Anda di halaman 1dari 25

KONSEP 5P

5P ialah strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu diperingkat


sekolah rendah. 5P juga satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan
pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak
secara berasingan. Kemahiran-kemahiran ini perlu diterapkan di dalam suatu
sesi pengajaran dan pembelajaran agar sesi pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi menarik, berkesan dan menjadi lebih bererti. 5P menekankan
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan.

1.1 1.5
Penggabungjalinan Pengayaan

1.2 1.4
Penilaian Penyerapan

1.3
Pemuliahn

1.1 Penggabungjalinan

Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang


menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan
pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara
berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling
memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini. Sesi
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bererti.
Konsep penggabungjalinan
 Membolehkan satu bentuk pengajaran yang menarik dan bermakna
dapat dicipta.
 Menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan.
 Menyediakan peluang untuk menggunakan kemahiran secara
semula jadi dan bukan setakat mengamalkannya sahaja.
 Dapat mewujudkan aktiviti yang dapat melibatkan ramai pelajar.
 Pelajar dapat belajar dengan lebih baik kerana terdedah kepada
aktiviti yang terdiri lebih dari satu kemahiran.
(Sumber: Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, 1997)

 Proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.


 Dengan proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai dengan
serentak.
 Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa di dalam
interbidang (berlainan) dan intrabidang (sama).
 Aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan
bersama.
(Sumber: Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah)

Tujuan strategi penggabungjalinan

 Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.


 Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.
 Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.
 Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.

Prinsip-prinsip penggabungjalinan

 Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak


dicapai.
 Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin
digabungjalinkan.
 Kemahiran focus dan sampingan hendaklah ditentukan dan
dirancang dengan baik.
 Penggabungjalinan hendak berdasarkan kebolehan dan pencapaian
palajar.
 Aspek-aspek pembelajaran yang hendak digabungjalinkan itu, iaitu
sama ada aktiviti, kemahiran atau bahan hendaklah benar-benar
difahami dan diketahui oleh guru mengajar.

Bentuk-bentuk penggabungjalinan

Bentuk-bentuk penggabungjalinan

A) Penggabungjalinan C) Penggabungjalinan
B) Penggabungjalinan
Kemahiran Aktiviti
Bahan

A) Penggabungjalinan kemahiran

K1

K1 ~ Kemahiran Mendengar
K4 K2 K2 ~ Kemahiran Bertutur
K3 ~ Kemahiran Membaca
K4 ~ Kemahiran Menulis
K3 BM ~ Bahasa Melayu
BM

Rajah: Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa dalam Satu Mata Pelajaran

BM
K1 K1 ~ Kemahiran Bahasa
K2 ~ Kemahiran Muzik
K3 ~ Kemahiran Seni
BM ~ Bahasa Melayu
K2 K3

Rajah: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran

B) Penggabungjalinan bahan

Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema


pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama
atau bahan sokongan. Bahan-bahan yang sesuai dengan keperluan psikologi
pelajar, pengalaman dan tahap pencapaian pelajar perlu ditetapkan sebelum
menggunakan penggabungjalinan ini. Antara bahan yang boleh
digabungjalinkan itu adalah seperti yang berikut:

Bahan
Bahan utama Bahan lisan
(Petikan) (Rakaman)
Berita Komentar
Iklan Bahan sokongan Laporan
Komentar (Bahan rangsangan) Pengumuman
Laporan Carta Temu bual
Pengumuman Data Ucapan
Rancana Graf Ulasan
Ucapan Gambar Wawancara
Ulasan Rajah

Rajah: Penggabungjalinan Bahan


Guru boleh menggabungkanjalinkan sekurang-kurangnya 2 bahan atau lebih
dengan syarat guru dapat memastikan bahan-bahan tersebut mempunyai
pertalian dan urutan yang baik dan boleh digabungjalinkan dengan berkesan.
Seperti contoh:

1. Berita ulasan
2. Iklan surat permohonan tumu duga surat jawapan

C) Penggabungjalinan aktiviti

Penggabungjalinan ini mementingkan ketelitian memilih jenis-jenis aktiviti


yang berkait rapat dan sesuai untuk digabungjalinkan. Sekurang-kurangnya
dua atau lebih aktiviti boleh digabungjalinkan mengikut keperluan dan
kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan, bacaan dan
kefahaman dan tulisan.

