Anda di halaman 1dari 39

TEORI PEMBELAJARAN

HUMANISTIK

Carl Rogers

Carl Rogers Carl Rogers (1902-1989) dilahirkan di Oak Park, Illinois, Amerika Syarikat. Beliau terkenal sebagai pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien serta psikoterap iyang bukan bersifat mengarah. Pada mulanya beliau belajar teologi dan kemudiannya beralih kepada psikologi klinikal serta psikologi pendidikan.

Carl Rogers berpendapat bahawa manusia pada dasarnya adalah baik


dan mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai potensi diri. Sebagai insan yang baik, jika dijurus kearah yang betul akan

berkembang secara positif, baik rohani dan jasmani.

Teori Pembelajaran Humanistik


Memberi tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diriseseorang individu seperti perasaan dan emosinya. Menekankan cara pemikiran, pengamatan dan interpretasiseseorang individu terhadap sesuatu tindakan dan tingkahlaku moral. Teori perkembangan moral dari segi humanis inimelihatkan kecenderungan semula jadi bagi mencapaihasrat diri dan potensi individu.

Teori Konsep Kendiri Carl Rogers

Carl Rogers(1950) mendefinisikan kendiri sebagai persepsidiri sendiri tentang minat, sikap, nilai dan kebolehan melihat persepsi orang lain terhadap diri sendiri dengan persekitaran.

Kendiri adalah persepsi yang dibelajari dan penaakulan moral yang mencukupi dari segi nilai-nilai, sikap dan nilaimasyarakat.

Konsep Kendiri

POSITIF Percaya dan yakin kepada diri sendiri secara fizikal, mempunyai minat yang objektif dan tidak terlalu sensitif.

NEGATIF

Mempunyai sifat-sifat yang terlalu sensitif,rendah diri dan sentiasamenjauhi diri dari orang lain.

Menurut Carl Rogers, pembentukan moral yang baik adalah melalui model yang boleh dicontohi dan berpengalaman seperti ibu bapa atau rakan sebaya. Alam sekitar dalam perkembangan moral adalah melalui sebaran am, budaya dan penilaian masyarakat terhadap tingkah laku. Akhirnya, penilaian individu terhadap keperluanasasinya seperti keselamatan, fizikal, kasih sayang dan penghormatan diri akan mempengaruhi penaakulan (pandangan logik) moral.

Cara Membina Konsep kendiri Positif


Memberikan galakan, bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak. Ibu bapa harus berpuas hati dengan hasil kanak-kanak dan memberi pujian atau ganjaran. Ibu bapa perlu memupuk nilai moral dan agama yang baik di dalam jiwa kanak-kanak sejak mereka masih kecil.

Bagi Rogers, insan yang sempurna memiliki kualiti berikut:

1.

Berfikiran terbuka terhadap pengelaman dunia. Dapat membuat

tanggapan yang betul tentang pengalamannya.


2. Menerima hidup seadanya. Mengutamakan perkara yang ada pada hari ini bukan semalam atau esok. 3. Mempercayai pemikiran dan perasaan sendiri sebagai sesuatu yang tepat 4. Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke arah tindakan sendiri. 5. Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial serta menyumbang khidmat kepada masyarakat mengikut kemahiran masing-masing

Prinsip-prinsip Teori Carl Rogers


Pada dasarnya, Carl Rogers mementingkan manusia sebagai

manusia dan bukan sebagai objek yang boleh dimanipulasikan


sama ada daripada aspek-aspek fizikal atau emosi. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat

mereka sebagai mempunyai hati yang baik dan mulia. Perlakuan


mereka mendorong menuju kepada pencapaian kesempurnaan kendiri.

