Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pendahuluan
Era

globalisasi

telah

menyaksikan

dunia

membangun

dengan

pesat

sekali.

Pembangunan ICT turut sama bergerak selari dengan era pendidikan. Sehingga hari ini,
penggunaan ICT dalam pendidikan sememangnya satu perkara yang sangat diberikan
perhatian. Hal ini kerana, elemen ini mampu menjadi medium terbaik untuk memastikan
objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya. Oleh sebab itulah,
penggunaan video yang dijadikan sebagai salah satu elemen dalam TMK sangat dituntut
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.
Penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan
kelebihan kepada guru kerana mampu menarik minat murid untuk terlibat dalam proses
pengajaran. Video yang merupakan sebahagian daripada elemen multimedia merupakan
salah satu daripada bahan bantu mengajar yang sangan berkesan efektif. Dalam erti kata
lain, penggunaan bahan yang berunsurkan video mampu menjadi serampang dua mata
kepada guru untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Selain itu
juga, ciri ciri video yang unik sepeti mempunyai elemen teks, grafik dan audio akan
menjadikan sesebuah video lebih dinamik dan komersial.
Penggunaan video yang sesuai dengan topik pelajaran akan mampu meransang
murid murid untuk terlibat dengan aktiviti yang dirancang. Oleh sebab itulah, penggunaan
video sering kali disertakan sewaktu set induksi dijalankan. Perkara ini bertujuan untuk
menarik perhatian murid kepada topik yang akan diajar. Lagi elok sekiranya video yang
dimainkan mempunyai kaitan dengan topik pelajaran supaya wujudnya kesinambungan
antara set induksi dan topik pelajaran pada hari tersebut. Secara tidak langsung, dengan
cara ini akan membantu guru memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran akan
berjalan dengan jayanya.
Era ke 21 juga menuntut supaya elemen TMK turut diserap dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini mampu menjadi wadah untuk melahirkan
masyarakat yang seimbang supaya mampu bergerak selari dengan perkembangan dunia
pada hari ini. Oleh yang demikian, penggunaan video ini sangat bersesuaian dengan sistem
pendidikan pada hari ini. Cuma, guru perlu memastikan video yang ditayangkan perlulah
sesuai dan releven dengan tahap keupayaan murid murid.
Kesimpulanya, elemen TMK sememangnya sangat dituntut dalam proses pengajaran
dan pembelajaran khususnya penggunaan video. Penggunaan teknologi dalam pendidikan
mampu menjadi batu loncatan kepada guru untuk menarik perhatian murid kerana
mempunyai ciri ciri yang sangat unik. Melalui ciri yang unik inilah akan menjadikan proses
pengajaran yang berjalan menjadi lebih seronok dan seterusnya memastikan objektif
pengajaran dan pembelajaran tercapai.
2.0 Media Pengajaran yang Digunakan (video)

Bagi menyiapkan tugasan ini, saya telah memilih video sebagai media pengajaran.
Penggunaan filem pendek ataupun lebih dipanggil video dalam proses pengajaran sejak
kebelakangan ini seolah olah telah menjadi keperluan untuk mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang efektif seterusnya memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai. Melalui penggunaan filem pendek ini, guru berupaya menarik
perhatian murid murid untuk turut serta dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Filem pendek atau lebih dikenali sebagai klip video boleh didefinisikan secara
umum sebagai filem yang mempunyai jarak masa antara satu minit hingga tiga puluh minit.
Walaubagaimanapun, untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tempoh masa yang
sesuai untuk sesebuah filem pendek adalah di anatara lima hingga tujuh minit.
Sekiranya kita mengkaji dengan lebih mendalam tentang perkataan video ini, kita
akan dapati bahawa perkataan ini berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu visual dan
audio. Kedua dua perkataan ini digabungkan sehingga membentuk perkataan video.
Sebenarnya, filem pendek dan video merupakan saru perkara yang sama. Perbezaanya
adalah dari segi kandungan video tersebut. Sekiranya kita amati perkataan yang membentuk
video itu tadi, kita akan dapat membuat rumusan bahawa video merupakan satu bahan yang
menunjukkan visual iaitu gambar dan mempunyai audio iaitu suara yang dapat didengari.
Filem ataupun video juga merujuk kepada animasi yang bergerak bergerak bagi
menyampaikan sesuatu mesej. Mesej yang dimaksudkan boleh terdiri daripada unsur
nasihat, hiburan dan sebagainya. Oleh sebab itulah, guru perlu bijak untuk menunjukkan
video yang sesuai kepada murid murid supaya mesej yang positif mampu disampaikan
kepada murid. murid. Sudah terang lagi bersuluh bahawa penggunaan video ataupun filem
pendek ini sangat sesuai dilakukan sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana
mampu menjadi mekanisme yang terbaik untuk memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai.
Konklusinya, klip video ataupun filem pendek merupakan sejenis bahan bantu
mengajar yang sangat unik. Hal ini kerana, ciri ciri yang terdapat pada sesebuah video
seperti grafik, tulisan dan sebagainya akan menjadikan sesebuah video itu kelihatan
menarik. Video yang bersesuaian dengan jiwa murid murid akan membantu menarik minat
murid untuk terlibat di dalam aktiviti yang dijalankan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan.

