Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN PEMBELIAN PERALATAN MEDIA UNTUK UNIT FOTOGRAFI SEKOLAH

Disediakan AJK Unit Dokumentasi (Fotografi) Melalui;

Kegunaan : Mendapat kelulusan SEKOLAH Kertas Cadangan Tarikh Dibincangkan Status Diluluskan Dibincangkan Ditolak KERTAS CADANGAN PEMBELIAN PERALATAN MEDIA UNTUK UNIT FOTOGRAFI SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Berbagai-bagai cara boleh dilakukan di peringkat sekolah supaya perkembangan potensi individu dapat disesuaikan dengan minat dan bakat murid itu sendiri. Salah satu aktiviti yang pernah digemari oleh murid-murid ialah melalui kegiatan hobi dalam bidang fotografi. Kamera dan kamera video adalah peralatan yang sangat berguna dalam setiap majlis yang diadakan di sekolah. Di antaranya termasuklah perkara-perkara berikut: merakamkan majlis atau program yang dianjurkan oleh sekolah, menyediakan bahan untuk laporan aktiviti yang telah dijalankan serta mendedahkan pelajar dalam bidang fotografi. Oleh itu, ianya amat penting untuk digunakan dalam setiap organisasi. 2.0 MATLAMAT Unit Fotografi sekolah ditubuhkan bagi memberi kemudahan kepada guru dalam merakamkan saat-saat penting sepanjang musim persekolahan. Unit ini juga adalah kesinambungan dari Kelab Fotografi sekolah. Selain itu, ia juga i) Dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengembangkan bakat mereka dalam bidang fotografi. ii) Murid berpeluang mempelajari teknik mengambil gambar dengan kamera biasa dan juga kamera digital iii) Murid mendapat pengetahuan tentang cara-cara memproses dan mengedit gambar dengan menggunakan komputer dan seterusnya menghasilkan gambar yang telah diproses. iv) Murid berpeluang mencuba satu kemahiran yang berguna dalam beberapa kerjaya, termasuk bidang perniagaan yang berkaitan dengan bidang fotografi; v) Pendedahan dan latihan dalam bidang fotografi dapat mengurangkan masa yang terluang bagi kegiatan-kegiatan yang tidak sihat dan perkara-perkara yang kurang berfaedah dan

vi) Ahli kelab fotografi boleh menjadi jurugambar untuk semua aktiviti sekolah seperti hari anugerah cemerlang, hari sukan, hari guru dan lain-lain; 3.0 SEBUTHARGA DAN KOS PEMBELIAN PERALATAN FOTOGRAFI Sebutharga dan kos yang terlibat di dalam pembelian peralatan untuk unit fotografi sekolah adalah seperti berikut:

Bil 1

Item Kamera DSLR NIKON D5100

Harga seunit RM 1971.34

Kuantiti diperlukan 1 1 1 10

Jumlah RM 1971.34

2. Tripod 3. Kamera video 4. Vest Hitam

Bersama-sama ini disertakan sebut harga barangan yang diperlukan. (Sila rujuk lampian A) 4.0 KESIMPULAN Saya berharap dengan pembelian ini, kelengkapan peralatan fotografi ini dapat meningkatkan prestasi guru, pelajar dan sekolah pada masa akan datang dan berharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian terima kasih. Yang benar,

(NORAIZI BINTI NIK HASSAN) AJK Dokumentasi (Fotografi) SMK Dato' Mohd Said Nilai.

Anda mungkin juga menyukai