Anda di halaman 1dari 24

GGGE6963 : 

Linguistik untuk
guru bahasa Melayu

Pensyarah : Dr. Muna Ruzanna Mohammad

Kata Tugas

Pelajar : 
Mardiana Jamel (P105118)
Nurfarihan Nordin (P105657)
Kata Tugas
Kata tugas ialah golongan perkataan yang mendukung sesuatu tugas tertentu
dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak
berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung
sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang,
penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri
atau tugas-tugas lain.

Ciri-ciri Kata Tugas


❖ Tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam frasa predikat.
❖ Mempunyai maksud gramatikal tetapi tidak mempunyai maksud 
leksikal. Maksud KT ditentukan oleh kehadiran kata lain.
❖ Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas.
❖ Tidak mengalami perubahan bentuk untuk sebahagian besar KT.
Jenis Kata Tugas Contoh Fungsi
Kata tanya Apa, siapa, mana Untuk menanyakan sesuatu
Kata perintah Sila,jangan, usah Untuk menimbulkan sesuatu tindakan
daripada orang lain
Kata seru Cis,wah,amboi Menunjukkan perasaan
Kata penegas Kah, lah, tah Untuk memberi penekanan bahagian
tertentu ayat
Kata nafi Tidak,bukan Untuk menyangkal atau menolak
sesuatu
Kata pemeri Ialah, adalah Untuk merangkaikan frasa subjek
dengan frase predikat
Kata arah Atas, dalam, luar Untuk menunjukkan hala
Kata bilangan Satu, beberapa Untuk menunjukkan jumlah fasa nama
Kata sendi nama di, ke, dari Berada di hadapan fasa nama untuk
fungsi yang berlainan
Kata pembenar Ya, benar, betul Untuk mengesahkan sesuatu
Kata hubung atau,kecuali ,dan menyambungkan ayat dengan ayat
Kata bantu Telah,sedang,akan Hadir sebelum frasa kerja,frasa
adjektif, dan frasa sendi nama
Kata penguat terlalu,sekali,amat hadir sebelum/selepas kata adjektif
Kelompok Kata Tugas
❖ KATA PENYAMBUNG AYAT

❖ KATA PRAKLAUSA

❖ KATA PRAFRASA

❖ KATA PASCAKATA
Kata Penyambung Ayat
❖ •Kata yang menghubungkan ayat melalui proses
penyambungan atau penerusan.
❖  Dua binaan ayat atau lebih yang digubungkan itu
akan mewujudkan ayat majmuk.
❖ Kata hubung berfungsi sebagai penghubung unit
tatabahasa.
❖ Tiga jenis kata hubung, iaitu:
o kata hubung gabungan
o kata hubung pancangan
o kata hubung berpasangan
Kata Hubung
KATA HUBUNG GABUNGAN-Kata yang menghubungkan kata dengan KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF
kata, frasa dengan frasa, atau ayat dengan ayat yang sama sifatnya, dan Kata yang bertugas sebagai penghubung
memiliki status yang sama.
klausa utama dengan klausa yang kecil. Kata
Contoh perkataan : dan, tetapi, kecuali, atau, malahan, melainkan, lalu, hubung jenis ini hanyalah yang.
sambil, maka, kemudian, serta, padahal…
Contoh:
Contoh ayat:
* Petir berdentum lalu kilat sabung-menyabung.
* Mahasiswa yang kena dera itu sudah mati.
* Mahasiswa itu sedih maka dia pun menangis teresak-esak. * Mahasiswi yang tersenyum itu buah hatiku.
* Orang itu miskin tetapi dia bahagia. * Saya makan nasi dengan seniman yang disukai
* Saudara akan memilih yang ini atau yang itu?
ramai.
* Buah yang tergantung itu paling disukainya.
 KATA HUBUNG PANCANGAN-Kata yang digunakan untuk * Kain yang terlondeh itu dilucutkannya.
memancangkan (menempatkan) klausa tak setara atau klausa pancangan
pada klausa utama atau klausa induk untuk membentuk ayat pancangan.
Kata hubung pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
* kata hubung pancangan relatif
* kata hubung pancangan komplemen
* kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung

KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN KATA HUBUNG BERPASANGAN


Kata yang bertugas menghubungkan klausa komplemen atau pelengkap Kata hubung yang hadir secara berpasangan dalam
pada klausa utama. Kata hubung jenis ini ialah bahawa dan untuk. menghubungkan dua klausa.
Contoh:* Orang itu memberitahu bahawa penderitaan yang dialaminya Contoh : baik … ataupun, baik … baik, baik … mahupun, bukan saja
semakin parah. … bahkan juga, bukan saja … tetapi juga, entah … entah, jangankan
* Kita mengetahui bahawa demontrasi itu tidak baik. … pun, kian … kian, makin … makin, sedangkan … apatah lagi,
sedangkan … tambahan pula, sungguhpun … namun.
* Untuk mencapai bahagia, kita mestilah berusaha bersungguh- sungguh
dalam semua perkara. Contoh ayat:
* entah berbuah entah tidak.
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
Kata yang bertugas menghubungkan klausa keterangan dengan klausa * jangankan di mulut naga, di lautan api pun…
utama.
* makin jauh ditinggalkan, makin dekat…
Contoh perkataan: kerana, meskipun, sedangkan, agar, sebelum,
sungguhpun, apabila, sejak, walau bagaimanapun, hingga, sekiranya, * sungguhpun dadah itu berbahaya, namun…
sekalipun, jika, selama, sehingga, jikalau, walaupun, oleh sebab, tatkala, * Sedangkan bah kapal tak hanyut, tambahan pula kemarau …
demi, semenjak, seandainya, semasa, semoga, supaya, andai kata… Contoh
ayat:
* Sekiranya aku pergi dahulu, engkau tunggulah di pintu syurga.*
Andaikata engkau menjadi bunga, aku menjadi tangkainya.
Kata Praklausa
•Kata yang hadir sebelum rangkaian perkataan yang mengandung subjek dan
 predikat yang menjadi konstituen atau bahagian ayat. Tugasnya untuk
 mewujudkan seruan, pertanyaan, pengiaan atau penerang pada klausa.
•Kata yang termasuk dalam praklausa ialah:
  * kata seru
  * kata tanya
  * kata perintah
  * kata pembenar
  * kata pangkal ayat
Kata PraFrasa
•Kata yang hadir sebelum kelompok kata, rangkai kata (selain ungkapan atau kata
majmuk).
•Kata yang termasuk dalam prafrasa ialah:
  * kata bantu
  * kata penguat
  * kata penegas
  * kata nafi
  * kata pemeri
  * kata sendi nama
  * kata arah
  * kata bilangan
Kata Pascakata 
•Kata yang hadir selepas perkataan. Fungsinya sebagai penekan atau pemben
da.
•Kata yang termasuk dalam pascakata ialah:
  * kata penekan
  * kata pembenda
Kata Tanya
KATA PRAKLAUSA : KATA TANYA

Kata yang digunakan untuk menanya sesuatu, iaitu yang berupa permintaan, keterangan dan penjelasan.
Dalam ayat, kata tanya hadir sebagai sebahagian predikat, dan partikel kah boleh hadir dengan kata tanya yang
dikedepankan. Contoh : mengapa (sebab apa, apa fasal, apa sebab), berapa (jumlah, besar, bilangan, harga, tinggi…),
bila (waktu, masa, ketika, kapan), bagaimana (hal, proses).
* Mengapakah dia termenung?
* Isterinya berapa orang?
* Bilakah kita akan bahagia?
* Anda hendak ke sana, bagaimana?

KATA PRAKLAUSA: KATA TANYA

Terdapat juga kata ganti nama yang berfungsi sebagai kata tanya, seperti apa, siapa, mana dan di mana. 
Contoh :* Yang bergerak-gerak di dalam kain itu apa?
* Mahasiswa itu siapa?
* Mereka itu dari mana?
* Apakah yang kamu bawa itu?
* Siapakah nama anda?
* Di manakah akan kucari ganti…
Kata Perintah
Kata yang menyuruh atau mengarah melakukan sesuatu arahan, suruhan,
larangan, silaan atau permintaan.
Contoh: jangan (tidak boleh), usah (jangan), sila (minta dengan hormat), jemput
( ajak atau undang), minta (mohon sesuatu), tolong (minta bantuan atau sokongan),
harap (ingin akan sesuatu).
* Janganlah tinggalkan aku di sini.
* Usahlah bersedih hati.* Silalah masuk.
* Tolong tinggalkan tempat ini.
* Harap-harap kelapa puan…
* Minta perhatian…
Kata Pembenar
KATA PEMBENAR
Kata yang mengisahkan sesuatu kenyataan sebagai betul, tidak salah, tepat
seperti yang dikehendaki.
Contoh: ya, benar, betul.
* Ya, itulah yang saya maksudkan.
* Ya, di sanalah rumah isteri mudanya.
* Benar, mahasiswa itulah yang ditangkap semalam.
* Betul, kalau tak percaya, tanyalah neneknya.
* Betul, dia sudah berumah tangga.
* Benar, orang itulah batu apinya.
Kata Pangkal ayat
KATA PANGKAL AYAT
Kata yang hadir pada bahagian awal ayat. Fungsinya ialah untuk menyambung ayat dalam suatu
wacana.
Contoh: hatta (lalu, maka, kemudian daripada itu, sampai, hingga), maka (lalu, sudah itu), syahadan
(selanjutnya), adapun (tentang, perihal), alkisah (kisahnya, ceritanya), kalakian (kala itu, ketika itu,
kemudian), sebermula (peristiwa, pertama-tama), sekali peristiwa (pada suatu kejadian), arakian (sesudah itu).
* Maka tergila-gilalah perempuan, anak dara-dara dan janda janda kepada Harith Fadhilah.* Syahadan tengah
baginda duduk berkata-kata itu…
* Alkisah, maka tersebutlah perkataan Ratu Pandan…
* Sebermula, akan segala kedayan, menteri…* Adapun Harith Fadhilah itu leka…
Kata seru
Kata tugas yang berfungsi melahirkan pelbagai perasaan seseorang
1) Aduh – sakit
2) Aduhai – sedih, sayu
3) Ah – tidak setuju atau menolak sesuatu
4) Amboi- kagum
5) Ceh- mengejek
6) Cis- marah,benci, tidak suka
7) Eh- hairan, terkejut, terperanjat
8) Hai- menegur, atau menarik perhatian
9) Nah- menyatakan persetujuan,menarik perhatian, geram
10)Oh- kecewa, kesal , teringat
11)Syabas- gembira, berpuas hati
12)Wah- kagum
13)Wahai- menarik perhatian
Kata penegas
Kata tugas yang berfungsi untuk menegaskan atau memberi penekanan pada sesuatu

Terdapat 2 jenis :
1) Penegas bercantum
• -kah. - menyatakan pertanyaan
• -tah. - menyatakan pertanyaan pada diri sendiri
• -lah. - menguatkan maksud perkataan

2) penegas berasingan
• Juga/jua – keadaan yang sama,ulangan,kian bertambah
• Pun- demikian juga,biar,meski,walau,bahkan, malahan,apa-apa sahaja, penegasan
• Sahaja- Cuma,hanya,selalu atau terus, juga demikian,sebarang,dengan
mudah,sengaja,seperti biasa
• Lagi- tambahan,masih,serta,pula,lebih baik,menguatkan
• Hanya- Cuma, sahaja, sekiranya,melainkan, kecuali
• Memang- sesungguhnya
Kata Nafi

Kata tugas yang berfungsi untuk menafikan sesuatu dalam


predikat

Terdapat 2 jenis :
1) Bukan- digunakan sebelum frasa nama atau frasa sendi
nama
2) Tidak- digunakan sebelum frasa kerja atau frasa adjektif
Kata Pemeri

Kata tugas yang menghubungkan frasa subjek dengan frasa predikat


Terbahagi kepada 2 iaitu
1) Ialah –menghubungkan subjek frasa nama dengan predikat frasa
nama
• Contoh : Encik rashid ialah seorang doktor gigi.

2) adalah- menghubungkan subjek frasa nama dengan subjek frasa


adjektif atau frasa sendi nama.
• Contoh : Rencana itu adalah sangat membosankan
Kata Arah
Perkataan yang digunakan untuk menunjukkan hala atau arah.
Biasanya kata sendi nama didahului dengan di, ke atau dari dan
diikuti kat nama.
1) antara, atas, barat, bawah, belakang,dalam,
dasar,hadapan,hujung,kaki,luar,pangkal,penjuru,puncak,sampin
g,segi,selatan,sisi,sudut,tengah,tepi,timur,utara.
Kata Bilangan
Kata yang menjelaskan atau menerangkan jumlah pada frasa
nama seperti:

1. Tentu- empat,seratus,dua ribu


2. Tidak tentu- semua,segala,sekalian,para,seluruh,beberapa
3. Himpunan- berpuluh-puluh,berhari-hari
4. Pisahan- setiap, masing-masing,tiap-tiap
5. Pecahan- separuh,sebahagian,setengah,dua per tiga
Kata Sendi Nama
Kata yang digunakan untuk menyambung frasa dengan kata atau frasa dengan frasa
seperti:

1. di- menunjukkan tempat


2. Ke- menunjukkan arah,menyatakan masa
3. Dari- menyatakan arah,menyatakan masa
4. Daripada- menyatakan asal,membuat perbandingan
5. Kepada- untuk orang, menyatakan bahagian
6. Pada- menerangkan waktu, untuk manusia dan binatang
7. Untuk/bagi- menunjukkan kegunaan dan diperuntukan
8. Demi- menunjukkan tujuan dan urutan
9. Tentang- menunjukkan rujukan
10. Seperti/bagai/umpama/laksana/bak- menunjukkan persamaan atau perbandingan
11. Dengan – menunjukkan bersama-sama,cara,pakai dan perbandingan
12. Sejak/ semenjak- menunjukkan masa
13. Terhadap- merujuk kepada manusia, haiwan dan benda
14. Akan- menunjukkan emosi atau sikap
15. Oleh- menunjukkan sebab atau akibat
16. Hingga/ sampai- menunjukkan peringkat masa ,waktu atau tempat
17. Antara- menunjukkan dua pihak atau perkara
18. Dalam- menunjukkan lingkungan yang tiada ruang atau jarak
Kata Bantu
Kata tugas yang membantu predikat ayat.kata bantu hadir
sebelum frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama
Terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Kata bantu aspek


• Masa lampau- telah, sudah, pernah
• Masa kini- masih,sedang
• Masa hadapan- akan,belum

2. Kata bantu ragam


• Tidak boleh tidak – mesti
• Hasrat- hendak, mahu
• Keupayaan- boleh, dapat
• Patut- harus
Kata Penguat

Kata tugas yang menguatkan maksud kata adjektif. Hadir


sebelum atau selepas kata adjektif
Terdapat 3 jenis iaitu:
1. Hadapan –terlalu,paling,agak,kurang
2. Belakang- sekali,benar,nian, betul
3. Bebas- amat,sangat, sungguh
Tamat.....

Anda mungkin juga menyukai