Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN 2A,

70300 SEREMBAN .
UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 2012
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
MASA: 50 MINIT
NAMA: ..

TAHUN: 6 N/D/Z/B

ARAHAN:
Kertas soalan ini mengandungi
BAHAGIAN A
(10 markah)
( Masa dicadangkan : 15 minit)
Gambar di bawah ini menunjukkan aktiviti-aktiviti di pekarangan sebuah sekolah. Tulis lima
ayat yang lengkap tentang aktiviti- aktiviti tersebut.

BAHAGIAN B:

( Masa dicadangkan: 40 minit)


Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.
1.

Selepas makan malam, kami sekeluarga duduk di serambi sambil berbual-bual. Suasana
kampung pada waktu malam sungguh sunyi dan damai. Tiba-tiba kami terdengar

..
Mulakan cerita kamu dengan :

Tiba-tiba kami terdengar


ATAU

2.

Tulis karangan tentang aktivitu-aktiviti yang telah kamu lakukan semasa cuti sekolah.
ATAU

3.

Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan baru- baru ini. Kamu dikehendaki
menyediakan laporan tentang Hari Sukan itu. Tulis laporan kamu selengkapnya.

BAHAGIAN C:
(20 markah)
(Masa dicadangkan: 20 minit)
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan
kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Ibu Melina menyuruh Melina pergi ke kedai runcit untuk membeli sebotol susu segar dan
sebungkus tepung. Melina menunggang basikalnya ke kedai runcit itu yang letaknya
berhampiraan dengan rumahnya. Dia mengayuh basikalnya dengan hati-hati. Dia berhenti ketika
lampu isyarat merah.
Setibanya di kedai itu, Melina mengucapkan selamat pagi kepada Pak Hassan, pemilik
kedai runcit itu. Kemudian dia pergi ke rak untuk mencari barang-barang yang hendak
dibelinya. Dia melihat tarikh luput pada botol susu segar dan bungkusan tepung sebelum
membelinya. Dia tidak mahu membeli barang yang tidak selamat untuk dimakan kerana telah
melampaui tarikh luputnya. Dia membawa barang-barang itu ke kaunter untuk membuat
bayaran. Pak Samad mengucapkan terima kasih kepada Melina. Selepas itu Melina pulang ke
rumah.
Disediakan oleh:
..
(NORAINI BINTI GIMAN)
Guru Bahasa Melayu Tahun 6

Disemak oleh:
.
(PUAN LENA BINTI MOHD YUSOF)
PK Kurikulum

Anda mungkin juga menyukai