Anda di halaman 1dari 5

DASAR EKSA IPGKTAR

Dasar EKSA IPGKTAR


bertujuan ke arah membentuk
budaya persekitaran kerja yang
sistematik, berkualiti dan
berinovasi bagi meningkatkan
kecekapan proses kerja serta
produktiviti dengan
mengutamakan kebersihan,
kekemasan dan keselamatan

....................................
HAMSIAH BTE. ABDULLAH MASNI
PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

TARIKH: 4 JANUARI 2016

SLOGAN
“EKSA DI HATI”
LOGO EKSA DAN
JUSTIFIKASI

Logo EKSA IPGKTAR merupakan gabungan simbol dan perkataan EKSA itu
sendiri.
Perkataan EKSA itu sendiri membawa maksud Ekosistem Kondusif Sektor
Awam.
Penggunaan warna biru melambangkan kesepaduan yang jitu dalam kalangan
warga IPGKTAR dalam usaha mencapai visi dan misi organisasi.
Warna kuning memberi maksud semangat berpasukan dalam kalangan warga
kerja dalam mencapai kecemerlangan dan kegemilangan. Ia bergabung dengan
logo IPGKTAR itu sendiri iaitu sebagai imej utama.
Penggunaan warna merah jambu pada huruf “S” dalam logo merupakan warna
kontra yang membawa maksud eksa di hati serta melambangkan keceriaan.
Selain itu, ia merupakan penegasan elemen-elemen penting dalam eksa seperti
sisih, susun, sapu, seragam, sentiasa amal, imej korporat dan lestari.
NAMA ZON DAN JUSTIFIKASI

ALAMANDA BAKAWALI CEMPAKA DAHLIA DAISY

EUPHORBIA FUCHSIA HELICONIA JASMINE KEMBOJA

LAVENDER MAWAR NIRWANA ORKID POPPY

QASIDAH RAFFLESIA SAKURA

Bunga digunakan sebagai nama bagi setiap Zon EKSA atas justifikasi-justifikasi berikut :

1. Bunga melambangkan ceria, cantik, menarik, harum dan berwarna-warni. Maka ia


melambangkan suasana persekitaran kerja yang kondusif dan sentiasa segar bagi
memotivasikan warga IPGKTAR ke arah peningkatan produktiviti melalui kecekapan
proses kerja yang sistematik, berkualiti dan berinovasi.

2. Himpunan bunga yang pelbagai di setiap Zon EKSA melengkapkan lanskap IPGKTAR
sebagai kampus dalam taman (secara maya dan fizikal)

3. Penggunaan nama bunga yang pelbagai mengikut alphabet adalah simbolik kepada
pencarian ilmu dan selarii dengan fungsi IPGKTAR sebagai institusi pendidikan guru
yang melahirkan modal insan yang berilmu dan cintakan alam sekitar.
NAMA ZON KAMI

ZON QASIDAH
NAMA KUMPULAN &
JUSTIFIKASI

KUMPULAN

PANTAS

Warna merah adalah lambang Kumpulan INOVATIF atas justifikasi-justifikasi berikut :

1. Merah tandanya berani. Ia menunjukkan ahli-ahli kumpulan adalah berani dalam


mencuba sesuatu yang baharu (inovatif dan kreatif); berani meneroka bidang baharu
(aktiviti penyelidikan dan pembangunan), di samping mesra pelanggan, prihatin dan
kasih sayang seperti digambarkan oleh simbol hati (kaunseling).

2. Merah juga bermaksud kekuatan, semangat serta kecantikan. Penggunaan warna


merah memberi impak visualisasi yang simbolik terhadap kumpulan ini ke arah
menyumbang untuk menjadikan IPGKTAR sebuah institusi keguruan yang berani dan
penuh kasih sayang dalam mendidik bagi mencapai ciri-ciri kualiti keguruan dan pada
masa yang sama mementingkan ciri-ciri estetik.

Anda mungkin juga menyukai