Dalam pembelajaran
Rogers memberi penekanan kepada hubungan personal antara guru sebagai fasilitator dengan pelajar. Oleh itu teori humanistik

mengutamakan pembelajaran berpusatkan pelajar. Prinsip umum


pembelajaran bagi Rogers adalah: Kita tidak boleh mengajar seseorang secara langsung, tetapi kita hanya dapat membimbing pembelajarannya. Struktur dan organisasi diri seseorang menjadi lebih rigid jika dia merasakan dirinya terancam dan sebaliknya akan menjadi tenang jika tiada ancaman. Bagi Rogers, pembelajaran berkesan akan terhasil jika pelajar berasa tenang dan bebas daripada ancaman serta perbezaan individu dan pengalaman pelajar diambil kira dalam menentukan tahap layanan yang sewajarnya.

Saranan Carl Rogers menerima semua pelajar sebagai individu yang memiliki potensi dan yang sedang berkembang.

Dalam pendidikan Rogers terkenal dengan teori pembelajaran pengalaman (experiental learning). Menurut Rogers semua insan mempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk belajar. Kegagalan untuk belajar bukan kerana ketidak upayaan pelajar tetapi puncanya suasana pembelajaran yang kurang sesuai. Dalam menyediakan suasana yang kondusif untuk murid-murid belajar, guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran, membekalkan sumber pembelajaran yang sesuai,

mengimbangkan komponen intelektual dan emosi berkaitan dengan


pembelajaran, berkongsi perasaan dan idea dengan mereka.

Dua Bentuk Pembelajaran Carl Rogers


1. Pembelajaran Kognitif 2. Pembelajaran pengalaman

Pembelajaran Kognitif dianggap kurang bermakna kerana melibatkan pembelajaran mata pelajaran akademik semata-mata. Melibatkan proses belajar di dalam bilik darjah, membaca dan membincang tentang Pengalaman dan hasil kerja orang lain.
Pembelajaran pengalaman melibatkan aplikas pengetahuan. Pembelajaran jenis ini mengambil kira keperluan dan kehendak pelajar. Oleh itu pembelajaran pengalaman melibatkan perkembangan diri, motivasi, daya usaha, penilaian kendiri dan mempunyai kesan jangka panjang. Pembelajaran pengalaman merupakan belajar melalui proses membuat. Pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran, yang merangkumi merancang, membuat kajian, menghasilkan sesuatu yang pasti akan ada hasil dan kesan yang memberangsangkan. Melalui proses ini pelajar meneroka, mencari jalan penyelesaian, membuat uji kaji,

kajian dan sebagainya. Melalui proses membuat sendiri,dalam kumpulan terutamanya, pelajar akan belajar bekerjasama, berfikir,

merancang,menghayati nilai, dan memupuk sikap yang baik. Secara


langsung pelajar belajar mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri

Usul Penting Carl Rogers Dalam Teori Humanistik


1. Persepsi Individu Menganai Diri Kendiri. Mengikut Carl Rogers, tingkah laku yang ditonjolkan oleh seseorang individu adalah selaras dengan konsep kendirinya. Jika seseorang memiliki konsep kendiri yang tinggi, dia akan merasa berkeyakinan tinggi dan bersemangat untuk melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan.

2. Membantu Individu Untuk Mengatasi halangan Guru yang menunjukkan empati akan sentiasa positif akan mendorong mendidik murid-murid secara mendalam. Mengikut Carl Rogers, seorang guru yang baik dapat menghilangkan penghalang-penghalang yang terpendam dalam diri seseorang agar potensinya boleh berkembang dengan optima.

3.

4.

5.

Kecenderungan Untuk Berjaya Setiap organisma, termasuk manusia mempunyai kecenderungan untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan akan bersaing untuk mencapai kejayaan, Penguasaan ilmu dan pemerolehan pengalaman berlaku secara semulajadi sehingga manusia mencapai kesempurnaan kendiri. Kefahaman Melalui Refleksi Kefahaman menganai tingkah laku seseorang diperolehi daripada refleksi dan renungan kendiri. Menurut Carl Rogers, manusia sentiasa menggunakan maklumat dan pengalaman yang ada pada diri sendiri untuk membaiki kelakuan diri. Refleksi dan imbasan semula pengalaman yang dilalui melalui pengalaman yang dilalui membawa kesedran lebih kepada tingkah laku seseorang. Interaksi Dengan Persekitaran dan Orang lain. Stuktur kendiri manusia terbentuk daripada interaksi dengan persekitaran dan penilaian tentang diri sendiri pula diperolehi daripada interaksi dengan orang lain. Interaksi manusia dengan persekitaran dan pergaulan sosial memperkaya input pengalaman seseorang.

