Anda di halaman 1dari 49

Disediakan oleh :

Nurfatin Azlina Bt. Hamzah


Nur Amira Bt. Mohd Rosli
(6 PISMP PS/PJ/PM1)
LATAR BELAKANG
Seiring dengan perkembangan
globalisasi dengan perubahan
masyarakat dunia yang makin ketara,
masalah-masalah sosial juga kian
meruncing dengan ribuan kes-kes
jenayah yang menggugat keamanan
serta keharmonian kehidupan
masyarakat sehari-harian
PERMASALAHAN KAJIAN
Tugas hakiki seorang guru dalam
menerapkan nilai dan etika kepada murid-
murid juga semakin mencabar

Aspek-aspek perkembangan sahsiah serta
nilai-nilai murni dalam diri murid semakin
diketepikan.
OBJEKTIF KAJIAN
Menghuraikan konsep-konsep nilai,
moral dan etika dalam Pengajian
Sosial.
Mengenal pasti aktiviti-aktiviti
kokurikulum sekolah yang
menjurus ke arah pemupukan nilai
dan etika.

OBJEKTIF KAJIAN
Menganalisis keberkesanan aktiviti-aktiviti
kokurikulum berkenaan dalam usaha
mencapai objektif yang telah ditentukan

Menilai dan menganalisis jenis-jenis
pentaksiran penerapan nilai dan etika
dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Sosial dan aktiviti kokurikulum

KONSEP
Keberkesanan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),
keberkesanan ialah perihal berkesan, berkesannya
sesuatu tindakan, perubahan dan sebagainya.

Nilai
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), nilai
merujuk kepada sifat ketinggian sama ada pemikiran,
agama, kemasyarakatan, dan lain-lain.

KONSEP
Talcott Parsons telah menghuraikan dengan jelas
mengenai perbezaan antara nilai dan norma iaitu:

Values-in the pattern sense-we regard as the primary
connecting element between the social and cultural
systems. Norms, however, are primarily social. They
have regulatory significance for social processes and
relationships but do not embody principles which are
applicable beyond social organization.

KONSEP
Moral
Moral membawa maksud ajaran atau pegangan tentang baik
buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang
berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak
(Kamus Dewan Edisi Keempat : 2005).

Etika
Etika dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula bermaksud
prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan seperti persatuan,
pekerjaan, dan sebagainya.

KONSEP
Kurikulum
Kurikulum merupakan skop dan isi kandungan
sesuatu mata pelajaran di sekolah (Kamus Dewan
Edisi Keempat : 2005). Kurikulum juga merujuk
kepada suatu rancangan yang teratur yang
merangkumi aktiviti akademik dan bukan
akademik dan harus meliputi objektif
pendidikan, segala pengalaman yang terancang
dan penilaian pencapaian murid.

KONSEP
Kokurikulum
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005), kokurikulum ialah kurikulum yang
merupakan sebahagian daripada kurikulum asas
iaitu kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran
yang diajarkan dlm bilik darjah tetapi dianggap
sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan
pelajar di sekolah

AKTIVITI
KOKURIKULUM
Kelab Rukun
Negara
Kelab Anti
Dadah
Kelab
Pencegahan
Jenayah
Tunas Puteri
Kelab
Kesenian dan
kebudayaan

Kelab Rukun Negara

Aktiviti menarik anjuran kelab ini ialah

Lafaz ikrar Rukun Negara
Aktiviti nyanyian lagu-lagu patriotik
Perarakan sempena hari Kemerdekaan
Tayangan video Sarjan Hassan
Pertandingan deklamasi sajak, pantun dan
syarahan
Persembahan bacaan biodata tokoh
Pertandingan mewarna
Kuiz Kemerdekaan
Pertandingan keceriaan kelas

Aktiviti kelab:

Ketua Pengawas
Sedang Melafazkan
Ikrar Rukun Negara

Aktiviti kelab:

Perarakan
Kemerdekaan
Kempen Kibar Jalur
Gemilang

Kelab Anti Dadah

Antara aktiviti kelab ini ialah:

-Tayangan video anti dadah
-Aktiviti melukis poster
-Ceramah Anti Dadah
-Pertandingan Syarahan
-Pertandingan Kuiz Pencegahan Dadah

Aktiviti kelab:

Sesi Perjumpaan
Mingguan
Aktiviti Melukis Poster
Kami Benci Dadah

Kelab Pencegahan Jenayah
Antara aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh
Kelab Pencegahan Jenayah :
-Aktiviti menulis esei jenayah
-Ceramah dan dialog pencegahan
-Bengkel dan seminar
-Lawatan sambil belajar ke penjara,
-Kempen Anti Jenayah,
-Perkhemahan Jati Diri
- Pertandingan mencipta logo dan slogan
- Program-program khas seperti program bersama Polis
Di Raja Malaysia (PDRM).