2.1 Proses penghasilan video


Penghasilan sesebuah video memerlukan seseorang itu bermula dari satu peringkat ke
peringkat yang lain. Perkara ini perlu dilakukan supaya video yang dihasilkan berkualiti dan

mampu memberi mesej kepada setiap orang yang menontonnya. Secara amnya, terdapat
tiga peringkat asas untuk menghasilkan sesebuah video seperti berikut:

Rajah
Proses

Tetapk
an
tema

Bina
papan
cerita

Hasilk
an
video

1:

Penghasilan video

Seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas, terdapat tiga peringkat utama bagi
menghasilkan sesebuah video yang berkualiti. Peringkat ini perlu diikuti supaya video yang
dihasilakan mampu memberi manfaat kepada orang lain. Berikut merupakan penerangan
berkaitan tentang peringkat peringkat yang telah dinyatakan :
1) Tetapkan tema / tajuk
Tema merupakan asas kepada sesebuah video yang dihasilkan. Sebagai contoh,
tema yang yang boleh tetapkan adalah seperti amalan mulia, kasih sayang dan sebagainya.
Tema bagi sesebuah filem pendek ataupun video perlulah jelas supaya mesej yang
terkandung di dalam video tersebut mampu diterima oleh orang yang melihat video tersebut.
Video yang baik lazimnya mempunyai satu tema sahaja.
2) Bina papan cerita
Papan cerita merupakan rangka keseluruhan video yang hendak dihasilkan. Papan
cerita ini perlu dibina terlebih dahulu supaya setiap perkara yang dinyatakan di dalam video
tersebut menunjukkan kesinambungan. Melalui papan cerita ini, seseorang itu mampu
melihat secara keseluruhan video yang akan dihasilkan.
3) Hasilkan Video
Langkah terakhir adalah penghasilan video berdasarkan tema yang dipilih dengan
berpandukan kepada papan cerita yang telah dibina. Dalam konteks ini, seseorang itu boleh
menggunakan bantuan perisian perisian tertentu untuk menghasilkan sesebuah video.
Contoh perisisian yang boleh digunakan adalah seperti Windows Movie Maker, DVD Movie
Roxio Creater DE atau mana - mana perisian yang seumpamanya dengannya. Setiap
perisian berikut mempunyai kelebihan serta kekuranganya tertentu
3

Kesimpulanya, terdapat tiga langkah utama yang perlu dilakukan oleh seseorang
sebelum menghasilkan video ataupun filem pendek. Langkah ini perlu diikuti supaya video
yang dihasilkan adalah berkulaiti dan mesej yang ingin disampaikan dapat diterima oleh
orang ramai.
2.2 Perisian untuk menghasilkan video
Persoalan yang mungkin timbul adalah bagaimanakah sesuatu video boleh
dihasilkan? Sebenarnya, untuk menghasilkan sesebuah video, seseorang itu boleh
menggunakan perisian perisian tertentu. Setiap perisian mempunyai kelebihan serta
kekurannya tersendiri. Sebagai contoh, perisian yang berbeza akan menghasilkan pelbagai
bentuk kesan khas (special effect), audio dan video yang berbeza beza bergantung kepada
perisian yang digunakan.
Menurut Khairi Mohamed Nor dan Norshazwanie Zulkifli (2012), terdapat tiga contoh
perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan video iaitiu Movie Maker, Quick Player
dan

Picasa.

Kesemua

perisian

ini

boleh

didapati

di

dalam

laman

sesawang.