Ciri-ciri Yang Dapat Membantu Manusia Berkembang Dengan Positif


1. 2. 3. Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat. Kefahaman mendalam yang berlaku melalui refleksi kendiri

Jika seseorang individu memiliki kesemua ciri berikut, maka perkembangan diri yang positif ke arah kesempurnaan kendiri akan berjalan dengan lancar. (Amir Awang, 1987)

Aplikasi Teori Carl Rogers Dalam Bilik Darjah


Rogers menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai cara belajar unik berbeza daripada individu-individu lain. Oleh itu setiap strategi dan pendekatan dalamproses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid-murid yang unik.

Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka guru-guru hendaklah mendik murid-murid dan memberi bimbingan supaya potensi kendiri mereka mengembang ke tahap optima

Beberapa Cara Teori Carl Rogers Dapat Diaplikasikan Dalam Bilik Darjah
1. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Guru-guru mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran kelas bestari di mana kumpulan murid pelbagai tahap di berikan kebebasan untuk mengarah pembelajaran kendiri. Guru-guru mesti sentiasa membimbing murid-murid yang memerlukan bantuan. Bahan akses kendiri juga perlu disediakan oleh guru-guru di sudut belajar kendiri atau di pusat sumber. 2. Merancang Pengajaran Yang Meransang Naluri Ingin Tahu Murid Guru-guru mesti merancang pengajaran yang meransang naluri ingin tahu murid-murid. Murid-murid digalakkan menjalankan kajian dalam aktivti kumpulan. Pembelajaran berasaskan projek dan pendidikan luar di rancangkan oleh guru-guru dan murid-murid diberi kuasa untuk merancang aturan pengimplementasiannya.

Penglibatan dn Interaksi Murid-murid Murid-murid digalakkan untuk sentiasa membentang hujah-hujah mereka mengikut aturan dan panduan daripada guru-guru. Interaksi dua hala dan pelbagai hala diadakan secara terancang dan teratur di antara guru-guru dan murid-murid. Mereka mesti memastikan murd-murid berdisiplin untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dengan jujur dan mengambil inisiatif sendiri untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya di dalam pembelajaran.
Suasan Bilik Darjah Yang Selamat Dan Aman Guru-guru mesti memastikan suasana bilik darjah selesa supaya murid-murid dapat berinteraksi dengan satu sama lain dengan efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Murid-murid juga boleh digalakkan untuk menghias bilik darjah dalam cara yang kreatif dan menganggapnya sebagai tempat yang aman dan kondunsif untuk pengajaran dan pembelajaran.

4.

5.

Penilaian Kendiri Guru-guru mesti membimbing murid-murid supaya menilai hasil pembelajaran mereka demi mempertingkatkan pemikiran refeaktif dan kemahiran kreatif mereka. Mereka juga harus menggalakkan proses penilaian rakan sebaya untuk meningkatkan proses penilaian kendiri. Guru-guru juga harus menggalakkan murid-murid membiasakan diri untuk membuat catatan refleksi dalam jurnal secara tersusun.
Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-sekolah mesti menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk murid-murid yang memerlukannya. Guru-guru kaunseling harus membantu murd-murid mengatasi halangan dan rintangan yang menyekat mereka daripada mencapai potensi mereka kepada tahap optima.

6.

