Anda di halaman 1dari 27

1

HASIL PEMELAJARAN

Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan:

• ayat majmuk gabungan

• ayat majmuk pancangan

• ayat majmuk campuran

2
AYAT MAJMUK

• GABUNGAN: BERURUTAN, BERTENTANGAN

• PANCANGAN: RELATIF, KOMPLEMEN, KETERANGAN

• CAMPURAN: PELBAGAI AYAT

• PASIF: GABUNGAN, RELATIF, KOMPLEMEN,


KETERANGAN

3
AYAT MAJMUK GABUNGAN

• Subjek dan predikat lebih daripada satu.

• Penggabungan dua atau beberapa ayat tunggal dengan


menggunakan kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu,
maka, dan tetapi atau tanpa kata hubung dengan nada suara
sebagai penanda.

* Hang Tuah memegang keris, dan Hang Jebat


memegang lembing
* Tun Teja menangis lalu turun ke taman
* Sultan itu amat berdaulat lagi besar kerajaannya
* Yang manis A atau B

4
JENIS AYAT GABUNGAN

• Susunan fakta berturutan: dan, lagi, lalu, serta, sambil, maka

• Maksud pertentangan: tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal

> Dia menjeling sambil tersenyum


> Hang Tuah melompat lalu menikam
> Anak itu lapar maka ia menangis
> Orang ini miskin tetapi ia bahagia
> Bukan orang yang malas berjaya, melainkan orang
yang rajin
> Dia membeli barang yang mahal, padahal ada barang
yang murah

5
AYAT MAJMUK PANCANGAN: RELATIF

• Satu ayat induk dan beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan pada
ayat induk sehingga menjadi sebahagian ayat induk itu.
• Ayat majmuk pancangan relatif yang digunakan juga sebagai kata
ganti nama untuk nama yang digugurkan dalam FN + yang
• Ayat kecil dipancangkan pada predikat: Dia memukul ular yang
berwarna hijau
• Ayat kecil yang dipancangkan pada subjek: Orang yang sedang
menjahit baju itu isteri saya
• Ayat kecil yang dipancangkan pada subjek dalam bentuk pasif: Kuda
yang ditunggangnya itu kuda padi

> Pemuda yang tampan itu pensyarah baharu


> Yang tampan itu pensyarah baharu

6
AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN

• Komplemen FN: subjek dan objek tepat


* Menteri Pertanian sudah mengetahui bahawa beliau akan
kalah dalam pertandingan itu (objek tepat)
* Untuk mencapai kebahagiaan memanglah sukar (subjek)
* Tentulah tidak munasabah untuk mereka mendirikan rumah
tangga dalam waktu terdekat ini (songsang)

• Komplemen FKJ (KKTT + Pelengkap)


* Arahan ini bermakna bahawa pelajar tiada hak untuk bersuara
* Perdana Menteri beranggapan bahawa pemilihan pemimpin
pada tahun ini adil

• Komplemen FAdj
* Dia terlalu yakin bahawa anaknya akan berjaya dalam
pertandingan itu
* Kita perlu insaf bahawa kita termasuk dalam golongan musafir

7
AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN

• Keterangan: satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih, dan ayat
kecil ini bertindak sebagai keterangan frasa predikat.

• Kewujudan ayat induk dan ayat kecil yang tidak dapat berdiri sendiri.

• Kewujudan kata hubung yang merangkaikan ayat induk dengan ayat


kecil (ayat keterangan).

• Kehadiran ayat kecil boleh di hadapan atau di belakang ayat induk.


ayat induk + kata hubung + ayat keterangan

kata hubung: ketika, semasa, kerana. Sewaktu, sekiranya…

8
JENIS AYAT KETERANGAN

• Keterangan musabab/penyebaban
• Keterangan akibat
• Keterangan syarat
• Keterangan waktu: permulaan, bersamaan, berurutan, batas
akhir
• Keterangan pertentangan
• Keterangan harapan
• Keterangan cara
• Keterangan tujuan,
• Keterangan perbandingan
• Keterangan sangkalan
• Keterangan kenyataan

9
KETERANGAN MUSABAB

• Unsur yang menerangkan sebab terjadinya sesuatu peristiwa


seperti yang dinyatakan dalam ayat induk.

• Kata hubung yang digunakan ialah kerana, lantaran, oleh sebab,


dan akibat.

• Contoh:
* Dia tidak hadir kuliah kerana dia sakit.
* Pemimpin itu mendiamkan diri lantaran tewas dalam
pengundian.
* Oleh sebab malam semakin larut, mereka meninggalkan
tempat itu.
* Akibat gagal dan percintaan, mahasiswa itu membunuh
diri.
10
KETERANGAN AKIBAT

• Unsur yang menerangkan kesan sesuatu perbuatan daripada apa-apa


yang dinyatakan dalam ayat induk.

• Kata hubung yang digunakan ialah hingga, sehingga, sampai, maka,


dan makanya.