Aktiviti

Lisan Tulisan
Bacaan dan
Berbual Kefahaman Esei
Berbincang Laporan
Bertemu Memaham Ulasan
Berbahas Mengesan isi penting Ucapan
Berceramah Meringkas Arahan
Bercerita Membuat ayat Iklan
Berlakon Memberi makna Mencatat isi
Ramah Menghurai ungkapan

Rajah: Penggabungjalinan Aktiviti

Untuk melaksanakan penggabungjalinan, kita perlu merancangkannya


dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.

Sebagai contoh:

1. Berceramah mencatat isi


2. Bercerita berbincang menulis karangan
3. Membaca mengesan isi mengulas menulis ulasan

1.2 Penilaian

Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi


memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Ia
membenarkan kita mentaksirkan takat markah secara efektif. Dalam KBSR
penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat
pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid
berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Penilaia
n

Pemulihan Pengayaan

Penilaia
n
Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu:

1. Penilaian mengesan penguasaan


2. Penilaian mengesan kemajuan
3. Penilaian mengesan pencapaian
Penilaian mengesan Penilaian ini dijalankan ketika guru berada dalam bilik
penguasaan darjah. Tujuannya untuk mengesan kelemahan
penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran bahasa
yang sedang diajarkan supaya kelemahan itu dapat
dibetulkan dengan serta merta.
Penilaian mengesan Biasanya penilaian ini dilakukan selepas beberapa
kemajuan kemahiran dalam sesuatu topic selesai diajarkan.
Penilaian ini bertujuan mengesan kemajuan murid
tentang kemahiran yang telah dipelajari supaya dapat
menentukan siapa yang memerlukan aktiviti
pangayaan atau pemulihan.
Penilaian mengesan Penilaian ini dijalankan selepas guru mengajarkan
pencapaian beberapa topic pelajaran, biasanya dalam tempoh satu
penggal. Tujuan penilaian ini diadakan ialah untuk
mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik
pelajaran untuk menentukan kedudukan murid dalam
kumpulan masing-masing.

Tujuan Penilaian

1. Bertindak sebagai penggerak


 Murid-murid akan lebih memberi perhatian terhadap pengajaran
dan pembelajaran sekiranya ada ujian.
2. Alat mencari punca kelemahan
 Dengan adanya penilaian dapat mengetahui kelemahan murid dan
kelemahan semasa pengajaran dan pembelajaran.
3. Mendapatkan balik maklumat
 Memberi maklumbalas kepada guru tentang pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan sesuai atau tidak.
4. Bertindak sebagai penilai prestasi
 Guru boleh menggunakan penilaian sumatif bagi mengetahui
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan.
5. Mengenal pasti pengajaran lampau
 Untuk mengesan pengetahuan murid-murid yang berhubung
dengan pembelajaran yang telah dikuasai oleh murid-murid pada
pelajaran sebelumnya.
6. Sebagai ramalan
 Dengan adanya penilaian yang dilakukan, guru-guru boleh menilai
dan meramal kejayaan dan kebolehan murid-murid dalam bidang
tertentu.
7. Untuk pensijilan
 Tahap pencapaian murid akan dapat diketahui melalui sijil-sijil yang
mereka perolehi seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, Diploma,
Degree dan sebagainya.
8. Untuk klassifikasi
 Guru akan dapat mengasingkan murid-murid berdasarkan kepada
pencapaian mereka mengikut kebolehan dengan criteria tertentu
seperti A, B, C, D dan E.
9. Tujuan pemilihan
 Dapat menentukan murid-murid di dalam jurusan yang akan
mereka ambil seperti jurusan Sains, Akaun, Sastera dan
sebagainya.
10. Tujuan penyeliaan
 Untuk mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti
ujian tara, ujian kepantasan, ujian daya dan sebagainya.

