Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN Kursus PSS 3107 Nilai dan Etika dalam Pengajian Sosial menghuraikan secara umum konsep nilai,

moral, dan etika serta pembentukan sikap positif dalam kehidupan bermasyarakat. Tumpuan kursus ini berkaitan dengan nilai, moral dan etika, insan bermoral, domain afektif dalam pembentukan sikap positif, peranan guru dalam pemupukan nilai, moral dan etika, dan penerapan nilai melalui dasar-dasar kerajaan. Perkataan moral berasal daripada perkataan mores - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam manamana masyarakat yang dimaksudkan. Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat atau cara hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya . Dalam tugasan ini, kami dikendaki melaksanakan satu kajian tentang keberkesanan pelaksaan penerapan nilai, moral dan etika yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini, kami telah menjalankan kaedah soal selidik kepada 25 orang responden yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani. Murid-murid ini sangat memberi kerjasama dan sekaligus memudahkan proses kami untuk mengutip data dan menjalankan kajian terhadap mereka. Semoga hasil tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang

berkenaan dalam menjayakan usaha memperkembangkan nilai, moral, dan etika dalam pengajaran kepada seorang pendidik.

PERNYATAAN MASALAH Dalam Falsafah Pendidikan Negara seperti mana yang terkandung pada Akta Pendidikan 1996 (Akta 50) ada menyebutkan bahawa pendidikan bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara. Secara dasarnya matlamat pendidikan negara melahirkan insan yang mempunyai nilai-nilai keperibadian, berilmu pengetahuan di samping menyayangi diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Namun pada masa sekarang pelbagai isu yang timbul berkaitan dengan masalah murid-sekolah yang tidak bermoral dan tidak beretika. Pelbagai isu di dada-dada akhbar yang mengetengahkan masalah murid-murid di sekolah dan di luar sekolah. Antara isu yang sering menjadi tumpuan umum ialah murid ponteng sekolah, buli rakan, murid merokok, murid bertumbuk dan bergaduh, dan ada yang melibatkan kes pembunuhan dalam kalangan pelajar sekolah. Kebanyakan murid-murid yang terlibat dalam isu di atas ialah berpunca dari faktor kurangnya nilai moral dalam diri masing. Selain itu, terdapat juga isu murid yang melibatkan guru di sekolah. Contohnya isu guru merotan murid, guru memukul murid, murid mencalarkan kereta guru, dan banyak lagi. Guruguru melakukan tindakan sedemikian dengan tujuan memberi pengajaran kepada murid apabila cara halus untuk mendidik murid sudah tidak berhasil. Oleh itu, sudah menjadi peranan guru dan pihak sekolah dalam membendung isu ini dengan mendidik murid-murid dengan nilai, moral, dan etika sebanyak yang boleh. Guru perlu menerapkan nilai-nilai dan etika semasa P&P bukan hanya masuk kelas dan mengajar sahaja. Sekolah perlu menganjurkan pelbagai aktiviti kesedaran di samping mewajibkan penglibatan semua murid. Bukan itu sahaja, keluarga dan masyarakat sekeliling juga perlu memainkan peranan dalam membentuk nilai dan moral yang baik dalam kalangan generasi muda pada hari ini.

TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah memfokuskan kepada keberkesanan nilai, moral dan etika yang guru serapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini juga, amalan-amalan etika yang diamalkan oleh murid-murid di sekolah akan dianalisis setelah melakukan kutipan data melalui borang soal selidik dan kaedah pemerhatian.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif bagi kajian yang dilakukan adalah: 1. Mengenal pasti sejauh mana keberkesanan nilai, moral, dan etika yang guru pelatih serapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Mengetahui sejauh mana murid-murid mempunyai kesedaran mengenai nilai, etika, dan moral ketika berada di sekolah.

SOALAN KAJIAN Penerapan nilai , moral dan etika dalam pengajaran dan pembelajaran berkepentingan untuk membangunkan nilai-nilai sosial di dalam diri pelajar. Penerapan unsur nilai , moral dan etika ini dibuat secara langsung dan tidak langsung.

1.

Secara individu buat satu kajian tentang keberkesanan nilai, moral dan etika yang yang anda serapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian anda perlulah huraikan dengan data-data yang jelas serta dipersembah dalam bentuk grafik yang sesuai.

2.

Secara individu juga hasilkan satu laporan lengkap hasil penelitian yang telah anda laksanakan.

3.

Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan ini mestilah menunjukkan kefahaman anda terhadap penulisan refleksi.

Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa persoalan kajian dikemukakan seperti berikut:
1. Adakah murid mengamalkan etika yang sepatutnya ketika berada di dalam

kelas?
2. Adakah murid mengamalkan etika yang sepatutnya dengan rakan-rakan? 3. Adakah murid mengamalkan etika yang sepatutnya ketika bersama dengan

guru?
4. Adakah murid mengamalkan etika yang sepatutnya dalam kawasan sekolah?

BATASAN KAJIAN Kajian ini terbatas kepada murid tahun 4 dan Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan. Murid-murid ini telah mendapat pendedahan awal mengenai nilai, moral, dan etika dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Islam ketika di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai