Anda di halaman 1dari 13

ESEM 5513 : EDUCATIONAL LEADERSHIP

AND MANAGEMENT

STUDENT NAME :RUFINAH PENGERAN

STUDENT I.D : KS1401MD0088

LECTURER : DR.ABDUL AZIZ

1
1.0 Pengenalan

Kepemimpinan merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh kehidupan


masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau
sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa kuasa, kedinamikan dan
kejayaan individu dalam lapangan masing-masing. Kepemimpinan juga menjadi penting
kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh
memilih untuk tidak mempunyai pemimpin. Seperti mana yang kita ketahui kejayaan
sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain yang
memimpin. Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam
menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang
diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal
Abidin Mohamad, 1998).

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu


orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau
Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada
rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih.
(Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997). Selain itu, pemimpin juga membawa maksud
seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai
matlamat sistem. Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya
mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi
bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu.

Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan keberkesanan dan


kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Berasaskan premis inilah maka
timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza dengan yang lain".
Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau
menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh
seseorang pemimpin itu iaitu yang pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam
organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa
individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi
kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal
menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan
tersendirinya. (Dr Robiah Sidin (1988).

2
2.0 Ciri-Ciri Personaliti Yang Dikaitkan Dengan Seorang Pemimpin Pendidik.

Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsur,tanda) yang khusus pada
sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti
sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula
mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh
sesuatu barang, alat perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk
menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang
memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan
pembelajaran, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang
perlu ada pada guru berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah:

2.1 Bertindak sebagai penyebar ilmu

Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru
haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban
masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu
kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu
sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat
menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu.
Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu
berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek
JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf
antarabangsa.

2.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model

Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour
(2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan
mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral,
agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi,
profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik
dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku
guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru
di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar.

3
Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para
pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri
peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

2.3 Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu

Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu
merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa
manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam
jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti
membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari
pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru akan
memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah
kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi
kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar
mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu
matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi
yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan
pendidikan seumur hidup.

2.4 Mengamalkan Kemahiran Profesional

Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan


untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran
profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam
menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan
negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara
kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para
pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-
pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi
era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada
pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia).

4
2.5 Bersifat Profesional Dan Peka Dengan Segala Perkembangan Pendidikan

Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru
perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Guru yang profesional juga sentiasa
mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan
pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah
melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi
maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping
membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah
melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan
pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing,
spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p Joginder Sigh,
2007).

2.6 Mengamalkan Pengajaran Efektif

Mak Soon Sang (2007) mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan,
pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990)
menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan,
penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif
pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan.
Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus
membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan
pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi penajaran dan
pembelajaran yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar
untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan
teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian
objektifnya secara optimum.

Pelaksanaan pengajaran Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam
pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti
menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti
melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran,
merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti

5
kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan
membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar. Penilaian pengajaran Yap, Wan, dan
Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian
dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang
berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Ingham
(dalam Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya pendidik membuat penilaian dan
menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan
cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada
masing-masing.

Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan sistem


pendidikan negara, diwujudkan pula Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sistem ini
adalah salah satu adaptasi inovasi yang merupakan suatu pembangunan dalam sistem
pendidikan negara yang telah berjaya dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
(JNJK) pada tahun 2003. SKPM telah pun diperakui dan diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan
Kebangsaan (sekolah), (Noriati et al, 2010). Antara tujuan SKPM adalah satu inisiatif yang
memberikan fokus kepada pemantapan profesionalisme tenaga pendidik di sekolah yang
dapat meningkatkan standard kualiti pendidikan di sekolah dapat dilaksanakan. Seterusnya ia
sebagai satu nilai tara atau sukatan tahap kecemerlangan pada sekolah dapat dilakukan.
Sistem ini juga bertujuan supaya peningkatan keberkesanan dan kecekapan pengurusan
sekolah yang bermatlamat akhirnya ialah peningkatan tahap pencapaian murid.

