Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN EDMODO:

ASSIGNMENT 1:
(i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran : Penggunaan video dapat menarik perhatian pelajar terhadap subjek yang diajar. Selain daripada itu dapat merangsang proses mengingat semula kandungan lepas kerana mereka dapat melihat dan mendengar. Ini juga dapat mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar. (ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning : Penggunaan video dengan ubiquitos learning pula dapat melaksankan aktiviti pembelajaran di mana sahaja dengan menggunakan teknologi multimedia seperti skype, chatting dan sebagainya. contohnya di sekolah lama saya dahulu, SMK Baru di Bintulu. Sekolah kami antara sekolah yang terpilih untyk mengikuti program yang dilaksanakan dalam projek kerjasama antara JPN Sarawak dengan British Council yang dinamakan British Council Connecting Classroom(BCCC). pelajar yang terpilih untuk mewakili sekolah mereka, akan melakukan video conference untuk berhubung dengan pelajar di UK dan Thailand dengan menggunakan skype. Mereka bertukar-tukar idea yang berkaitan dengan subjek P&P mereka. (iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) : Penggunaan teknologi video dapat meningkatkan perkembangan kognitif pelajar dengan HOTS dan ianya dapat membantu pelajar untuk berfikir dengan kritis dan kreatif (iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar : Penggunaan video dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran interaksi sosial mereka seperti kemahiran berkomunikasi. Ini juga dapat membantu pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri mereka dalam perhubungan dengan orang lain. (v) Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran : Isi kandungan video yang ditayangkan dapat member kesedaran kepada pelajar terutamanya apabila guru mengaitkannya dengan isu-isu semasa. Contohnya video yang berkaitan dengan peperangan, penderaan kanak-kanak dan isu-isu semasa, secara tidak kangsung ini dapat menanam sifat keprihatinan dalam diri pelajar dan juga dapat mendidik mereka dengan nilainilai kesedaran sivik.

ASSIGNMENT 2:

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas? I. Kekangan yang mungkin dihadapi oleh guru semasa penggunaan video dalam P&P seperti jika bekalan eletrik terputus guru tidak dapat meneruskan tayangan video tersebut. II. Kekurangan kemudahan lengkap untuk penggunaan video seperti alat audio sistem dan juga alat tayangan video serta kekurangan bilik AVA. III. Pengguanaan video dalam bilik darjah juga kurang sesuai kerana dikhuatiri bunyi-bunyian tersebut akan menganggu P&P kelas bersebelahan.

ASSIGNMENT 3 :
Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas

Sebelum:
1) guru harus memastikan semua peralatan video yang akan digunakan dapat berfungsi dengan baik. 2) pemilihan video yang hendah ditayangkan harus bersesuaian dengan tajuk P&P yang akan diajar. 3) guru boleh menyediakan video yang akan ditayangkan dalam bentuk DVD/CD. 4) guru boleh melakukan aktiviti bersama pelajar di dalam kelas selepas tayangan video seperti bertanyakan soalan dan sebagainya.

Semasa:
1) guru harus memastikan cd/vcd video yang hendak ditayangkan dapat berfungsi dengan baik sebelum ditayangkan. 2) memastikan semua pelajar dapat memberi perhatian dan tumpuan semasa video ditayangkan. 3) Guru boleh memberi sedikit penerangan atau menjawab pertanyaan tentangan tayangan video tersebut semasa ianya ditayangkan

Selepas:
1) memberi penerangan secara ringkas tentang tayangan video tersebut. 2) meminta pelajar untuk member pandangan dan pendapat mereka tentang video yang ditontonkan kepada mereka. 3) menyoal pelajar tentang video yang ditonton untuk mengetahui tahap kefahaman mereka terhadap video yang mereka tonton.

4) guru membuat rumusan tentang video tersebut dan member tugasan kepada murid berkaitan tayangan video tersebut.