Aktiviti Penilaian

Pada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada


dua jenis iaitu:

A. Penilaian formatif
B. Penilaian sumatif

A) Penilaian Formatif

Penilaian ini lebih dikenali sebagai ujian kemajuan (progressive test). Ia


melibatkan penaksiran yang sistematik yang dilakukan sepanjang masa
pengajaran dan pembelajaran sebaik sahaja guru dapat mengesan tahap
pengurusan sesuatu unit kemahiran pelajaran muridnya. Maklumat yang
dikumpulkan boleh digunakan dengan segera dan berterusan untuk
membimbing murid dan membantu guru dalam mencapai matlamat sesuatu
pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian formatif ini menggunakan pemerhatian, latihan dan senarai semak


untuk mengesan dengna segera sama ada murid itu sudah menguasai
sesuatu kemahiran yang sedang diajar. Guru boleh menggunakan maklumat
ini untuk membimbing murid memperbaiki kelemahan mereka ketika
pembelajaran berlangsung ayau semasa membuat latihan.

Penilaian ini bukan bermaksud untuk mengukur atau menggredkan


pencapaian dan kebolehan murid, sebaliknya boleh menjadi alat dorongan
untuk pembelajaran seterusnya. Murid yang lemah sepatutnya mendapat
bimbingan sementara murid yang pintar seharusnya disajikan dengan aktiviti
pengayaan yang mencabar.

Semasa melakukan penilaian formatif secara tidak formal, guru perlu


melaksanakan langkah-langkah yang berikut:
a. Menentukan unit atau tajuk pembelajaran
b. Menentukan tahap atau peringkat pencapaian yang dikehendaki
c. Menyusun perkara yang akan diuji dalam unit
d. Membina item ujian
e. Mengesyorkan langkah pemulihan,pengukuran dan pengayaan bagi
kemahiran yang berkaitan.

B) Penilaian Sumatif

Penilaian ini juga dikenali sebagai ujian pencapaian merupakan ujian yang
diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester. Ia
mengukur pencapaian terhadap objektif yang luas merangkumi kesemua
tajuk dan bidang yang diajar dalam satu jangka masa tertentu. Dengan cara
ini, guru dapat menentukan satakat mana objektif pengajaran sudah dicapai
di samping dapat membandingkan pencapaian seseorang murid dengan
murid lain.
Penilaian sumatif dilakukan secara formal dengan menggunakan ujian kertas
pensel, kemahiran amali atau soal jawab secara lisan. Sebaik sahaja selesai
memeriksa jawapan murid, markah dan gred akan diberi untuk direkodkan
dalam senarai semak dan rekod profil murid. Contoh ujian UPSR, PMR, SPM,
STPM dan sebagainya.

Maklumat daripada penilaian sumatif boleh digunakan oleh guru untuk


menentukan siapa yang memerlukan pemulihan atau pengayaan atau
menempatkan semula murid dalam kumpulan yang lebih sesuai. Di samping
itu, maklumat yang diperolehi dapat membantu guru untuk menaksir
keberkesanan pengajarannya dan pembelajaran muridnya.

1.3 Pemulihan
Menurut Kamus Dewan, perkataan ‘pulih’ bermausud ‘kembali seperti biasa’,
‘sembuh’ atau ‘ baik semula’. Maksud perkataan ‘pulih’ di sini bukanlah
sembuh daripada sakit tetapi sebenarnya dengan kanak-kanak yang
menghadapi kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan
langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang menghadapi
masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira (3M). Sebaik sahaja masalah pembelajaran dikesan dan
dikenal pasti, program ini dilaksanakan. Murid pemulihan perlu diberikan
pengajaran pemulihan mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu
kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat
dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

Koh Boh Boon (1982:2), menyatakan bahawa pendidikan pemulihan kalau


diteliti secara lebih mendalam adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya
kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-
murid lambat, iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai pembelajaran
berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-
murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya.