Walaubagaimanapun, peredaran zaman yang pesat mebangun juga menyebabkan muncul


lebih banyak perisian yang lebih canggih boleh digunakan untuk menghasilkan video seperti
Adobe Premier, Ulead Media Studio dan Ulead Video Studio.
Penggunaan perisian yang terbaru akan menghasilkan kesan video yang menarik.
Hal ini kerana, perisian perisian yang terbaru akan dilengkapi dengan sistem yang lebih
canggih. Sebagai contoh, kesan grafik serta tulisan yang disediakan merujuk kepada
teknologi yang terkini. Perkara ini sangat penting supaya kecanggihan perisian ini mampu
bergerak selari dengan peredaran zaman.
Kesimpulanya, terdapat perisian perisian tertentu yang boleh digunakan untuk
menghasilkan video serta filem yang menarik. Penggunaan perisian yang terkini akan
menghasilkan video yang mempunyai kesan grafik serta visual yang lebih menarik. Oleh
sebab itu, kita juga perlu peka kepada perubahan yang berlaku supaya tidak ketinggalan.
3.0 Kebaikan Menggunakan Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan video ataupun filem pendek sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan sememangnya lebih banyak mendatangkan impak yang positif. Oleh sebab itulah,
bersesuaian dengan zaman millennium ini penekanan sangat diberikan kepada penggunaan
video di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, penggunaan video
sebagai alat bahan bantu mengajar mampu menjadi serampang dua mata kepada guru
untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Berikut merupakan
beberapa contoh kebaikan menggunakan filem ataupun video di dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran:
3.1 Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran

Sememangnya

tidak

dapat

dinafikan

bahawa

penggunaan

video

mampu

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan video untuk
menerangkan tentang kandungan topik pelajaran pada hari tersebut. Perkara ini sangat
bersesuaian dengan ciri utama bahan bantu mengajar iaitu membantu murid memahami isi
pelajaran (Shahabuddin Hashim, Zohir Ahmad dan Rohizani Yaakob). Dengan penggunaan
video sudah pasti murid akan mampu nmemahami dengan lebih mendalam isi kandungan
pelajaran. Penggunaan grafik serta animasi yang menarik mampu mewujudkan perasaan
seronok dalam diri murid murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.
Secara tidak langsung, penggunaan video ini bukan sahaja memudahkan murid tetapi juga
memudahkan guru kerana guru tidak perlu lagi risau untuk mewujudkan perasaan seronok
dalam diri murid murid sebelum seseuatu sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.
Melalui penggunaan video sudah terbukti bahawa mampu memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran.
3.2 Melibatkan deria murid melalui ransangan yang diterima
Deria merupakan satu perkara yang sangat membantu seseorang murid untuk
cemerlang. Hal ini kerana, keupayaan deria yang bagus akan membantu murid untuk
memberikan fokus sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan. Melalui
penggunaan video, murid dilatih untuk menggunakan deria yang ada pada mereka melalui
ransangan yang diterima. Sewaktu video dimainkan, murid murid akan menggunakan deria
mata serta telinga mereka untuk mengamati serta meneliti video yang dilihat. Guru boleh
menguji tahap penggunaan deria murid dengan mengajukan soalan kepada murid setelah
selesai video dimainkan. Dengan cara ini, murid akan memberi fokus kepada video yang
ditayangkan. Tambahan lagi, murid pasti akan tertarik dengan video yang ditayangkan
kerana animasi yang bergerak akan membantu murid lebih memahami video tersebut
ditambah pula dengan tulisan serta grafik yang menarik. Oleh yang demikian, penggunaan
deria akan membantu murid untuk mewujudkan perasaan seronok melalui fokus terhadap
video yang ditayangkan, (Siew Heng Loke et. all, 2005). Oleh itu, sememangnya
penggunaan video mampu melibatkan deria mata dan mendengar yang merupakan deria
utama dalam komunikasi seterusnya melalui deria inilah murid akan mampu memberikan
tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
3.3 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan
Penggunaan video ataupun filem pendek yang mempunyai animasi serta grafik yang
menarik sememangnya sudah pasti akan mampu mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan. Sememangnya, perkara ini sangat sesuai dengan jiwa
murid murid yang suka kepada keseronokkan. Oleh sebab itulah, melalui penggunaan

video ini, murid murid sudah pasti akan berasa seronok untuk mengikuti aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini kerana, penggunaan video sangat sesuai dengan jiwa muridmurid. Fenomena ini telah dibuktikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
penggunaan video lazimnya akan ditayangkan sewaktu set induksi. Tujuanya adalah supaya,
murid murid akan berasa seronok terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu sesi
pengajaran. Lebih baik sekiranya, video yang ditunjukkan mempunyai kaitan dengan murid
seperti terdapat gambar murid murid tersebut di dalam video yang ditunjukkan. Dengan
cara ini, guru mampu menggunakan video untuk membuatkan murid berasa seronok untuk
terlibat di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
3.4 Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan video sebagai alat bantu mengajar juga sememangnya mampu meningkatkan
keberkasanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam erti kata lain,
penggunaan video ini mampu menjadi medium terbaik untuk memberikan pemahaman yang
lebih kepada murid tentang topik yang diajar. Penggunaan video akan dapat meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui bahan yang terdapat di dalam
sesuatu video. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan video sebagai aktiviti pengajaran
dan pembelajaran setelah guru menerangkan tentang kandungan pelajaran pada hari
tersebut. Guru boleh menunjukkan video tentang haiwan dan binatang peliharaan
seterusnya meminta murid mengelaskan haiwan tersebut mengikut habitat masing - masing.
Dengan cara ini, penggunaan video mampu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran kerana guru mengukuhkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran
melalui penggunaan video.
3.5 Menjimatkan masa proses pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga mampu
menjimatkan masa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, melalui
penggunaan video ataupun filem pendek ini, guru boleh mengajar lebih dari satu kemahiran
dengan hanya menggunakan satu video sahaja. Secara tidak langsung, perkara ini mampu
menjimatkan masa kerana guru tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang lain
untuk kemahiran yang lain. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan video untuk mengajar
kemahiran membaca dan menulis. Secara umumnya, penggunaan video di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran akan mampu menjimatkan masa seseorang guru. Umum
mengetahui bahawa masa merupakan sesuatu perkara yang sangat penting bagi seseorang
guru kerana guru perlu menghabiskan topik pelajaran mengikut tempoh waktu yang
ditetapkan. Oleh yang demikian, penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar akan
dapat mambantu guru bagi mengatasi masalah ini. Walaubagaimanapun, guru perlu

memastikan video yang ditunjukkan sesuai dengan kemahiran dan topik yang diajar supaya
objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai.
4.0 Rancangan Pengajaran Harian
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Kelas

1 Bestari

Bilangan Murid

30 orang

Tarikh

15 Ogos 2013

Hari

Selasa

Masa

8.00 hingga 9.00 pagi (60 minit)

Mata Pelajaran

Bahasa Malaysia

StandardPembelajaran :
Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan,
frasa dan ayat dengan betul .
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan
sebutan yang betul.
Standard Kandungan :
1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku
kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata,
diftong,vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
Pengetahuan Sedia Ada :
1.

Murid mengenali anggota badan

2.

Murid dapat menunjukkan anggota badan

Nilai Murni : Tanggungjawab, kasih sayang, kesyukuran, kerjasama, berani


ABM : Video, slaid powerpoint, lembaran kerja
LANGKAH/

ISI PELAJARAN

MASA
Set induksi
3 minit

1.Murid sebagai
model untuk
menunjukkan

AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
1. Guru meminta seorang murid lelaki
dan perempuan ke hadapan kelas.
2. Murid diminta menunjukkan
7

CATATAN
BBM
-

Murid

KB : menjana idea,

anggota badan.

anggota badan yang disebut oleh


guru.
3. Murid yang lain diminta
menamakan anggota yang

Memproses
maklumat
KP :Kinestatik
Nilai : Berani

ditunjukkan oleh rakan di hadapan


kelas.
4. Kemudian,murid menunjukkan
anggota badan pada tubuh badan
mereka apabila disebut oleh guru.

Langkah 1

1) Nyanyian lagu

(20 minit)

dan fungsi
anggota badan

1) Guru memperdengarkan lagu


Kebersihan Diri melalui klip video.
2) Guru membimbing murid menyanyi
lagu tersebut.
3) Guru dan murid sama-sama
menyanyikan lagu.
4) Guru menayangkan gambar
anggota badan di klip video.
5) Guru menerangkan fungsi anggota

BBM:
-klip video
Kebersihan Diri.
KP : kinestatik
Verbal-linguistik
Nilai :
Keberanian
keseronokan

badan pada gambar di video.


6) Murid menyebut anggota badan
dan fungsinya contoh mata untuk
melihat.
Langkah 2
(15 minit)

1. Gambar
anggota badan
2. Huruf konsonan
dan huruf vokal

1. Murid mengasingkan huruf vokal

BBM:

dan huruf konsonan secara

-kad suku kata

bergilir-gilir.

KB : menjana idea

2. Guru menampal gambar anggota


badan
3. Murid menyebut nama dan
mengeja setiap nama anggota
badanberdasarkan gambar.
4. Murid menampal gabungan huruf
vokal dan huruf konsonan menjadi
nama anggota badan contohnya
mata.

Nilai : keberanian

Langkah 3
(15 minit)

1. Menulis nama

1. Guru mengedarkan lembaran kerja

BBM:

anggota badan

kepada murid untuk menulis nama

-Lembaran Kerja

dengan

anggota badan mengikut hasil

KB : menjana idea

bimbingan guru

gabungan suku kata (kv+ kv )

Nilai : kerajinan

hasil gabungan
suku kata
konsonan dan
vokal
Penutup
(3 minit)

1. Menyebut nama

1. Murid menyebut nama anggota

KB : mengumpul

anggota badan

badan dan bercerita tentang fungsi

maklumat

dan fungsi

anggota badan.

Nilai : keberanian

anggota badan

2. Murid dan guru menyanyikan lagu


Kebersihan Diri bersama-sama.
3. Guru memuji usaha murid.

5.0 Huraian Rancangan Pengajaran Harian Berdasarkan Model ASSURE


Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan teliti dan penuh
sistematik. Perkara ini sangat penting kerana tujuan utama sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan objektif yang dirancang
tercapai. Oleh yang demikian, setiap langkah yang diambil perlu menjurus kepada objektif
yang telah dinyatakan. Oleh yang demikian, bagi memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai, satu model telah diperkenalkan yang dikenali sebagai Model
ASSURE.
Model ASSURE telah dirangka supaya objektif pengajaran dan pembelajaran yang
dinyatakan mampu dicapai. Noraini et. al. (2012) menyatakan bahawa model ini merujuk
kepada enam perkara. Keenam enam perkara ini menjadi teras kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Setiap perkara akan menjelaskan langkah yang perlu diambil oleh guru
bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Berikut merupakan elemen
yang terkandung dalam model ASSURE:
5.1 Analyse Learners (analisis pelajar)
Sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, sebagai seorang guru
yang efektif perlulah menganalisis pelajarnya terlebih dahulu. Perkara ini perlu supaya
objektif yang ditetapkan sesuai dengan pelajar supaya objektif tersebut dapat dicapai. Dalam
erti kata lain, guru perlu membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan ini perlu dilakukan untuk melihat kelebihan
dan kekurangan yang terdapat pada murid dan secara tidak langsung mampu memberikan
9

gambaran awal kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal dilaksankan.
Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh guru untuk menganalisis
pelajar iaitu:
5.1.1 Ciri Ciri Umum Pelajar
Ciri ciri umum pelajar merujuk kepada umur, tahap intelektual,

status ekonomi, dan

beberapa perkara lain. Perkara ini sangat penting supaya guru mampu menetapkan objektif
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid. Merujuk kepada rancangan
pengajaran harian yang telah dinyatakan, ciri umum yang dinyatakan adalah seperti bilangan
pelajar iaitu seramai 30 orang dan juga kelas yang akan diajar. Perkara ini sangat penting
kepada guru untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Hal ini
kerana, mengetahui bilangan murid akan membantu guru untuk menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan guru ataupun berpusatkan murid.
Sekiranya murid terlalu ramai, guru disarankan melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan murid supaya pengawalan kelas lebih mudah. Tambahan lagi,
kelas yang diajar turut dinyatakan. Hal ini supaya, guru boleh menetapkan objektif yang ingin
dicapai berdasarkan tahap intelektual murid. Objektif perlulah sesuai dengan keupayaan
murid.
5.1.2 Pengetahuan / Pengalaman Sedia Ada Murid.
Pengetahuan sedia ada murid merujuk kepada perkara yang telah diketahui oleh murid.
Perkara ini sangat penting supaya murid mampu mengaitkan pengalaman tersebut dengan
pengetahuan yang baru. Dalam RPH di atas, telah dinyatakan bahawa pengalaman murid
yang sedia ada iaitu murid mengenali dan dapat menunjukkan anggota badan mereka.
Secara tidak langsung, ini akan membantu murid untuk membayangkan tentang bunyi dan
cara ejaan anggota badan kerana murid telah sedia maklum tentang anggota badan mereka.
Secara tidak langsung, aktiviti yang dijalankan akan meningkatkan pemahaman murid
tentang fungsi anggota badan mereka.