Aktiviti kelab:

Aktiviti Menulis Esei
Jenayah
Sesi Pembentangan
Oleh Ahli kelab

Kelab Kesenian dan
Kebudayaan

Aktiviti yang telah dijalankan oleh kelab Kesenian
dan Kebudayaan sekolah pada tahun 2012

-Pertunjukan fesyen pakaian tradisional
-Pertandingan permainan tradisional
-Persembahan permainan alat muzik tradisional
-Menyediakan buku skrap alat-alat permainan
tradisional

Aktiviti kelab:

Kumpulan Kompang
Sekolah
Permainan Tradisional
Ketingting
Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas
merupakan sebuah organisasi yang
ditubuhkan sebagai versi wanita kepada
pengakap Lord Robert Baden-Powell, pada
tahun 1910 dengan bantuan saudara
perempuannya Agnes Baden-Powell.

Unit Uniform Pandu Puteri
Tunas

Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai
digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di
negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan
dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud
pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang
pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah
yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak
tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis
bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan
sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri.

gabungan huruf TUNAS PUTERI pula mengandungi
erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat
warganegara yang sempurna. Makna yang mendalam
ini telah menunjukkan dengan jelas nilai dan etika
yang tinggi dalam penubuhan persatuan Tunas Puteri
iaitu T bermaksud tolong orang selalu, U
bermaksud untuk menunaikan kewajipan kepada
Tuhan, Raja dan Negara, N bermaksud nilai hidup
yang murni, A bermaksud akhlak yang utuh, S
bermaksud selalu senyum tanda persahabatan, P
bermaksud patuh kepada undang-undang Pandu
Puteri Tunas, U bermaksud utamakan
tanggungjawab sendiri, T bermaksud menghadapi
cabaran, E bermakna erat dalam perpaduan, R
bermaksud rela berkhidmat untuk masyarakat dan I
bermakna budi bahasa.

Sepanjang tahun 2012, pelbagai aktiviti telah
dilaksanakan dan salah satu daripadanya ialah
aktiviti latihan berdasarkan program Pra-
Persetiaan untuk ahli-ahli baru sebelum
menyertai Pasukan Pandu Puteri Tunas.
Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, ahli-ahli
baru akan dilantik menjadi seorang Pandu
Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan.
Aktiviti istiadat pelantikan ini telah
dilaksanakan pada awal bulan Mac yang lepas
dengan penuh ketertiban dan beretika di
mana murid-murid dikehendaki memakai
pakaian lengkap Pandu Puteri Tunas.
Pakaian lengkap ahli Pandu Puteri Tunas ini
menunjukkan nilai disiplin dan etika
pemakaian yang sesuai bagi pertubuhan unit
beruniform yang diceburi.
Ikrar persetiaan Pandu Puteri Tunas yang lengkap
dengan nilai kecintaan kepada Tuhan, Raja dan
Negara serta sifat menolong orang setiap masa
telah memberi peluang kepada para guru
memupuk nilai dan etika murid-murid dengan
berpegang kepada ikrar persetiaan dalam
kehidupan seharian mereka. Persetiaan ini juga
menunjukkan bahawa seseorang Pandu Puteri
Tunas itu sentiasa bersopan santun dan
mematuhi undang-undang yang telah
ditetapkan..
Tambahan lagi, aktiviti formasi ladam kuda
juga mampu menerapkan nilai kesungguhan
dan bekerjasama antara satu sama lain. Hal ini
kerana murid-murid harus peka dengan
keadaan sekeliling mereka serta bijak
mengubah kedudukan bagi memastikan
formasi ladam kuda yang dibentuk adalah
tersusun dan sempurna
Setelah selesai istiadat pelantikan, murid-murid Pandu Puteri Tunas
Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh akan menjalani aktiviti
latihan dan ujian yang diberikan melalui Program Calit Emas,
Tangga Emas dan Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian
Lencana Kecekapan yang digemari untuk meningkatkan
kecemerlangan dalam perkembangan diri. Lencana Kecekapan ini
juga memenuhi kepelbagaian dalam teori kecerdasan pelbagai
yang diperkenalkan oleh Howard Gardner tentang kajiannya
terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak
biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai
kriteria yang istimewa (special population). Gardner juga
mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi.
Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai lemah mengikut
ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga lemah,
begitulah juga sebaliknya. Antara tujuh kecerdasan tersebut yang
berkaitan dengan ujian-ujian Lencana Kecekapan ialah kecerdasan
verbal-linguistik, visual-ruang, kinestetik, logik-matematik,
naturalis, muzik, interpersonal dan intrapersonal.