Peranan Ibubapa Dalam Aspek Pendidikan Anak-anak


Apa yang dimaksudkan dengan penyelesaian di sini ialah apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibubapa dalam mengatasi masalah dan menangani cabaran yang dihadapi. Anak-anak perlu diberikan kefahaman tentang peranan dan tujuan utama mereka berada di alam maya ini. Kewujudan mereka bukannya untuk mengecapi keseronokan yang bersifat sementara tetapi memahami dan menghayati kedatangan mereka

Tiga perkara utama yang perlu ditekankan dalam pembentukan diri dan jiwa anak-anak iaitu pemantapan iman dan ibadah, ilmu dan pengukuhan nilai akhlak mulia. Selain daripada tiga perkara asas ini, ibu bapa perlu mengambil kira aspek-aspek lain yang tidak kurang pentingnya. Secara umumnya aspek-aspek pendidikan anak-anak terbahagi kepada aspek iman, akhlak, jasmani, minda, rohani, sosial, emosi dan seksologi.

Secara umumnya sebahagian pakar bersetuju bahawa pendidikan anak-anak mestilah bermula dari zaman awal kelahiran mereka. Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya. Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan.

Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. Mengikut pandangan pakar psikologi Barat Freud, pengalaman kanak-kanak pada zaman kecilnya akan mempengaruhinya di masa hadapan. Pada pandangan sebahagian sarjana Islam teori pendidikan anak-anak bermula semasa perkahwinan ibu dan bapa kepada anak-anak tersebut. Oleh itu sebahagian pemikir Islam membahagikan pembentukan peribadi anak-anak kepada sekurang-kurangnya tiga peringkat. Sebelum kelahiran, selepas kelahiran sehingga umur 10 atau 11 dan dari 11 sehinggalah ke alam remaja dan mampu berdikari.

Pemilihan
menepati

pasangan
kehendak

suami

isteri

yang

baik

dan

agama

akan

menjadikan

perkahwinan itu satu medan di mana ibu berperanan sebagai sebuah sekolah yang menjaga dan mendidik anak-anak manakala bapa bertanggungjawab

menyediakan keperluan-keperluan yang diperlukan.


Kerja sama yang dimainkan oleh kedua belah pihak suami dan isteri akan memudahkan tugas dan amanah mendidik anak-anak menjadi mudah dan bersistematik.

Bencana pertama yang menimpa masyarakat ialah kelemahan akhlak. Kelemahan akhlak membawa kepada kelemahan individu, keluarga, masyarakat, negara dan segenap cabang kehidupan. Iman yang dituntut kepada setiap individu dan yang diajar kepada anak-anak mestilah iman yanag sebenar seperti yang diturunkan oleh Tuhan dan dijelaskan oleh Rasulnya. Anak-anak mestilah diajar konsep iman dengan jelas dan tanpa kerumitan supaya timbul di dalam perasaan diri mereka rasa kasih kepada Tuhan dan Rasulnya. Apabila mereka sudah kenal dan kasih sudah tentulah mudah bagi mereka menerima dan mempraktiskan segala ajaran dan arahan agama yang datang dari Tuhan dan Rasul. Individu tanpa agama dan iman ibarat sehelai bulu yang beterbangan di udara, ianya tidak akan tetap dan tidak mengenal hala tuju dan tidak akan berhenti di satu destinasi yang tetap. Iman yang mantap dan benar akan menggerakkan anak-anak dan individu untuk beribadat dan melakukan amalan dan perbuatan yang baik.

Pendidikan Akhlak
Kanak-kanak yang terdidik di atas asas iman yang benar dan kasih kepada Tuhan dan Rasul akan mendapati pada dirinya kesediaan untuk melakukan segala perkara yang bersifat positif dan akan menolak segala perkara yang bersifat negatif. Dia akan sentiasa merasakan bahawa Tuhan bersama dia, melihat dan menyaksikan segala perbuatan dia. Kaitan akhlak dengan agama bukan sahaja konsep Islam tetapi ianya diakui oleh bukan Islam.

Ghandi sebagai contoh menyatakan : Sesungguhnya agama dan akhlak satu benda yang satu dan tidak dipisahkanAgama ibarat ruh bagi akhlak dan akhlak ibarat atmosfer bagi agama Kant menyatakan : Tidak ada akhlak tanpa tiga kepercayaan; Tuhan, ruh dan Hari Pembalasan.

