Anda di halaman 1dari 9

KATA PEMERI: IALAH DAN ADALAH

KATA pemeri merupakan salah satu aspek


tatabahasa yang amat penting, walaupun
penggunaannya amat terbatas dan tidak
digalakkan dalam pembentukan ayat
bahasa Melayu. Namun, penggunapengguna bahasa Melayu sering keliru
akan penggunaan kata pemeri yang betul.

Kata pemeri ialah unsur yang


menjadi pemeri hal atau
perangkai antara subjek dengan
frasa-frasa
utama
dalam
predikat. Dalam bahasa Melayu,
terdpat dua bentuk kata
pemeri, iaitu "ialah" dan
"adalah".

Menurut Kamus Dewan (halaman 439),


kata pemeri 'ialah" bermaksud: (1) kata
penghubung yang menerangan kata atau
ayat yang di depan; (2) kata penghubung
yang mendahului ayat yang menyatakan
sebab terjadinya sesuatu. Sementara kata
pemeri
"adalah"
berinaksud:
(1)
'sesungguhnya'
(digunakan
pada
permulaan
ayat,
kenyataan
dan
sebagainya); (2) ia bermaksud "ialah"
(untuk menghubungkan sesuatu yang
diperkatakan dengan huraian, penjelasan,
dan sebagai yang mengenainya.

A. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa


nama. Contohnya;
(i)
Warna pinang masak ialah warna
kegemaran ibu saya.
(ii)
Salah satu masalah yang sedang
dihadapi oleh negara kita ialah kekurangan
tenaga pekerja
(iii)
Bangunan di hadapan sekolah saya
ialah kelab masyarakat Bedok.

B.
Kata pemeri adalah boleh hadir di
hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contohnya ;
(i)
Kenyataan yang diberi oleh guru
itu adalah sangat penting
(ii)
Fungsi utama tulang adalah
sebagai pelingdung organ utama seperti
jantung dan paru paru.
(iii)
Hadiah yang di atas meja itu
adalah untuk ibunya yang meyambut hari
lahirnya.

Satu lagi aspek menarik dalam kata


pemeni, iaitu "ialah" dan "adalah"
tidak perlu wujud dalam sesuatu
ayat, yakni kata pemeri ini boleh
digugurkan. Contoh:
(i) Gadis yang jelita itu "ialah" anak
Pak Mat.
(ii) Pakaian yang dipakai oleh Ali itu
adalah terlalu mahal.

Sebagai penutup, penggunaan kata pemeri


itu terbatas, dan amat tidak digalakkan
dalam pembentukan ayat Bahasa Melayu.
Tetapi ramai pelajar masih menggunakannya
tanpa mengetahui cara penggunaanya yang
sebenar. Dengan penerangan di atas
diharapkan, para pelajar dapat mengetahui
cara
penggunaanya
dan
akan
menggunakannya dengan lebih jitu.
Dirujuk dan diubahsuai oleh Puan Idai dari
Tatabahasa Dewan, Edisi Baru, 1993.

Latihan Pengukuhan :
Cuba isikan tempat tempat kosong di bawah ini dengan
kata pemeri ialah atau adalah yang sesuai.
1.

Dr Quek yang berucap di perhimpunan sekolah


________ bekas penuntut sekolah ini.

2. Penuntut perempuan yang jelita itu ___________


tunangan orang.
3. Tiada siapa yang menyangka dia _________ sangat
garang orangnya.
4 Penyakit Hussein yang berjangkit itu _________
penyakit yang tiada penawarnya lagi.

5.
Matlamat mengadakan lelaman web
Bahasa Melayu ________ untuk memberi
pengajaran yang lebih berkesan.

6.
Pasar serbanika itu yang dibuka di
kawasan itu_____________ untuk kemudahan
penduduk di situ.
7.
Rumah baru di hadapan rumah saya itu
________ milik Encik Mokhtar.
8.
Salah satu masalah remaja ________
tabiat membelanjakan wang dengan
berlebihan.

Anda mungkin juga menyukai