Anda di halaman 1dari 10

HBEF2103 EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 701102105308002

1.Terangkan secara ringkas pendekatan strukturalisme.

Teori Strukturalisme dipelopori oleh Gustav Fechner dan Wilhelm Wundt. Fechner berpendapat
bahawa minda mahupun mental boleh dikaji melalui merakamkan segala reaksi individu untuk berubah
dalam apa jua keadaan dan ini dipanggil stimulus fizikal. Wilhelm Wundt yang merupakan pengasas
“Psikologi Struktur” pula memecahkan pengalaman kepada anasir-anasir yang dipanggil “pemerasan”.
Di samping itu, beliau menegaskan bahawa terdapat struktur fikiran di dalam diri manusia dan
digantikan dengan aliran kajian-kajian yang berkaitan dengan “fungsi fikiran”. Pendekatan
strukturalisme bertujuan untuk menggambarkan komponen-komponen kesedaran sebagai elemen-
elemen dasar, kombinasi kesedaran sebagai elemen-elemen dasar tersebut dan menjelaskan hubungan
elemen-elemen kesedaran dengan sistem saraf.

Pendekatan strukturalisme berkaitan dengan pendedahan struktur sebagai pemikiran dan tingkah
laku manusia. Konsep strukturalisme dikaitkan sebagai satu keutuhan yang kompleks dapat difahami
sebagai suatu rangkaian unsur-unsur yang saling berkaitan (Zaprulkhan, 2016). Strukturalisme tidak
hanya tertumpu pada unsur-unsur tertentu, tetapi turut melihat bagaimana unsur-unsur tersebut sebagai
suatu pendekatan ilmu humanism dalam menganalisis bidang tertentu khususnya bidang mitologi
sebagai sistem kompleks yang saling berkaitan. Dalam sosiologi, antropologi dan linguistik,
strukturalisme adalah metodologi yang melihat unsur budaya manusia dengan sistem secara
menyeluruh atau umum yang disebut struktur. Ia bekerja untuk mengungkap struktur yang mendasari
semua hal yang dilakukan, difikirkan, dirasakan, dan bagaimana manusia merasa. Hubungan ini
merupakan struktur, dan belakang variasi local dalam fenomena yang muncul di permukaan ada hukum
konsisten dari budaya abstrak.

Ciri-ciri strukturalisme adalah pemusatan pada deskripsi keadaan sebenar objek melalui
penyelidikan, penyingkapan tabiat, sifat-sifat yang terkait dengan suatu hal melalui pendidikan.
Strukturalisme menyingkapkan dan melukiskan struktur inti dari suatu objek yang mempunyai kaitan
timbul balik antara unsur-unsur pada setiap tingkat) (Bagus, 1996: 1040). Selain itu, menurut Piliang
Yasraf dalam Zaprulkhan, 2016: 173), strukturalisme tidak menganggap penting individu sebagai
subjek pencipta, dan melihatnya lebih sebagai kod yang tersedia dan turut tidak menganggap penting
pertanyaan tentang sejarah dan perubahan, dan lebih menumpukan pada kajian hubungan antara
seperangkat unsur-unsur di dalam suatu sistem pada waktu tertentu. Malah sebaliknya, strukturalisme
memberikan perhatian yang sedikit pada sebab-akibat, dan memusatkan dirinya pada kajian tentang
struktur.

Kesimpulannya, terdapat beberapa kelemahan pendekatan strukturalisme seperti tidak


memfokuskan analisis pada apa yang menjadi penyebab terjadinya sebuah kes, dan apa yang menjadi
1
HBEF2103 EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 701102105308002

akibat dari adanya kes tersebut. konsistennya pendekatan strukturalisme melupakan aspek-aspek lain
sebagai faktor pendukung dan penentang terjadinya sebuah kes. Selain itu, pendekatan strukturalisme
juga tidak mempersoalkan sejarah dan perubahan yang terjadi dalam masyarakat. padahal sejarah dan
perubahan perlu dijadikan pembanding dalam menganalisis kes.

2. Justifikasikan bagaimana genetik dan alam sekitar mempengaruhi perubahan personaliti.

Faktor genetik merujuk kepada faktor baka. Secara umumnya baka ibu bapa akan mempengaruhi
personaliti anak-anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan
emosi anaknya. Menurut Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang adalah berkaitan rapat dengan
bentuk tubuh badannya. Beliau telah menggolongkan bentuk badan manusia kepada tiga kategori, iaitu
endomorf, mesomorf dan ektomorf, yang berkaitan dengan ciri-ciri personaliti. Jadual di bawah
menerangkan serba ringkas berkenaan dengan perkaitan antara bentuk tubuh badan manusia dengan
ciri-ciri personaliti yang berkenaan.

Selain daripada bentuk badan, keadaan fizikal, khasnya penyakit seperti lelah(asma), kencing
manis dan sebagainya, yang kebanyakannya disebabkan oleh faktor genetik, pula mempengaruhi
perkembangan personaliti seseorang. Seseorang kanak-kanak yang kerap kali jatuh sakit dan tidak
dapat menyertai segala aktiviti sosial dan lambat laun akan membantutkan perkembangan sosialnya.
Hal ini akan mempengaruhi perkembangan personalitinya. Kebiasaannya individu ini mempunyai
personaliti introvert dan bersifat pendiam serta pemalu. Kecerdasan seseorang adalah berkait rapat
dengan baka ibu bapa. Oleh sebab itu, baka memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan
perkembangan personaliti seseorang. Misalnya, individu yang mempunyai darjah kecerdasan yang
tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berperwatakan
bijaksana dan bersifat berani. Di samping itu, kadangkala pelajar yang terlalu cerdas juga mengalami
masalah penyesuaian sosial. Ini adalah kerana kanak-kanak seperti itu mungkin berasa bongkak dan
dengan itu boleh menjadikannya tidak popular.

2
HBEF2103 EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 701102105308002

Di samping itu emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi personaliti seseorang. Seseorang
individu yang mewarisi emosi yang tidak stabil akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan
pemarah. Manakala seseorang individu yang mempunyai emosi yang lebih stabil serta dapat mengawal
perasaan kekecewaan merupakan seorang individu yang lebih popular serta suka dihampiri oleh kanak-
kanak yang lain. Faktor persekitaran juga turut mempengaruhi pembentukan dan perkembangan
personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan
pengalamannya. Pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang juga bermula dalam keluarga
tidak kira dalam keadaan ataupun suasana di dalam rumah tersebut. Suasana yang mesra dan harmonis
boleh menggalakkan perkembangan personaliti yang sihat. Perhubungan ibu bapa yang baik akan
menjamin suasana rumah yang tenteram yang amat diperlukan untuk perkembangan personaliti
seseorang individu tersebut.

Selain daripada itu, pemakanan juga mempengaruhi di dalam perkembangan personaliti


seseorang itu. Makanan yang seimbang yang disediakan adalah penting perkembangan secara
menyeluruh bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Tanpa makanan yang seimbang, mungkin akan
membantutkan perkembangan seseorang individu tersebut dan akan mengganggu di dalam
perkembangan personaliti seseorang itu. Di samping itu, taraf sosioekonomi keluarga seperti
kedudukan kewangan sesebuah keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh
disediakan untuk anak-anaknya. Dengan adanya segala kemudahan yang disediakan ini akan dapat
memberikan pendedahan yang luas terutamanya kepada kanak-kanak. Seseorang individu yang
memperoleh pencapaian akademik yang baik serta boleh bermain pelbagai permainan dan alat muzik
memang mempunyai aras keyakinan yang tinggi berbanding dengan individu yang mempunyai taraf
ekonomi yang rendah.

Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yang berbeza. Penekanan
terhadap satu-satu nilai di dalam sesebuah kebudayaan tertentu akan mempengaruhi perkembangan
personaliti kanak-kanak juga. Di dalam kebanyakan kebudayaan, banyak ditekankan mengenai nilai-
nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, tolong-menolong dan banyak lagi nilai-nilai
murni yang ditekankan. Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan seperti ini tentu akan menjadi
seorang yang penuh kesopanan dan akan menonjolkan personaliti yang seimbang. Pengaruh sekolah
adalah kedua penting berbanding pengaruh keluarga ini disebabkan oleh sebahagian besar masa
dihabiskan di sekolah bagi pelajar-pelajar. Jenis kepimpinan dan suasana di sekolah amat
mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak. Hal ini adalah bergantung kepada corak
pentadbiran yang dibawa oleh guru besar ataupun pengetua.