Ghandi sebagai contoh menyatakan : Sesungguhnya agama dan akhlak satu benda yang satu dan tidak dipisahkanAgama ibarat ruh bagi akhlak dan akhlak ibarat atmosfer bagi agama Kant menyatakan : Tidak ada akhlak tanpa tiga kepercayaan; Tuhan, ruh dan Hari Pembalasan.

Dalam pembikinan akhlak anak-anak, tidak cukup dengan tumpuan kepada akhlak luaran tetapi dalaman atau rohani dan spiritual mesti dititikberatkan. Imam al-Ghazali, pemikir Islam agung silam menekankan: Sesungguhnya sifat yang lahir pada hati akan memperlihatkan kesannya pada anggota-anggota zahir sehinggakan anggota-anggota badan tidak akan bergerak melainkan mengikut kehendak hatinya. Oleh itu pembentukan karektor anak-anak tidak boleh ditumpukan hanya kepada kecerdasan akal sahaja tetapi mesti mesti meliputi aspek emosi dan juga spiritual. Anak-anak mesti diajar akhlak individu seperti berpuas hati, sabar, bersyukur dan diajar akhlaq bermasyarakat seperti benar, penyantun, amanah, toleransi, merendah diri dan menepati janji. Sabda Nabi : Keajaiban bagi seorang dalam urusannya, sesungguhnya semua urusannya adalah baik belaka. Ini hanyalah untuk mukmin sahaja. Jika berada di dalam kegembiraan dia bersyukur, jika ditimpa musibah dia bersabar

Memandangkan pendidikan dalam agama menitik berat pemerhatian observation sepatutnya ibu bapa dalam aspek pendidikan akhlak memandang serius empat isu utama : bercakap bohong, mencuri, mencela dan menyeleweng dari ajaran agama. Keempat perkara tersebut merupakan antara perkara utama yang dilarang oleh agama . Apa yang dibimbangi terdapat fenomena di mana ibu bapa sering menunjukkan contoh yang tidak baik terhadap anakanak dengan berbohong walaupun tujuan mereka ialah untuk melakukan islah atau pembaikan. Sebagai contoh untuk menghentikan anak yang menangis, seorang ibu memberitahu bahawa hantu suka dengan anak yang suka menangis. Anak tersebut akan berhenti menangis tetapi kesannya anak tersebut akan menjadi anak yang penakut dan sentiasa rendah diri.

Oleh itu dapat disimpulkan di sini akhlak anak-anak boleh terjejas jika ibu bapa mengambil mudah dan tidak memberikan perhatian terutamanya kepada perkaraperkara berikut seperti yang disebut oleh Abdullah Nasih `Ulwan iaitu tidak memerhati pergaulan anak-anak, tidak menapis rancangan tv dan filem, membenarkan mereka membaca majalah-majalah yang tidak sepatutnya dibaca, mengambil mudah urusan pakaian dan aurat anak-anak, tidak mengawasi pergerakan mereka ke dan pulang dari sekolah serta perpustakaan kecil mereka. Kata pujangga Bagaimana kamu menangisi keadaan anak kamu sedangkan kamu yang membunuhnya, telah pergi dia tetapi apakah yang kamu lakukan?

Pendidikan Jasmani
Kanak-kanak semasa dalam proses pembesaran sehingga ke peringkat pra sekolah perlu diberikan pendidikan jasmani bertujuan membina dan memantau perkembangan fizikal. Antara perkara-perkara yang berkaitan dengan jasmani yang disebut seperti kewajipan memberi nafkah, mempraktiskan sistem pemakanan dan rehat yang baik. Selain daripada itu, anak-anak mestilah dipelihara dari sebarang penyakit dan perlulah mereka diubati apabila ditimpa penyakit dan mengamalkan konsep tidak ada kemudaratan dan memudaratkan, membiasakan anak-anak dengan aktiviti-aktiviti yang boleh menguatkan fizikal dan gemarkan mereka dengan kehidupan yang bersifat berani dan berjuang seperti dalam hadis Berikan perhatian kepada perkara yang bermanfaat, pohon pertolongan dengan Allah dan janganlah kamu menjadi lemah.

Sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Sina menyarankan supaya kanakkanak kecil semestinya dibiarkan belajar berjalan dengan sendiri tanpa dipaksa kerana paksaan akan menjejaskan kekuatan tulang kaki. Apabila seorang anak bangun dari tidur dia mestilah dimandikan kemudiannya dibiarkan bermain untuk seketika kemudiannya diberikan sedikit makanan, kemudiannya bermain kemudiannya mandi dan selepas daripada itu diberikan makanan. Imam al-Ghazali berpendapat kanak-kanak perlu dibenarkan bermain selepas belajar untuk menghilangkan penat. Mencegah mereka dari bermain dan memaksa mereka belajar sepanjang ahri akan mematikan hati dan menganggu kecerdasan. Sebaik sahaja boleh bercakap dan memahami arahan anak-anak perlu diajar adab dan akhlaq seperti adab makan dan minum.

Ibu bapa perlu bersikap tegas dalam mengawal fizikal anak-anak segala tindakan mereka yang boleh merosakkan tubuh badan dan kesihatan perlulah dilarang. Di sini kita dapat melihat sebahagian ibu bapa yang tidak bertegas dan membiarkan anak-anak mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan bukan sahaja dari segi kesihatan bahkan juga merugikan wang. Perbuatan-perbuatan seperti merokok dan pergaulan bebas akan mengundang berbagai masalah kesihatan dan sosial. Program-program hiburan perlu dikemaskinikan supaya elemenelemen yang baik dipaparkan dan elemen-elemen negatif yang menggalakkan anak-anak kepada pergaulan bebas mestilah dimonitor dengan serius.

Kesimpulan
Bahawasanya, gabungan nilai-nilai murni, ilmu pengetahuan dan kemahiran serta disiplin diri yang tinggi boleh melahirkan generasi berwawasan yang menjadi akar kepada pembangunan modal insan kelas pertama yang cemerlang dari aspek fizikal, mental dan emosi. Dalam hal ini, ruyung perlulah dipecahkan untuk menikmati sagunya. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh berputus asa berusaha untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna dalam masyarakat, bangsa dan agama serta membatu merealisasikan satu agenda penting negara iaitu melahirkan generasi berwawasan yang menjadi penggerak kemajuan negara.

Rujukan
Teori Perkembangan Moral Kanak-Kanak - Forums Sains Rendah, Pendidikan ... a3c11078e93a44afa3cf61cc51fbe46c-1311747023267.yol... Teori Perkembangan Moral Kanak-Kanak - Scribd ml.scribd.com/Teori-Perkembangan-Moral-Kanak-Kana... Asiah's Blog: TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL asiahjapim.blogspot.com/ri-perkembangan-moral.htm... MASTER KAUNSELING SP 'UUM. SINTOK: CARL ROGERS
konvobersama.blogspot.com/2008/03/carl-rogers.html

Kongsi Ilmu Anugerah Ilahi: teori perkembangan moral kanakkanak amelan2013.blogspot.com/.../teori-perkembangan-moral-kanakkanak.ht... Teori Perkembangan Moral Kanak-Kanak - Scribd ml.scribd.com/doc/.../Teori-Perkembangan-Moral-Kanak-Kanak

Tanggungjawab Ibu Bapa Membentuk Peribadi , Akidah Anak ... zanas.wordpress.com/tanggungjawab-ibu-bapa-membentuk-peribadi-aki... JOMRIA: TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK www.jomria.com/2012/12/tanggungjawab-ibu-bapa-terhadap-anak TANGGUNGJAWAB IBU BAPA, TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK jpn.moe.gov.my/jpnterengganu/v4/index.php?option=com... Peranan Ibubapa dalam Pendidikan Anak-anak | mattanjo's blog mattanjo.wordpress.com/.../peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-an...

SEKIAN DAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai