Anda di halaman 1dari 1

Acuan Pengenalan karangan.

Dalam meniti alaf baharu ini, pelbagai kemelut sering disajikan melalui media
elektronik mahupun media cetak. Isu tentang _______________________________
tidak pernah sunyi daripada menjadi perbincangan hangat bukan sahaja diuar-uarkan
di media massa malah turut dibahaskan dan diperdebatkan dalam masyarakat.
Sehubungan dengan itu, semua pihak haruslah komited dan beriltizam untuk
mendepani isu ini. Bak kata pepatah, “dimana ada kemahuan, di situ ada jalan”. tiada
penyakit yang tiada penawarnya isu_______________________________________
haruslah dikupas dan dibugar secara terperinci sehingga ke akar umbi bagi
menyedarkan masyarakat tentang isu ini. “ Sudah terang lagi bersuluh, marilah kita
melihat______________________________ secara terperinci.

Acuan menulis isi karangan.

Perenggan pertama.
Soalan
Sebagai pembuka tirai perbincangan, __________________________________
Isi Pertama
yang pertama ialah_____________________________________________________.
Huraiain Isi
Hal ini adalah kerana___________________________________________________ .
Contoh
Sebagai contoh yang nyata dan lagi dekat dengan kita_________________________ .
Huraian contoh
Dengan yang demikian _________________________________________________ .
Isi Pertama
Oleh itu, jelaslah bahawa _____________________________________ merupakan
Soalan
___________________________________________.

# untuk perenggan kedua dan seterusnya, perenggan dan kaedah yang sama digunakan
cuma anda tukar kata pembuka sahaja.
- Selain itu,……
- Seterusnya madah perbincangan tentang…….
- Untuk meneruskan perbincangan kita tentang….
- Sebagai hujung bicara, kita membincangkan

Perenggan kesimpulan
- membuat kesimpulan umum ( jangan tulis isi)
- menyatakan saranan
- menyatakan harapan
- menulis ungkapan menarik

Sebagai penghias bicara akhir, semua pihak harus berganding bahu untuk
meningkatkan / menangani isu ____________________________________________
Soalan
ini. Hal ini perlu dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh supaya
matlamat isu ini tercapai dengan jayanya. Oleh hal yang demikian, marilah kita
bekerjasama dan berusaha dengan sistematik dan bersikap proaktif dalam mendepani
isu ini kerana perjalanan yang beribu batu mestilah bermula dengan langkah pertama.

Anda mungkin juga menyukai