Anda di halaman 1dari 10

ESEM5513 EDUCATIONAL LEADERSHIP

AND MANAGEMENT

RUFINAH PENGERAN
KS1401MD0088

Free Powerpoint Templates


Page 1
Pengenalan
Kepemimpinan merupakan satu topik yang diminati
kerana ia menyentuh kehidupan masyarakat dunia
tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat
primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana
kepemimpinan membawa kuasa, kedinamikan dan
kejayaan individu dalam lapangan masing-masing.

Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai


ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan
peranannya sebaik mungkin serta menguasai
kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk
mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai
matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad,
1998).
Free Powerpoint Templates
Page 2
Ciri-Ciri Personaliti Yang Dikaitkan Dengan
Seorang Pemimpin Pendidik.
 Bertindak Sebagai Penyebar Ilmu
Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam
pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai
disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-
sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup
berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan
menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya.

 Bertindak Sebagai Pembentukan Nilai / Role Model


Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu
benda. Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-
murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai
murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral,
agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya
mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang
baik dan murni supaya
Freedapat menjalankan
Powerpoint Templatestugas sebagai pendidik
dengan sempurna. Page 3
 Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu
Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya
ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya,
bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari
pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam pengajaran
dan pembelajaran, guru akan memindahkan ilmu yang baik,
meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah
kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu.

 Mengamalkan Kemahiran Profesional


Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan
yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di
sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran
profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan
peranan besar dalam menghasilkan generasi yang
berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Free Powerpoint Templates


Page 4
 Bersifat Profesional Dan Peka Dengan Segala
Perkembangan Pendidikan.
Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik
yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif
pendidikan yang terkini. Guru yang profesional juga sentiasa
mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan
terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran
p&p guru.

 Mengamalkan Pengajaran Efektif


Mak Soon Sang (2007) mengenalpasti ciri-ciri pengajaran
efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian
pengajaran. Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler
(1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung
kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap
proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti
objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti
pengajaran yang diperlukan dalam perancangan.
Free Powerpoint Templates
Page 5
Cadangan Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan
Kakitangan Untuk Memastikan Pendidikan Berkualiti.

 Kursus Peningkatan Profesionalisme


Menurut Mok Soon Sang (1996) guru hari ini hendaklah sentiasa
berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu
pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.
Sehubungan dengan itu, guru hendaklah mengikuti kursus-
kursus pendidikan misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau
Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.

 Meningkatkan Akauntabiliti Pendidik


Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan
ialah dengan meningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini
merupakan nilai yang terpenting untuk membezakan guru yang
komited dengan guru yang bermasalah. Jika seseorang guru
mempunyai akauntabiliti yang tinggi maka ia juga akan
mempengaruhi profesionalisme guru dan secara tidak langsung
dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru.
Free Powerpoint Templates
Page 6
 Teknik Pengajaran Dalam Bilik Darjah Yang Berkesan.
Guru harus sentiasa mampu membawa perubahan dan
penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi
meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan bermutu
tinggi dalam bidang profesion guru. Usaha ini boleh dijalankan
dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti
menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran mereka dalam bilik darjah, menggunakan
teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri
untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. (Mok Soon Sang, 1996).

 Menjalankan Tugas Berkumpulan


Guru yang profesional akan menjalankan tugas berkumpulan
dengan aman dan harmoni mereka saling bantu membantu
dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah dan warganya.
Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) kesediaan dan
kesanggupan guru berkongsi kepakaran dan pengetahuan
bersama guru lain sudah pasti dapat mengekalkan dan
meningkatkan kecemerlangan potensi dirinya.
Free Powerpoint Templates
Page 7
 Amalan Reflektif
amalan reflektif adalah sangat penting dalam pembentukan
profesionalisme keguruan. amalan ini akan bertindak serta
mempunyai hubungan dan kesinambungan dalam
mengekalkan serta membentuk peribadi professional dalam diri
setiap guru. Guru sebagai pemangkin perlu memberikan
pendedahan amalan reflektif kepada murid supaya mereka
dapat membina daya pemikiran yang analitikal, kritis, dan
kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa.

Free Powerpoint Templates


Page 8
Kesimpulan
Dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen
terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa
Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang lebih
tinggi.Guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu,
pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,
mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala
perkembangan pendidikan untuk menghadapi kemungkinan-
kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang
global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah
canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan
harian dan limpahan maklumat sejagat.

Free Powerpoint Templates


Page 9
SEKIAN DAN TERIMA
KASIH…

Free Powerpoint Templates


Page 10

Anda mungkin juga menyukai