Anda di halaman 1dari 17

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Page | 1

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


Karya ini bertemakan Keindahan Alam Semulajadi dan tajuknya ialah Suria Pagi sesuai dengan gambaran seekor burung yang sedang memandang kehijauan tanah lapang sambil menikmati sinaran cahaya pagi dari sudut pinggir hutan. Menggunakan kertas lukisan bersaiz 58 cm x 42 cm dengan menggunakan 4 teknik menggambar dan pelbagai bahan media. Mounting board digunakan sebagai kekemasan. Subjek dalam lukisan ini ialah seekor burung sedang bertenggek di atas batuan di pinggir hutan sambil memandang kehijauan dan keindahan alam. Ia memandang dengan penuh ketenangan setenang suasana pagi yang semakin hangat disimbahi sinaran mentari. Tanah lapang yang agak tidak rata dan kelihatan sedikit berbukit dan dipenuhi rumput yang tumbuh menghijau dan malar segar menggambarkan kedamaian alam semulajadi yang masih terpelihara. Sinaran mentari muda yang kian meninggi di sebalik bukit menghangatkan suasana dan seakan menerima lambaian flora dan fauna yang sedang menanti simbahan sinarannya. Awan yang putih kebiruan menggambarkan kesegaran udara yang dihirup penghuni alam. Dari sudut pinggir hutan pula, paku-pakis yang tumbuh melata ditemani bungabunga hutan sebagai penyeri lantaian hutan dan dilindungi oleh bayang-bayang sebatang pokok yang sederhana tinggi dan berdaun lebat. Burung menyinggah di atas batuan yang sedikit berlumut dan di tepinya terdapat tunggul kayu dan bunga liar. Teknik menggambar yang digunakan bagi menghasilkan lukisan ini ialah catan, resis, capan dan gurisan. Teknik catan digunakan untuk mewarnakan ranting kayu, langit, awan, mentari dan bukit. Sapuan cat air menggunakan berus dan span untuk meratakan warna dan menghasilkan sedikit ton warna pada imej tersebut. Warna yang digunakan bagi mentari ialah merah, jingga, kuning dan putih. Bagi awan dan langit pula warna yang digunakan ialah biru dan putih manakala bagi bukit, warna hijau, kuning dan coklat. Teknik catan air yang digunakan adalah basah atas basah untuk catan bukit, catan rata untuk catan langit dan sambungan warna masih basah untuk catan awan dan mentari. Bagi menghasilkan ton warna, cat ditindih secara berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Ranting kayu pula menggunakan warna coklat dan menggunakan teknik catan kering atas kering. Teknik resis digunakan untuk menampakkan sempadan antara tanah lapang yang tidak rata, Memisahkan bukit dengan mentari, mentari dan awan, awan dan langit serta bunga liar dan daunnya. Teknik ini dipilih kerana bahan yang digunakan tidak bercampur antara satu sama lain dan akan menimbulkan garisan sempadan antara objek. Teknik resis yang dihasilkan
Page | 2

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


menggunakan krayon untuk melukis garisan dan warna air disapu di atasnya. Kedua-dua bahan ini tidak boleh bercampur antara satu sama lain dan boleh membuatkan imej yang diwarna kelihatan lebih jelas. Bagi menghasilkan imej burung, tunggul kayu, batu dan batang pokok, teknik gurisan atau sgrafito digunakan iaitu teknik melukis dengan cara mengguris permukaan sesuatu lapisan untuk mendapatkan warna yang berbeza pada lapisan bawahnya. Teknik gurisan bagi burung, dihasilkan dengan menyapu permukaan kertas menggunakan pelbagai warna krayon secara berlapis-lapis sehingga tebal mengikut warna-warna pada badan seekor burung. Seterusnya warna-warna tadi ditindih dengan dakwat cina berwarna hitam. Dakwat cina diguris keluar menggunakan objek tajam seperti jarum dan pencungkil gigi bagi menampakkan warna-warna pada burung tersebut. Teknik gurisan bagi tunggul kayu, batu dan batang pokok dihasilkan dengan mewarnakan permukaan kertas dengan krayon menggunakan warna-warna mengikut ton imej tersebut secara tebal dan warna itu diguris mengikut urat kayu dan bentuk batu menggunakan objek tajam. Cara ini menampakkan bentuk imej tersebut lebih jelas dan lebih realistik. Teknik capan pula digunakan bagi mewujudkan imej rumput pada tanah lapang, daundaun pokok, semak paku-pakis dan bunga hutan. Teknik capan yang digunakan menggunakan capan bahan buangan dan capan bahan semulajadi. Imej rumput di tanah lapang dihasilkan dengan menggunakan bahan buangan iaitu span. Ini membolehkan rumput kelihatan timbul dengan pelbagai ton warna. Asas warna bagi tanah lapang ialah hijau. Bagi imej daun pokok pula dihasilkan menggunakan daun pokok pain ataupun dikenali juga sebagai pokok krismas. Warna hijau disapu pada permukaan daun mengggunakan pelbagai ton warna dan dicap pada lakaran bahagian atas pokok bagi menghasilkan imej dedaun pokok. Teknik ini perlu diulang sehingga membentuk imej dedaun pokok yang diingini. Semak paku-pakis pula dihasilkan menggunakan bahan semulajadi iaitu daun paku-pakis. Kaedah yang sama digunakan iaitu dengan mewarnakan permukaan daun paku-pakis menggunakan warna hijau dengan pelbagai ton warna dan dicap pada permukaan kertas untuk menghasilkan imej semak. Kaedah ini diulang-ulang dan di cap secara bertindih bagi menampakkan imej semak yang agak tebal. Imej bunga hutan juga menggunakan bahan semulajadi dengan mengecap keratan bunga kantan yang diwarnakan dengan warna merah, jingga dan kuning bagi menampakkan ton warna dan dicap pada kertas
Page | 3

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


secara bertindan dengan paku-pakis. Ini memperlihatkan bunga-bunga seakan tumbuh di dalam semak. Jalinan pelbagai bahan antara imej akan memberi pelbagai kesan jalinan pada imej tersebut. Lukisan ini menggunakan permukaan kertas cat air jenis hot pressed. Dalam menghasilkan lukisan ini, media yang digunakan ialah media basah dan media kering. Media kering yang digunakan ialah pensel, dan krayon. Pensel 2B digunakan untuk membuat lakaran kasar lukisan. Krayon digunakan dalam teknik resis dan gurisan. Teknik resis menggunakan krayon bagi imej tanah lapang, bukit bukau, bunga liar, awan dan mentari. Warna krayon yang digunakan ialah putih. Teknik gurisan pula krayon digunakan untuk membentuk imej tunggul kayu, batu dan batang pokok. Media basah yang digunakan ialah cat air, dan dakwat cina. Hampir keseluruhan imej pada lukisan ini menggunakan cat air kecuali imej tunggul kayu, batu, batang pokok dan burung. Dakwat cina digunakan pada imej burung bagi memperlihatkan teknik gurisan. Alat dan bahan yang digunakan bagi karya ini ialah pelbagai jenis berus lukisan, palet, bekas air, objek tajam seperti jarum dan pencungkil gigi, bahan buangan seperti span serta bahan semulajadi seperti daun paku-pakis, bunga kantan dan daun pokok pain. Berus lukisan digunakan untuk menyapu warna pada permukaan kertas dan palet digunakan untuk membancuh warna yang digunakan dan bekas air untuk mencuci berus yang telah digunakan. Objek tajam seperti jarum dan pencungkil gigi untuk menghasilkan teknik gurisan manakala bahan buangan dan bahan semulajadi yang disebut tadi bagi teknik capan. Sebagai kekemasan, mounting board digunakan sebagai bingkai. Mounting board dipotong bersaiz 61cm x 45 cm dan dikosongkan bahagian tengah bagi meletakkan gambar dengan ukuran lebar setiap sisi adalah 3cm.

( 1100 Patah Perkataan )

Page | 4

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


Bahan Rujukan Teknik Catan Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Teknik Resis Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah.. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis. Teknik Gurisan Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan. TEKNIK CAPAN Secara amnya teknik capan juga boleh digolongkan di bawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasil karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air/cat poster) dan dicap ke atas sesuatu permukaan. Berbagai-bagai rupa bentuk boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan pelbagai bahan itu akan memberi berbagai bagai kesan jalinan pada hasil capan.