5.1.3 Gaya Pembelajaran murid


Gaya pembelajaran ialah trait psikologi yang berkaitan dengan cara individu berinteraksi,
dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran (Noraini A. Rashid et. al. 2012). Oleh
yang demikian, di dalam RPH diatas turut dinyatakan berkaitan Kemahiran Bernilai Tambah
(KBT) yang terdiri daripada tiga aspek iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan juga
kemahiran pelbagai. Sebagai contoh, kemahiran belajar dalam RPH di atas memerlukan
murid untuk belajar dengan cara mengenalpasti dan mengtahui anggota badan serta fungsi

10

berdasarkan video yang guru sediakan, kemudian mendapatkan bunyi dan cara ejaan
anggota badan mengikut gabungan suku kata kv+kv. Ini akan membantu murid untuk
belajar secara kendiri kerana proses ini akan berada di bawah bimbingan guru. Murid akan
belajar berkaitan tajuk dengan cara tertentu kerana, ada murid yang lebih gemar mencatat
sekiranya dibandingkan untuk bercerita. Inilah yang dikatakan sebagi gaya pembelajaran
murid.
5.2 State Objectives (menyatakan objektif)
Menurut Noraini A. Rasid et. al. (2012), setiap objektif pengajaran dan pembelajaran perlulah
dinyatakan dengan jelas dan tepat. Sebagai contoh, perkataan yang mesti terdapat di dalam
penyataan objektif adalah seperti menulis, membina dan sebagainya. Dalam erti kata lain,
pemilihan perkataan tingkah laku eksplisit perlulah sesuai dengan penyataan objektif. Dalam
RPH tersebut, telah dinyatakan dua objektif dengan jelas iaitu, murid mampu Mendengar,
mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat
dengan betul dan membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai
sumber dengan sebutan yang betul. Objektif ini perlu dinyatakan supaya proses pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan mempunyai tujuan serta matlamatnya tersendiri.
Tambahan lagi, guru akan mampu menggunakan kaedah serta pendekatan yang sesuai
untuk memastikan objektif tercapai. Hal ini kerana, kaedah dah pendekatan perlu sesuai
dengan objektif supaya objektif yang dinyatakan mampu dicapai sepenuhnya. Objektif yang
dinyatakan perlulah sesuai dengan tahap intelektal murid.
5.3 Selects method, media and materials (pilih kaedah, media dan bahan sumber)
Kaedah, bahan dan juga sumber yang digunakan perlulah sesuai supaya proses pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan membuahkan impak yang positif. Berikut merupakan
penerangan yang lebih mendalam.
5.3.1 Kaedah
Kaedah merujuk kepada satu set siri tindakan guru yang sistematik dengan bertujuan untuk
memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah ditetapkan dapat
dicapai dengan jayanya. Kaedah adalah lebih bercorak untuk jangka pendek dan merupakan
usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun dan sistematik. Dalam RPH yang
telah dibuat, kaedah yang digunakan adalah penerangan iaitu dalam langkah 1 telah
dinyatakan bahawa guru memberikan penerangan berkaitan video yang digunakan. Michell
West dan Harald Palmer merupakan antara pelopor utama kaedah ini bermula dari tahun
1920 hingga 1935. (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011). Dalam langkah 1 tersebut, guru
memberikan penjelasan kepada murid tentang video yang ditayangkan. Inilah yang
dikatakan sebagai kaedah penerangan.

11

Selain itu juga, dalam langkah 1, kaedah yang turut digunakan adalah kaedah soal
jawab iaitu guru dan murid bersoal jawab tentang tajuk. Perkara ini sangat penting supaya
guru mendapatkan maklum balas tentang tajuk. Di samping itu juga, melalui soal jawab ini,
guru juga mampu membuat penilaiaan terhadap pengetahuan sedia ada murid di samping
dapat menilai persedian murid untuk belajar. Dalam langkah 3, kaedah latih tubi turut
digunakan. Guru memberi lembaran kerja supaya murid lebih memahami tajuk yang dijar. Ini
merupakan satu kaedah yang sangan baik untuk mengukuhkan pengetahuan murid tentang
topik yang diajar.

5.3.2 Media dan Bahan Sumber


Media merupakan bahan utama yang berbentuk fizikal dan mengandungi maklumat di
dalamnya. Media boleh terdiri daripada gambar, petikan, slaid dan sebagainya. RPH di atas
telah menggunakan media yang terdiri daripada petikan teks iaitu teks Jalur Gemilang. Murid
murid diminta untuk membaca petikan teks tersebut sebelum menyenaraikan kata nama
yang terdapat di dalam petikan tersebut. Bahan sumber pula merujuk kepada segala bahan
yang digunakan untuk memastikan kaedah yang digunakan dapat dijalankan. Sebagai
contoh, dalam RPH di atas telah diterangkang penggunaan bahan sumber yang terdiri
daripada video berkaitan dengan tajuk. Tambahan lagi, bahan sumber yang turut digunakan
dalam RPH tersebut terdiri daripada gambar anggota badan. Perkara ini sangat penting
dalam memberi pengalaman terus kepada murid dengan menggunakan deria yang sedia
ada seperti lihat, sentuh dan juga rasa.
5.4 Utilize Media and Materials (gunakan media dan bahan sumber)
Penggunaan media dan juga bahan sumber merujuk kepada