Peningkatan profesion keguruan yang baik berasaskan matlamat dan tujuan yang jelas
akan menghasilkan kesan-kesan juga implikasi yang positif dalam segenap aspek dan perkara
yang berkaitan dengan profesion keguruan. Hal ini sememangnya sanagat perlu, berikutan
peranan pelbagai yang dimainkan oleh seseorang guru yang cemerlang. Guru yang
mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi negara.
golongan ini akan memainkan peranan dengan cemerlang dalam melahirkan modal-modal
insan yang cemerlang. Modal insan yang cemerlang ini adalah harapan negara yang akan
memacu kemajuan dan memelihara keharmonian dan keamanan negara. Modal insan ini juga
adalah generasi penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara ini. Guru yang berada
di tahap profesion keguruan yang baik akan dapat membuatkan kemenjadian pelajar yang
tinggi.

6
Hal ini kerana guru tersebut mempunyai telah dilengkapi dan disediakan dengan ciri-
ciri professional seorang guru. Guru yang profesional mempunyai akauntabiliti diri dan kerja
yang tinggi. Selain itu, guru tersebut mempunyai integriti dan etika guru yang baik. Akan
lahir minat untuk belajar dalam diri murid atau pelajar yang dididik oleh seorang guru yang
profesional. Hal ini kerana guru tersebut akan merancang dan memastikan beliau dapat
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut Syed ismail dan Ahmad
(2012) guru berakauntabiliti mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa
depan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keihklasan dan sifat
penyayang akan memberi impak yang baik. Implikasi peningkatan profesion keguruan yang
seterusnya adalah kepada masyarakat. Peranan guru bukanlah terbatas kepada komuniti dan
masyarakat dalam sekolah sahaja, tetapi guru yang juga sebagai agen perubahan berperanan
membawa perubahan dalam masyarakat.

Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), sebagai agen perubahan guru perlu
membawa ilmu pengetahuan dan mengajarkannya kepada masyarakat. Guru yang
berakauntabiliti terhadap masyarakat akan mengubah cara hidup masyarakat dengan
memberikan pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh diadaptasi dan diamalkan oleh
masyarakat dalam kehidupan harian mereka. Menjadi guru yang ideal dan berpengaruh, para
pendidik perlulah memahami kemahiran yang digunakan untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada mereka. Melengkapkan diri dengan ilmu dan teknik-
teknik yang berkemahiran tinggi serta kaedah yang di luar jangkaan murid dan pemikiran
masa kini. Ia haruslah digunakan secara meluas di kalangan pendidik dan semestinya melaras
dengan objektif yang hendak disampaikan.

Untuk mencapai tahap yang tinggi dan dihormati, para guru perlulah sentiasa
mencari, mempelajari dan mempraktikkan pelbagai cara yang memjadikan mereka antara
guru yang ideal dan menarik. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang ideal dan
diterima semua murid. Ini kerana setiap murid mempunyai kaedah teknik pembelajaran yang
berbeza, serta minat mereka yang pelbagai. Murid yang beratus mempunyai pelbagai minat
dan cita-cita malah seorang guru harus menandingi berates murid-murid itu supaya mereka
lebih mendekati apa yang mereka impikan. Secara tidak langsung, membuatkan guru
menguasai semua yang dikehendaki murid.

7
Justeru itu, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan teknik dan kaedah
pengajaran. Antara kaedah yang berkesan ialah melalui penggunaan bahan multimedia di
dalam pengajaran seperti penggunaan Microsoft power point, klip video, peta minda dan
internet. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, slaid power point telah menjadikan
pengajaran lebih menarik dengan memasukkan pelbagai grafik yang berkesan disamping
penggunaan muzik sebagai latar belakang telah meningkatkan kefahaman pelajar terhadap
sesuatu topik.

Selain itu, guru harus berani untuk mencuba apa-apa cara tradisional atau masa kini
untuk menarik perhatian murid dalam pelajaran. Spontan, lantang dan berani adalah perkara
yang wajib disematkan di dalam diri seorang guru. Lakonan yang menjadi hiburan serta
membuat murid lebih memahami apa yang guru ingin sampaikan. Keberanian ini bukan
semua orang dapat menakluki, akan tetapi jika kita mencintai profesyen ini, kita akan
bersungguh dalam segala usaha. Inovasi penggunaan cara lama dan cara baru ataupun
menggabungkan kedua-duanya sekali pasti akan membuat murid terhibur dan mencurik
perhatian mereka.

3.0 Cadangan Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan Kakitangan Untuk


Memastikan Pendidikan Berkualiti.
Jika menginginkan kesempurnaan atau yang terbaik pada sesuatu perkara, maka
penambahbaikkan kepada perkara tersebut perlu sentiasa dilakukan. Untuk melaksanakan
penambahbaikkan pula perlu kepada cadangan-cadangan yang baik dan bernas. Terdapat
banyak cadangan untuk penambaikkan profesion keguruan yang boleh diambil. Antaranya,
pertama kursus peningkatan profesionalisme. Menurut Mok Soon Sang (1996) guru hari ini
hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan
kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, guru hendaklah mengikuti kursus-kursus pendidikan yang


dianjurkan oleh ihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah, misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan
Profesionalisme Keguruan. Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan
ialah dengan meningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan nilai yang
terpenting untuk membezakan guru yang komited dengan guru yang bermasalah.

8
Kerja mendidik membawa konotasi moral kepada orang yang menjalankan tugas ini
perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri kerana mereka akan dipersoalkan sekiranya
sesuatu tanggungjawab itu diabaikan. Jika seseorang guru mempunyai akauntabiliti yang
tinggi maka ia juga akan mempengaruhi profesionalisme guru dan secara tidak langsung
dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru. Cadangan seterusnya ialah, teknik pengajaran
dalam bilik darjah yang berkesan. Guru harus sentiasa mampu membawa perubahan dan
penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan memberi
perkhidmatan bermutu tinggi dalam bidang profesion guru. Usaha ini boleh dijalankan
dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi
dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. (Mok Soon Sang, 1996).

Guru juga harus berkualiti dari segi kerohanian untuk meningkatkan lagi
profesionalisme guru. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang
memiliki sifat-sifat berikut iaitu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik atau terpuji.
Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai sahsiah baik ialah menjalankan tugas tepat
pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan sejawat serta pelajar,
rajin dan lain-lain. Nilai tara sahsiah atau tingkah laku yang baik ini sudah terkandung dalam
etika dan profesion perguruan. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama
diletakkan ditempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang
guru bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah. Guru itu juga
harus berkualiti dari segi rohani iaitu mempunyai penampilan dan imej diri yang baik melalui
cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Seseorang guru perlu memiliki tubuh badan yang
baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

Untuk meningkatkan profesion keguruan, perlu kepada pendidikan kearah


perkembangan kendiri. Menurut H.V Perkins dalam bukunya Human Development and
Learning (1974) dalam Mok Soon Sang (1996), konsep diri (konsep kendiri) terdiri daripada
persepsi, kepercayaan, sikap serta nilai yang khusus yang dipegang oleh seseorang individu
tentang dirinya. Maka, konsep ini sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seorang
individu dalam alam sekitar sedikit sebanyak mencerminkan konsep dirinya. Cadangan
seterusnya, disyorkan pusat atau kelab guru diwujudkan. Kelab ini dikendalikan oleh semua
golongan pendidik dan bertujuan menjaga kepentingan professional guru-guru temasuklah

9
guru-guru pelatih yang menjalani latihan dalam sesebuah kawasan. Menerusi badan ini
bolehlah dikelolakan seminar dan bengkel tentang pengajaran dan perkara-perkara berkaitan
dengan pendidikan. Guru-guru juga boleh mendapat saluran untuk berbincang dan bertukar-
tukar fikiran tentang perkara-perkara yang mereka sama-sama alami, seperti pengajaran untuk
KBSM.

Dengan wujudnya kelab ini khususnya guru pelatih, maka dapatlah mereka sokongan
dan bimbingan daripada rakan-rakan sejawat atau yang berpengalaman dalam perkara-
perkara tertentu. Seandainya segala usaha tersebut dilaksanakan, maka ia dengan sendirinya
akan menggalakkan perubahan yang besar dalam sistem pendidikan kita. Ia meminta guru-
guru memikirkan bersama-sama dengan pembuat dasar di Kementerian Pelajaran cara-cara
untuk merubah dan meningkatkan mutu pengajaran di sekolah-sekolah.(Robiah Sidin , 1994).
Seterus, guru perlu berkongsi maklumat yang bermanfaat, kemahiran dan kepakaran dengan
orang lain, kerana guru yang cemerlang akan berkongsi matlamat yang sama dengan
pemimpin dan guru-guru lain untuk melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan.

Guru yang profesional akan menjalankan tugas berkumpulan dengan aman dan
harmoni kerana mereka boleh berkerja bersama, saling bantu membantu dan sebagainya
dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah dan warganya. Menurut Syed Ismail dan
Ahmad (2012) kesediaan dan kesanggupan guru berkongsi kepakaran dan pengetahuan
bersama guru lain sudah pasti dapat mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan potensi
dirinya. Menurut mereka lagi, untuk mencapai matlamat ini, guru mestilah mempuyai
kesedaran diri yang tinggi dan bersedia untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya bersama
komuniti persekitarannya. Perkongsian kepakaran ini boleh dilaksanakan melalui Program
Dalam Latihan atau juga dikenali sebagai Program Perkembangan Staf. Perkongsian
kepakaran bukan sahaja boleh dikongsi dalam komuniti sekolah, malah perlu dikongsi dengan
komuniti pendidikan yang lebih meluas. Sebagai contoh, guru boleh berkongsi kepakarannya
dengan menawarkan diri sebagai fasilitator atau penceramah dalam kursus motivasi guru-guru
baharu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Usaha ini membolehkan guru berkongsi kepakarannya bersama rakan sejawat yang
baharu. (Syed Ismail dan Ahmad, 2012). Selain itu, untuk meningkatkan profesion keguruan,
pengamalan dan budaya refektif perlu lebih diperkukuh. Menurut Syed Ismail dan Ahmad
(2012), guru perlu meningkatkan profesionalisme diri melalui pelbagai strategi amalan

10
reflektif agar dapat memikul tanggungjawab tersebut. Menurut mereka lagi, amalan reflektif
adalah sangat penting dalam pembentukan profesionalisme keguruan. amalan ini akan
bertindak serta mempunyai hubungan dan kesinambungan dalam mengekalkan serta
membentuk peribadi professional dalam diri setiap guru. Guru sebagai pemangkin perlu
memberikan pendedahan amalan reflektif kepada murid supaya mereka dapat membina daya
pemikiran yang analitikal, kritis, dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa.

Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat


penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak
pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan. Dapat
dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana bagi
memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Usaha tersebut berterusan
pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan hasil daripada penyelidikan-
penyelidikan yang dibuat terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara ini.
Warga pendidik yang kehidupan kerjayanya adalah dalam dunia pendidikan.

Modal insan yang cemerlang adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang
dengan ciri-ciri profesionalisme guru yang cemerlang. Etika keguruan yang tinggi,
akauntabiliti, integriti dan sebagainya. Profesion keguruan yang baik akan mampu
meningkatkan sistem pendidikan negara. hal ini kerana kedua-duanya adalah elemen yang
berkait rapat dalam dunia pendidikan. Pengurusan dan kepimpinan dua perkara saling
berkaitan dan bersepadu, ini kerana pengurusan yang baik, cekap dan berkesan mencerminkan
kualiti kepimpinan. Pengurusan dan kepimpinan yang berkesan akan dapat mengerakkan
anggota organisasi melaksanakan tugas dengan penuh didikasi ke arah mencapai aspirasi dan
objektif yang dirangka. Kajian perubahan atau kemajuan mengatakan bahawa sesuatu inovasi
memerlukan keadaan yang dapat mengerakkanya supaya dapat dilaksanakan, salah satu
pengerak dengan dengan kepimpinan yang berkesan .

