Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

KATA2 ALUAN GURU PENASIHAT KATA-ALUAN PENGERUSI LATARBELAKANG PERSATUAN TAKWIM AKTIVITI SEPANJANG TAHUN PENCAPAIAN SEPANJANG TAHUN PENILAIAN DAN PENUTUP LAMPIRAN

PRAKATA GURU PENASIHAT

Syukur ke hadrat ilahi, dengan rahmat dan izin-Nya persatuan dan kelab Fotografi SMK.Kabogan dapat berjalan dan menghidupkan aktiviti rutin kokurikulum di sepanjang tahun 2012. Meskipun baru berusia 4 tahun jika mengambilkira penggunaan nama Kelab Fotografi, namun persatuan ini telah berjaya mengorak langkah lebih jauh dengan menukar nama daripada Kelab Majalah dan Penerbitan kepada Kelab Fotografi berkuatkuasa pada bulan April 2009. Dengan itu, fokus persatuan ini akan menjurus kepada fotografi. Ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada seni dan kemahiran yang sudah menjadi institusi ini. Fotografi meskipun ilmu dan kemahiran baru kerana ia mula muncul pada awal abad ke-19, namun kesan dan pengaruhnya kepada dunia begitu mendalam sekali. Kemunculan pelbagai teknologi lain dalam bidang pengimejan seperti televisyen, video, scanner, hologram dan sebagainya tidak pernah mampu menggugat kedudukan fotografi sebagai satu bidang seni visual yang terbaik. Dengan kemunculan kamera digital, bidang fotografi semakin jauh ke hadapan sehingga melahirkan banyak cabang dan bidang lain seperti misalnya digital fine art, digital painting dan sebagainya. Sesuai dengan hasrat menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan, mahir dan berketrampilan maka penubuhan Kelab Fotografi merupakan tindakan sekolah bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan. Dengan melaksanakan pelbagai aktiviti yang difikirkan sesuai seperti bengkel fotografi, kemahiran mengedit gambar, gerak kerja luar dan pemotretan di lapangan, para pelajar didedahkan kepada kemahiran fotografi yang asas. Tujuannya untuk menanamkan minat kepada pelajar. Ini sekaligus mendorong mereka untuk mengembangkan kreativiti dan minat dalam bidang yang cukup sensasi ini. Adalah diharapkan agar penubuhan Kelab Fotografi memberikan lebih banyak peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang berpotensi ini. Di samping terlibat dalam aktiviti kokurikulum, penglibatan pelajar dalam kelab fotografi juga akan dapat mengembangkan minat dan kemahiran mereka seterusnya membantu mereka untuk berkecimpung secara lebih aktif pada masa akan datang. Sekian

______________________ (Zubir Bin Osman ) Ketua Guru Penasihat Kelab Fotografi SMK.Kabogan Sesi 2012

PRAKATA PENGERUSI

Menjadi ahli dalam kelab fotografi merupakan satu kebanggaan. Ini kerana, inilah satu-satunya kelab di sekolah yang berasaskan kemahiran seni dan teknologi tinggi yang boleh dikembangkan oleh pelajar untuk kepentingan masa depan mereka. Ertinya, selain mahir menggambar, pelajar boleh mempelajari bidang pengeditan gambar menggunakan komputer dan menghasilkan kerja yang berseni dan berkualiti untuk ditatap, dinikmati, dihayati dan dikomersialkan. Seni yang indah akan menjadi lebih bererti jika dapat dikongsi dan dihayati secara massal. Kemahiran dan bakat semulajadi adalah anugerah tuhan. Namun teknologi juga harus dipelajari. Sesuai dengan realiti ini , penubuhan kelab fotografi adalah bertepatan dengan keperluan semasa. Pelajar seharusnya didedahkan dengan apa-apa bidang dan lapangan yang boleh mengembangkan minat, kecenderungan dan bakat mereka. Salah satu bidang yang dikenalpasti ialah fotografi yang bukan lagi asing. Walaupun SMK.Kabogan agak terpencil (sekolah luar bandar), namun guru dan pentadbir sekolah sentiasa peka kepada keperluan semasa. Penubuhan Kelab Fotografi merupakan satu agenda jangka panjang sekolah untuk melahirkan ramai pelajar yang berkemahiran dan berketrampilan dalam bidang masing-masing. Salah satu bidang yang dikenalpasti ialah fotografi yang sememangnya glamour dan sensasi. Saya selaku pengerusi Kelab Fotografi SMK.Kabogan bagi tahun 2012 amat berbesar hati dengan penubuhan kelab ini seterusnya menjadi ahli dan pengerusi kelab. Penglibatan dan kegiatan dalam kelab ini memberikan banyak pengalaman kepada kami seterusnya mendedahkan kepada kami banyak pengalaman baru yang boleh dikembangkan dan diterokai. Diharapkan agar persatuan dan kelab ini akan terus maju dan berkembang pada masa hadapan seterusnya melahirkan ramai jurugambar professional yang boleh berkhidmat dan berbakti kepada Negara misalnya menerusi Jabatan Penerangan, RTM, BERNAMA, akhbar-akhbar tempatan atau mengusahakan sendiri studio fotografi untuk kepentingan masyarakat tempatan. Sekian