Pengajaran pemulihan boleh diertikan sebagai usaha atau perkhidmatan-


perkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
yan mneghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran di sekolah-sekolah.

O.C. Sampson(1975), menyebut bahawa pendidikan ini merupakan tindakan-


tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid
yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di
sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid-murid secara
sambilan, dalam kumpulan yang diasingka daripada sekolah biasa dan dalam
darjah untuk pengajaran khusus oleh guru permulihan.
Secara keseluruhan, istilah murid-murid pemulihan atau murid-murid lambat
membawa erti bahawa murid-murid ini mempunyai pencapaian yang rendah
berbanding dengan murid-murid lain yang sama peringkat persekolahan
dengan mereka. Mereka ini patutlah diberi pengajaran pemulihan yang sesuai
supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid-murid lain sekurang-
kurangnya dapat diperkecilkan, kalau pun tidak dapat dihapuskan sama
sekali.

Melalui program ini, murid-murid berpeluang memperbaiki kelemahan dan


masalah yang mereka hadapi. Dalam usaha untuk membantu murid-murid ini,
kaedah-kaedah, bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti alternative yang bersesuaian
dengan masalah yang dihadapi biasanya digunakan.

Murid –murid yang perlu menjalani program pendidikan pemulihan biasanya


terdiri daripada murid-murid yang kurang bernasib baik dan menghadapi
masalah pembelajaran. Mereka ini mungkin:
 Mempunyai kelemahan dalam 3M dan daya pemikiran yang
abstrak.
 Mempunyai kelemahan dalam kordinasi pencaindera dengan
pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran dan pertuturan.
 Lemah di dalam penerimaan konsep-konsep yang baru, tidak
boleh menginati kembali, tidak mempunyai akal yang cerdas dan
kurang pengalaman tentang alam sekeliling.
 Kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri,
tidak boleh menginati kembali, tidak mempunyai akal yang cerdas
dan kurang pengalaman tentang alam sekeliling.
 Kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri,
tidak boleh bertindak balas dengan bebas kerana kelemahan sikap
kanak-kanak itu sendiri.
 Tidak mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk
membezakan antara yang penting dengan yang kurang penting
seperti dalam bacaan dan kefahaman disebabkan kurangnya daya
cipta dan kekurangan perbendaharaan kata atau kosa kata.
 Mudah tertarik pada gangguan luar dan lemah dalam
menghubungkaitkan atau menyesuaikan antara suatu benda
dengan benda yang lain. Ini disebabkan tiada dorongsn diri sendiri.
 Malas dating ke sekolah dan mempunyai tumpuan yang terhad
terhadap pelajaran. Ini bermakna kanak-kanak tersebut tidak boleh
mengikuti pelajaran dalam jangka waktu yang panjang.
 Lemah dalam daya penyebutan dan pertuturan seperti gagap,
pelat dan sengau.
 Sering terjadi gangguan kesihatan yang menyebabkan emosi tidak
stabil.
 Kurang zat makanan dan mengalami kecacatan fizikal.
 Kurang tekun ketika membuat sesuatu kerja. Lemah untuk
mengalihkan pengetahuan kepada berbagai-bagai situasi
pembelajaran.
 Mempunyai pencapaian yang rendah dalam pelajaran. Biasanya
tercicir daripada sekolah pada peringkat awal lagi.
 Lambat menerima prinsip-prinsip dan tidak mampu membuat
gambaran secara jelas dan mudah difahami.
 Bergembira ketika diberi peluang belajar dengan menggunakan
benda-benda maujud.