Pemimpin yang berkesan dapat mengubah organisasi dan tingkahlaku kakitangan dari
sedia wujud kepada suatu kedaan yang lebih dinamik dan mempunyai matlamat pencapian.
Ini dilakukan dengan mencipta wawasan organisasi, menanam semangat bertanggungjawab
melaksankana perubahan pada pekerja dan menyemai budaya dan strategi baru bagi
organisasi. Kepimpinan yang berkesan tidak dapat dinafikan terbukti boleh mempengaruhi

11
organisasi dan tingahlaku serta sikap kaki tangan dibawahnya. Memberi Kepuasan kakitangan
dan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Membuat pemantauan program dan aktiviti
atau hasil kerja pekerja. Teguran ditempat kerja atau melalui mesyuarat Staf dan Ketua
Jabatan dan ia mencadang penambahbaikan membaiki prestasi tersebut. Yakin dengan
kepimpinan, membuat keputusan secara berhemah, memenuhi dan memberi perhatian
keperluan ahli, Minat luas pelbagai aktiviti organisasi dan kakitangan. Tiada sifat pemarah
malah bersifat kesempurnan, merasa puas dengan pekerjaanya.

Amalan refleksi atau muhasabah diri merupakan satu aspek penting yang tidak boleh
ditinggalkan untuk memastikan tugas dan tanggungjawab yang dilakukan mencapai tahap
kualiti tertinggi. Sentiasa memastikan muhasabah diri melalui pemikiran reflektif menjadi
amalan berterusan yang mampu digunakan untuk membuat penambahbaikan tindakan serta
mencuba sesuatu yang baru secara kritis dan kreatif untuk menjamin kualiti dan
meningkatkan profesionalisme keguruan. Dengan menggunakan proses refleksi, dapat
membuat penilaian pencapaian kendiri lalu memperbaiki kelemahan dan mengubah suai
dengan memasukkan nilai-nilai tambahan yang bermakna.

Pengubahsuaian atau penambahbaikan dilakukan pada perancangan, kaedah serta


teknik pengajaran ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Refleksi merupakan proses metakognisi yang kritis.

4.0 Kesimpulan

Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam
merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang
lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah
bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,
mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan
mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi
kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global,
kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai
keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh
Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan
corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

12
Rujukan

Bahagian Pendidikan Guru. 2006. Panduan program tutorial peribadi (pelajar) Institut
Pendidikan Guru. BPG : Unit Hal Ehwal Pelajar.

Chen Ai Yen. 1990. Toward Expert Teaching. Improving the quality of the teaching profession :
An international perspective. Singapore : International Council On Education For
Teaching.

Clark, C.M & Peterson, P.L. 1986. Teacher’s thought proses. In Witrock, M. C. Handbook of
research on teaching. A projek of the American Educational Research Assiciation (ed.
Ke-3). New York : Macmillan Publishing Company.

Froster, F., Hounsell, D. dan Thompson, S. (ed.) 1995. Tutoring and demonstrating : A handbook.
Edinburgh:Centre of Teaching, Learning and Assessment.

Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub. 1997. Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka

Hafidah Mohamed, Abdullah Mohd. Noor, Lilia Halim. 2001. Tindakan guru cemerlang
menghadapi kepelbagaian pelajar. Dalam Strategi Pengajaran Kepelbagaian Pelajar.
Prosiding seminar Pendidikan Kebangsaan 2001. UKM : Bangi.

Jauriah Hj. Tak. 1995. Penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif dalam pendidikan. Kuala
Lumpur : DBP

Jemaah Nazir Sekolah. 1997. Pemilihan guru cemerlang. Kuala Lumpur : Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Jemaah Nazir Sekolah. 2000. Pemilihan guru cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia
Tahun 2000. JNS. 500/345 Jld. 17/(4). Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Mahathir Mohamed. 1989. Ucapan Perasmian Pelancaran Gerakan Budaya Kerja Cemerlang.
Dalam Ucapan Y. Bhg. Dato’ Seri Jamaluddin b. Hj. Ahmad Damanhuri, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam Malaysia sempena mahlis perasmian Hari Kualiti Peringkat Jabatan
Perkhidmatan awam Tahun 2001.

Miller, L. W. 2000. Computer intergration by vocationalteacher education. Journal Of Vocational


& Technical Education . 14. (1) http://scholl.lib.vt.edu/ejournal/JVTE/v14n1/JVTE-3.html.

Mohd. Feroz Abu Bakar. 2000. Graduan perlu miliki kemahiran. Berita Harian : 20 Januari.

13

Anda mungkin juga menyukai