Anda di halaman 1dari 27

CERITA

PENGLIPULARA
DEFINISI CERITA PENGLIPULARA
Dikenali sebagai ‘folklore’
Roman rakyat oleh R.O Winstedt.
Cerita berlegar dalam golongan istana –
gambaran keindahan dan kemewahan.
Penuh dengan unsur supernatural serta
kesaktiaan
Mengikut Dr Ismail Hamid dalam bukunya
“Perkembangan Kesusasteraan Melayu
Lama” mengatakan bahawa “Penglipur”
bermaksud penghibur, “lara” bermaksud
duka. Cantuman dua perkataan itu
membawa pengertian cerita yang
menghiburkan orang yang dalam kesedihan
atau duka cita.
Contoh-contoh Cerita Penglipulara
Hikayat Malim Deman
Hikayat Awang Sulong Merah Muda
Hikayat Malim Dewa
Hikayat Raja Budiman
Hikayat Raja (Seri) Rama

Cerita Penglipulara disampaikan oleh tukang-


tukang cerita yang mahir dengan gaya
istimewa seperti Pawang Ana, Awang Batil,
Tok Selampit dan sebagainya.
CIRI-CIRI CERITA PENGLIPULARA
a n a
a i as Tema
p ah St
a m b ru
y ya k
e n a Ce tur
P g rit Is
n a i
d a CIRI-CIRI UMUM
CERITA
PENGLIPULARA

Latar
Watak dan Berpusat di kalangan
Perwatakan putera-puteri raja
TEMA

Bertemakan percintaan antara wira dan


wirawati di kalangan putera dan puteri
raja.
Disebabkan hal-hal tertentu wira
terpaksa mengembara mencari wirawati.
Dalam pengembaraan wira ini ditonjolkan
persoalan-persoalan peperangan,
kesaktiaan, kehebatan, kemewahan, dan
kegagahan.
Dalam pengembaraan ini wira mengahadapi
rintangan san halangan. Penyelesaian
cerita wira hidup bahagia bersama
wirawati.
Cerita Berpusat Dikalangan Putera-puteri
Raja
Cerita yang berligar dikalangan putera-
puteri raja.
Gambaran kehebatan, kecantikan,
kemegahan kehidupan golongan istana
dengan penuh kesaktian serta berhubung
dengan dewa-dewi.
Dalam cerita penglipulara , keturunan
raja-raja ini dikaitkan asal usulnya
dari keturunan dewa-dewi.
LATAR CERITA PENGLIPULARA
Latar atau setting cerita dalam cerita
penglipulara meliputi latar yang amat
luas iaitu dunia nyata dan kayangan.

Latar dunia meliputi istana, alam


semesta seperti hutan belantara, gunung-
ganang dan sebagainya.
DARI SEGI STRUKTUR ISI CERITA

3 Bahagian Cerita

Bahagian Awal
Bahagian Akhir
- seblm Bahagian
Pengembaraan Kisah-kisah
pengembaraan
selepas
atau kisah - Kisah semasa pengembaraan
kelahiran pengembaraan atau
. penyelesaian
cerita
BAHAGIAN 1 : KISAH SEBELUM PENGEMBARAAN

Menceritakan kelahiran wira –


dipenuhi dengan berbagai kjadian
luarbiasa – disertai dengan ribut
petir dan juga kekadang lahir
bersama dengan barang ajaib.
BAHAGIAN 2 : KISAH PENGEMBARAAN

Menceritakan sebab-sebab wira keluar


mengembara.
Kisah semasa pengembaraan –
berhadapan dengan berbagai halangan
dan rintangan
Berlaku peperangan antara wira dengan
watak –watak jahat yang menghalang
wira mencapai hajat dengan cepat.
Dalam bahagian ini juga terdapat unsur-
unsur percintaan dan perkahwinan.
BAHAGIAN KETIGA : SELEPAS PENGEMBARAAN

Berjaya mencapai hajat


Wira kembali semula ke istana
–membawa isteri.
Bahagia dan hidup aman
dengan segala kemegahan
memerintah kerajaan
Watak dan Perwatakan
Watak Utama (Protagonis)
Watak Pembantu
Watak Jahat (Antagonis)
Watak Utama (Protagonis)

Terdiri dikalangan anak-anak raja.


Warna watak utama diwarnai
seputih-putihnya – berwatakkan
baik dan mempunyai segala
kelebihan.
Contohnya mempunyai segala
kelebihan dan keistimewaan dari
segi ketampanan, kegagahan,
kesaktian dan tidak mudah
dikalahkan oleh musuh.
Watak Jahat (Antagonis)

