Anda di halaman 1dari 4

HASIL KARYA

Tema : Alam Semulajadi Tajuk : kedamaian Saiz Karya : 65 x 40cm

SINOPSIS KARYA A. Maksud di sebalik Karya. Karya ini adalah sumber ilham yang bertemakan alam semula jadi dan memerlukan daya imaginasi serta kreativiti yang tersendiri. Objek yang cuba digambarkan adalah memberi penekanan terhadap nilai estetika alam sekeliling iaitu keindahan serta keharmonian alam sekeliling dengan wujudnya objek-objek seperti flora dan fauna.

B. Aplikasi Alat, Media dan Bahan Sepanjang karya dihasilkan, alatan dan bahan yang digunakan adalah pistol semburan ataupun spray can, berus warna, mounting board, gambar dan surat khabar lama. Spray can digunakan 90% dalam penghasilan karya ini. Ini kerana karya yang dihasilkan menggunakan teknik catan yang bersifat 2D biasanya diwarnakan di atas permukaan yang rata. Selain itu, penggunaan gambar dari media cetak seperti rumah usang, swan, pokok bunga kosmos dan rama-rama pelekat yang berbentuk 3D digabungjalinkan menggunakan teknik kolaj bagi menimbulkan kesan dramatik. yang dapat mencuri perhatian si pemerhati.

C. Penggunaan Teknik Beberapa teknik menggambar telah digunakan bagi menghasilkan karya ini. Antara teknik yang digunakan adalah teknik catan iaitu (semburan spray can), kolaj, gurisan dan juga percikan. Teknik Catan Catan merupakan proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata ataupun abstrak.Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna keatas permukaan bahan.Satu ciptaan gambar yang berwarna dan ia adalah satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. Dalam karya ini, saya telah menggunakkan spray can sebagai media untuk menghasilkan catan. Untuk mendapatkan warna yang tepat kemahiran penguasaan tentang roda warna amat penting.

Teknik Kolaj Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Berbagai jenis bahan dilekat dan di tampal di satu permukaan khas seperti kertas lukisan. Ia mestilah mempunyai satu tema bagi sesuatu karya seni kolaj. Di dalam karya ini teknik kolaj digunakan pada bahagian rumah usang, swan, pokok bunga dan juga rama-rama .Bahan yang digunakan ditampal pada ruang yang bersesuaian dalam karya agar dapat menimbulkan suasana ketenangan alam. Teknik Gurisan Gurisan dilakukan dengan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Ia boleh dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik supaya gambar terhasil. Kesan yang berlainan akan terhasil apabila guna bahan yang berlainan. Dalam karya ini, saya juga menggunakan teknik gurisan pada batang dan ranting pokok. Begitu juga dengan batuan untuk mewujudkan kesan pencahayaan. Alat yang digunakan untuk mengguris ialah hujung batang berus warna saiz kecil. Teknik Percikan Percikan adalah salah satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Ia adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan. Ianya juga satu kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan. Dalam karya ini, saya telah mengaplikasikan teknik percikan pada bahagian jatuhan arus air terjun bagi menampakan kesan biasan air yang lebih menampakan kesegaran. D. Proses Penghasilan Karya Langkah 1 : Membuat lakaran asas berpandukan tema serta tajuk ( alam semulajadi ). Lakaran-lakaran asas item seperti gunung, hutan, batuan, air terjun, rumah usang, swan serta bunga-bungaan yang hendak dimasukan dalam karya. Daya kreativiti serta penajaman daya imaginasi amat diperlukan pada peringkat ini.

Langkah 2 : menentukan kemahiran yang hendak diaplikasikan / digunakan dalam mempersembahkan karya. Langkah 3 Memilih media yang sesuai untuk proses mewarna.Mewarna lakaran menggunakan teknik semburan spray can.

Langkah 3 : Mulakan catan dengan mewarna latar biru+putih pada langit dan hitam+coklat+biru pada gunung mengikut proses-proses dalam mencatan. Langkah 4 : Teruskan melukis item yang kedua iaitu pokok di sebelah menyebelah tebing ( tutup bahagian bawah pokok tersebut dengan melukis batu-batuan). Guriskan batang kayu dan batuan untuk kesan pencahayaan. Langkah 5 : Masukkan item yang keempat iaitu air terjun. Semburkan kesan percikan air dengan menggunakan spray can agar kelihatan lebih realistik. Langkah 6 : seterusnya, gambar rumah usang dilekatkan menggunakan teknik kolaj. Begitu juga dengan gambar swan, pokok bunga dan rama-rama ( saiz objek perlu diambilkira untuk kesan perspektif pada ruang karya ). Langkah 7 : Keringkan hasil karya selama 1-2 jam. Akhir sekali, proses mengemas hasil akhir karya sebelum dibingkaikan.

Anda mungkin juga menyukai