Manipulatives 1. Obtain an example of a manipulative's that you could use for instruction. Submit the manipulative's and a description of how you would use it, including an objective.
Pengajaran yang akan dilakukan adalah dengan menggunakan paparan (displays). Paparan (displays) ini adalah dalam bentuk yang pelbagai contohnya visual dan bahan bercetak. Saya mengambil contoh yang berkaitan dengan bahan bercetak. Penggunaan papan kenyataan yang diletakkan di sudut belakang kelas adalah digunakan untuk meletakkan nota-nota atau info yang berkaitan dengan subjek yang diajar oleh guru. Contohnya, saya sebagai guru sejarah, saya boleh meletakkan gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk sejarah yang diajar seperti gambar Candi Borobudur, Angkor Watt dan sebagainya. Objektifnya, cara seperti ini dipilih adalah kerana secara tidak langsung menarik minat pelajar untuk membaca notanota atau info yang berkaitan dengan tajuk-tajuk yang dipelajari dalam Sejarah. Selain daripada itu, papan kenyataan ini juga senang untuk ditampal maklumat dan juga tidak memerlukan ruangan yang besar. Guru juga boleh menukar-nukar maklumat dengan maklumat yang baru dengan hanya menampal pada papan kenyataan tersebut.

2. Plan a lesson that would include a field trip (real or virtual). Locate at least one site on the World Wide Web that could be place to a visit as a virtual field trip in your lesson.
Guru ingin membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran Sejarah tingkatan 1, tentang sejarah dan kebudayaan negeri Sabah. Pengajaran boleh dibuat dengan guru menganjurkan satu lawatan bersama pelajar-pelajar ke Muzium Kota Kinabalu, Sabah. Maklumat tentang muzium tersebut seperti bayaran masuk dan juga masa untuk lawatan boleh dilayari di laman web berikut :-

http://museum.sabah.gov.my/?q=content/sabah-museum-kota-kinabalu

Video Dalam Pendidikan 1) Apakah yang dimaksudkan dengan video literasi? Video literasi adalah salah satu bahan media yang merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang telah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Ianya juga sebagai salah satu cara untuk mempersembahkan sesuatu maklumat secara dinamik dan realistik yang dapat menarik perhatian kumpulan sasaran dengan cepat dan pantas. Ianya adalah gabungan pelbagai media seperti teks, grafik, audio dalam satu medium. 2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video. Lima konsep utama dalam menonton Video: i. Siapa yang mencipta mesej. ii. Teknik kreatif yang digunakan untuk menarik perhatian penonton. iii. Pemahaman mesej yang disampaikan berbeza oleh penonton yang berbeza. iv. Nilai, gaya hidup dan pandangan yang ditunjukkan adalah berbeza-beza. v. Tujuan utama mesej yang disampaikan melalui video tersebut. Lima konsep utama penghasilan Video : 1) Jenis video yang ingin dihasilkan. 2) Mesej dalam video yang disampaikan dapat dihasilkan dalam bentuk format video, kreativiti, dan teknologi 3) Mesej yang ingin disampaikan melalui video tersebut dapat menepati penonton yang disasarkan 4) Video yang dihasilkan dapat menerapkan nilai cara hidup dan pandangan secara jelas dan konsisten. 5) Apakah keberkesanan penghasilan video tersebut. 3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? I. Domain Kognitif Dalam domain kognitif, pelajar dapat melihat peristiwa bersejarah dan peristiwa terkini dalam bentuk rakaman sebenar. Dengan adanya penghasilan warna, bunyi, dan gerakan dalam video, ianya dapat membentuk satu pergerakan peristiwa yang sebenar. Video juga boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar bagi menarik minat pelajar untuk memahami setiap tajuk yang diajar oleh guru. Ianya juga dapat menunjukkan proses, hubungan atau teknik berkaitan dengan pengajaran tersebut. II. Domain Efektif

Pembelajaran afektif. Peranan model dan mesej dramatik dalam video boleh mempengaruhi sikap pelajar. Oleh sebab ianya berpotensi besar dalam memberi kesan emosi, video juga amat berguna dalam membentuk peribadi dan sosial pelajar. Program dokumentari seringkali didapati berkesan ke atas sikap pelajar. Sebagai contoh, Dokumentari yang dibuat semasa zaman Great Depression, berkesan membawa kesusahan era tersebut ke dalam diri pelajar yang tidak pernah mengenali kesusahan. Selain itu, pelajar juga boleh membina pemahaman tentang sesuatu budaya melalui tontonan video yang menggambarkan orang-orang di seluruh pelosok dunia. III. Domain Psikomotor Video adalah salah satu cara yang terbaik untuk menunjukkan kemahiran yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran psikomotor yang berkaitan dengan pergerakan tubuh badan. Penggunaan kemahiran psikomotor lebih senang ditunjukkan melalui demonstrasi melalui video daripada proses kehidupan yang sebenar. Selain daripada itu penggunaan dalam bentuk video juga memudahkan untuk ditunjukkan dalan langkah demi langkah kerana ianya dapat digerakkan secara pantas dalam satu-satu masa. Guru juga boleh merekod persembahan pelajar dan dengan cara ini pelajar itu sendiri dapat melihat pergerakkan yang dihasilkan oleh mereka. Guru-guru dan juga rakan-rakan boleh memberikan komen kepada mereka berdasarkan persembahan yang ditunjukkan oleh mereka. IV. Domain Interpersonal Dengan menonton program video bersama-sama, pelbagai kumpulan pelajar boleh membina asas pengalaman yang sama sebagai pemangkin untuk perbincangan. Contohnya, apabila pelajar mempelajari kemahiran interpersonal, seperti menyelesaikan konflik atau hubungan rakan sebaya, mereka membuat pemerhatian tingkah laku orang lain dalam video untuk demonstrasi dan analisis. Maka pelajar mempraktikkan kemahiran interpersonal mereka di hadapan kamera supaya mereka boleh melihat diri mereka dan juga menerima maklum balas daripada rakan-rakan dan guru. Peranan yang dimainkan oleh Vignettes boleh dianalisis untuk menentukan apa yang berlaku dan meminta pelajar apa yang akan mereka lakukan seterusnya. Pembukaan dan penamat yang dramatik mempersembahkan konfrontasi yang tidak dapat diselesaikan, meninggalkan kepada penonton untuk membincangkan pelbagai cara untuk menangani masalah tersebut.

4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan

menyokong pembelajaran pelajar? i. Dokumentari -Memaparkan fakta dan bukan fiksyen. Video dokumentari cuba untuk menggambarkan cerita benar dengan situasi dan orang-orang yang sebenar. ii. Lakonan - Membantu untuk meningkatkan kemahiran penyoalan, menggalakkan perbincangan, pemahaman dan kreativiti pelajar. Ianya juga boleh membina karakter dan sikap positif pelajar dalam kalangan masyarakat majmuk, kurang upaya serta membina keyakinan diri dan semangat bekerja secara berkumpulan. iii. Penceritaan -Menjadikan pelajar lebih kreatif dalam membina penulisan, literasi visual dan kemahiran penghasilan video. Matlamatnya adalah untuk mengajar pelajar untuk meluahkan idea atau pendapat mereka melalui penceritaan. Pelajar boleh mengajar dan pada masa yang sama belajar melalui video ini. iv. Lawatan -Membantu membawa pelajar ke tempat-tempat di mana mereka tidak mungkin dapat pergi. Video ini dapat mempertingkatkan dan membina pengetahuan daripada pembacaan buku teks, deskripsi internet ataupun mendengar pengajaran . 5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah. Pemilihan Video : Dalam dunia pendidikan, guru mempunyai akses untuk pelbagai video pendidikan dari pelbagai sumber. Syarikat swasta, persatuan, dan agensi-agensi kerajaan turut menaja video untuk sebab-sebab tertentu. Kelebihannya adalah percuma dan murah. Namun, kita perlu berhati-hati dalam memilih video sebegini kerana terdapat juga bahan-bahan video yang dihasilkan oleh persendirian atau syarikat swasta yang berkepentingan sendiri di mana ia berasaskan produk mereka yang sama sekali tidak sesuai untuk tujuan pengajaran. Contohnya, pembuatan minuman beralkohol ataupun rokok. Beberapa material kerajaan dan persatuan mungkin juga mengandungi sedikit propaganda atau hasutan. Oleh itu, dalam memilih video sebagai bahan pengajaran, guru mesti meneliti material tajaan tersebut terlebih dahulu agar video yang dipilih

adalah bernilai sebagai bahan pengajaran di dalam bilik darjah. Penilaian Video : Selepas memilih beberapa video yang bagus , guru boleh menggunakan alat penilaian yang bersesuaian untuk menilai pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dengan menggunakn video tersebut sesetengah sekolah dan juga laman pendidikan ada menyediakan boring penilaian yang telah diselaraskan untuk membuat penilaian terhadap beberapa faktor yang melibatkan orang lain. Bentuk penilaian yang ringkas dan lengkap juga dapat membantu guru tersebut untuk memilih bahan-bahan bantu mengajar yang dapat menarik lebih minat pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Contohnya, dengan adanya penilaian tersebut dapat membantu guru untuk membeli atau menyewa video untuk tajuk-tajuk tertentu.

Anda mungkin juga menyukai