Anda di halaman 1dari 21

Cerita Jenaka

Definisi
Sejenis cerita rakyat di dalam sastera lisan /
sastera rakyat
Cerita yang mengandungi unsur humor atau
lucu
Cerita yang membawa kesan yang
menggembirakan dan gelihati kerana kelucuan
Unsur lucu dibawa melalui sifat watak-watak
geli lucu, gelihati seterusnya membawa rasa
gembira dan terhibur.
Ciri-ciri cerita jenaka
a. Dari segi watak dan perwatakan:

Watak utama dalam cerita jenaka adalah dari kalangan rakyat bawahan
yang diberi peranan ysng boleh melahirkan kelucuan. Terdapat juga
watak dari kalangan istana atau raja tetapi sebagai watak sampingan
sahaja.


Sifat-sifat watak lucu dalam cerita jenaka dibahagikan kepada 3
golongan iaitu:
(i) Watak bodoh-sial cerita Lebai Malang dan Pak Kaduk
(ii) Watak pintar-bodoh cerita Pak Pandir
(iii) Watak pintar cerita Pak Belalang dan Si Luncai
Kelucuan cerita jenaka dilahirkan dari sifat dan
tindakan atau perlakuan yang dilakukan oleh
watak itu sendiri.
Nama watak melambangkan sifat-sifat watak.
Contohnya watak bodoh-pintar seperti watak
Pak Pandir, watak bodoh-sial seperti Lebai
Malang dan Pak Kaduk, serta watak pintar
seperti Si Luncai dan Pak Belalang.
Ciri-ciri cerita jenaka
Contoh:

(i) Sifat terlalu bodoh hingga mendatangkan bencana
melakukan kesilapan kerana kebodohan tetapi melucukan.
Contohnya cerita Lebai Malang, unsur lucu timbul daripada
sifat bodoh-sialnya. Beliau tidak dapat memilih tempat majlis
kenduri yang mana harus dihadiri terlebih dulu kerana ingin
menghadiri ketiga-tiga tempat tersebut akibat sifat tamak dan
haloba. Kelucuan bertambah apabila lempengnya digonggong
oleh anjing.

(ii) Sifat terlalu pintar dan bijaksana. Tindakan watak itu tidak
dapat kita jangkakan, mungkin secara sengaja tetapi amat
melucukan. Contoh Si Luncai berjaya menipu saudagar Keling
dengan mengatakan ia dimasukkan ke dalam guni sebab
enggan berkahwin dengan puteri raja. Akhirnya saudagar itu
mengambil tempatnya di dalam guni.

b. Dari segi plot cerita:

Plot cerita jenaka bersifat sederhana, mudah, lurus,
kronologi dan tidak berbelit-belit. Cerita atau peristiwa
lebih tertumpu kepada watak utama sahaja.

Dalam satu-satu cerita jenaka terdapat episod-episod
kecil dan berasingan tetapi dapat berdiri sendiri sebagai
sebuah cerita.

Dalam jalinan plotnya dimasukkan unsur-unsur
ketegangan / konflik, klimaks serta penyelesaian cerita
berakhir dengan happy-ending atau tragic-ending.

Ciri-ciri cerita jenaka
c. Dari segi latar:
Latar tempat cerita jenaka berlaku di alam nyata, tetapi tidak
dapat dipastikan dimanakah tempat yang sebenar. Cerita berlaku
di kawasan pedalaman / kampung di pinggir hutan dan
sebagainya.

Latar masyarakatnya menggambarkan corak hidup masyarakat
Melayu tradisional terutama masyarakat bawahan seperti petani,
penternak dan nelayan.

Manakala latar masanya pula cerita berlaku pada zaman silam
atau lampau iaitu suatu masa yang tidak dapat dipastikan bilakah
berlakunya cerita tersebut.
Ciri-ciri cerita jenaka
d. Dari segi tema:

Tema cerita jenaka adalah mengenai watak / pelaku dalam
cerita yang pintar dan bodoh yang boleh menimbulkan
kelucuan yang mencuit hati khalayak.
Melalui watak pintar kita dapat lihat tipu muslihat watak
apabila menghadapi kepayahan atau masalah.
Manakala melalui watak bodoh kita dapat lihat perlakuan
yang lurus, bodoh serta jahil.
Watak-watak pintar ialah Pak Belalang, Si Luncai dan
kadang-kadang Pak Pandir. Manakala watak-watak bodoh
terdiri daripada Pak Pandir, Pak Kaduk dan Lebai Malang.

Ciri-ciri cerita jenaka
e. Dari segi bentuk:

Cerita jenaka berbentuk naratif / cerita yang
memaparkan cerita tentang sifat dan peranan
watak utama yang dapat menimbulkan kelucuan
kepada khalayak.
Cerita atau kelucuan tersebut lahir melalui watak
bodoh-pintar seperti Pak Pandir, watak bodoh-
sial-malang seperti Pak Kaduk dan Lebai Malang
serta watak pintar seperti Pak Belalang dan Si
Luncai.
Ciri-ciri cerita jenaka
f. Dari segi penggunaan gaya bahasa:

Cerita jenaka menggunakan gaya bahasa yang mudah
difahami. Penggunaan bahasanya ialah bahasa Melayu
klasik atau bahasa pertuturan harian.
Terdapat juga penggunaan bahasa Arab dan bahasa
istana.
Terdapat juga penggunaan bahasa berirama yang
bertujuan menghiburkan khalayak, misalnya dalam
cerita Pak Pandir, Lebai Malang dan Pak Kaduk.

Ciri-ciri cerita jenaka
g. Dari segi fungsi:

Berfungsi sebagai alat hiburan, alat pendidikan
(didaktik) dan sebagai alat kritikan sosial.

Ciri-ciri cerita jenaka
FUNGSI CERITA JENAKA
1. Sebagai hiburan berupaya memberi ketenangan fikiran dan
merehatkan. Unsur lucu pada sifat watak dan peristiwa lucu
pada watak utama membawa kesan menggelikan hati dan
gembira.

Contoh :
(a) Gambaran fizikal watak dapat dilihat pada Si Luncai
Perutnya besar, punggungnya tonggek dan apabila berjalan
menjemur dada

(b) Gambaran sifat-sifat watak yang melucukan Pak Pandir
membawa balik seekor kambing jantan kerana disuruh
memanggil lebai untuk majlis kenduri.
2. Sebagai alat Pengajaran & Pendidikan
Dalam cerita-cerita jenaka terselit unsur pengajaran yang boleh
dijadikan panduan oleh khalayak. Unsur nasihat dan pengajaran
jelas tergambar dalam cerita jenaka seperti larangan berjudi,
jangan suka berangan-angan, jangan percaya kepada ramalan
nujum dan sebagainya.

Contoh:
a. Seorang yang bodoh dan lurus selalu ditipu oleh orang lain .
Contoh : Pak Kaduk diajak bertukar ayam dengan raja

b. Jangan terlalu percaya kepada nujum. Setengah-tengahnya
hanya tipu helah sahaja. Contoh, Pak Belalang menunjukkan
kerbau yang hilang kepada orang kampong

c. Jangan terlalu mengikut hati yang marah. Akhirnya kita
juga yang menyesal. Contohnya, Pak Kaduk yang marah
isterinya menyindir, memukul isterinya hingga mati

d. Jangan terlalu tamak . Contohnya Pak Kaduk dan Lebai
Malang yang menghadiri kenduri.

e. Jangan amalkan perbuatan berjudi atau bertaruh
dengan harta benda, Amalan ini akan membawa kepada
kemusnahan dan kepapaan. Contohnya, dalam cerita Pak
Belalang , nakhoda kehilangan kapal dan hartanya kerana
dipertaruhkan dengan raja.

3. Sebagai alat kritikan sosial (mengkritik perkara-perkara
yang tidak baik dilakukan oleh masyarakat)

a. Mengkritik golongan yang tidak tetap pendirian kerana
didorong oleh sikap tamak akan mengalami kerugian atau
bernasib malang.

Contoh:
Golongan lebai (golongan agama) yang tamak sehingga tidak
tetap pendiriannya akan mengalami kerugian dan akan
bernasib malang. Contohnya, Lebai Malang dalam cerita Lebai
Malang, yang menerima jemputan di tiga tempat, kenduri
kematian, kenduri khatam Quran dan kenduri maulud. Akibat
tamak Lebai Malang gagal menentukan tempat mana yang harus
didahulukan yang akhirnya semua tempat telah selesai acaranya
ketika dia sampai.

b. Mengkritik golongan yang bergantung kepada kemujuran
nasib dan secara kebetulan semata-mata yanpa kebijaksanaan
akal fikiran dan ilmu pengetahuan tidak akan menjamin
kebahagiaan hidup.

Contoh:
Dalam cerita Pak Belalang, Pak Belalang pada mulanya mendapat
hadiah dan kemewahan setelah berjaya menujum atau meneka
jantan betina anak itik, hujung dan pangkal kayu dan meneka
benda yang berada dalam genggaman raja. Semua kejayaan
tersebut adalah secara kebetulan atau kemujuran nasib dan
melalui peranan anaknya Belalang. Akhirnya Pak Belalang
terpaksa membakar rumahnya sendiri, sebagai alasan kepada
raja yang alat-alat tilikan dan nujumnya telah musnah.
c. Mengkritik golongan pemerintah yang menggunakan
kuasa dan kedudukan untuk melakukan penindasan dan
penipuan terhadap rakyat bawahan yang miskin dan
bodoh.

Contoh:
Dalam cerita Pak Kaduk. Pak Kaduk menyabung ayam
dengan ayam raja. Sebelum ayam disabungkan raja telah
membuat muslihat dengan menukar ayam baginda
dengan ayam Pak Kaduk. Pak Kaduk telah menggadaikan
kampungnya kepada raja untuk meminjam wang
sebanyak 50 rial sebagai wang pertaruhan. Akhirnya ayam
raja menang melalui tipu muslihatnya dan Pak Kaduk
tergadai kampungnya akibat kekalahan tersebut.

d. Mengkritik golongan yang hanya berangan-angan
tanpa berusaha tidak akan berjaya mencapai kejayaan.

Contoh:
Dalam cerita Mat Jenin. Mat Jenin bekerja mengambil
upah memetik buah kelapa. Semasa memanjat, Mat Jenin
berangan-angan hasil petikan kelapa akan dijual, wangnya
akan dibelikan binatang ternakan seperti ayam, kambing,
lembu dan kuda. Apabila banyak wang dan harta
terkumpul, Mat Jenin berangan-angan mengahwini anak
raja. Ketika berangan-angan itu, Mat Jenin terjatuh dari
pokok kelapa sebelum memetik buahnya dan mati.
e. Mengkritik golongan pemerintah / atasan yang
pada ketika tertentu akan dapat diatasi atau
diperdayakan oleh rakyat bawahan.

Contoh:
Dalam Cerita Si Luncai. Si Luncai menyindir dan
mengkritik kezaliman raja. Dikatakannya dia adalah
malaikat Si Luncai yang dibunuh oleh raja. Dia dapat
menemui ayah bonda raja di akhirat yang marah
terhadap tindakan raja tersebut. Dengan tipu
muslihat Si Luncai, raja bersetuju menemui ayah
bondanya. Akhirnya Si Luncai menjadi raja dan
berkahwin dengan puteri raja.

f. Mengkritik golongan manusia yang suka
melakukan kerja-kerja tidak berfaedah , membuang
masa, melalaikan dan merugikan serta membawa
kepada keruntuhan moral. Misalnya Pak Kaduk
hidup berjudi, menyabung ayam, akhirnya menang
sorak, kampungnya tergadai.

g. Mengkritik golongan yang jahil dan bodoh
melampau. Misalnya dalam cerita Pak Pandir, Pak
Pandir tidak dapat membezakan antara kerbau
dengan keri / sabit, tidak dapat membezakan antara
air panas suam dengan air panas mendidih dan
sebagainya akibat kejahilan dan kebodohan
melampau.
4. Sebagai gambaran masyarakat

Cerita jenaka memaparkan gambaran kehidupan masyarakat
zaman dahulu. Masyarakat yang digambarkan adalah masyarakat
yang mempunyai sifat bodoh-sial, pintar-bodoh dan pintar.

Contohnya jelas dalam cerita Pak Pandir yang dapat
dikategorikan sebagai sebuah cerita pintar-bodoh. Hal ini
kerana, kepintaran Pandir terserlah apabila berjaya menipu Mak
Andih apabila dia terlalu ingin makan penganan dengan
menyatakan bahawa dia hendak pergi berlayar. Mak Andeh telah
menyediakan kuih untuk Pak Pandir sebagai bekalan. Namun,
kebodohan Pak Pandir pula terserlah apabila dia menyorok di
atas para bagi mengelakkan diri dari penipuannya diketahui oleh
isterinya, Mak Andeh.

Anda mungkin juga menyukai