Tujuan aktiviti program Etika Bendera ini
dilaksanakan ialah untuk memupuk semangat
cintakan bendera dan meningkatkan semangat
patriotik di kalangan ahli Persatuan Pandu
Puteri Malaysia dan rakyat Malaysia. Aktiviti
ini juga diharap dapat meningkatkan
kesedaran berkenaan Etika Bendera
menerusi pendidikan, promosi dan projek
khidmat masyarakat.
Selain itu, pelaksanaan program ini adalah
bertujuan untuk mewujudkan pasukan
Penjaga Etika Bendera bagi meneruskan
pendidikan dan mempromosikan Etika
Bendera ke seluruh pelusuk negara. Terdapat
juga aktiviti melukis dan mewarnakan poster
dengan tema Merdeka Jalur Gemilang yang
dijalankan melibatkan ahli Pandu Puteri Tunas.
Kawad kaki merupakan salah satu bentuk
latihan yang dapat mendisiplinkan diri.
Dengan arahan-arahan yang harus dipatuhi
oleh murid-murid, disiplin diri dapat dibentuk
manakala murid-murid juga dilatih untuk
meningkatkan tahap kepekaan kemahiran
mendengar dan perlakuan berpandukan
arahan yang diberikan.


Unit Uniform Pandu Puteri
Tunas

Program Etika Bendera : Kesedaran dan
Penjagaan yang dianjurkan sempena ambang
kemerdekaan

Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran Etika
Bendera di kalangan rakyat Malaysia amnya, dan
ahli Pandu Puteri khasnya.

Projek ini dapat menyemai rasa cinta akan negara
dan semangat patriotisme

Aktiviti kelab:

Taklimat Ringkas
Sebelum Aktiviti Etika
Bendera
Latihan Kawad Kaki
Pasukan Pandu Puteri
Tunas SKPP
Jenis-jenis
Pentaksiran
Pemerhatian
Senarai
semak
Rekod
Anekdot
Temubual
Pemerhatian
Bagi aktiviti kokurikulum pula, pelaksanaan
pentaksiran pemerhatian dengan melakukan
pemerhatian terhadap tingkah laku yang ditunjukkan
murid
Pemerhatian yang dilakukan merangkumi penerapan
nilai-nilai seperti disiplin, kerjasama, hormat
menghormati sesama ahli serta berhemah tinggi.
Pemerhatian
Pemerhatian direkodkan dalam portfolio khas bagi
setiap kelab, persatuan mahu pun badan
beruniform.

Pemerhatian serta penilaian dijalankan terhadap
hasil kerja murid yang dikumpulkan sejak dari awal
perjumpaan mingguan aktiviti kokurikulum.

Selain itu, guru juga turut menimbangkan aspek
lain seperti kehadiran murid, jawatan yang
disandang serta sahsiah.
Senarai semak
Senarai semak merupakan senarai item yang
disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari
segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.

Senarai item yang disediakan adalah untuk
menentukan sama ada tingkah laku yang berlaku,
tingkah laku dapat diperhatikan, dan kekerapan
tingkah laku itu berlaku dengan menandakan ( ) atau
cara lain mengikut arahan dalam senarai semak.

Senarai semak
Aspek Dan Elemen Yang Dinilai Dalam Aktiviti
Sukan Dan Kokurikulum:
i. Penglibatan (Involvement)
jawatan
peringkat
komitmen
khidmat sumbangan
ii. Penyertaan (Participation)
kehadiran
iii. Prestasi (Performance)
tahap pencapaian
Aspek Pengiraan Pentaksiran
murid:
Rekod Anekdot
Rekod Anekdot
Nama: Intan Nur Amirah Bt. Sazali
Tarikh: 5 September 2011
Masa: 8.45 9.00 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan
Nama guru : Puan Siti Hawa Bt. Mat Saad

Peristiwa yang diperhatikan:
Semasa perjumpaan badan Unit Beruniform Tunas Puteri, latihan kawad
kaki diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Dalam kalangan ahli
badan beruniform tersebut, kelihatan dua orang murid iaitu Najla dan
Maisarah tidak melakukan kawad kaki dengan betul. Mereka berkawad
seolah-olah kawad robot. Terdapat sebilangan murid lain yang menahan
ketawa melihatkan situasi tersebut


Tidak lama kemudian, sewaktu ahli badan beruniform Tunas
Puteri sedang berehat sebentar sebelum meneruskan slot
berikutnya, Intan telah menuju ke arah Najla dan Maisarah. Dia
secara sukarela telah menawarkan khidmat tunjuk ajar cara
kawad kaki dengan betul kepada mereka berdua, malahan turut
bertindak membetulkan pergerakan kaki dan tangan mereka
sewaktu sedang berkawad.

Ulasan Guru:
Intan memiliki sifat empati kepada rakan. Dia tidak sanggup
melihat rakan-rakannya ditertawakan kerana tidak tahu berkawad
dengan betul. Dia juga memiliki sifat bertangggungjawab yang
tinggi serta mahir dalam komunikasi sesama rakan sebaya.



Cadangan:
Guru harus menceritakan semula peristiwa yang berlaku di
hadapan rakan-rakan yang lain agar menjadi teladan kepada
orang lain
Temubual
Temubual telah dijalankan dengan guru-guru penasihat
bagi kelab, persatuan, serta badan unit beruniform yang
terlibat.


Temubual ini bertujuan untuk mengetahui tingkah laku
murid tiap kali perjumpaan aktiviti kokurikulum diadakan.


Dengan temu bual ini, setiap tingkah laku murid dapat
diawasi terutamanya semasa perjumpaan diadakan.


Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam
bukunya The Way Forward telah
menyarankan bahawa salah satu ciri
masyarakat yang kuat ialah berpegang
kepada ajaran agama, nilai-nilai
kerohanian dan di dalamnya terdapat nilai
dan etika yang murni serta tinggi
Justeru, adalah menjadi peranan besar pihak sekolah dalam menerapkan
nilai dan etika melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum serta sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajaran terutamanya subjek Pengajian Sosial yang
merangkumi pelbagai bidang seperti Kajian Tempatan serta Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan.

Bagi Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh ini, ternyata, kebanyakan
aktiviti yang dijalankan mampu dan berupaya memupuk nilai dan etika
dalam diri murid sekolah ini. Dengan adanya sesi pengajaran dan
pembelajaran yang menerapkan elemen penerapan nilai merentas
kurikulum, maka murid dapat menimba serta memahami kepentingan
sesuatu nilai sepanjang sesi pengajaran berlangsung. Selain itu, aktiviti
luar bilik darjah yang merupakan kegiatan ko kurikulum juga ternyata
sangat penting dalam menerapkan nilai dan etika yang baik kepada murid
secara tidak langsung melalui aktiviti yang dijalankan pada setiap kali
waktu perjumpaan.
Dengan adanya bidang seperti badan beruniform, bidang
kelab dan persatuan serta bidang sukan dan permainan,
maka murid mampu menimba pengalaman pengajaran
yang lebih menekankan perkara dan aspek tersembunyi
seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan
sebagainya.

Oleh itu, gerak kerja kokurikulum ini mampu melahirkan
insan murid yang mempunyai perseimbangan dari aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek serta sosial selaras dengan
objektif gerak kerja kokurikulum yakni bertujuan
membentuk personaliti pelajar yang mempunyai sifat-sifat
seperti bertanggungjawab, berdikari, tolong menolong,
jujur dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai