS INTROVERT & EKSTROVERT

TEORI PERSONALITI HUMANISTIK

Diperkenalkan oleh Carl Rogers dan Abraham Maslow Manusia mempunyai keupayaan untuk membentuk nasib mereka sendiri untuk merancang sesuatu

TEORI PSIKOANALISIS Sifat dan tingkah laku didorong oleh suatu tenaga yang datang dari dalam diri. 3 unsur mempengaruhi personaliti i. Id ii. Ego iii. Superego

ID

Id dorongan biologikal dan tenaga naluri yang mendorong manusia bertindak bagi mencapai kepuasan tanpa mengira akibatnya. i. i. EGO Ego subsistem personaliti yang terbentuk melalui pengalaman seseorang dengan realiti. Tugas mengawal kehendak yang tidak dapat dipuaskan oleh id. SUPEREGO Superego mengawal secara keseluruhan kehendak id dan ego khasnya yang berkaitan dengan tingkahlaku yang salah dan berlawanan dengan kehendak masyarakat. Kegagalan superego adalah akibat konflik dalaman Bersifat semulajadi. Berada diperingkat di bawah sedar

TEORI TRAIT

Trait Sifat yang membezakan seseorang itu dengan individu yang lain dalam bentuk yang kekal dan konsisten. Sifat-sifat dalaman yang mempengaruhi tingkah laku seseorang. Pelopor teori trait : i. WILLIAM SHELDON ii. GORDON ALLPORT iii. RAYMOND CATTEL

TEORI TRAIT WILLIAM SHELDON

Jenis bentuk badan mempengaruhi pembentukan personaliti. TEORI TRAIT GORDON ALLPORT Trait - sifat semula jadi yang mengarahkan tingkah laku individu dengan kadar yang konsisten. 3 jenis trait : Kardinal Suatu disposisi yang mempengaruhi keseluruhan tingkah laku seseorang. Pusat Kejujuran, kesabaran, kebimbangan, ketegasan, agresif dan optimistik Sekunder Sifat yang mengawal tingkah laku seseorang secara spesifik

TEORI TRAIT RAYMOND CATTEL

2 jenis trait : Permukaan Mudah dikenalpasti daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang Sumber Sifat-sifat yang tidak dapat dilihat secara langsung tetapi boleh diketahui melalui faktor analisis.

TEORI JENIS Mula diperkenalkan oleh Hans J. Eysenck (1967) dan kemudiannya Carl Jung (1993) Menggunakan 2 dimensi personaliti: i. Introvert ii. Ekstrovert Berkaitan dengan keturunan dan latar belakang 4 jenis personaliti

Muram, cemas, tidak mudah Sesuai, gelisah, agresif, pemalu, berubah, tenang, terlalu positif, sikap yang berubah ubah dan berseorangan, tidak suka bergaul aktif dan pendiam Pasif, cemas, berwaspada, tenang, terkawal, boleh dipercayai dan tidak cepat marah. Gemar bergaul, gemar aktiviti luar, mudah bercakap, mudah bertindak balas, relaks, tidak mudah bimbang dan berupaya memimpin.

TEORI PERSONALITI MATANG

Mengikut Allport : Personaliti matang mempunyai kordinasi dan ketekalan Dalam apa keadaan/situasi sekalipun seseorang itu tetap individu yang sama Ciri-ciri personaliti matang menurut Allport : i. Mempunyai simpati terhadap individu lain. ii. Perhubungan yang mesra dengan individu lain. iii. Keselamatan emosi. iv. Celik akal kendiri. v. Orientasi yang realistik terhadap dunia. vi. Falsafah hidup yang bersepadu.

TEORI PEMBELAJARAN Tingkah laku dan pembentukan personaliti manusia adalah disebabkan oleh pengaruh persekitaran dan bukannya daripada jiwa atau dalaman.

Mengikut B.F Skinner : Melalui konsep : pemberian ganjaran dan peneguhan sama ada negatif atau positif dapat membentukan personaliti manusia. Mengikut Bandura : Melalui teori pembelajaran sosial: i. Manusia dapat mengawal kehendak dan tingkah laku sementara persekitaran boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang. Konsep ini dinamakan determinisme timbal balik.

i.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PERSONALITI

Baka Persekitaran FAKTOR BAKA Tingkah laku ibu bapa, tabiat, gaya bertindak, gaya perbualan dan kepandaian diturunkan kepada anak-anak. Secara saintifik, apabila terjadinya janin dalam kandungan ibu secara tidak langsung akan mewarisi gen daripada ibu bapa dan adunan tersebut menghasilkan blue print bagi personaliti. Berfungsi sebagai pembawaan dan potensi untuk berkembang. Berperanan menentukan ciri-ciri fizikal dan ciri tersebut memperolehi gerak balas daripada individu lain untuk membina konsep kendiri individu itu.

JENIS TUBUH BADAN Individu endomorf Mempunyai badan yang bulat. Cepat mesra dan suka bergaul dan mudah berinteraksi dengan orang lain. Individu ektomorf Kurus tinggi dan tidak suka aktiviti-aktiviti olahraga atau yang menggunakan stamina fizikal. Individu mesomorf Memiliki otot-otot dan tisu yang kuat dan suka menjadi olahragawan. Agresif dan suka riadah dan mempunyai tenaga yang banyak

KEADAAN FIZIKAL Bagi orang yang cacat fizikal biasanya menghadapi konflik dalam diri dan mereka selalu merasa malu apabila berada di samping orang ramai, bersifat rendah diri dan suka mengasingkan diri. - rajin membuat kerja dan mempunyai kebolehan dan potensi diri. Kanak-kanak yang terencat akal akan menghadapi masalah komunikasi dan masalah adaptasi

KECERDASAN Implikasi aras kecerdasan berbeza mengikut seseorang individu. Sikap guru, ibu bapa, rakan sebaya mempengaruhi persepsi, sikap dan perasaan kanak-kanak yang memiliki aras kecerdasan tertentu.

PERSEKITARAN Pengaruh yang besar ke atas pembentukan personaliti seseorang dan boleh mengatasi faktor baka atau perwarisan. Perkara-perkara baru yang boleh mengubah personaliti seperti gaya percakapan, kematangan pemikiran, cara pergaulan dll.

Faktor-faktor yang mempengaruhi : Pemakanan Pengalaman Awal Kanak-Kanak Pengaruh Media Massa Pendidikan di rumah Pengaruh Kawan / rakan sebaya Pengaruh Sosiobudaya Pendidikan di Sekolah Emosi Pengabaian Kanak-Kanak Pada Peringkat Awal Simbol Status

EMOSI Tergambar apabila seseorang individu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan. Bagaimanakah seseorang mengendalikan emosinya mempengaruhi persekitarannya? Emosi negatif boleh diubah dan boleh dipendam.

PENGALAMAN AWAL KANAK-KANAK Teori psiko-analisis mengemukakan pendapat bahawa pengalaman awal kanakkanak boleh meninggalkan kesan kepada perkembangan seseorang individu di kemudian hari. Freud menyatakan pengalaman pahit dan pedih boleh meninggalkan kesan negatif kepada personalitinya - Terapi

PENGABAIAN KANAK-KANAK PADA PERINGKAT AWAL Ibu bapa bertanggungjawab memberikan sepenuh kasih sayang dan pemerhatian kepada anak-anak. Ibu bapa bertanggungjawab menyemaikan rasa yakin diri dan rasa selamat di dalam jiwa anak-anak melalui sosiolisasi awal. PENDIDIKAN DI RUMAH Pendidikan yang paling awal. Berlainan ibu bapa atau penjaga - cara pendidikan yang diberi adalah berlainan. Keluarga adalah unit sosial di mana personaliti seseorang individu boleh bertumbuh dan berkembang. Struktur dan iklim kekeluargaan mempengaruhi personaliti kanak-kanak. PENGARUH KAWAN / RAKAN SEBAYA Menurut Kurt Lewin, lapangan hidup individu bertambah bilangannya dan bertambah kompleks apabila semakin meningkat usia. Peranan ibu bapa terhadap anak-anak semakin berkurangan apabila anak-anak tersebut ingin berkawan dan berbincang dengan rakan-rakan mengenai perkara yang hampir sama. Ibu bapa haruslah selalu mengawasi anak-anak mereka Tidak terpengaruh gejala yang tidak sihat.

PENGARUH SOSIOBUDAYA Pola personaliti asas juga dipengaruhi oleh tekanan-tekanan kebudayaan. Falsafah Pendidikan Negara Malaysia boleh dijadikan asas pembentukan personaliti rakyat Malaysia.

Penerapan nilai-nilai murni merupakan faktor budaya yang boleh mempengaruhi personaliti. PENDIDIKAN DI SEKOLAH Iklim sekolah membina personaliti murid-muridnya Personaliti guru mengalakkan gaya interaksi tertentu. Keadaan positif ini akan membentuk personaliti yang lebih positif.

PENGARUH MEDIA MASSA Pengaruh media massa baik yang berbentuk percetakan mahupun yang berbentuk elektronik boleh mempengaruhi seseorang. Media massa memberikan pengaruh yang baik dan buruk kepada perkembangan mental dan sosial kanak-kanak. PEMAKANAN Kanak-kanak yang tidak mendapat makanan / sarapan pagi yang mencukupi biasanya akan menghadapi masalah untuk menerima pembelajaran. Ibu bapa harus menyediakan makanan yang secukupnya dan seimbang. Islam mengutamakan makanan yang bersih tidak terdedah, tidak memabukkan dan juga sumber yang halal. SIMBOL STATUS Setiap individu berusaha untuk meninggikan prestasinya di hadapan individu lain seperti rakan sebaya, ibu bapa atau guru. Simbol status berbeza-beza mengikut tahap umur dan kumpulan sosial. Simbol status adalah perkara / imej yang boleh melambangkan kemegahan dan kelebihan pada diri seseorang.

RUJUKAN

1) Siri Bimbingan Diploma Perguruan Psikologi I (semester I), terbitan Fajar Bakti SDN. BHD tahun 1998. 2) Asas Psikologi Perkembangan, bab 13 halaman 171. 3) Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4) Mok Song Sang Psikologi Pendidikan Perguruan 5) Ee Ah Meng. Psikologi Pendidikan Dan Psikologi Perkembangan

Anda mungkin juga menyukai