3
HBEF2103 EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 701102105308002

Jika corak pentadbiran menitikberatkan soal disiplin, maka akan membentuk personaliti
pelajarnya menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi arahan. Jika sebaliknya, jika pengetuanya
kurang tegas dalam segala hal maka pelajar akan menjadi lebih pasif, menarik diri, takut mengambil
risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Selain itu guru berperanan di dalam
membentuk perkembangan personaliti pelajarnya. Jika sikap yang ditonjolkan oleh guru adalah sikap
yang positif, maka pelajar akan terikut-ikut dengan sikap positif yang ditonjolkan oleh guru tersebut
dan begitu jugalah sebaliknya. Pada zaman yang moden membangun ini, media massa adalah
merupakan medium perhubungan yang terpenting dalam kehidupan seharian. Ia juga memainkan
peranan yang penting di dalam membentuk perkembangan personaliti seseorang.

Oleh sebab itu, pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting untuk menjamin
perkembangan personaliti yang sihat. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan video
atau filem yang berunsurkan keganasan, kezaliman dan sebagainya, maka mereka akan bertendensi
untuk berkelakuan yang lebih agresif. Sebaliknya jika kanak-kanak lebih didedahkan dengan tayangan
yang bercorak ilmiah seperti taman sesame dan sebagainya, akan dapat membantu perkembangan
intelek seseorang pelajar. Tambahan lagi, rakan sebaya merupakan salah satu faktor yang terpenting di
dalam mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Ini kerana setiap rakan sebaya mempunyai
nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga adalah orang kedua terpenting selepas keluarga bagi remaja.
Maka, kebanyakan tindak tanduknya dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Sama ada nilai ataupun
sikap yang dibawa itu adalah yang positif ataupun yang negatif.

Pengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang


individu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan seperti
membuang air kecil di katil, membuat kotor dan sebagainya menyebabkan kanak-kanak tersebut
sentiasa berasa bimbang dan bersalah. Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan kepada pengalaman
prasekolah akan berasa rendah diri serta terancam apabila didapati dia tidak tahu membaca abjad atau
menulis angka-angka yang senang ketika berada di Tahun satu. situasi ini akan memberi impak kepada
harga diri serta konsep kendiri positif seseorang kanak-kanak. Aspirasi, harapan dan nilai sesuatu
masyarakat boleh mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu.

Sebagai contoh masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta
benda. Dengan itu,kanak-kanak membesar menjadi individu yang sentiasa mengejar kekayaan harta
benda. Nilai murni-murni mungkin akan ketinggalan. Ini akan melahirkan masyarakat yang sanggup
menipu, merompak, membunuh dan mengamalkan rasuah demi mencapai tujuannya. Keadaan ini
menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan personaliti yang tidak
diingini. Sebaliknya, jika nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, individu-individu yang
4
HBEF2103 EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 701102105308002

membesar dalam situasi itu, akan menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi,
rajin dan sedia untuk berkorban kerana hendak menolong orang lain.

3.Terangkan EMPAT ciri kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit seperti yang dicadangkan
oleh Piaget

Dari kajian dan pemerhatian, Jean Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak
adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget
membahagikan empat peringkat kepada sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

 Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun)

Dalam peringkat umur ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan
berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh
membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Kanak-kanak mula belajar bahasa dan lambang
yang sudah difahami. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya
serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam
persekitarannya.

 Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)

Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila
mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang
dikuasainya itu, perkembangan kognitif kian menjadi pesat. Mereka menganggap pengalaman dan
pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Kanak-kanak mula berupaya memberi sebab untuk
menyokong kepercayaan mereka, boleh megelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami
konsep bilangan. Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini bersikap egosentrik iaitu mereka
melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri. Contohnya, apabila menonton kartun,
kanak-kanak akan beranggapan bahawa semua orang mempunyai minat yang sama dengannya.

 Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun)

Kanak-kanak mula memperoleh konsep tranformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya
mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada
satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta
dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih
terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara

5
HBEF2103 EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 701102105308002

abstrak. Oleh itu, mereka masih tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam
peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek
konkrit dan pengalaman secara langsung.

 Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun dan ke atas)

Remaja telah berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka
juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teoram atau
hukum matematik serta membuat rumusan atau generalasasi daripada aktiviti matematik. Remaja juga
boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak,
mengaitkan satu kensep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan
masalah.