• Contoh:
* orang itu jatuh terlalu tinggi hingga patah kakinya.
* Ujian diberikan setiap minggu sehingga mahasiswa
menjadi sasau.
* Orang itu suka akan judi sampai barang isterinya
tergadai habis.
* Saya tidak bersetuju dengan ideanya, maka saya protes.
* Lantai itu licin amat, makanya ia jatuh.

11
KETERANGAN SYARAT

• Unsur yang menerangkan kehendak yang perlu dipenuhi untuk


melaksanakan apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

• Kata hubung yang digunakan ialah sekiranya, andaikata, jikalau, jika,


kalau, seandainya, asalkan, apabila, bilamana…

• Contoh:
* Sekiranya/andaikata engkau pergi dahulu, akan
kutunggu di pintu syurga.
* Jika/Jikalau ada jodoh, kita pasti akan bersama.
* Perasaanku gundah gulana apabila/bilamana aku teringat
akan dirimu.
* Buatlah sesuka hati, asalkan anda bahagia.

12
KETERANGAN WAKTU

• Unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan seperti yang


dinyatakan dalam ayat induk.

• Kata hubung digunakan mengikut waktu, iaitu permulaan (sejak,


semenjak, sedari), bersamaan (sewaktu, tatkala, serta, selagi,
sementara, selama, sambil, ketika, seraya), berurutan (sebelum,
setelah, sesudah, sesuai, begitu, sehabis), akhir (hingga, sampai).

• Contoh:
* Dia lebih ceria sejak dia berkahwin.
* Selagi peluru masih ada, mereka tidak akan menyerah
diri.
* Orang itu kembali setelah tamat pengajiannya.
* Mahasiswa itu terlena hingga kuliah berakhir.

13
KETERANGAN PERTENTANGAN

• Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan yang bertentangan tetapi


tidak mengubah apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

• Kata hubung yang digunakan ialah walaupun, meskipun, kendatipun,


biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, sedangkan,
sungguhpun, betapapun…

• Contoh:
* Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
* Walaupun sedih, dia tidak pernah menangis.
* Dia melepaskan kekasihnya, betapapun besar cintanya.
* Meskipun miskin harta, dia tetap kaya budi bahasa.
* Beliau tetap akan datang sekalipun hujan lebat.

14
KETERANGAN CARA

• Unsur yang menerangkan tatacara sesuatu perbuatan yang terjadi


daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

• Kata hubung yang digunakan ialah dengan.

• Contoh:
* Dengan keyakinan yang luar biasa, dia terjun ke laut.
* Dia memukul isterinya dengan penyapu lidi.
* Dengan keris pusaka itu, ditikamnya musuh.
* Dinding rumah cuba ditahan dengan kedua-dua
tangannya.
* Dengan doa dan harapan, dilepaskan kekasihnya pergi.

15
KETERANGAN HARAPAN

• Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan yang dihajati daripada


apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

• Kata hubung yang digunakan ialah supaya, agar, semoga, moga-moga,


kalau-kalau, biar…

• Contoh:
* Orang itu kerja keras supaya kehidupannya lebih bahagia.
* Kita mesti menghormati orang, agar orang juga
menghormati kita.
* Semoga anda memberi perhatian tentang apa-apa yang
telah saya katakan.
* Biar kita berputih tulang daripada kita berputih mata.

16
KETERANGAN TUJUAN

• Unsur yang menerangkan maksud sesuatu perbuatan seperti apa-


apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

• Kata hubung yang digunakan ialah untuk, demi, dan bagi.

• Contoh:
* Demi bangsanya, dia sanggup berkorban apa-apa sahaja.
* Kerajaan menambahkan dana untuk membantu golongan
miskin.
* Tuah dan Jebat bergabung untuk mempertahankan
Melaka.
* Bagi Sukarno, cita-cita mesti setinggi awan, biarpun yang
dapat digapai hanya setinggi pohon kelapa.

17
KETERANGAN PERBANDINGAN

• Unsur yang menerangkan peristiwa yang mempunyai persamaan


seperti yang dinyatakan dalam ayat induk.
• Perbandingan ini memperlihatkan dua keadaan, iaitu kemiripan
penyataan ayat induk dengan ayat kecil, dan isi ayat induk lebih baik
daripada ayat kecil.
• Kata hubung yang digunakan ialah seperti, macam, seolah-olah,
seakan-akan, ibarat, bagaikan, bak, laksana, sebagaimana, daripada,
alih-alih…
• Contoh:
* Saya akan membantumu sebagaimana ayahmu
membantuku.
* Hamba ini tiada sesiapa, ibarat kiambang di air.
* Daripada satu, baiklah dua.
* Mahasiswa itu terpinga-pinga, seakan-akan bingung.
18
KETERANGAN SANGKALAN

• Unsur yang menerangkan kenyataan yang berlawanan dengan


keadaan yang sebenarnya seperti apa-apa yang dinyatakan dalam
ayat induk.

• Kata hubung yang digunakan ialah seakan-akan dan seolah-olah.

• Contoh:
* Keadaan di lubuk itu kelihatan tenang, seolah-olah tiada
buaya.
* Pemimpin yang tewas itu bergegas turun, seakan-akan
merajuk.

19
KETERANGAN KENYATAAN

• Unsur yang menyatakan keadaan yang nyata yang berlawanan


dengan apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.
• Kata hubung yang digunakan ialah padahal, dan sedangkan.
• Kata sedangkan juga digunakan untuk menyatakan dua peristiwa
yang terjadi serentak.
• Contoh:
* Dia pura-pura malu, padahal hatinya mahu.
* Orang itu kelihatan ceria, padahal hatinya berduka.
* Jemputan sudah datang, sedangkan hidangan belum
sedia lagi.
* Isteri membasuh kain, sedangkan suami menonton TV.

20
AYAT MAJMUK CAMPURAN

• Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandung:

* Lebih daripada satu ayat tunggal

* Campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk

* Deretan pelbagai ayat majmuk

21
CONTOH AYAT MAJMUK CAMPURAN

• Setelah tamat pelajarannya di Universiti Putra Malaysia, Minah segera pulang


ke kampung untuk menemui kedua-dua ibu bapa dan saudara maranya, dan
mengatakan maksudnya untuk berkahwin dengan Hassan yang sama-sama
belajar dengannya di UPM selama tiga tahun.

• Ayat di atas merupakan transformasi daripada ayat berikut:


* Minah belajar di Universiti Putra Malaysia
* Pelajarannya telah tamat
* Minah segera pulang ke kampung
* Dia hendak menemui kedua-dua ibu bapanya
* Dia hendak menemui saudara maranya.
* Dia mempunyai maksud
* Maksudnya berkahwin
* Dia hendak berkahwin dengan Hassan
* Hassan sama-sama belajar dengan Minah di UPM
* Mereka belajar di UPM selama tiga tahun.

22
AYAT PENDEK DAN AYAT PANJANG

• Pada asasnya, ayat pendek ialah ayat tunggal dan ayat panjang ialah ayat
majmuk. Walau bagaimanapun, terdapat juga ayat panjang yang berupa
ayat tunggal, dan ayat pendek yang berupa ayat majmuk.
• Contoh: Rumah besar tiga tingkat di atas bukit berapit itu telah roboh
sepenuhnya petang kelmarin
• Ayat di atas ialah ayat tunggal kerana mempunyai satu subjek dan satu
predikat.
• Subjek: Rumah besar tiga tingkat di atas bukit berapit itu
• Predikat: telah roboh sepenuhnya petang kelmarin

23
AYAT PENDEK DAN AYAT PANJANG

• Contoh: Motosikal yang telah lama dibeli itu dibuang tayarnya,


ditendang, ditolak ke jalan, dan dihumban ke sungai.

• Ayat di atas ialah ayat majmuk kerana mempunyai lima ayat, iaitu:

* Motosikal itu telah lama dibeli.


* Motosikal itu dibuang tayarnya.
* Motosikal itu ditendang.
* Motosikal itu ditolak ke jalan.
* Moitosikal itu dihumban ke sungai.

24
AYAT MAJMUK PASIF

• Ayat majmuk pasif berasal daripada ayat majmuk aktif yang


mengandung kata kerja transitif.

• Contoh ayat majmuk gabungan:

aktif: Suami makan nasi dan isteri minum air.


pasif: Nasi dimakan (oleh) suami, dan air diminum (oleh)
isteri.

• Contoh ayat majmuk relatif:

aktif: Mahasiswa menonton teater yang amat menyayat hati.


pasif: Teater yang amat menyayat hati ditonton (oleh)
mahasiswa.

25
AYAT MAJMUK PASIF

• Contoh ayat majmuk pancangan komplemen:

aktif: Pensyarah mengatakan bahawa peperiksaan akhir


akan diadakan pada minggu hadapan.
pasif:Bahawa peperiksaan akhir akan diadakan pada
minggu hadapan dikatakan (oleh) pensyarah.

• Contoh ayat majmuk keterangan:

aktif: Andaikata engkau pergi dahulu, aku akan


menantimu di pintu syurga.
pasif:Andaikata engkau pergi dahulu, di pintu syurga
akan kunanti.

26
KESIMPULAN

• Ayat majmuk gabungan terbahagi dua, iaitu gabungan


berurutan dan gabungan bertentangan
• Ayat majmuk pancangan terbahagi tiga, iaitu ayat majmuk
pancangan relatif, pancangan komplemen, dan pancangan
keterangan
• Ayat majmuk campuran mengandung pelbagai jenis ayat,
sama ada ayat pendek atau ayat panjang
• Ayat majmuk juga boleh dijemakan dalam bentuk pasif

27

Anda mungkin juga menyukai