bagaimana

guru

memanfaatkan segala bahan dan sumber yang ada untuk memastikan objektif pengajaran
dan pembelajaran dapat dicapai, (Noraini A. Rashid,2012). Penggunaan media dan bahan
sumber di dalam RPH di atas dapat dilihat apabila guru meminta murid membacakan petikan
yang disediakan. Ini menunjukkan guru menggunakan bahan yang disediakan. Selain itu,
sewaktu set induksi, guru meminta murid untuk menjadi model anggota badan. Secara tidak
langsung, ini menunjukkan bahawa guru telah memanfaatkan sebaik mungkin bahan serta
media yang ada bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.
Selain itu juga, guru tersebut juga turut menggunakan bahan yang terdiri daripada
sebagai lembaran kerja dalam langkah tiga. Ini juga turut menunjukkan penggunaan media
dan juga bahan yang telah diaplikasikan dalam RPH tersebut. Lembaran kerja tersebut
digunakan sebagai sesi latihan untuk menguji kefahaman murid tentang topik yang diajar.
Sewaktu langkah 1, guru tersebut telah menggunakan bahan video yang berkaitan dengan
tajuk anggota badan dalam bentuk video musik. Perkara ini sangat positif kerana mampu
memberi murid pengalaman terus sewaktu menyanyikan lagu tersebut. Murid hanya perlu
12

membaca lirik sahaja. Impaknya, murid sudah pasti akan lebih seronok dan bersedia
sewaktu P&P berlangsung.
5.5 Require Learner Participation (libatkan pelajar dalam pembelajaran)
Objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan akan dapat dicapai sekiranya
murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam
konteks ini, guru perlu menjalankan aktiviti yang berpusatkan murid supaya murid terlibat
secara langsung di dalam aktiviti yang dijalankan. Hal ini kerana, perkara ini selari dengan
teori konsrtuktivisme iaitu pelajar akan membina pengetahuan berdasarkan pengalaman
yang telah sedia ada. Dalam RPH di atas, guru telah melibatkan murid sewaktu set induksi
iaitu apabila guru bersoal jawab dengan murid berkaitan tema ini. Secara tidak langsung,
komunikasi dua hala antara guru dan pelajar dapat diwujudkan. Tambahan lagi, dalam
langkah satu, guru juga melibatkan murid dengan cara meminta murid menyanyi bersama
lagu berkaitan dengan anggota badan.. Secara tidak langsung, cara ini akan turut membantu
murid untuk berasa seronok dan bersedia untuk melibatkan diri semasa P&P.. Oleh yang
demikian, penglibatan murid sangat penting bagi memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat dicapai.
Selain itu juga, dalam langkah tiga turut dinyatakan penglibatan murid iaitu guru dan
murid menyemak latihan yang diberikan. Dalam langkah ini, murid dan guru akan menyemak
latihan yang diberikan. Perkara ini sangat penting supaya guru dapat membetulkan
kesalahan murid secara terus bagi mengelak berlakunya kesilapan yang sama kelak. Guru
boleh meminta murid bertukar jawapan dengan rakan sewaktu menyemak latihan tersebut.
Sewaktu penutup, guru juga telah melibatkan murid iaitu dengan cara guru bertanyakan
beberapa soalan kepada murid. Perkara ini akan membantu guru membuat penilaian
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Tambahan lagi, dengan soal
jawab ini, pemahaman murid akan dapat diperkukuhkan
5.6 Evaluate and Revise (nilai dan semak semula)
Langkah ini merupakan langkah terakhir yang terdapat dalam Model ASSURE. Langkah ini
memerlukan guru membuat penilaian dan juga menyemak semula proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Tujuannya adalah supaya, guru mampu membuat
penambahbaikan pada sesi pengajaran dan pembelajaran berikutnya. Penilaian boleh
dijalankan semasa dan juga selepas berlakunya satu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Dalam RPH di atas, penilaian dan juga semak semula telah dijalankan sewaktu penutup iaitu
guru telah bertanyakan beberapa soalan kepada murid. Jawapan yang diberikan oleh murid
akan menjelaskan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran telah berjaya dicapai
ataupun sebaliknya.
Tambahan lagi, pada bahagian bawah juga RPH tersebut terdapat ruangan yang
memerlukan guru membuat refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang
13

dijalankan. Secara tidak langsung, guru akan dapat melihat keberkesanan kaedah, media
serta bahan sumber yang digunakan. Oelh yang demikian, penilaian dan semak semula
akan memberi maklumat kepada guru bahawa objektif yang dinyatakan dapat dicapai
ataupun tidak. Selain itu juga, guru dapat membuat penambahbaikan sesi pengajaran
berikutnya. Penilaian juga boleh dijalankan sewaktu proses pengajaran dan pembelajran
berjalan. Sewaktu langkah tiga, guru telah menyemak latihan dan soalan yang diberikan
bersama murid. Proses ini juga merupakan sebahagian daripada proses penilaian. Guru
boleh membuat penilaian dengan melihat kepada jawapan murid sewaktu menyemak latihan
yang diberikan.

6.0 Rumusan
Penggunaan media video dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya
mampu membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Lebih lebih lagi,
penggunaan kemudahan ICT sememangnya sangat dituntut dalam era millennium ini. Guru
perlu bijak menggunakan kemudahan yang ada sebagai mekanisme terbaik untuk
memudhakan murid menerima input daripada guru sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan.
Penggunaan video ataupun filem pendek sebagai bahan bantu mengajar juga
mampu menjadikan proses pengajaran lebih efektif. Video bukan sahaja memudahkan kerja
guru

tetapi

juga

mampu

mewujudkan

suasana

serta

persekitaran

belajar

yang

menyeronokkan. Namun demikian, guru sewajarnya memastikan penggunaan video perlulah


mempunyai kesinambungan dengan topik pelajaran supaya murid dapat membuat perkaitan
seterusnya memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan
jayanya. Tambahan lagi, penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar mampu
memudahkan murid untuk menerima ilmu pengetahuan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan.
Tambahan lagi, model ASSURE yang telah diterangkan juga akan dapat membantu
guru merancang serta menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara sistematik
dan juga berkesan. Impaknya, objektif pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan akan
dapat dicapai. Selain itu, model ASSURE ini juga akan menjadikan proses pengajaran yang
dijalankan lebih menarik kerana memerlukan penglibatn murid yang aktif. Tujuannya adalah
suapaya, objektif pengajaran akan dapat dicapai sekiranya murid melibatkan diri secara aktif.
Model ini juga akan memberi panduan kepada guru untuk menjalankan satu sesi pengajaran
kepada guru khususnya kepada guru permulaan. Hal ini kerana, model ini sebenarnya terdiri
daripada enam langkah utama seperti yang telah diterangkan untuk memastikan objektif
pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan dapat dicapai.

14

Kesimpulanya, penggunaan media ini dalam proses pengajaran sememangnya


sangat membantu guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran khususnya
melalui penggunaan video. Guru boleh menggunakan video yang telah sedia ada untuk
mengajar sekiranya tidak mampu untuk menghasilkan video. Model ASSUARE merupakan
satu model yang sangat bagus untuk diaplikasikan oleh guru khususnya guru permulaan. Hal
ini kerana, model ini telah memberi panduan untuk melaksanakan satu sesi pengjaran dan
pembelajaran.

15

BIBLIOGRAFI
Baharudin Aris, Rio Sumarni Shariffuddin dan Manigemalai Subramanium. (2004). Reka
Bentuk Perisian Multimedia. Kuala Lumpur: Cetak ratu SDN. BHD.

Khairi Mohamed Nor dan Norshazwanie Zulkifli. (2012). Pengajaran & Pembelajaran
Berbantukan Komputer. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Ismail Zain. (2004). Pembelajaran Berbantukan Komputer. Kuala Lumpur: Utusan
publication & distributors Sdn. Bhd..
Musa bin Sulaiman. (t.t).

Back To Basics Fokus Kepada Inovasi Sumber

Pengajarandan Pembelajaran . Jabatan Pengajian Melayu.


Shahabuddin Hashim, Zohir Ahmad dan Rohizani Yaakob. (t.t). Pedagogi: Strategi dan
Teknik Mengajar Berkesan. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains
Malaysia
Siew Heng Loke et. all. (2005). Pedagogi Merentas Kurikulum. Kuala Lumpur: Percetakan
Zafar Sdn. Bhd.
(t.p). (t.t). Bahan Sumber Mengajar Rancangan Pengajaran Harian. Dicapai pada 28
Febuari daripada http://www.slideshare.net/810518136258/bbm-2

16

Anda mungkin juga menyukai