4. Bezakan antara personaliti kebersetujuan dan extraversi dari model personaliti Big Five.

Keperibadian kebersetujuan ini biasanya merujuk kepada bagaimana "disenangi" kita. Orang yang
menjaringkan tinggi pada kebersetujuan cenderung untuk menjadi baik-hati, lembut hati, dan
mempercayai. Mereka kurang terpengaruh oleh faktor marah, kejam, dan mencurigakan. Agreebleness
biasanya cenderung untuk patuh dengan individu lainnya. Selain itu, individu dengan keperibadian ini
seringkali menghindari konflik. Sifat positif dari keperibadian ini senang bekerja sama (koorperatif),
bersifat baik, hangat, penuh kepercayaan, serta suka membantu. Di sebelah tangan, keperibadian
extraversion sangat erat kaitannya dengan kenyamanan seseorang ketika berinteraksi dengan orang-
orang lain di sekitarnya. Sifat positif dari keperibadian ini adalah senang dan mudah dalam bergaul,
bersosialisasi serta mampu hidup berkelompok dan tegas. Orang yang besifat extraversion sering suka
bercakap, bersemangat, aktif, dominan, dan bergaul. Maakala, Extraverts cenderung untuk
membangunkan hubungan yang lebih sosial semasa di kolej, lebih berkemungkinan untuk jatuh cinta,
dan lebih responsif untuk keseronokan.

5. Kaitkan konsep pembelajaran bukan formal dengan pengalaman anda sendiri.

Pendidikan non-formal merujuk kepada pendidikan yang disusun dan dilaksanakan di luar daripada
sistem pendidikan formal. Pendidikan ini diperoleh melalui program seperti latihan, kursus dalam
perkhidmatan, seminar, bengkel, forum dan persidangan. Menurut definisi yang diberikan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pendidikan, sains dan kebudayaan (UNESCO), program
pendidikan yang bercorak vokasional, teknikal dan kecekapan dikategorikan sebagai pendidikan non-
6
HBEF2103 EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 701102105308002

formal di mana program tersebut menyediakan orang dewasa di dalam sesuatu bidang kerja yang baru.
Konsep utama pendidikan non-formal menekankan bahawa klientele program ini merupakan orang-
orang dewasa dan belia yang telah keluar dari bangku sekolah (mereka yang terkeluar dari sistem
pendidikan formal). Sebagai contoh, semua warga sekolah dikehendaki memenuhi syarat menghadiri
Latihan dalam perkhidmatan sebanyak 5 hari (30 jam) dalam setahun bagi meningkatkan kompetensi
profesionalisme guru-guru dari segi teknik penyampaian pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan
terhadap dasar-dasar kerajaan, sahsiah serta potensi warga guru .

6. Bezakan antara pengajaran langsung dan pembelajaran kooperatif sebagai pendekatan dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran secara terus / langsung merupakan pendekatan berpusatkan guru. Strategi pengajaran ini
sangat berkesan apabila matlamat guru adalah untuk memberikan atau menyampaikan maklumat,
mengajarkan prosedur (SOP) dan membina kemahiran langkah demi langkah. Strategi pengajaran
secara terus / langsung turut melibatkan kaedah-kaedah seperti demonstrasi, penyoalan didaktik, latih
tubi, pengajaran eksplisit. kuliah masteri, panduan dan bimbingan bacaan, mendengar dan pemerhatian
serta gambaran keseluruhan berstruktur. Sekiranya pengajaran langsung digunakan dengan bijak, guru
dapat menyampaikan ilmu pengetahuan atau maklumat yang kompleks mengikut tahap keupayaan
murid. Guru berupaya untuk menyampaikan maklumat yang tidak sedia ada untuk membolehkan murid
mengaksesnya walau dengan apa cara pun. Guru juga meningkatkan keghairahan murid untuk mata
pelajaran berkenaan serta meningkatkan minat murid.

Guru boleh menggunakan strategi pengajaran langsung untuk membolehkan murid


menumpukan perhatian kepada isi kandungan pelajaran yang relevan agar dapat membantu murid
mengaitkan maklumat baru dengan maklumat sedia ada atau dengan pengalaman lalu. Malangnya,
ramai guru gagal untuk menyedari tentang batasan strategi pengajaran langsung ini. Guru perlu akui
bahawa keupayaan pengajaran langsung sebenarnya terbatas untuk membolehkan murid
mengembangkan sepenuhnya keupayaan mereka untuk berfikir secara kritikal serta membataskan
keupayaan murid untuk belajar atau bekerja dalam kumpulan. Oleh itu, pengajaran langsung ini hanya
boleh dilihat dan diterima sebagai salah satu strategi yang boleh digunakan oleh guru ketika mengajar.

