Anda di halaman 1dari 8

Sejarah Perkembangan Bahasa

Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal Usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa
Melayu amat kabur kerana sejarah kuno asia
tenggara masih belum diselidiki dengan
mendalam.
Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu
berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu
kelompok manusia yang berasal dari daerah
Yunan di China yang kemudiannya berhijrah
dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan
manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia
Tenggara.
Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan
berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi.
Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula
gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro.
Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir
pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka
ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-
orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan
beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan
hutan dan pedalaman.
Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang
masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.
Bahasa Melayu berasal daripada rumpun
bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa
Austronesia ini berasal daripada keluarga
bahasa Austris.
Selain daripada rumpun bahasa Austronesia,
terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan
rumpun bahasa Tibet-Cina.
Teori Hendrik Kern
Orang Melayu berasal dari semenanjung
Tanah Melayu.
Orang-orang Austronesia berasal dari Champa (di
pesisiran Kemboja.)
Orang Austronesia turun ke semenanjung menjadi
orang Melayu.
Orang Melayu dari semenanjung berpecah-pecah
ke sebelah timur.
Teori ini tidak lagi digunakan pada masa kini.
Teori James Collins, Nothofer, Robert
Blust, Adelaar.
Mewakili dua pendapat yang hampir sama tetapi
berbeza dari segi migrasi orang Melayu.
Keempat-empat ahli sarjana ini bersepakat
megatakan orang melayu berasal dari sebelah
barat Pulau Borneo.
Kerana Pulau Borneo merupakan tempat asal
penutur Melayu.
Teori ini dibahagikan kepada dua.
i) James Collins dan Nothofer
ii) Robert Blust dan Adelaar.
James Collins dan Nothofer
Berpendapat bahawa orang Melayu dipecahkan kepada 3:
Migrasi terawal Berpindah dari sebelah barat Pulau Borneo ke
Sumatera dan berpecah terus ke utara dan menjadi orang melayu di
semenanjung sekarang dan ada sebahagian yang terus berpecah ke
utara menjadi orang Champa. Dari Champa mereka turun ke
Sumatera dan menjadi orang Acheh.

Migrasi ke utara Dari sebelah barat Pulau Borneo dan menjadi


orang Brunei yang ada pada masa sekarang berpusing mengikut
putaran jam terus ke utara (pantai timur) dan menjadi orang
banjarmas.

Orang di sebelah barat Borneo turun ke Selatan menjadi orang


Melayu Jakarta sekarang.
Blust dan Adelaar
Berpendapat migrasi bermula dari sebelah barat
Pulau Borneo dan hanya berlaku sekali sahaja.
Orang Melayu berpindah ke Sumatera menjadi
orang Melayu di kepulauan Sumatera dan
berkembang maju sehingga zaman Srivijaya.
Setelah orang Melayu berbalik ke Pulau Borneo
menghasilkan dua jenis Melayu:
-Melayu yang ada ada masa kini
-Melayu Iban

Anda mungkin juga menyukai