Watak jahat ialah watak yang


menjadi penghalang kepada watak
wira dalam cerita penglipurlara ini.
Warna watak jahat atau antoganis
ini diwarnai dengan perwatakan
‘hitam’ – dianggap musuh kepada
jahat kerana sering berniat buruk
Contohnya sering menimbulkan
pergaduhan dan peperangan
antaranya dengan watak wira.
Watak Pembantu
Watak pembantu biasanya
terdiri daripada rakyat biasa.
Biasanya watak pembantu ini
menjadi pembantu atau
pengasuh atau pengiring
watak utama samada watak
wira atau wirawati dan juga
nenek kebayan.
Contohnya watak nenek
kebayan dalam Hikayat Malim
Deman yang membantu Malim
Gaya Bahasa
Penceritaan dalam bentuk prosa
diselang selikan dengan bahasa puisi
yang indah dan berirama (iaitu puisi
berirama)
Kesan pengunaan bahasa puisi ialah ia
berupaya menimbulkan keindahan
kerana bahasa berirama indah dari segi
pemilihan kata seperti kata-kata
perulangan, kata-kata perbandingan
atau kiasan, kata perbandingan dari
segi ulangan bunyi, rima dan
sebagainya.
Berkesan dapat menggambarkan
suasana yang berbagai-bagai seperti
Cara Persembahan
Dimulakan dengan upacara tertentu
seperti membakar kemenyan dan
membaca jampi serapah.
Cara berpakaian tukang-tukang cerita.
Diiringi alat-alat muzik tertentu seperti
rebab, dan gendang.
Penyampaian oleh tukang-tukang cerita
yang profesional.
Fungsi Cerita Penglipurlara
1. Sebagai ‘alat’
hiburan
Cerita penglipurlara ini
disampaikan oleh tukang-tukang
cerita. Tukang-tukang cerita ini
menyampaikan ceritanya dengan
gaya tersendiri, unik dan berupaya
menarik perhatian pendengar.
Cerita-cerita dipenuhi peristiwa
fantasi, luarbiasa,penuh gambaran
kemewahan, kebesaran dan
keindahan hidup golongan putera-
puteri membuat orang yang
mendengarnya terhibur.
Gaya tukang cerita menyampaikan
2. Sebagai suatu pelarian
(escapism)
Isi cerita penglipurlara
menggambarkan keindahan,
kehebatan serta kehebatan dapat
memberikan ketenangan fikiran
dan kelapangan jiwa kepada
mereka yang hidup dalam
kemiskinan dan penderitaan.
Mendengar cerita yang indah dan
hebat dapat melarikan diri seketika
daripada kenyataan hidup yang
dialami sebenarnya.
3. Sebagai alat pendidikan
Cerita –cerita dan watak-watak yan
digambarkan dengan unsur-unsur
moral dan etika yang dapat dicontohi
masyarakat.
Antara nilai-nilai moral dan etika yang
jelas dari cerita penglipurlara ialah :
c. Sifat hormat kepada ibu bapa dan
orang tua.
d. Sifat tanggungjawab pemimpin
e. Sifat patriotik dan cinta tanah air
f. Hubungan harmoni antara golongan
raja dan rakyat.
g. Berbuat baik kepada ibibapa dan
a. Sifat hormat kepada ibubapa
dan orang tua.
Sifat ini dimiliki oleh wira dan
wirawati.
Mereka tidak pernah engkar
terhadap kata-kata atau perintah
kedua ibu bapa mereka.
Segala perintah dituruti oleh wira
dan wirawati di dalam cerita
penglipurlara ini. Sebelum
melaksanakan tugas atau sebelum
keluarmelaksana suruhan ayah
bonda, mereka terlebih dahulu
meminta izin dari ayah bonda
mereka.
b. Sifat tanggungjawab
Pemimpin
Di dalam cerita penglipurlara ini
ditonjolkan sifat-sifat raja yang
sangat bertanggungjawab terhadap
negeri serta keluarganya.
c. Sifat Patriotik dan Cinta
kepada Tanah Air
Sifat ini jelas tergambar dlam
episod peperangan.
Raja,pembesar serta rakyat
berganding bahu mempertahankan
negeri mereka daripada serangan
luar.
d. Hubungan Harmoni dan Mesra
Antara Golonga Raja dan Rakyat

Keharmonian serta kemesraan


antara golongan raja dan rakyat
jelata boleh dilihat semasa
upacara-upacara yang diadakan di
istana
Misalnya ketika majlis perkahwinan
di istana. Semua golongan rakyat
datang beramai-ramai.
e. Berbuat baik kepada ibu bapa
dan kepada mereka yang tidak
bernasib baik.
Di dalam cerita penglipulara ini
watak-watak utama serta watak-
watak pembantu sentiasa berbuat
baik terhadap kedua ibu bapa
mereka. Mereka juga sentiasa
menolong orang yang tidak
bernasib baikdan di dalam
kesusahan.
Contohnya sifat Bujang Selamat.
4. Sebagai pengekalan norma
dan sistem etika masyarakat.

Unsur-unsur moral dan etika yang


terkandung dalam cerita-cerita
penglipurlara dapat diwarisi
kepada generasi yang terkemudian.
5. Sebagai Alat Gambaran
Masyarakat
Cerita-cerita penglipurlara
menggambarkan corak kehidupan
masyarakat Melayu.
Misalnya, dari segi sistem
pemerintahan yang bersifat feudal
itu.
Gambaran adat istiadat yang
diamalkan di istana.
Sistem sosial yang diamalkan baik
dari segi pendidikan, kepercayaan,
amalan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai