Anda di halaman 1dari 21

KATA PENYAMBUNG AYAT

Merupakan kata hubung Sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat @ lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis.

KATA PENYAMBUNG AYAT


Terdiri daripada satu jenis kata tugas iaitu KATA HUBUNG
KATA HUBUNG

Kata Hubung Pancangan Kata Hubung Gabungan

a) Relatif b) Komplemen c) Keterangan

KATA HUBUNG GABUNGAN (KHG)


Jenis kata menghubungkan 2 klausa @ lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk menggunakan KHG disebut ayat majmuk gabungan.
dan atau tetapi serta lalu malahan sambil kemudian

Contoh: 1. Sarah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. 2. Melissa mungkin pergi ke Sarawak atau ke Sabah. 3. Wanita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya. 4. Bukan Revel sahaja yang pemurah malahan anaknya juga dermawan. 5. Sampah itu dipungutnya kemudian dimasukkannya ke dalam tong sampah.

KATA HUBUNG PANCANGAN (KHP)


Kata hubung yang menyambung klausa tak setara @ klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.

Perkataan yang menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang.
1. 2. 3. 4. 5. Saya membeli baju yang berwarna hijau. Encik Delo guru yang berdedikasi. P. Ramlee seniman agung yang sentiasa dikenang. Yang berjaja kain itu jiran saya. Buku yang dibeli oleh Rosa itu buku Matematik.

KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF

KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN


Berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama 2 contoh kata sering diguna: bahawa & untuk
1. Kami tidak sedar bahawa mereka bukan ahli persatuan. 2. Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. 3. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. 4. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil. 5. Kuih itu dibeli untuk adik.

KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN


Menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.
kerana sekiranya kalau hingga sementara ketika walaupun agar semoga andai kata jika (jikalau) setelah tatkala sungguhpun meskipun supaya kendatipun semasa sewaktu untuk apabila

1. Pegawai itu sering dipuji kerana dia rajin bekerja. 2. Pertunjukan itu akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan. 3. Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat. 4. Penonton bersurai setelah permainan selesai.

5. Sungguhpun letih, pemain handal itu terus bermain


juga.

6. Meskipun hari sudah lewat, Ali belum pulang juga.

KATA PANGKAL AYAT


Perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi kesinambungan ayat dalam wacana. Biasanya digunakan dalam BM lama.
Hatta Maka Syahadan Adapun Kalakian Sebermula Alkisah arakian

1. Hatta istana itu pun siaplah. 2. Maka panglima itu pun diberi persalinan. 3. Syahadan baginda pun berangkat
meninggalkan Melaka. 4. Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Ahmad. 5. Alkisah tidak seberapa lama kemudian hamillah permaisuri 6. Arakian bersemayamlah baginda di istana baharu itu.

KATA NAFI
Hadir sebelum frasa. Perkataan yang menjadi unsur nafi frasa predikat: FN, FK, FA & FSN. 2 bentuk: bukan & tidak

Kata nafi bukan menjadi unsur nafi FN & FSN

Kata nafi tidak menjadi unsur nafi FK & FA

Makanan itu bukan untuk Otomie. Bas itu bukan dari Johor Projek itu bukan usaha saya.

Ibunya tidak turun ke sawah hari ini. Saya tidak akan datang lagi. Kenyataan itu tidak benar. Bandar itu tidak besar sangat.

Kata nafi bukan boleh hadir sebelum FK dan FA jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat

Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja.

Pak Abu bukan kaya sangat, tetapi pemurah orangnya.


Ucapannya bukan menghina kita, tetapi sekadar

mengingatkan kita sahaja. Murid itu bukan bijak, tetapi sebaliknya.

KATA BILANGAN (KB)


Sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada FN & hadir sebelum frasa tersebut. Terdapat dalam beberapa jenis mengikut ciri maknanya.

KB yang menunjukkan

jumlah yang tentu sifatnya disebut kardinal. Cth: dua, dua puluh, tiga ratus, sepuluh ribu dsbg

KB menunjukkan bilangan tak tentu. Cth: segala,

semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit dsbg.

Dua hari lagi saya akan berangkat ke Korea. Harga jam itu seratus ringgit. Penduduk di bandar itu mencecah angka sejuta orang.

Segala persiapan telah dibuat. Semua guru tidak dibenarkan bercuti esok. Banyak orang menyertai peraduan itu. Sedikit murid yang menyertai lawatan itu.

Disebabkan perkataan ini sudah menandakan jamak, KN yang mengikutinya tidak perlu diulang. Ayat berikut dianggap salah:

Segala persiapan-persiapan telah dibuat. Semua guru-guru tidak dibenarkan bercuti esok Projek itu melibatkan para guru-guru sekolah rendah.

KB yang membawa maksud himpunan. Cth:

beratus-ratus, beriburibu, berabad-abad, berguni-guni

KB membawa maksud pisahan. Cth: masingdsbg

masing, setiap, tiap-tiap

Beratus-ratus orang telah kehilangan rumah akibat kebakaran itu. Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan. Berguni-guni beras telah diterbangkan ke kawasan kebuluran di Afrika

Masing-masing pelajar membawa makanannya sendiri. Setiap orang dikehendaki mengisi borang penyertaan. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi tiaptiap hari.

KB yang membawa maksud pecahan. Cth: setengah,

sepertiga, separuh, seperempat, dua pertiga


dsbg

Setiap penduduk kampug itu mendapat setengah ekar tanah daripada kerajaan. Mereka akan menerima sepertiga bahagian setiap seorang. Separuh hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatm.

Perkataan setengah-setengah @ sesetengah membawa maksud sebilangan daripada sesuatu Berbeza daripada perkataan setengah yg bermaksud separuh. Contoh:
Setengah-setengah penduduk bandar tinggal di rumah pangsa. (bukan: setengah penduduk tinggal di rumah pangsa.)

KB berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada KN yang mengikutinya. Cth: lima orang murid 2 bilah pedang Beberapa buah kereta Sebatang jalan

Anda mungkin juga menyukai