Selain itu, Pembelajaran koperatif pula merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan
murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang
sama (Slavin, 1982). Sasaran utamanya adalah menuju kepada tahap pembelajaran yang maksimum
bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam
pembelajaran koperatif adalah saling bergantung antara satu sama lain secara positif, berinteraksi
secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan
7
HBEF2103 EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 701102105308002

pemprosesan kumpulan. Ganjaran biasanya akan diberi kepada individu dan kumpulan dalam
pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-
masing dan memainkan peranan berbeza secara bergilir-gilir.

Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Pembelajaran koperatif dapat


meningkatkan kesalingbergantungan dan interaksi dengan pelajar lain, meningkatkan motivasi untuk
belajar dan meningkatkan pembelajaran dan mengajar bahan pengajaran kepada orang lain. Guru yang
melaksanakan pembelajaran koperatif di bilik darjah perlu peka dengan cabaran yang ada,seperti
sebilangan pelajar yang lebih suka bekerja sendiri, pelajar yang berprestasi rendah mungkin
memperlahankan kemajuan pelajar berpencapaian tinggi, pelajar yang tidak menumpukan perhatian
terhadap tugasan yang diberikan kerana mereka lebih suka bersosial dan sebagainya. Guru perlu peka
terhadap cabaran yang timbul dan berusaha untuk mengurangkannya.

7. Nilaikan EMPAT langkah dalam proses pemikiran kreatif.

Walls dalam Solso(1998)mengemukakan bahawa sebelum menghasilkan suatu produk kreatif ,terdapat
empat tahap proses kreatif yang harus dilalui, iaitu tahap persiapan,tahap inkubasi,tahap iluminasi dan
tahap verifikasi. Tahap persiapan merupakan tahap pengumpulan informasi ataupun data yang
diperlukan untuk memecahkan atau menganalisiskan suatu masalah. Berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman, individu yang terlibat akan menghasilkan pelbagai jenis alternatif penyelesaian masalah.
Pemikiran kreatif pada tahap ini diperlukan. Seterusnya, beredar ke tahap Inkubasi ,di mana proses
pemecahan masalah dalam alam prasedar. Kemungkinan besar terjadi proses pelupaan terhadap
konteks dan akan teringat Kembali pada saat terakhir. Di samping itu proses ketiga merupakan tahap
Iluminasi, munculnya inspirasi ataupun idea-idea untuk memecahkan masalah apabila kita mengadakan
brain storming semasa perjumpaan mahupun bermesyuarat. Akhirnya, tahap Verifikasi memerlukan
pemikiran kreatif diikuti oleh pemikiran kritis untuk menilai semula segala penyelesaian masalah yang
dihasilkan dari segi kekuatan dan kelemahan, seterusnya mengambil keputusan yang terbaik untuk
menyelesaikan masalah.

8. Teori atribusi mencadangkan bahawa terdapat empat faktor yang mempengaruhi motivasi
pelajar. Jelaskan EMPAT faktor ini.

Teori Atribusi Weiner merupakan teori kontemporari yang berpengaruh terhadap implikasi motivasi
akademi, Weiner menegaskan bahawa murid akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang
diingini. Penekanan tertumpu kepada persepsi murid yang mempengaruhi cara mereka mentafsirkan
kejayaan atau kegagalan hasil usaha sendiri dan turut mempengaruhi kecenderungan murid untuk
mengulangi tingkah laku yang sama. Terdapat empat faktor yang berkait rapat dengan teori atribusi

8
HBEF2103 EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 701102105308002

yang akan mempengaruhi motivasi dalam pendidikan. Antara faktor tersebut ialah faktor kebolehan
iaitu faktor dalaman yang stabil di mana pelajar tidak mempunyai kawalan secara langsung, kesukaran
tugasan iaitu faktor luaran yang stabil dan ini tidak boleh dikawal oleh pelajar sendiri, usaha iaitu faktor
dalaman yang tidak stabil dan pelajar boleh mengawalnya dan faktor nasib yang merupakan faktor
luaran yang tidak stabil kerana pelajar mempunyai kawalan yang paling sedikit sekali.

Guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan motivasi pelajar dengan membantu
pelajar memastikan mereka percaya bahawa mereka adalah kompeten. Kegagalan sekali-sekala
disebabkan nasib atau usaha yang tidak mencukupi dan perkara ini tidak akan wujud pada masa
hadapan. Pastikan pelajar berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya. Elakkan daripada
situasi di mana pelajar berulang kali gagal kerana ini akan menyebabkan mereka beranggapan bahawa
mereka tidak kompeten dan mereka akan berhenti mengatributkan kegagalan mereka kepada kurangnya
usaha dan menggalakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, mereka akan melipatgandakan usaha
mereka. Guru harus membantu pelajar memahami tingkah laku mereka yang akan membawa mereka ke
tahap kejayaan atau kegagalan. Hal ini dirujuk kepada lokus kawalan dalaman dan merangsangkan
konsep kendiri pelajar dan sentiasa berfokus kepada usaha sebagai faktor ke arah kejayaan.

Kesimpulan Prinsip asas teori atribusi ialah persepsi atau atribusi seseorang terhadap kejayaan atau
kegagalan menentukan betapa banyaknya usaha seseorang itu dalam aktiviti yang sama pada masa
hadapan. Guru digalakkan untuk menggunakan teori ini untuk memotivasikan pelajar secara efektif.

9. Definisikan rancangan pendidikan individu untuk pelajar berkeperluan khas.

Rancangan Pendidikan Individu adalah satu dokumen bertulis, ianya dirancang untuk seseorang murid.
Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program
pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan. “RPI merupakan satu perjanjian bertulis di antara
ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana keperluan-
keperluan tersebut dipenuhi. Dari segi perlaksanaan, RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatan-
perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang murid tersebut"(Daniel P. Hallahan dan James M.
Kauffman,1977).Ini menunjukkan bahawa RPI berfungsi sebagai satu alat instrumen untuk menentukan
kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu dengan pegawai
pendidikan daerah, individu dan agensi atau khidmat sokongan lain.“ RPI” ialah suatu program
pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka untuk memenuhi keperluan-keperluan
individu murid kurang upaya”( William N. Bender, 1995 )

RPI dapat diringkaskan sebagai tahap prestasi seseorang murid, perancangan yang merangkumi
aspek akademik dan bukan akademik, matlamat tahunan yang boleh dicapai oleh murid dan maklumat

9
HBEF2103 EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 701102105308002

yang mengandungi satu siri objektif yang boleh diukur bagi setiap matlamat yang dikenal pasti. Selain
itu, RPI juga merupakan objektif, prosedur dan urutan penilaian bagi menentukan pencapaian, satu
huraian berhubung dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh murid dan perancangan jangka masa
dan tarikh perkhidmatan yang dapat disediakan untuk murid serta perancangan dan persediaan untuk
membantu murid berkeperluan khas menghadapi alam sekitar. Bukan itu sahaja, RPI adalah rancangan
program penilaian berterusan untuk seseorang murid dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam
program pendidikan khas.

10. Analisis keempat-empat bukti yang boleh dimasukkan ke dalam portfolio pelajar.

Empat kelas bukti yang boleh dimasukkan di dalam portfolio pelajar ialah

Jenis kelas Penerangan


Artifak Dokumen atau produk seperti kertas pelajar dan kerja rumah yang
dihasilkan ketika kerja akademik biasa di dalam kelas
Penghasilan semula Dokumentasi kerja pelajar di luar kelas, seperti projek khas dan temu
ramah. Sebagai contoh, keterangan pelajar mengenai temu ramah
dengan saintis tempatan dalam kalangan masyarakat mengenai hasil
usaha saintis boleh dianggap sebagai penghasilan semula
Pengakusaksian Dokumentasi guru atau orang lain yang bertanggungjawab tentang
kemajuan pelajar. Sebagai contoh, seorang guru mungkin menulis nota
penilaian mengenai pembentangan lisan pelajar dan meletakkan ke
dalam portfolio pelajar.
Pengeluaran Dokumen yang disiapkan oleh pelajar terutamanya untuk portfolio.
Pengeluaran terdiri daripada tiga jenis bahan: pernyataan tujuan,
refleksi dan kapsyen. Pelajar menghasilkan pernyataan tujuan tentang
apa yang mereka mahu capai dengan portfolio mereka, menulis refleksi
mereka mengenai hasil usaha mereka dan menerangkan perkembangan
mereka, dan membuat kapsyen yang menggambarkan setiap bahagian
hasil kerja di dalam portfolio dan kepentingannya.

10

Anda mungkin juga menyukai