Page | 5

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Teknik Resis

Teknik Capan

Teknik Gurisan

BIBLIOGRAFI Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. IPG:BPG. Retrieved 8 Disenber 2009 http://chegujad.blogspot.com/2009/11/teknik-gurisan.html

Page | 6

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


Apresiasi Seni

Tajuk Tahun Pengkarya Media Saiz Lokasi

: : : : : :

Potret Diri 1982 Amron Omar Cat minyak atas kanvas 160.5 cm x 170.5 cm Balai Seni Lukis Negara

Tajuk Tahun Pengkarya Media Saiz Lokasi

: : : : : :

Pertarungan 1989 Amron Omar Cat Minyak 75 cm x 75 cm Galeri 2A, Balai seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Tajuk Tahun Pengkarya Media Saiz Lokasi

: : : : : :

Wind 1991 Dr. Zakaria B. Ali Cat Minyak 51 cm x 38 cm Art Gallery Penang

Page | 7

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tajuk Tahun Pengkarya Media Saiz Lokasi

: : : : : :

Pertarungan 1989 Amron Omar Cat Minyak 75 cm x 75 cm Galeri 2A, Balai seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Page | 8

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


Karya di atas menggambarkan 2 orang lelaki Melayu yang tidak berbaju sedang bersilat dengan langkah silat yang langsung tidak canggung seolah-olah sedang bertarung.. Lelaki yang berkain pelikat berada dalam langkah yang cukup bersedia bagi membuka langkah seterusnya dan menghadapi serangan daripada pihak lawan. Lelaki yang berseluar panjang hitam berikat kain merah di pinggang seolah-olah sedang merancang strategi seterusnya bagi menumpaskan lawannya. Masing-masing bertubuh sasa sedang mencangkung ke hadapan dengan tangan kanan diluruskan ke depan seterusnya kepala diikuti dengan badan dan tangan kiri di belakang. Subjek dalam karya ini adalah 2 figura lelaki yang sedang bersilat cukup lengkap sifat manusianya sehingga menampakkan otot-otot serta pergerakan yang jelas. Unsur-unsur seni yang terdapat dalam karya ini ialah warna, rupa, dan jalinan. Prinsip rekaan yang digunakan ialah penegasan, keseimbangan dan bentuk. Melalui karya ini, beliau telah menunjukkan semangat beliau di dalam menyampaikan mesej keindahan dan kekuatan seni silat dalam adat dan tradisi orang Melayu. Beliau menggunakan cat minyak atas kanvas dan menggunakan kaedah grid dan ton warna kulit. Amron Omar menggunakan pelbagai warna untuk menimbulkan keadaan yang lembut. Dalam karyanya juga Amron Omar bermain dengan warna bagi menampakkan kesan pencahayaan hingga mampu menimbulkan bayang-bayang pada figura tersebut. Beliau juga telah menggunakan warna merah bagi menampakkan penegasan. Penggunaan sapuan warna yang lembut juga telah menampakkan prinsip irama dan pergerakan dalam karya beliau. Pengkarya telah menggunakan unsur jalinan tampak kerana catan yang dihasilkan menggunakan cat minyak Bagi menghidupkan jalinan tampak pada karyanya, beliau telah menggunakan teknik sapuan lembut untuk menunjukkan pertarungan budaya Melayu yang penuh dengan nilai-nilai kebudayaan. Ruang Ilusi digunakan dan menggunakan anatomi figura dari segi bentuk ataupun fungsinya bagi menampakkan pergerakan anggota yang baik. Penegasan yang dapat dilihat dari aspek jalinan, rupa, warna dan ruang dan mampu menarik perhatian pemerhati. Beliau juga bijak memanfaatkan figura badan lelaki sebagai imbangan. Melalui lukisan ini, Amron Omar cuba menyampaikan kepentingan-kepentingan silat yang merupakan salah satu adat dan tradisi orang Melayu yang penuh bermakna dan kaya dengan unsur tradisi di mata dunia. Karya ini berakar daripada tradisi melayu khususnya dalam seni mempertahankan diri. Membangkitkan semangat dan kedirian pemerhati Melayu amnya dan Islam khasnya. Secara intrinsiknya karya ini berjaya mengambarkan sifat sisi masyarakat
Page | 9

