Anda di halaman 1dari 2

NAMA : AMNIE SYAKIRAH BINTI AMALUDDIN (PPS1-9)

PEMBELAJARAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS


Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas terletak di Cheras, Kuala Lumpur.
Ringkasnya, ia merupakan salah sebuah kampus IPG yang terulung menerajui pendidikan
guru di Malaysia. Sebagaimana yang kita sedia maklum, IPGKIK merupakan kampus yang
menawarkan kursus Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan, Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, dan Pemulihan Khas. Kini, IPGKIK turut
menyediakan kursus biasa seperti Pengajian Bahasa Melayu, Pengajian Bahasa Inggeris,
Pengajian Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan sebagainya.

Persekitaran dan budaya di IPG adalah jauh berbeza berbanding dengan persekitaran
pembelajaran di alam sekolah mahupun di Institut Pengajian Awam. Tambahan pula,
persekitaran di IPG dapat melahirkan guru-guru yang dapat mengamalkan pelbagai dimensi
budaya. Antara budaya-budaya yang pelajar dapat amalkan ialah budaya ilmu, kepimpinan,
berakhlak, bermoral, penyayang dan estetika. Begitu juga dengan budaya di IPGKIK yang
telah dijadikan suatu tradisi yang perlu diikuti oleh setiap guru pelatih dan pensyarah.

Antara budaya yang akan saya ketengahkan adalah budaya berakhlak mulia. Di
IPGKIK budaya ini adalah budaya yang sinonim dengan guru pelatih. Contoh amalan yang
sering dilakukan adalah budaya 3S iaitu salam, senyum dan sapa. Amalan ini merupakan
satu titik permulaan untuk mengeratkan hubungan antara guru pelatih dan pensyarah serta
staf dan kakitangan IPGKIK. Hal ini demikian, dapat mewujudkan nilai-nilai murni seperti
hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira darjat atau pangkat. IPGKIK
merupakan IPG yang sangat istimewa kerana mempunyai pelbagai jenis kaum, bangsa dan
agama.

Seterusnya, persekitaran pembelajaran disini amat memberangsangkan kerana


adanya budaya-budaya seperti ini. Oleh sebab itu, mereka menyedari bahawa masa yang
mereka ada disini amat berharga dan perlu dimanfaatkan dengan mencari ilmu
pengetahuan. Tamsilnya, budaya ini perlu diterapkan dan diamalkan bagi menjamin
keharmonian serta kesejahteraan kepada seluruh warga IPGKTAA. Amalan-amalan seperti
ini merupakan satu langkah alternatif bagi guru pelatih mempraktikkan sebelum mereka
dihantar bertugas di sesebuah sekolah.
Contoh Jenis Penanda Wacana
Ringkasnya Penanda Organisasi (Memperjitu
organisasi penulisan)
Sebagaimana yang kita sedia maklum Penanda Idea (Mengembangkan idea)
Kini Penanda Kronologi
Tambahan pula Penanda Idea (Mengembangkan idea)
Antara budaya-budaya yang pelajar dapat Penanda Idea (Mengembangkan idea)
amalkan ialah

Begitu juga Penanda Idea (Mengembangkan idea)


Antara budaya yang akan saya Penanda Idea (Mengembangkan idea)
ketengahkan adalah

Contoh Penanda Organisasi (Memperjitu


organisasi penulisan)
Hal ini demikian Penanda Idea (Mengembangkan idea)
Seterusnya Penanda Organisasi (Penandaan isi
baharu)
Oleh sebab itu Penanda Idea (Mengembangkan idea)
Tamsilnya Penanda Idea (Mengembangkan idea)

Anda mungkin juga menyukai