Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN TATABAHASA

LATIHAN MARFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Pengerusi majlis memberitahu para hadirin bahawa perbincangan mereka pada hari itu akan
menjurus kepada masalah setinggan di sekitar pekan tersebut. Beliau meminta mereka
memikirkan bagaimana masalah tersebut boleh diselesaikan. Beliau menyatakan rasa dukacita
beliau kerana masalah tersebut masih berterusan walhal pelbagai tindakan telahpun diambil.
Oleh itu, beliau menyeru kepada semua yang hadir agar memberikan kerjasama untuk
membanteras masalah itu.

Jawapan:
1. Kata majmuk : ____________________________________
Ayat : _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
2. Kata majmuk : ____________________________________
Ayat : _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
3. Kata majmuk : ____________________________________
Ayat : _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
[6 markah]

LATIHAN SINTAKSIS:
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada
ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Bidang keusahawanan wajar diterokai oleh golongan remaja. Bidang ini dapat mendidik
remaja menjadi berdaya kreatif. Sesungguhnya amat luas ruang bagi golongan remaja menceburi
bidang ini. Remaja yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh menceburi
bidang tersebut. Oleh hal yang demikian para remaja yang berminat dalam bidang ini tidak
mempunyai masalah untuk mengikuti kursus dan latihan keusahawanan. Ibu bapa perlu
memberikan sokongan kepada anak-anak yang berminat dalam bidang ini.

JAWAPAN:
1. ___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
2. ___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
3. ___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

1
LATIHAN PENYUNTINGAN:
Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenarikan lebih daripada tiga belas kesalahan
yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Saban tahun, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan di tanggal 31 Ogos. Banyak kebaikan
akan diperoleh kita apabila menyaksikan pelbagai acar-acara sambutan yang gilang-gemilang
ini. Sambutan Hari Kemerdekaan adalah penting agar supaya dapat mengukuhkan jati diri
rakyat Malaysia. Seterusnya, melalui sambutan Hari Kemerdekaan, kita dapat mengekalkan
perpaduan di antara kaum di negara kita. Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan
dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu, saling hormat-menghormati,
bekerjasama, dan bertoleransi. Hal ini selaras dengan hasrat kerajaan demi untuk membentuk
perpaduan kaum. Pelbagai kaum yang menyertai perbarisan bersatu padu menjayakan temasya
yang hebat ini. Justeru, kesepakatan ini mampu melahirkan perasaan kecintaan, bak kata
pepatah bagai aur dengan tebing. Selain daripada itu, sambutan Hari Kemerdekaan mampu
membentuk generasi yang bersyukur. Hal ini wujud bila belia dipertontonkan kisah tentang
kepayahan pejuang negara berjuang menentang penjajah. Kesedaran timbul apabila generasi
kini merasakan kepayahan menuntut kemerdekaan. Laungan Merdeka! Merdeka! semasa
sambutan Hari Kemerdekaan mampu menaik semangat cintakan negara di dalam diri
masyarakat.

Kesalahan Pembetulan

Anda mungkin juga menyukai