___________________________________ ( Mohd. Yamin Bin Abd.Hurin ) Kelas 5 Jujur Pengerusi Kelab Fotografi SMK.Kabogan Sesi 2012

LATAR BELAKANG PERSATUAN

Kelab Fotografi SMK.Kabogan mula diwujudkan pada tahun 2009. Nama asal persatuan ini ialah Kelab Majalah dan Penerbitan. Penubuhan persatuan ini diilhamkan daripada kejayaan SMK.Kabogan menerbitkan majalah sekolah buat julung kali pada tahun 2009. Objektif asal kelab ini ialah untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai selok belok dunia penerbitan majalah. Selepas majalah sekolah tidak lagi diterbitkan kerana masalah teknikal, pihak pentadbiran tidak membubarkan kelab tersebut sebaliknya menukar namanya kepada Kelab Fotografi pada tahun 2010. Para ahli dalam persatuan yang sedia ada telah diserap dan menjadi ahli Kelab Fotografi secara automatik. Kelab ini kemudian menukar objektifnya iaitu memberikan pendedahan kepada ahli mengenai dunia fotografi dari pelbagai sudut. Keahlian kelab ini pada mulanya hanya bertumpu kepada pelajar yang benar-benar mempunyai kemahiran, minat dan berkemampuan dari segi kewangan untuk memiliki peralatan fotografi. Oleh yang demikian kelab ini hanya disertai oleh 25 orang pelajar yang kebanyakannya daripada kelas tingkatan 3, 4 dan 5 Harmoni. Keahlian ini kemudiannya telah dibuka kepada semua pelajar SMK.Kabogan. Pada awalnya fungsi kelab adalah sebagai wahana dan sarana bagi membolehkan pelajar mempraktikan kemahiran mereka. Selepas keahlian kelab dibuka kepada semua pelajar, fungsi kelab kemudiannya mengkhusus kepada usaha mendedahkan pelajar untuk meminati fotografi. Memandangkan keterbatasan ruang, persekitaran, masa, kewangan dan peralatan, kelab telah membataskan kegiatan di sekitar sekolah sahaja melalui pelbagai program bersifat insitu misalnya klinik fotografi, kemahiran menggunakan software editing dan art and design yang kesemuanya dilaksanakan di dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pada masa akan datang kelab fotografi akan menjadi lebih relevan kepada keperluan semasa dan perkembangan teknologi pengimejan yang semakin canggih. Pelajar sepatutnya tidak ketinggalan dalam menghayati dan menerokai bidang yang semakin popular ini. TAKWIM KELAB FOTOGRAFI 2012