Pada umumnya, murid-murid tersebut tidak mempunyai masalah kecacatan


akal atau terencat akal. Mereka ini kerap kali disebut sebagai murid lambat
yang didefinasikan oleh Brennam(1974) sebagai murid-murid yang gagal
menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi
kegagalan mereka tidak boleh dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan.
Selain itu, program pemulihan juga melibatkan murid-murid yang berada
dalam kelas-kelas biasa yang memerlukan bantuan dalam menghadapi
masalah pembelajaran. Biasanya, masalah pembelajaran itu berpunca
daripada ketidaksuaian bahan dan teknik mengajar yang digunakan oleh
guru, ketinggalan kerana tidak hadir ke sekolah, cuai dalam menjalankan
aktiviti-aktiviti dan kadangkala disebabkan oleh kelekaan atau terlalu lambat.
Masalah-masalah lain yang boleh menghalang pembalajaran seperti masalah
peribadi, masalah psikologi, kurang kecerdasan, lambat berikir dan bertindak,
lekas lupa, lambat faham dan lemah pengetahuan adalah punca masalah
kelemahan murid. Murid-murid yang menghadapi masakah-masakah ini harus
diberi perhatian sepenuhnya.

Murid-murid yang perlu menjalani program pemulihan ialah mereka yang tidak
boleh menguasai satu-satu kemahiran dalam satu-satu masa yang tertentu.
Program pemulihan juga cuba mengatasi sikap murid yang negatif dan
tingkah laku yang kurang baik yang boleh menghalang proses pembelajaran
mereka. Program pemuliha ini akan dijalakan sebaik sahaja dikesan oleh
seseorang guru.

Murid-murid yang menghadapi masalah permbelajaran yang kompleks


dekeluarkan dari kelas mereka hanya untuk menerima program pemulihan
dalam kemahiran-kemahiran asas 3M. Bagi mata pelajaran yang lain seperti
Muzik, Pendidikan Jasmani Pendidikan Moral, Agama Islam dan sebagainya
mereka belajar bersama-sama dengan rakan sebaya yang lain di dalam kelas
yang sama.

Objektif program pemulihan

Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:


 Menguasai kemahiran tertemtu dengan mengikuti aktiviti yang
sesuai dengan mereka.
 Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan
kemampuan dan perkembangan mental individu.
 Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru.
 Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf
yang lebih maju.
 Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti
social sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
 Membina, memperolah dan mengembangkan sikap percayakan diri
sendiri dan berdikari.
 Mendapat meneruskan pelajaran mereka dalam system
persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-
masing.
Pendidikan pemulihan dalam KBSR dan KBSM

Dalam kelas-kelas KBSR dan KBSM, kita sering temui murid-murid yang
berbeza dari segi minat, kebolehan dan bakat. Oleh sebab cara pengendalian
kelas dilaksanakan dalam bentuk kaedah kelas, ada setengah-setengah
murid yang tidak dapat memahami bahan-bahan pengajaran yang
disampaikan dengan baik. Murid-murid seperti ini biasanya akan ketinggalan
dan kurang maju apabila dibandingkan dengan rakan-rakan mereka yang lain.
Perkara ini sebenarnya tidak boleh dipandang ringan kerana kegagalan
akademik murid-murid ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat menguasai
kemahiran-kemahiran asas dan ini akan berterusan sehingga boleh
menjejaskan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang seterusnya.oleh demikian,
murid-murid yang tidak mencapai taraf yang ditentukan harus diberi bantuan
secara individu melalui program pemulihan.
1.4 Penyerapan

Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan


pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain
sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam
pengajaran Bahasa Melayu unsure ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah
seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan kajian masa depan boleh
diserapkan.

Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama.

Penyerapan

A) Aspek Pembalajaran B) Aspek Komunikasi

A) Aspek Pembelajaran

Aspek ini boleh membantu murid untuk:


 Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan
dan peraturan melalui aktivirti yang dijalankan,
 Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan.
 Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati.
 Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu.
 Membentuk pemikiran yang rasional, logic, objektif dan positif
 Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.

B) Aspek Komunikasi
Penyerapan yang dilakukan dapat:

 Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan


perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa,
kegunaan intonasi dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut
konteks.
 Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang
sesuai untuk perkembangan diri.
 Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan
diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat.

Penyerapan dalam KBSR merangkumi dua perkara, iaitu:


i. Pengetahuan atau isi pelajaran
ii. Nilai murni

i. Pengetehuan atau isi pelajaran

 Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain


seperti Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik,
Kajian Tempatan, Muzik, Sains dan Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam
satu mata pelajaran untuk mata pelajaran lain.
 Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair dan sajak.
 Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam
negeri.
 Hal ehwal budaya, warisan dan kemasyarakat.
ii. Nilai Murni

Penyerapan nilai murni adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran


yang menerapkan nilai-nilai murni yang merangkumi aspek-aspek
kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Nilai-nilai murni itu pula
hendaklah merujuk kepada perkara-perkara baik, mulia dan luhur.

Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang


pengajaran dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran seperti
melalui penyampaian pengetahuan tentang nilai yang disisipkan dalam
semua mata pelajaran yang diajar oleh guru, melalui aktiviti-aktiviti bilik
darjah, melalui kemahiran 3M dan juga melalui aspek kognitif seperti
melalui kesedaran, keyainan dan penghayatan. Strategi utama untuk
pembinaan nilai murni ialah melalui aktiviti secara individu, berkumpulan
atau kelas.

Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh


disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan
pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti
yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan kerja
projek.

Antara adalah senarai nilai-nilai murni:

 Baik hati
 Berdikari
 Hemah tinggi
 Hormat menghormati
 Kasih saying
 Keadilan
 Kebebasan
 Keberanian
 Kebersihan fizikal dan mental
 Jujur
 Rajin
 Kerjasama
 Sederhana
 Bersyukur
 Rasional
 Semangat bermasyarakat
 Semangat kewarganegaraan

1.5 Pengayaan

Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas


pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah.
Ia mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman
serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti
ini, murid dapat peluang tambahan untuk mengembang minat, daya krestiviti,
sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam
membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan cerdas,
sederhana atau lemah. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka
berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran
yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan
akan meluaskan pengalaman murid sejajar dengan kebolehan dan minat
mereka dalam bidang tertentu.

Penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti-aktiviti tambahan


kepada murid-murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam
jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Sekiranya di dalam
sesebuah kelas itu terdapat kebolehan belajar yang berbeza-beza, kumpulan
murid yang telah mencapai taraf atau pencapaian tertentu yang memuaskan
akan diberi aktiviti pengayaan. Ini dilakukan dalam tempoh masa semasa
murid-murid lain masih berada dalam proses pembelajaran ke taraf yang
diperlukan. Walau bagaimanapun, murid-murid yang lain tetap mempunyai
peluang untuk mengikuti aktiviti-aktiviti pengayaan selepas mereka dapat
menguasai kemahiran yang ditetapkan.

Dengan hubungan ini, aktiviti-aktiviti pengayaan dibahagi kepada 2 kategori,


iaitu:

1. Pilihan murid
Aktiviti ini berkait secara tidak langsung dengan kemahiran yang sedang
dipelajari. Ia dijalankan secara tidak formal. Murid-murid bebas memilih
dan menjalankan sendiri sesuatu aktiviti mengikut minat, bakat dan
kebolehan masing-masing. Arahan atau penglibatan guru adalah peling
minimum. Murid-murid juga bebas melibatkan diri dalam kegiatan-
kegiatan seperti permainan, sukan, persatuan, pertubuhan dan lain-lain
yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

2. Pilihan guru
Aktiviti ini berkait secara langsung dengan kemahiran yang sedang
dipelajari dan ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.
Pada umumnya, aktiviti ini dikendalikan secara formal mengikut arahan,
penentuan atau rancangan guru.

Oleh sebab aktiviti ini berfungsi sebagai pengukuhan, ia disediakan dalam


buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan mengikt kemahiran-
kamahiran yang berkenaan. Guru boleh menjalankan aktiviti ini sebaik
sahaja murid-murid selesai menjalani aktiviti asas untuk sesuatu
kemahiran.

Objektif Pengayaan

 Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa


untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam
pelajaran tertentu.
 Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar
kebolehan mereka.
 Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta
kebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri.
 Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan
terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.
 Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan
mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup.

Konsep pengayaan dalam KBSR dan KBSM

Program pengayaan ialah satu rancangan pembelajaran yang desediakan


untuk semua murid bagi membolehkan mereka mendapat pengalaman dan
pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti-aktiviti yang sesuai
dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Aktiviti-aktiviti ini dibentuk
sebegitu rupa supaya manarik dan mencabar sesuai dengan peringkat
pembelajaran murid. Melalui program ini,murid-murid akan mendapat peluang
tambahan untuk mengembangkan lagi sifat-sifat ingin tahu, sikap berdikari,
sikap bertanggungjawab, bakat kepimpinan dan sebagainya.

Sasaran

Aktiviti-aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid. Sungguhpun begitu,


sama ada seseorang murid itu mendapat sedikit atau banyak pengalaman
pengayaan adalah bergantung pada kebolehan dan keupayaan mereka
masing-masing dalam menguasai kemahiran yang telah ditetapkan.

Seperti yang telah dinyatakan, pada umumnya dalam satu-satu situasi


pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapt dibahagikan kepada tiga
kumpulan, iaitu:

1. Kumpulan cerdas
 Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka
yang dapat menguasai pelajaran lebih awal dari jangka masa
yang ditetapkan.
2. Kumpulan sederhana
 Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka
yang dapat menguasai palajaran dalam jangka masa yang
ditetapkan.
3. Kumpulan lambat
 Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka
yang tidak dapat menguasai pelajaran dalam jangka masa yang
dititapkan.

Dalam hal ini, murid-murid dalam kumpulan cerdas akan mendapat lebih
banyak aktiviti pengayaan jika berbanding dengan murid-murid lain.

Semasa merancang aktiviti pengayaan, kita perlu mengambil kira beberapa


perkara. Antaranya adalah seperti yang berikut:

 Menggunakan daya usaha sendiri.


 Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri.
 Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan
eksperimental.
 Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah.
 Melibatkan pembacaan luas.
 Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan social.

Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah:

 Pembelajaran akses sendiri


 Kerja projek
 Bacaan tambahan
 Permainan dan rekreasi
 Pembelajaran berbantukan computer

Kesimpulan
Tugas sebagai seorang guru adalah untuk mengajar murid-murid menguasai
pembelajaran. Murid-murid perlu menguasai kemahiran menbaca, menulis
dan mengira yang terkandung dalam KBSR. Pelbagai kaedah dan streategi
perlu digunakan untuk menarik perhatian dan minat murid-murid untuk belajar
serta menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Konsep 5P boleh digunakan untuk membantu murid-murid menguasai


kemahiran asas. Dengan adanya konsep 5P, guru dapat merancang
pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan tahap kemahiran murid-
murid mereka. Ini kerana streategi penggabungjalinan, penyerapan dan
pengayaan jika digunakan dengan baik, ia dapat menarik minat murid untuk
belajar, malah dengan menggunakan streategi penyerapan, guru dapat
menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri seorang murid. Begitu juga dengan
menggunakan streategi pengayaan, ia dapay membantu murid membentuk
sikap keyakinan diri dan sikap positif di dalam mereka. Maka dari situ, konsep
5P dapat membantu dan memudahkan guru untuk menjalankan proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Bibliografi
Marzukhi Nyak Abdullah (1994). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu (KBSR).
Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Dr. Awang Sariyah (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu. Pahang : PTS
Publications Distributors Sdn, Bhd.

Anda mungkin juga menyukai