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


Melayu Tradisional dalam arus kehidupannya. Hasil daripada persepsi beliau, beliau telah menterjemahkannya melalui lukisan figuratif menggunakan cat minyak dan menampakkan otototot dan pergerakan yang jelas dan ini memberi makna bahawa pesilat perlulah mempunyai kekuatan fizikal dan minda yang sasa sama seperti tubuhnya. Amron Omar adalah seniman yang telah lebih 30 tahun bergelumang dalam dunia seni visual tanahair. Karya visual beliau amat tajam dan tuntas dari aspek persembahannya. Dari segi pelaksanaannya visualnya, karya beliau telah berada pada tahap tertinggi atau lanjutan. Keadaan ini berlaku akibat dari tahap kepekaan, daya pemerhatian dan pencernaan yang amat tajam dan berdisiplin dalam membina gubahan visualnya. Hal tersebut juga berlaku hasil dari kemahiran kawalan, kematangan dan kepekaan tinggi beliau dalam penggunaan bahantara dan medium seni yang digunakan. Tekad dan nada Amron Omar dalam mencari kesempurnaan diri cukup terserlah dari siri karya Pertarungan beliau. Pertarungan adalah karya yang merefleksi akan diri seorang Amron. Ianya sebuah pertarungan diri yang menyoal dan mencari jawapan dari proses yang panjang. Kekadang jawapannya diterjemah di dalam karya. Sebahagian proses pertarungan tersebut telah dilalui secara sederhana dan mendasar oleh beliau.. Karya ini mampu memberi kesedaran kepada pemerhati bahawa betapa tingginya nilai seni budaya Melayu khususnya dalam seni silat kerana mempunyai nilai estetika yang tersendiri dan perlu dipertahankan kewujudannya dengan penuh tekad dan semangat.

Page | 10

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tajuk Tahun Pengkarya Media Saiz Lokasi

: : : : : :

Wind 1991 Dr. Zakaria B. Ali Cat Minyak 51 x 38 cm Art Gallery Penang

Page | 11

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


Melalui lukisan ini, Dr. Zakaria menggambarkan sebuah bukit batu kapur di Perlis. Beliau telah terjumpa sebuah gua yang didiami oleh seorang pertapa iaitu watak seorang ghaib yang boleh bertukar menjadi harimau, si bongkok atau bunian. Peristiwa ini berlaku pada waktu zohor ketika mereka ingin memulakan solat jemaah. Seimbas pandang, kelihatan kawasan berbatu-batan yang berkeadaan bertingkat-tingkat. Ditumbuhi 2 batang pokok yang sederhana tinggi di celah batu-batu dan sedikit rumput yang hampir kering. Batu-batan pula kelihatan diselaputi lumut di bahagian bawah yang menunjukkn bahagian tersebut sentiasa lembap dan basah. Lantai gua pula terdiri daripada batu-batu tinggi dan rendah berbagai saiz dan silingnya pula hitam ditutupi jelaga. Di tempat mereka bersolat terdapat anak gua yang diterangi oleh lampu picit. Teknik catan yang digunakan melambangkan sifat realistik dan simbolik. Menampakkan suasana yang redup dan sejuk seolah-olah ada sesuatu yang tersembunyi. Seperti menyembunyikan rasa takut dan kesunyian berdasarkan pemandangan yang samar-samar. Dari segi simboliknya pula seakan-akan tangan pertapa yang besar dan kuat, angin yang menderu, tebing yang curam dan kesepian semakin menebal. Kombinasi penggunaan warna yang agak gelap. Warna yang jelas digunakan ialah hijau, hitam, putih dan coklat. Warna hitam dan coklat membahagikan ruang. Contohnya gambaran ruang pintu masuk gua dan celahan batu yang besar. Campuran warna-warna sejuk menggambarkan tempat tersebut terlindung daripada cahaya matahari. Memberi gambaran kepada pemerhati suasana yang sunyi seperti berada di situasi dalam hutan atau di atas bukit yang agak tinggi dan terpinggir daripada penempatan. Garisan jelas kelihatan pada subjek rumput-rumput kering di celahan batu, pada dinding batu dan pepohon di celah batuan. Seolah-olah terdapat ranting kecil dan batu bawah pokok. Garisan menunjukkan kesan-kesan hakisan hingga membentuk batuan yang tajam. Kelihatan struktur pokok-pokok kecil kelihatan condong sedikit kekiri dan terdapat sedikit kehadiran cahaya matahari yang menyinar dari arah itu. Struktur dedaun yang agak kekuning-kuningan. Dr. Zakaria B. Ali merupakan pelukis daripada aliran expresionis iaitu aliran yang bersandarkan realistik. Beliau melukis apa yang dilihat. Begitu juga dengan karya ini, dilukis berdasarkan suasana sebenar yang menunjukkan suasana yang bersih dan bebas daripada pencemaran. Teori Gestalt mengatakan gambaran adalah sebahagian daripada keseluruhan. Berkait dengan pandangan berbeza di atas sekeping gambar yang sama. Unsur teori ini terdapat
Page | 12

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


di dalam Wind. Kelainan karya ini ialah tiada unsur manusia langsung tetapi beliau pernah bertemu dengan pertapa. Peristiwa itu memberi kesan teruja untuk melukis gambar pintu gua dan batu-batan. Hasil karya mengajak kita menghayati lukisan sambil bermain dengan perasaan. Terdapat banyak gerak rasa yang menyentuh hati dan perasaan iaitu sedih, terharu, geram, marah, seram, takut, gelisah dan sebagainya. Lukisan ini mudah difahami walaupun ada simbolik. Karya Dr. Zakaria B. Ali memberi peluang kepada kita agar menikmati alam semulajadi dan mengaitkannya dengan manusia dan kehidupan. Memberi kesedaran kepada manusia agar menghargai dan mengkagumi alam semulajadi dan kehidupan.

( 1468 Patah Perkataan )

Page | 13

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


Bahan Rujukan

Apakah itu Apresiasi Seni? Ia boleh didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan cara mereka mengikut kreativiti masing-masing untuk mengolah suatu gambar menjadi seperti penceritaan. Semua ini berhubung dengan aspek pemahaman mereka dari aspek- aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Objektif Apresiasi:

a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan c) Menghasilkan karya (produk seni)
Page | 14

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


d) Memahami seni dan hubungannya e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

Banyak aspek yang disentuh untuk mengkaji dalam Apresiasi Seni ini. Percayalah, bukan sehari dua pemahaman untuk kita mengenali lebih details tentang subjek ini. Banyak sub topik yang dikecilkan. Ia banyak dinilai melalui psikologi dan juga secara logik(tradisional). Kedua-dua elemen ini penting, dan perlu tahu. Proses Apresiasi Seni Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: (a) Menggambarkan ( Description ) (b) Menganalisa ( Analysis ) (c) Tafsiran ( Intrepetation ) (d) Penilaian ( evaluation ) Menggambarkan Mengamati hasil seni dengan cara menggambarkan hal benda dan sifat-sifat tampak/objek pada karya.Sebagai contoh : Karya Latif Maulan Karya di atas menggambar sebuah seterika lama atau antic yang terletak di atas papan penggosok dan dilapik dengan kain batik berwarna merah. Disebelah seterika itu terdapat juga pelita minyak tanah.Terdapat kesan cahaya yang terpancar dari atas. Menganalisa (i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak dengan unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur. (ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. (iii) Menghuraikan stail, aliran dan gaya sesuatu karya. (iv) Melihat teknik, alat dan bahan yang digunakan.
Page | 15

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


Tafsiran (i) Mencari makna-makna yangtersurat dan tersirat pada karya tersebut. Begitu juga makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti hal benda, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan. (ii) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. (iii) Mencari kaitan falsafah kehidupan manusia atau kaitan dengan cara hidup dan budaya masyarakat setempat. Penilaian Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya ('significance') dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya. Dengan itu proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang tajam. Apakah pengetahuan seni yang diperlukan? (a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni. (b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan. (c) Sejarah seni. (d) Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu. (e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.

Page | 16

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


BIBLIOGRAFI Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.

Mazlan. M. (1997) Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. KL: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. IPG:BPG. Ahmad Rashidi b. Hassan, Prof. Madya Dr. Muliyadi Mohamood, Shahrul Azman Dato' Shahabudin, Darus Bin Kassim. (2001). Kompilasi Pelukis-Pelukis Moden Malaysia Dekad 80an dan 90an. Universiti Teknologi MARA Kampus Alor Gajah, Melaka.
Retrieved 8 Disember 2012 http://wareyzseni.blogspot.com/2009/12/self-potret-amron-omar.html

Retrieved 24 October 2008 http://psvcrew-ipgm.blogspot.com/2008/10/isl-minggu-7-psv-3102meneroka-unsur.html Retrieved 21 August 2010 http://zikrihusaini.com/apresiasi-seni http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulPGSR/PSV3105.pdf Retrieved 17 February 2012http://www.artgallery.gov.my/web/guest/pameran_amron17.02.2012

Page | 17

Anda mungkin juga menyukai