Bulan Feb MacApr MeiJun JulOgs SeptOkt Nov

Aktiviti

Tindakan Catatan Ketua Guru Pemilihan AJK Mesyuarat Pertama Penasihat Guru Pengenalan Fotografi Bengkel dan Klinik Ketua Penasihat Umum Fotografi Fasa 1 / Ahli menyediakan baju Membuat baju Pengerusi Ketua Guru sendiri persatuan Penasihat / Trekking n Exploration Lawatan ke Bukit Pengerusi Ketua Guru Tengkorak Penasihat Guru Fotografi dan Komputer Bengkel dan Klinik Ketua Penasihat fotografi Fasa II / Penyerahan Sijil Jamuan akhir tahun Pengerusi Ketua Guru penyertaan dan jamuan dan penyerahan sijil Penasihat akhir tahun keahlian

PENCAPAIAN SEPANJANG TAHUN

80% daripada aktiviti dirancang oleh kelab telah berjaya dilaksanakan. Ahli jawatankuasa yang berjaya dibentuk bagi sesi 2012 adalah seperti berikut: Ketua Guru Penasihat: Guru Penasihat: Pengerusi Kelab: Tim.Pengerusi: Naib Pengerusi: Setiausaha: Pen.Setiausaha: Bendahari: Pen.Bendahari: AJK Tingkatan: ZUBIR BIN OSMAN MOHD.SAID BIN HJ.AKMAD MOHD.YAMIN BIN ABD.HURIN (5J) MOHD.SHAFIQ BIN MOHD.SAID (5H) NORAZILAH BINTI HASSAN BASRI (5J) MOHD.ADNAN BIN KAMARUDDIN (5P) NORHALIZA BINTI ROSLI (4H) NUR AZIEMAH BINTI MOHD.SHIH (4J) NORANISA BINTI ABD.MAJID (4J) NUR SYAKIRAH BINTI MOHD.SHIH (1H) JUMIATI BINTI MOHD.TAHIR (2H) NOORPAIDAH BINTI NURUDDIN (3H) MOHD.AL AFZAN BIN ALI HUSSIN (4H) NUR FADILAH FAZLIN BINTI ABD.SAID (5A)

Tempat Perjumpaan : Jumlah Yuran : Senarai Aktiviti : Jumlah Perjumpaan :

KELAS 4P RM1.00 ( Seperti dilampirkan ) 16 kali dalam tempoh 9 bulan

Memandangkan kebanyakan ahli adalah dari kalangan pelajar miskin, AJK Kelab telah memutuskan untuk tidak mengenakan sebarang yuran. Ini bagi menggalakkan ahli mengikuti semua kegiatan kelab. Penghapusan yuran juga bagi memberikan suntikan kepada ahli agar dapat menyumbangkan tenaga, idea dan penglibatan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab.

PENILAIAN DAN PENUTUP

Pada keseluruhannya, 80% daripada aktiviti yang dirancang oleh Kelab Fotografi SMK.Kabogan telah berjaya dilaksanakan. Faktor utama kejayaan ini ialah minat dan kesungguhan pelajar untuk meneroka dan menguasai bidang baru iaitu fotografi. Pihak sekolah juga telah memberikan galakan dan sokongan moral kepada ahli jawatankuasa kelab untuk beroperasi dan melaksanakan aktiviti misalnya lawatan ke Bukit Tengkorak dan program bengkel/klinik fotografi. Komitmen pelajar dalam mengikuti program yang dirancang dan dilaksanakan oleh kelab amat memberansangkan. Kehadiran mencapai 70% khususnya di kalangan pelajar menengah atas. Kekangan masa, ruang dan kemudahan asas enjadi factor utama penyumbang ketidakhadiran pelajar dalam mengikuti aktiviti kelab. Ini ditambah oleh realiti bahawa SMK.Kabogan adalah sekolah luar bandar. 95% ahli tidak memiliki kamera untuk tujuan praktikal. Penggunaan kamera handphone kurang efisien dan tidak relevan dengan hasrat kelab untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada ahli. Secara keseluruhannya, ahli-ahli kelab telah menunjukkan komitmen yang baik . Guru penasihat kelab telah memberikan galakan dan banyak peluang untuk berinteraksi dan mencuba pelbagai kaedah yang boleh diteroka bagi mendalami bidang fotografi. Diharapkan agar pada masa akan datang kelab ini akan mampu muncul sebagai kelab yang berprestij dan dapat melahirkan ramai jurugambar professional.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai